Proton Prevé
| Pengilang | Proton |
|---|---|
| Juga dikenali | Proton P3-21A |
| Pengeluaran | Lewat 2011-sekarang |
| Tahun model | 2012-sekarang |
| Pemasangan | |
| Pendahulu | Proton Persona Proton Gen-2 |
| Kelas | Kereta padat / Segmen-C |
| Stail badan | Sedan 4 pintu |
| Reka letak | FF |
| Pelantar | Proton P2[1] |
| Enjin | 1.6L CamPro IAFM+ 4 sebaris 1.6L CamPro CFE 4 sebaris turbo |
| Penghantaran | Manual 5 kelajuan CVT 6 kelajuan CVT manumatik 7 kelajuan |
| Jarak roda | 2,650 mm (104.3 in) |
| Panjang | 4,543 mm (178.9 in) |
| Lebar | 1,786 mm (70.3 in) |
| Tinggi | 1,524 mm (60.0 in) |
| Berat Kerb | 1305–1340 kg (2,880–2,950 lb) |
| Perekabentuk | Italdesign Giugiaro S.p.A[2] Azlan Othman[3] |
Proton Prevé merupakan kereta sedan padat empat pintu yang dibangunkan oleh pengeluar kereta Malaysia, Proton. Ia dilancarkan pada 16 April 2012 sebagai pengganti kepada Proton Persona dan Proton Gen-2. Prevé dibangunkan berasaskan pelantar generasi baharu Proton P2 dan merupakan kereta sedan Proton pertama yang dilengkapi enjin pengecas turbo.
Prevé didakwa sebagai kereta global Proton pertama, dibuktikan melalui nama Prevé itu sendiri, yang bermaksud untuk membuktikan atau bukti.
Isi kandungan |
[sunting] Sejarah
Proton memulakan operasi pada tahun 1985 sebagai pengeluar kenderaan Mitsubishi yang mengalami kejuruteraan lencana. Kereta Proton terjual dengan banyaknya kerana mereka memanfaatkan kejuruteraan dan kebolehpercayaan kereta Mitsubishi yang begitu bagus. Walau bagaimanapun, pada awal abad ke-21, Proton mara ke hadapan dengan memperkenalkan model-model rekaan sendiri seperti Proton Waja dan Proton Gen-2. Malangnya, model-model generasi seterusnya dari Proton sering dikritik hebat kerana mutu kejuruteraan yang kurang baik.[4][5] Akibatnya, pasaran Proton di Malaysia merosot dengan ketara pada awal 2000an, serta mencapai tahap terendah dalam tempoh 7 tahun pada tahun 2007.[6] Sebagai tindak balas, pembangunan Proton Prevé (di bawah kod nama P3-21A) dimulakan pada tahun 2009 di bawah pimpinan Pengarah Urusan Proton pada masa itu, Datuk Seri Syed Zainal Abidin. Bekas Naib Presiden R&D Pengurusan Kualiti BMW, Dr. Wolfgang Karl Epple juga dilantik pada tahun yang sama sebagai Pengarah Kualiti Proton. Beliau kemudiannya dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Kanan Operasi Kumpulan, di mana beliau menyumbang kepada pembangunan projek P3-21A.[7][8]
Proton Tuah, kereta konsep yang direka oleh Italdesign Giugiaro telah dipamerkan semasa Pertunjukan Kereta Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2010. Ia mempratontonkan pelbagai unsur rekaan serta ciri-ciri yang terdapat pada Proton P3-21A akan datang.[9] Pembangunan P3-21A selesai setahun kemudian dan pengeluaran mengambil tempat di kilang Proton di Tanjung Malim. Syarikat tersebut mendakwa 94% bahagian kereta adalah buatan tempatan sebagai usaha bagi mengurangkan aliran keluar modal.[10] Nama rasmi Proton Prevé hanya didedahkan beberapa hari sebelum pelancarannya.[11]
Proton Prevé akhirnya dilancarkan pada 16 April 2012 di Seri Kembangan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd. Najib Razak.[12][13] Ia dilancarkan dengan enam pilihan warna serta tiga varian, iaitu Executive MT, Executive CVT dan Premium CVT. Kedua-dua varian Executive digerakkan oleh enjin 1.6L CamPro IAFM+ Proton. Executive MT digandingkan dengan transmisi manual 5 kelajuan manakala Executive CVT dilengkapi CVT 6 kelajuan.[14] Varian Premium dilengkapi enjin turbo 1.6L CamPro CFE yang lebih berkuasa, digandingkan dengan CVT 7 kelajuan, dikenali sebagai ProTronic, iaitu transmisi manumatik versi Proton.[14] Dari segi keselamatan, varian Executive dilengkapi beg udara SRS berkembar serta sistem brek cegah kunci (ABS) dengan pengagihan daya brek elektronik (EBD), manakala varian Premium menawarkan tambahan dua beg udara tepi, bantuan brek (BA), kawalan cengkaman (TCS) dan kawalan kestabilan elektronik (ESC) sebagai tambahan daripada apa yang ditawarkan pada varian Executive.[13] Varian Premium juga menampilkan kit eksklusif seperti penukar gear padel pada stereng, lampu kepala dan pengelap cermin automatik, pengawal luncur, pengawal iklim, unit kepala skrin sesentuh terbina dalam dengan Bluetooth, USB & keupayaan sambungan iPod di samping suis penghidup tekan. Kesemua Proton Prevé dilengkapi sistem Paparan Maklumat Pintar (SID) yang memaparkan maklumat seperti penggunaan bahan api purata, jangka hayat bateri serta jarak sebelum tangki kosong. Satu lagi ciri standard ialah WiFi dalam kereta, hasil kerjasama antara Proton dengan ISP WiMAX Malaysia, Yes 4G. Harga Prevé adalah antara RM59,540 hingga RM72,990.[12]
Kereta Konsep Proton Prevé Sapphire turut dipamerkan semasa majlis pelancaran.[15] Ia dibangunkan oleh Proton Design sebagai usaha untuk menunjukkan potensi pasaran dan teknikal Prevé. Ia menampilkan catan logam pistol pusam unik sebagai tambahan kepada bampar hadapan dan belakang yang diubahsuai serta dilengkapi penyerlah saduran krom, skirt tepi dan roda aloi 18 inci. Bahagian dalaman menampilkan panel kuning air serta kemasan kulit untuk menambahkan tarikan kemewahan, dan tinggi kereta serta brek juga diubahsuai. 3 bulan berikutnya, Proton mengumumkan Kereta Konsep Proton Prevé R3 semasa Kejuaraan Rali Asia Pasifik 2012 di Malaysia.[16] Ia dipasang dengan kit badan baru berharga RM3,000 dengan pensetailan oleh bahagian Proton Race, Rally, Research (R3) di samping roda R3 pilihan serta tayar prestasi. Pada 8 Oktober 2012, Proton mendedahkan kereta lumba Prevé R3.[17] Ia digerakkan oleh enjin CamPro IAFM+ 107kk serta menampilkan pengubahsuaian dalaman dan luaran. Ia kemudian bertanding dalam Perlumbaan Ketahanan 1,000 km Sepang 2012 pada Disember tahun tersebut, di mana ia memperoleh tempat kedua di belakang Proton Satria Neo R3 dan menewaskan Toyota Corolla Altis Type R Racing Team.[18]
Prevé membuat kemunculan sulungnya di Australia pada 18 Oktober 2012 semasa Pertunjukan Kereta Antarabangsa Australia 2012.[19] Hanya varian CamPro IAFM+ sahaja yang ditawarkan semasa pelancaran di Australia, dengan model CamPro CFE turbo dijadualkan untuk dilancarkan pada pertengahan 2013. Prevé diperkenalkan di pasaran Thailand semasa Ekspo Kereta Antarabangsa Thailand pada 28 November 2012.[20] Ia ditala supaya boleh menggunakan bahan api E20, dan unit kepala skrin sesentuh 1-DIN Blaupunkt yang diperbaharui turut ditawarkan pada varian Premium. Sebagai tambahan, varian Standard berorientasikan bajet diperkenalkan di Thailand, dengan harga yang jauh lebih rendah daripada varian Executive.[21][22] Brunei menjadi pasaran eksport ketiga yang menerima Prevé pada 7 Februari 2013, di mana ia boleh didapati dalam tiga varian.[23]
Proton Prevé dirancang untuk dilancarkan pada tahun 2013 di United Kingdom dan Indonesia serta beberapa negara lain.[24] Prototaip Prevé pandu kiri juga berjaya dirakam pada Mei 2012, menunjukkan kemungkinan pelancaran akan datang di China dan Timur Tengah.[25]
[sunting] Rekaan
Proton mencipta muka utama baharu dengan Prevé. Hasilnya ialah Proton Wings, kesatuan unsur rekaan yang menggabungkan lampu kepala, lambang Proton dan gril masukan udara, memberikannya kelihatan seperti seekor burung yang sedang terbang naik.[26] Bahagian luaran kereta digayakan untuk mengurangkan pemalar heretan dalam usaha untuk menambah baik kecekapan bahan api.[26] Proton bekerjasama dengan Italdesign Giugiaro dari Itali untuk pembentukan gaya dan rupa Prevé.[2] Syarikat itu juga bertanggungjawab atas reka bentuk kereta konsep Proton Tuah. Azlan Othman, Ketua Gaya Proton juga dihantar ke Turin, di mana beliau menyumbang kepada unsur-unsur reka bentuk Prevé dalam kerjasama dengan Italdesign yang berlangsung hampir setahun.[3]
Pengarah Kanan Operasi Kumpulan Proton ketika itu, Dr. Wolfgang Karl Epple mendedahkan bahawa Proton Prevé telah dibangunkan oleh sebuah konsortium antarabangsa yang terdiri daripada pakar-pakar dari Malaysia, Itali, Perancis, Jerman dan Korea Selatan.[2] Selain itu, beberapa komponen kereta itu juga diperoleh daripada Jepun, Korea Selatan, Australia dan Eropah. "Jika anda meletakkan bahan-bahan global dalam komponen, orang, proses, gaya dan bungkusan, anda akan memperoleh sesuatu yang global.", Epple mengulas.[2] Walau bagaimanapun, Proton kemudiannya mendakwa bahawa 94% komponen Prevé adalah sumber tempatan sebagai usaha untuk mengurangkan aliran keluar modal.[10]
Prevé juga merupakan kereta buatan Malaysia pertama yang dipasang dengan lampu pencahayaan siang (DRL) LED di kilang.[26] DRL mungkin menambah baik daya tarikan visual kereta, tetapi yang lebih penting ialah ia membantu menambah baik keselamatan jalan raya dengan membolehkan kereta dilihat dengan jelas pada waktu siang.[27][28] Setakat ini tiada peraturan di Malaysia yang mewajibkan penggunaan DRL, tetapi ia diwajibkan bagi kesemua kereta penumpang yang dipasarkan di negara-negara ahli Kesatuan Eropah setakat 7 Februari 2011 di bawah Arahan EU 2008/89/EC.[29]
Prevé juga merupakan antara kereta yang lebih besar dalam kategori segmen C yang asalnya dipopularkan oleh Jepun dan Korea di pasaran Malaysia.[30]
[sunting] Keselamatan
| Ciri-ciri keselamatan [13][21][31] | |||
|---|---|---|---|
| Varian | Standard | Executive | Premium |
| Keselamatan aktif | |||
| ABS dengan EBD | ✔ | ✔ | ✔ |
| BA, TCS dan ESC | |||
| Keselamatan pasif | |||
| Beg udara | |||
/
- ANCAP - 




- MyVAP - 




Prevé merupakan kereta Proton pertama, serta merupakan kereta buatan Malaysia pertama yang diberi penarafan 5 bintang penuh dalam Program Penilaian Kereta Baru Australasia (ANCAP) di Australia dan New Zealand.[32] Ia juga memperoleh penarafan 5 bintang daripada Program Penilaian Kenderaan Malaysia (MyVAP) oleh Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS).[10]
Prevé merupakan kereta Proton paling selamat setakat awal 2013. Sebelum pelancarannya, Proton memperoleh reputasi keselamatan yang buruk. Misalnya, Proton Arena hanya berupaya memperoleh satu bintang daripada lima dalam ujian ANCAP pada tahun 2009.[33] Proton bertindak balas dengan meningkatkan piawaian keselamatan dengan ketara semasa pembangunan Prevé. Kerangka Struktur Keselamatan Diperkukuhkan (RESS) dibangunkan khusus untuk kereta baharu ini. Proton menggunakan kaedah Pembentukan Tekanan Panas (HPF) semasa proses pengeluaran kerangka.[14] Dua belas komponen utama HPF membantu memperkukuhkan ruang penumpang bagi menambah baik keselamatan penumpang. Hasilnya ialah kekuatan tegangan yang meningkat dan ketegaran badan kilasan sebanyak 19,000 Nm/darjah. Penggunaan HPF membantu menjimatkan berat, yang secara tidak langsung memningkatkan kecekapan bahan api, pengendalian dan prestasi Prevé.[14]
Proton Prevé dibangunkan untuk memuatkan sehingga maksimum enam beg udara SRS, sistem brek cegah kunci (ABS) dengan pengagihan daya brek elektronik (EBD), Bantuan brek kecemasan (BA), sistem kawalan cengkaman (TCS) dan kawalan kestabilan elektronik (ESC).[14] Walau bagaimanapun, Prevé hanya ditawarkan dengan bilangan maksimum empat beg udara semasa pelancaran sulungnya di Malaysia pada April 2012.[12] Bilangan maksimum enam beg udara hanya ditawarkan semasa pelancaran Prevé di Australia pada Oktober 2012.[34]
Proton juga telah menguji Prevé dalam pelbagai keadaan cuaca dan jalan raya berbeza semasa fasa pembangunanya seperti keadaan berais dan bersalji di Sweden di samping keadaan panas membahang di Sepanyol.[35] Sistem gantungan terdiri daripada topang MacPherson di hadapan dan sistem berbilang pautan dengan palang penstabil di belakang.[14] Sistem gantungan Prevé juga ditala oleh anak syarikat British Proton, Lotus untuk sifat pemanduan dan pengendalian yang sangat baik. Tetapan talaan sistem gantungan ini juga dibangunkan khusus untuk tayar jenis 205/55 GT Radial Champiro Bax 2 yang digunakan pada kereta untuk cengkaman yang lebih baik.[14] Kesemua Proton Prevé dilengkapi brek cakera hadapan dan belakang 15 inci di samping rim aloi 16 inci.
[sunting] Rangkaian kuasa
| Dakwaan pengeluar, kecuali jika dinyatakan sebaliknya. [13] | ||
|---|---|---|
| Enjin | CamPro IAFM+ | CamPro CFE |
| Format | I4 DOHC 16V | I4 DOHC 16V |
| Jumlah sesaran (cc) | 1,597 | 1,561 |
| Lubang x Lejang (mm x mm) | 76.0 x 88.0 | 76.0 x 86.0 |
| Keluaran Maksimum [hp(kW)/rpm] | 107 (80) / 5,750 | 138 (103) / 5,000 |
| Kilasan Maksimum (Nm/rpm) | 150 / 4,000 | 205 / 2,000 ~ 4,000 |
| Kelajuan Maksimum (km/j) | 180 (MT) / 170 (CVT-AT) | 210 (CVT-MN)[35] |
| Pecutan 0–100km/h (saat) | 12 (MT) / 12.5 (CVT-AT) | 9.6 (CVT-MN) |
| Muatan tangki bahan api (liter) | 50 | 50 |
Proton Prevé dijual dengan pilihan dua enjin petrol; masing-masing CamPro IAFM+ dan CamPro CFE.[14] IAFM+ adalah kependekan bagi Modul Udara Masukan Bahan Api Tambahan, manakala CFE bermaksud Kecekapan Bahan Api Bercas. Kedua-dua enjin direka sendiri oleh Proton dengan bantuan teknikal oleh Lotus.
Enjin 1.6L CamPro IAFM+ I4 pernafasan biasa berupaya menghasilkan 107 kuasa kuda (80 kW) pada 5,750 rpm dan 150 Nm kilasan pada 4,000 rpm. Ia boleh digandingkan dengan transmisi manual lima kelajuan Getrag ataupun CVT enam kelajuan Punch Powertrain VT2 .[14] Enjin CamPro IAFM+ juga digunakan pada Proton Saga FLX SE.
Enjin 1.6L CamPro CFE I4 yang lebih berkuasa menampilkan pengecas turbo tekanan rendah dengan penyejuk perantara yang menghasilkan 138 kuasa kuda (103 kW) pada 5,000 rpm dan 205 Nm kilasan antara 2,000 hingga 4,000 rpm. Enjin ini hanya digandingkan dengan CVT tujuh kelajuan Punch Powertrain VT3, juga dikenali sebagai ProTronic, transmisi manumatik versi Proton.[14] Proton mendakwa prestasi enjin turbo 1.6 liter CamPro CFE setanding dengan enjin 2.0 liter pernafasan biasa. Enjin CamPro CFE menggunakan 6.6 liter bahan api setiap 100km, pada kelajuan malar 90km/j dan direka bagi memenuhi keperluan piawaian emisi Euro V walaupun tiada penguatkuasaan piawaian emisi dalam pasaran domestik.[14]
[sunting] Penerimaan
Proton Prevé menerima lebih 11,000 tempahan dalam tempoh dua bulan daripada pelancaran rasminya di Malaysia.[36] Ia merupakan kereta ketujuh paling laris di Malaysia bagi bulan Mei 2012, mendahului kesemua pesaingnya dalam kategori yang sama.[37]
Prevé menerima penarafan tinggi daripada wartawan automotif terkenal Malaysia, Danny Tan, yang menyatakan bahawa harganya yang kompetitif dan prestasi atas jalan raya menjadikannya alternatif tulen bagi kereta-kereta lain dalam segmennya.[38] Live Life Drive memberikannya 4 daripada 5 bintang, memuji pengendaliannya yang lincah serta keluasan bahagian dalaman Prevé.[39] Prevé juga memperoleh pujian kritikal daripada Thanathep Thanesniratsai dari majalah popular HeadLight Magazine di Thailand. Pengarang masing-masing mendakwa ia setanding dengan kereta-kereta buatan Eropah.[35]
[sunting] Proton Prevé Hatchback
Proton telah mengumumkan bahawa varian hatchback lima pintu bagi Proton Prevé (kod nama P3-22A) akan dikeluarkan pada tahun 2013.[40]
[sunting] Rujukan
[sunting] Nota
- ↑ Hammerton, Ron (12 April 2012). "Proton hones global crash performance". goauto.com.au. http://www.goauto.com.au/mellor/mellor.nsf/story2/4040EE670930873CCA2579DE0022F632.
- ↑ 2.0 2.1 2.2 2.3 "P3-21A a global car in many aspects: Proton". New Straits Times. 15 March 2012. http://www.nst.com.my/top-news/p3-21a-a-global-car-in-many-aspects-proton-1.61257. Capaian 6 April 2013.
- ↑ 3.0 3.1 Isabelle Lai, Lee Xian (18 March 2012). "Proton styling head and team find inspiration in Turin stint". The Star (Malaysia). http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2012/3/18/nation/10941839&sec=nation. Capaian 9 April 2013.
- ↑ "Proton Impian Saloon review (2001-2007)". autoexpress.co.uk. 29 December 2006. http://www.autoexpress.co.uk/proton/impian/20995/2001-2007-saloon. Capaian 12 February 2013.
- ↑ Thorp, Chris (10 July 2007). "Proton Gen2 GSX". autoexpress.co.uk. http://www.autoexpress.co.uk/proton/gen-2/16873/proton-gen2-gsx. Capaian 12 February 2013.
- ↑ Whitley, Angus (27 February 2007). "Proton Posts Loss as Sales Slump to Lowest in 7 Years (Update2)". bloomberg.com. http://www.bloomberg.com/apps/news?pid=newsarchive&sid=axpaLGflllBA&refer=asia. Capaian 12 February 2013.
- ↑ R. Ali, Shahir (8 April 2009). "Proton Appoints Dr. Wolfgang Karl Epple As Director Of Quality". wemotor.com. http://www.wemotor.com/blog/2009/04/proton-appoints-dr-wolfgang-karl-epple-as-director-of-quality/. Capaian 24 December 2012.
- ↑ "Making of Proton Prevé". youtube.com / Proton Interactive. 24 April 2012. http://www.youtube.com/watch?v=JuTyJbgmOAo. Capaian 24 December 2012.
- ↑ Radu, Mihnea (9 December 2010). "Proton Tuah Concept Might Preview Next Generation Persona". autoevolution.com. http://www.autoevolution.com/news/proton-tuah-concept-might-preview-next-generation-persona-27962.html. Capaian 24 December 2012.
- ↑ 10.0 10.1 10.2 "LAUNCH: Proton Preve (From RM59,990 to RM72,990 OTR)!". zerotohundred.com. 17 April 2012. http://www.zerotohundred.com/2012/auto-news/launch-proton-preve-rmrm59990-rm62990-rm72990/. Capaian 14 February 2013.
- ↑ Tan, Paul (4 April 2012). "Proton Preve is the official name for the P3-21A!". paultan.org. http://paultan.org/2012/04/04/proton-preve-is-the-official-name-for-the-p3-21a/. Capaian 12 February 2013.
- ↑ 12.0 12.1 12.2 Lim, Anthony (16 April 2012). "Proton Prevé with 1.6 turbo launched: RM60k – RM73k!". paultan.org. http://paultan.org/2012/04/16/proton-preve-launched-rm60k-to-rm73k/. Capaian 24 December 2012.
- ↑ 13.0 13.1 13.2 13.3 "Proton Edar - Proton Prevé - Pricing & Specs". proton-edar.com.my. http://proton-edar.com.my/Experience/Models/Preve/PricingSpecs.aspx. Capaian 24 December 2012.
- ↑ 14.00 14.01 14.02 14.03 14.04 14.05 14.06 14.07 14.08 14.09 14.10 Ng, Chris (5 April 2012). "Proton Prevé – our first impressions of the IAFM+ and CFE". paultan.org. http://paultan.org/2012/04/05/proton-preve-our-first-impressions-of-the-iafm-and-cfe/. Capaian 12 February 2013.
- ↑ Lim, Anthony (17 April 2012). "Proton Prevé Sapphire: hints of a SE version?". paultan.org. http://paultan.org/2012/04/17/proton-preve-sapphire-hints-of-a-coming-se-version/. Capaian 24 December 2012.
- ↑ Tan, Paul (16 July 2012). "Proton Preve R3 Concept at 2012 Malaysian Rally". paultan.org. http://www.paultan.org/2012/07/16/proton-preve-r3-concept-at-2012-malaysian-rally/. Capaian 14 February 2013.
- ↑ Hussein, Zain (8 October 2012). "Proton Reveals the Preve R3 Racer, Neo Soon to Resume Production". zerotohundred.com. http://www.zerotohundred.com/2012/auto-news/proton-reveals-the-preve-r3-racer-neo-soon-to-resume-production/. Capaian 14 February 2013.
- ↑ Tan, Danny (11 December 2012). "Proton R3 scores 1-2 finish in Sepang 1000km Race". paultan.org. http://www.paultan.org/2012/12/11/proton-r3-scores-1-2-finish-in-sepang-1000km-race/. Capaian 14 February 2013.
- ↑ O'Kane, Tony (18 October 2012). "Proton Exora Shown In Sydney, Midsized Prevé Priced Below $20k". themotorreport.com.au. http://www.themotorreport.com.au/55267/proton-prev-and-exora. Capaian 24 December 2012.
- ↑ Tan, Danny (28 November 2012). "Proton Prevé and Exora Prime launched at Thai Motor Expo, C-segment sedan priced from 625,000 baht". paultan.org. http://paultan.org/2012/11/28/proton-preve-and-exora-prime-launched-at-thai-motor-expo-c-segment-sedan-priced-from-625000-baht/. Capaian 24 December 2012.
- ↑ 21.0 21.1 "Proton Thailand (Phranakorn Auto Sale) - Proton Prevé - Specifications". protonthailand.com. http://www.protonthailand.com/index.php?action=preve_spec&lang=en. Capaian 24 December 2012.
- ↑ "Proton Thailand (Phranakorn Auto Sale) - Proton Prevé - Price". protonthailand.com. http://www.protonthailand.com/index.php?action=preve_price&lang=en. Capaian 13 February 2013.
- ↑ "Proton Prevé Arrives In Brunei Darussalam". corporate.proton.com. 7 February 2013. http://corporate.proton.com/Media-Centre/News---Events/Archives/2013/February/Proton-Preve-Arrives-In-Brunei-Darussalam.aspx. Capaian 10 February 2013.
- ↑ Permadi Sasmita, Bayu (5 November 2012). "New Proton Prevé sedan goes on sale early next year in Indonesia". thecardriving.com. http://www.thecardriving.com/read/1928/new-proton-preve-sedan-goes-on-sale-early-next-year-in-indonesia/. Capaian 24 December 2012.
- ↑ Tan, Danny (9 May 2012). "Left-hand drive Proton Prevé caught testing in Shah Alam!". paultan.org. http://paultan.org/2012/05/09/left-hand-drive-proton-preve-caught-testing-in-shah-alam/. Capaian 24 December 2012.
- ↑ 26.0 26.1 26.2 "Proton Prevé - Styling". protonpreve.com. http://protonpreve.com/styling.php. Capaian 12 February 2013.
- ↑ Review of the Literature on Daytime Running Lights
- ↑ IIHS: North American DRL studies
- ↑ Europa.eu Press Release "New cars equipped with daytime running lights as of today"
- ↑ Yao Han, Seow (21 April 2012). "How Does The 2012 Proton Prevé Compare Against C-Segment Rivals?". livelifedrive.com. http://www.livelifedrive.com/malaysia/news/view/1500/how-does-the-2012-proton-prev%C3%A9-compare-against-c-segment-rivals. Capaian 24 December 2012.
- ↑ "Proton Prevé (Australia) - Pricing & Specs". protonpreve.com.au. http://protonpreve.com.au/pricing-specs/. Capaian 24 December 2012.
- ↑ "ANCAP Safety Rating - Proton Prevé (From 2013)". ancap.com.au. http://www.ancap.com.au/pdf/516.PDF. Capaian 26 February 2013.
- ↑ "Malaysian ute's crash-test score sparks Consumer NZ safety warning". nzherald.co.nz. 16 October 2009. http://www.nzherald.co.nz/nz/news/article.cfm?c_id=1&objectid=10603487. Capaian 12 February 2013.
- ↑ Tan, Jonathan James (18 October 2012). "Proton Preve and Exora make their Australian debut". paultan.org. http://paultan.org/2012/10/18/proton-debuts-preve-and-exora-for-aussie-market/. Capaian 12 February 2013.
- ↑ 35.0 35.1 35.2 Thanesniratsai, Thanathep (17 January 2013). (Thai) "Test Drive Proton PREVE 1.6 CFE TURBO CVT-7: Let's Drive it to Believe it!!! (0-100 km/h in 9.82 Sec. / Top Speed 210 Km/h.!!)". headlightmag.com. http://www.headlightmag.com/main/index.php?option=com_content&view=article&id=5088 (Thai). Capaian 21 January 2013.
- ↑ "Prevé bookings hit 11,310". btimes.com.my. 14 June 2012. http://www.btimes.com.my/Current_News/BTIMES/articles/pribe/Article/. Capaian 24 December 2012.
- ↑ Gasnier, Matt (2 July 2012). "Malaysia May 2012: Proton Prevé up to #7". bestsellingcarsblog.com. http://bestsellingcarsblog.com/2012/07/02/malaysia-may-2012-proton-preve-up-to-7/. Capaian 24 December 2012.
- ↑ Tan, Danny (15 May 2012). "Proton Prevé Turbo CVT and IAFM Manual tested". paultan.org. http://paultan.org/2012/05/15/driven-proton-preve-turbo-cvt-and-iafm-manual-tested/. Capaian 24 December 2012.
- ↑ "2012 Proton Preve Review". livelifedrive.com. http://www.livelifedrive.com/malaysia/new-cars/review/723/2012-proton-preve-sedan-review. Capaian 24 December 2012.
- ↑ Tan, Jonathan James (22 October 2012). "Looking ahead: Proton’s future, at home and abroad". paultan.org. http://paultan.org/2012/10/22/looking-ahead-protons-future-at-home-and-abroad/. Capaian 24 December 2012.
[sunting] Pautan luar
|
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Jenis | 1980an | 1990an | 2000an | 2010an | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 0 | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 0 | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 0 | 1 | 2 | |||||||||||||||||||||||||||||||||
| Supermini | Tiara | Savvy | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Subpadat | Satria / Compact / Siri 300 | Satria Neo | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Sedan kompak |
Saga / MPi / Knight / Aeroback / Saga Iswara | Saga | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Wira / Persona / Siri 400 | Persona / Gen-2 Persona | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Gen-2 | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Waja / Impian | Inspira | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Pertengahan | Perdana | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Coupe | Putra / Coupe / M21 | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Pikap | Arena / Jumbuck | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Van | Juara | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| MPV | Exora | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Kereta konsep | Proton EMAS · Proton MPX · Proton PM 5 · Proton Tuah · Proton Kasturi · Proton Lekiu · Proton Lekir · Proton Satria Neo R3 Concept | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Edisi terhad | Proton Satria R3 · Proton Satria Neo R3 Lotus Racing | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||