Ragut

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Ragut adalah jenayah yang agak baru, melibatkan penunggang motosikal,biasanya penagih dadah . Kebanyakan mangsa ragut adalah wanita yang berjalan kaki, berbasikal atau menunggang motosikal. Mangsa biasanya menyandang beg di bahu kanan atau meletak beg tangan di dalam bakul motosikal.

Di Malaysia, kerajaan Malaysia telah bertindak dengan pelbagai cara tetapi jenayah ini masih lagi berleluasa. Ia termasuk dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Bagi Mengurang Kadar Jenayah. Peragut biasanya dikenakan hukuman di bawah Seksyen 392 hingga Seksyen 402 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan. Selain itu pesalah boleh dituduh sebagai jenayah samun dan rompak.

Mangsa ragut di Malaysia[sunting | sunting sumber]

  1. Pada 22 April 2018, Seorang wanita diseret kira-kira tiga meter selepas beg tangannya diragut berhampiran sebuah pasar raya di Jalan Lagenda, Melaka. Dalam kejadian jam 8 malam itu, mangsa berusia 37 tahun ke pasar raya itu bersama suami dan tiga anaknya berusia antara lapan hingga 10 tahun. Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai San berkata, dia tiba di pasar raya itu jam 7 malam untuk membeli barangan keperluan harian sebelum bergerak ke kawasan parkir kenderaan.
  2. Julai 2012, Tan Kim Chuan, 60, menjadi mangsa ragur dua penunggang motosikal di Pulau Pinang dan akhirnya meninggal dunia di hospital.Dia terbaring di tengah jalan raya tanpa dihiraukan penduduk yang lalu-lalang Sekitar 6 pagi itu, pembantu kedai kopi itu dari Flat Padang Tembak, Air Itam pergi ke tempat kerja di Lebuh Carnavon sebelum beg tangannya diragut dari arah belakang oleh dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal. Rakaman CCTV dihantar ke Jabatan Forensik Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dan disiarkan melalui berita TV3 tetapi tangkapan belum dibuat sehingga kini.[1]
  3. Pada 8 Julai 2012, kerani akaun, Tang Mui Choo, 35, yang menunggang motosikal koma dan meninggal dunia di Hospital Melaka selepas 23 jam bertarung dengan maut akibat cedera parah kerana diragut. Cedera parah di kepala dan patah tulang rusuk sehingga menikam paru-parunya, meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Orang ramai dalam keadaan berlumuran darah di Jalan Benteng, Balai Panjang, Pokok Mangga yang terletak dua kilometer dari rumahnya kira-kira pukul 8.05 pagi .[2][3] Enam peragut berjaya ditahan dan berjaya menyelesaikan 25 kes jenayah ragut dan samun termasuk membabitkan kematian wanita tersebut.
  4. Pada 1 Disember 2011, Siti Delima Aladdin, 43, maut ketika mengejar peragut sejauh enam kilometer di Bachok, Kelantan. Ibu kepada tujuh anak itu maut selepas motosikal yang ditunggangnya melanggar tiang elektrik ketika mengejar dua penjenayah yang meragut dompetnya di Beris Kubur Besar.
  5. Pada 1 Ogos 2011, Maleha Malik Ngah (24) hampir putus tangan dan adiknya Maizatul Akmal (22) koma setelah diragut . Mereka menjalani rawatan dan pembedahan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ). Mereka bermotosikal ke ke Kompleks Sri Iman, Kuala Terangganu untuk mengambil Wang Dana Bakti Remaja dan telah diragut oleh seorang lelaki yang menunggang motosikal .[4]
  6. Pada 2009, Jamilah Selamat, 31, meninggal dunia selepas koma dua hari.Dia cedera teruk di kepala selepas diragut di Taman Ayer Hitam, Batu Pahat, Johor kira-kira pukul 7.15 malam. Suaminya Razali Ahmad, 41, serta dua anak, Nor Asyikin, tujuh, dan Mohd. Khairi Ridwan, lima. Peragutnya, Mohd. Ariffin Anang, 26, hanya dikenakan penjara 15 tahun serta sebatan 10 kali dan dianggap tidak setimpal dengan kematian mangsa.
  7. Tahun 2009, Saripah Mohd. Noor, 34, maut dirempuh sebuah kereta setelah terjatuh daripada motosikal akibat diragut dua pemuda bermotosikal di Kampung Padang Raja ,Melor, Kelantan kira-kira pukul 10.50 pagi. Ibu hamil empat bulan itu meninggal dunia di tempat kejadian setelah mengalami kecederaan parah di kepala, kaki dan badan. Mangsa yang hanya mempunyai wang tunai RM2 dalam begnya ketika kejadian meninggalkan lima anak iaitu Nur Idayu, 13, Mohd. Saifullah, 11, Mohd. Shawal Nabil, lapan, Nurul Akmal Alisa, enam, dan Siti Najwa, satu, serta ibunya, Hashimah Hussin, 54, untuk selama-lamanya.
  8. Tahun 2009, Sharifah Hikmah Lokman, 40, cedera parah apabila terjatuh daripada motosikal dalam kejadian ragut di Kota Bharu.
  9. Tahun 2009, isteri bekas jurulatih badminton kebangsaan, Rexy Mainaky iaitu Henny, 41, cedera diseret setelah diragut semasa keluar dari sebuah restoran di Ampang City, Selangor.
  10. Pada 1 November 2004, Elizabeth Wong Oi Chon, cedera parah dan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth (QEH), Kota Kinabalu, Sabah setelah diragut.Anaknya, Shenial Chai, cedera pada tiga jari tangan kanannya ketika dia cuba merampas pisau daripada lelaki itu. Mereka pergi ke Bazar Ramadan di Asia City ,Kota Kinabalu untuk membeli kuih-muih.[5]
  11. Seorang kerani, Chong Fee Cheng, 37, meninggal dunia di Hospital Pakar Puteri , Johor Bharusetelah tercedera akibat tersungkur apabila beg tangannya direntap ketika mangsa dan suami melintas jalan di Taman Molek pada 7 malam Sabtu.
  12. 23 Mei 2004, seorang wanita, Chin Wai Fun, 28, menemui ajalnya, setelah lebih 17 jam koma akibat tercedera teruk ketika beg tangannya diragut di Brickfields, Kuala Lumpur.
  13. Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd. Fauzi Saari mengesahkan Mazlan Saad, 28, dari Rantau Panjang, Klang koma sejak dimasukkan ke HTAR .Pada jam 10.50 malam, Mazlan menunggang sebuah motosikal cuba meragut beg tangan seorang wanita yang sedang berjalan kaki di hadapan sebuah restoran di Jalan Meru.Pelanggan restoran telah membelasahnya sehingga kepalanya cedera parah. Sebilah pisau, sebuah motosikal curi dan sebuah beg tangan mengandungi sejumlah wang tunai ditemui.Lelaki itu sudah mempunyai tiga anak dan tidak mempunyai pekerjaan tetap. Isterinya pula tidak bekerja. Polis menasihati orang ramai supaya tidak bertindak keterlaluan seperti memukul sehingga cedera parah. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 304, Kanun Kesiksaan iaitu bunuh tanpa niat.

Usaha menangani jenayah ragut di Malaysia[sunting | sunting sumber]

  1. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah memasang pagar dawai bagi memisahkan jalan raya dan kawasan pejalan kaki untuk mengurangkan kejadian ragut.[6]
  2. Pada 2004, Ketua Pengarah Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Musa Hassan menjelaskan bahawa orang ramai yang menyaksikan kejadian ragut, boleh membuat tangkapan awam terhadap peragut. Orang awam boleh melaksanakan kuasa mereka untuk menangkap peragut termasuk melanggar kenderaan si peragut bertujuan menyekat peragut itu daripada lari. Tindakan melanggar kenderaan peragut itu adalah tidak salah dan selepas peragut itu ditahan, orang ramai harus menyerahkan peragut itu kepada pihak polis. Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Bakri Omar berjanji akan melakukan rombakan untuk menangani jenayah termasuk ragut. Tahun 2004, 4,511 kes ragut dilaporkan di seluruh negara. 2003 sebanyak 15,798 kes dilaporkan manakala pada tahun 2002, 14,640 kes ragut dicatatkan.[7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]