Qada dan Qadar
|
|
Rencana ini mengandungi teks bahasa Arab, ditulis dari kanan ke kiri dalam suatu gaya crusive dengan sesetengah huruf disambungkan. Anda hanya dapat melihat jika anda mempunyai sokongan perisian tertentu. |
Qada' (Bahasa Arab: قَضَاء, transl.: qaḍāʾ, Melayu: kehendak (Allah)) dan Qadar (Bahasa Arab: قدر, transl.: qadr, Melayu: keputusan; takdir)[1] ialah takdir ketuhanan dalam Islam.[2] Percaya kepada qada dan qadar adalah Rukun Iman keenam. Iaitu mempercayai bahawa segala yang berlaku adalah ketentuan Allah semata-mata.[3]Ibnu Hajar al-Asqalani berkata, “Mereka, yakni para ulama mengatakan, ‘Qadha’ adalah ketentuan yang bersifat umum dan global sejak zaman azali, sedangkan qadar adalah bagian-bagian dan perincian-perincian dari ketentuan tersebut"[4]
Hadith:-
Dari Ibn Abbas r.anhuma meriwayatkan bahawa Jibrail a.s bertanya kepada Baginda Rasulullah s.a.w: apakah itu iman? Baginda s.a.w menjawab; Imam itu ialah kamu beriman kepada Allah S.W.T,kepada Hari akirat,kepada malaikat-malaikat, kepada kitab-kitab, kamu beriman dengan adanya mati dan kehidupan setelah mati, beriman dengan syurga dan neraka, Penghisaban dan timbangan dan beriman dengan takdir yang berlaku sama ada baik atau buruk. Jibrail a.s bertanya jika aku buat demikian adakah aku beriman? rasulullah s.a.w menjawab "jikalau kamu berbuat sedemikian maka kamu sudah beriman. Hadith Musnad Ahmad [5]
Sebagai seorang Islam, wajiblah Muslim Yakin bahawa segala apa yang kita hendak laksanakan tidak mampu untuk buat melainkan dengan adanya Izin Allah. Seseorang hendak buat baik atua buruk perlukan Izin Allah. Ataupun apa yang di rancangan Manusia hanya akan terlaksana jika di takdirkan Allah. Ada takdir yang mana tidak sesuai dengan apa yang kita hendak ada takdir yang selari dengan kehendak kita. Lahir di perut siapa ketrunan apa dan sebaginya bukan sesuatu di atas pilihan kita. Ada takdir yang selari dengan kehenadak kita seperti pilhan buat baik atau jahat. kita berkehendak buat jahat kadang Allah izinkan dan kadang Allah tidak Izinkan. sebab itu ia di Hisab sebab perbuatan itu atas pilihan kita dan dengan Izin Allah sebab itu juga buat baik dapat pahala dan buat jahat dapat dosa. Percakapan biasa dalam Bahasa Melayu "kita hanya merancangn Tuhan yang tentukan". Namun yakini baik dan buruk dari Allah adalah Rukun Iman.
Isi kandungan |
[sunting] Masalah Qada dan Qadar dengan Usaha
Segala sesuatu berjalan sesuai dengan takdir dan kehendak-Nya, sedangkan kehendak-Nya itu pasti terlaksana. Tidak ada kehendak bagi hamba-Nya melainkan memang apa yang dikehendaki-Nya. Apa yang Dia kehendaki, pasti terjadi. Dan apa yang tidak Dia kehendaki tak akan terjadi [6]
Hadith:-
عَنْ أَبي عَبْدِ الرحمنِ عَبْدِ اللهِ بْنِ مَسْعُودٍ رضى الله عنه قَالَ: حَدَّثَنَا رَسُولُ الله صلَّى الله عليهِ وسَلَّمَ وهو الصَّادِقُ الْمَصْدُوْقُ: (( إِنَّ أَحَدَآُمْ یُجْمَعُ خَلْقُهُ فِي بَطْنِ أُمِّهِ أَرْبَعِيْنَ یَوْمً ا نُطْفَةً، ثُمَّ یَكُوْنُ عَلَقَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ یَكُوْنُ مُضْغَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ یُرْسَلُ إِلَيْهِ المَلَكُ فَيَنْفُخُ فِيْ هِ الرُّوْحَ وَیُؤْمَرُ بِأَرْبَعِ آَلِمَاتٍ؛ بِكَتْبِ رِزْقِهِ وَأَجَلِهِ وَعَمَلِهِ وَشَقِيٌّ أَوْ سَعِيْدٌ. فَوَاللهِ الَّذِي لا إل هَ غَيْرُهُ إِنَّ أَحَدَآُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ اْلجَنَّةِ حَتَّى مَا یَكُوْنَ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْ هِ الْكتِاَبُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ فَيَدْخُلُهَا. وَإِنَّ أَحَدَآُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ حَتَّى مَا یَكُوْنَ بَيْنَ هُ وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الكِتَابُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ اْلجَنَّةِ فَيَدْخُلُهَا )). رواه البخاري ومسلم
Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas'uud r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda, dan Baginda adalah seorang yang benar lagi dibenarkan (iaitu dipercayai):
- Sesungguhnya setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama, kemudian menjadi seketul daging selama tempoh yang sama, kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya ruh dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu supaya menulis rezekinya, ajalnya, amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia. Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya, sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga.
- Hadis riwayat Sahih Bukhari dan Sahih Muslim [7]
Maka segala perbuatan telah ditakdirkan tidak akan berlaku perubahan sedikitpun di atas apa yang tertulis di Lauhul Mahfuz. Maka usaha itu adalah perkara asing, manusia perlu berusaha bukan sebab usaha itu akan mengubah takdir tetapi sebab tidak ada orang yang mengetahui apa yang ditakdirkan oleh Allah.
Allah berfirman:-
وَاللهُ خَلَقَكُمْ وَمَا تَعْمَلُونَ:
- “Allah menciptakan kalian dan Allah menciptakan perbuatan kalian” [8]
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
إن الله صانع كل صانع وصنعته
“Sesungguhnya Allah pencipta setiap pelaku perbuatan dan perbuatannya” (HR. Al Baihaqi, Syu’abul Iman, No. 188. Dishahihkan Al Albani dalam As Silsilah Ash Shahihah No. 1637, Al Hakim juga menshahihkan, dan disepakati Adz Dzahabi)
- Allah juga berfirman lagi:-
قُلْ فَلِلَّهِ الْحُجَّةُ الْبَالِغَةُ فَلَوْ شَاءَ لَهَدَاكُمْ أَجْمَعِينَ:
- “Katakan! Allah mempunyai hujjah yang jelas lagi kuat, maka jika Dia menghendaki, pasti Dia memberi petunjuk kepada kamu semuanya. [9]
maka boleh difahami disini ayat quran di atas bukan bererti secara mutlak usaha itu akan mengubah takdir tetapi usaha yang kita lakukan adalah apa yang Allah telah takdirkan dan juga hasil dari usahapun seperti apa yang Allah takdirkan.
boleh berlaku kita nak pergi Haji tapi Allah tidak takdirkan kita untuk pergi haji sedang kita dah berazam maka pada kedaan ini kita perlukan izin Allah untuk lakukan walaupun perkara baik. Dalam kata lain Allah tidak takdirkan kita untuk pergi Haji sedang pahala bagi haji yang sempurna akan di perolehi kerana niat itu. begitu juga dalam keadan satu orang yang berazam sunguh-sunguh untuk mencuri; tetapi Allah tidak takdirkan dia untuk curi maka dia tetap tidak akan dapat mencuri tetapi dari segi dosa dia tetap akan dapat dosa seolah dia telah mencuri.
Hadith:-
- Daripada Abu al-'Abbas, Abdullah ibn Abbas, r.anhuma beliau berkata Aku pernah duduk di belakang Nabi SAW pada suatu hari, lalu Baginda bersabda kepadaku: Wahai anak! Sesungguhnya aku mahu ajarkan engkau beberapa kalimah: Peliharalah Allah nescaya Allah akan memeliharamu. Peliharalah Allah nescaya engkau akan dapati Dia di hadapanmu. Apabila engkau meminta, maka pintalah dari Allah. Apabila engkau meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan dengan Allah. Ketahuilah bahawa kalau umat ini berkumpul untuk memberikan sesuatu manfaat kepadamu, mereka tidak akan mampu memberikanmu manfaat kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukan untukmu. Sekiranya mereka berkumpul untuk memudharatkan kamu dengan suatu mudharat, nescaya mereka tidak mampu memudharatkan kamu kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah :telah tentukannya untukmu. Pena-pena telah diangkatkan dan lembaranlembaran telah kering (dakwatnya).
- Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi. Beliau berkata: la adalah Hadis Hasan Sohih.[10]
jadi tmpa izin Allah tida ada apapun akan berlaku
maka disini akan timbul beberap persoalan adakah jadi jahat dan baik itu ditakdirkan oleh Allah juga? maka jawapan adalah ia Allah tetapkan namun perlu diingat apa yang Allah takdirkan itu bukanlah sesuatu yang bercanggah dengan kehndak hamba itu. Maka satu orang jadi jahat dan baik kerana kehndak dia dan Allah takdirkan dia jadi jahat atau baik bersamaan dengan kehendak hamba-Nya itu.
[sunting] Pandangan Sunni
ini Adalah Akidah Ahli Sunnah Waljmaah berkenan Qada dan Qadar. manakalah golongan yang mngatakan Allah tidak tetapkan perbutan manusia adalah akidah Qadariyah(akidah ini ditentang oleh Imam Abu hanifah dan Imam syafie) dan Akidah Muktazillah(ditentang oleh Imam Hambali dan beliau di penjarakan oleh pengusa yang berakidah Muktazilah) dan pada akhir zaman ini muncul gerakan Hizbut Tahrir[11] yang mana mereka juga mengatakan perbuatan manusia bukanlah sesuatu yang Allah tetapkan.
manakalah Golongan yg serahkan semua pada Allah tampa ada sebarang usaha itu adalah Jabriyah( Akidah yang salah menurut ulamak-ulamak muktabar) mereka juga mngatakan manusia jadi jahat atau baik kerna paksaan.
Akidah-Akidah yang mnyimpang ini adalah keranah masalah dalam memahami Qada dan Qadar.
[sunting] Lihat juga
[sunting] Rujukan
- ↑ Abdul Hadi Awang (2008). Beriman kepada Qada dan Qadar, Batu Caves: PTS Islamika. ISBN 9831921984.
- ↑ "Qadar" Mission Islam
- ↑ J. M. Cowan (ed.) (1976). The Hans Wehr Dictionary of Modern Written Arabic. Wiesbaden, Jerman: Spoken Language Services. ISBN 0-87950-001-8
- ↑ Fat-hul Baari, (XI/486).
- ↑ Maulana Muhammad Yusuff Al-Khandahlawi (2009). Muntakhab Ahadith, Sri Petaling: KLANG BOOK CENTER. ISBN 9836101357.
- ↑ Talkhis Syarh al-‘Aqidah al-Tahawiyyah; oleh al-Allamah Muhammad Anwar al-Badakhsyani
- ↑ Hadith 40 Imam Nawawi Hadith ke-4
- ↑ QS As Shaffat :96
- ↑ QS.Al-:An’am: 149
- ↑ Hadith 40 Imam Nawawi Hadith ke-19
- ↑ Al-Syakhshiyah al-Islamiyah ISBN 979-9478-13-8