Raja Badruddin Hakim Shah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Raja Badruddin Hakim Shah
راج بدرودين حاكيم شه

-
Ku Bad pada 2010
Kelahiran
YM Raja Badruddin Hakim Shah bin YM Raja Kamal Bahrin Shah

(1987-01-09) 9 Januari 1987 (umur 37)
PekerjaanPereka Grafik, Pelukis, Penggiat Seni dan Budaya, Artis Mural, Mantan Penerbit dan Pengurus Dendang Anak, Pengasas NGO Punca K2 dan Mandalika
Tahun aktif2004 –kini
Karya terkenal
Mural PB Station (2017)
Mural Bumbung Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (2019)
Mural 7 Perdana Menteri (2020)
PasanganBalqis (k. 2012) [1]
Anak-anak3
IbuDatin Seri Norliah binti Almarhum Muhammad Salleh
BapaYM Raja Datuk Seri Haji Kamarul Bahrin Shah bin YAM Almarhum Raja Haji Ahmad Bahharuddin Ismail Shah
KeluargaYM Raja Muhammad Baharuddin (abang)
YAM Almarhum Raja Haji Sir Ahmad Bahharruddin Ismail Shah (atuk) ibni
YAM Almarhum Raja Bendahara Haji Sir Abdul Rashid (Moyang) ibni
Almarhum DYMM Sultan Idris Murshidul Adzam Shah (atuk3)
Almarhum DYMM Sultan Idris Shah II (Atuk Saudara) Ibni
Almarhum DYMM Sultan Iskandar Shah (Moyang Saudara) dan ramai saudara mara di Perak
Anugerah-
Laman web rasmi{https://www.insta gram.com/kubad_/}
Tandatangan
-

YM Raja Badruddin Hakim Shah bin Raja Ir Haji Kamarul Bahrin Shah dikenali sebagai Raja Badrul, Mahkota Alam, Paduka dendang anak Raja Bad atau Ku Bad (lahir 9 Januari 1987) adalah Pelukis , Pereka Grafik ,Penerbit , Art Director, Pengurus Acara, Pengasas Punca Kreatif Kolektif dan Mandalika yang bergiat aktif di Terengganu.

Beliau dilahirkan di Hospital Sultanah Nur Zahirah pada 9 Jamadilawal 1407 Tahun Hijrah bersamaan 9 Januari 1987.

Sebagai pelukis Mural beliau dikenali sebagai salah seorang ahli yang menghasilkan beberapa karya bersama kumpulan The Red Rebels yang dianggotai oleh Fahmi, Wan Ansri dan Jokerix. Diantara hasilnya boleh dilihat di sekitar Bandar Kuala Terengganu seperti di PB Station, Bumbung Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah dan Dewan Tunku Abdul Rahman.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Mendapat Pendidikan Awal di Saint Theresa kemudian melanjutkan ke Sekolah Kebangsaan Pusat, Chabang Tiga dan bersekolah di Sekolah Menengah Chung Hwa Wei Sin kemudian berpindah ke Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman.

Beliau meneruskan pengajian Pengurusan Perhotelan ke Universiti Teknologi MARA Shah Alam kemudian menyambung pengajian di Kaherah selama setahun. Minat mendalam beliau didalam rekabentuk grafik telahpun membuat beliau cenderung untuk belajar sendiri hanya dengan berpandukan rujukan yang terhad dari pelbagai sumber pada ketika itu. Akhirnya pada tahun 2008, beliau melanjutkan pengajian dalam bidang Diploma Rekabentuk Grafik di PTPL (kini MSU College) sambil bergiat aktif sebagai jurugambar bebas(freelance) dan pada masa sama juga bergiat bersama menguruskan serta menyertai persembahan bersama kumpulan muzik kebudayaannya.

Beliau bertemu dengan isterinya sewaktu menamatkan pengajiannya di College yang sama dan kemudian menamatkan pengajian Bachelor of Digital Creative Media di Asia E University beberapa tahun kemudiannya.

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Ayahandanya ialah Yang Berhormat Mulia Dato' Raja Ir Haji Kamarul Bahrin Shah ibni Yang Berhormat Mulia Raja Dr Haji Sir Ahmad Baharuddin Ismail Shah ibni DYAM Raja Bendahara Haji Sir Abdul Rasshid Shah ibni Sultan Sir Idris Musshiddul al-Adzam Shah Perak.

Pada 2012 beliau berkahwin dengan Balqis. Mereka dikurniakan tiga anak.

Bondanya adalah seorang seniwati Singapura dan adinda kepada Komposer terkenal di Malaysia iaitu Dato' Johari Salleh- To’ Puan Norilah Salleh atau dahulu dikenali sebagai Elmi Salleh.

Beliau merupakan anak yang pertama hasil daripada perkahwinan Raja Kamarul Bahrin Shah dan Norilah Salleh dan juga adalah anak yang ke tiga dari 8 adik-beradik.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau banyak menceburi pelbagai bidang dalam cabang kesenian sepanjang kerjayanya kerana merasakan wajar dan perlu mendalami setiap apa yang diminati supaya memperoleh ilmu pengetahuan yang lebih meluas.

Pada peringkat awalnya beliau cenderung melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti perhotelan dan pernah bekerja secara sepenuh masa di Hilton Hotel KL Sentral setelah tamat persekolahan selama hampir setahun dan kemudian pulang ke Terengganu bekerja sambilan di The Aryani Resort selama beberapa tahun (yang merupakan resort yang dimiliki oleh keluarganya).

Pada masa sama beliau juga bertanggungjawab menyandang peranan selaku Penerbit dalam urusan konsep,rekabentuk grafik, percetakan dan juga perhubungan awam antarabangsa bersama Kumpulan Muzik beliau, iaitu Dendang Anak dari tahun 2006 sehingga 2011.

Beliau juga adalah pengasas kepada NGO Punca k2 (kemudian dikenali sebagai Mandalika), sebuah kolektif kreatif kesenian yang banyak menyumbang idea dan membangunkan ekonomi kreatif di Terengganu. Hasil daripada penubuhan dan usaha Punca selama bertahun melahirkan produk seperti acara tahunan pada bulan Ramadan di Terengganu iaitu Carfood sahur.

Rekabentuk Grafik[sunting | sunting sumber]

Kemahiran merekabentuk grafik beliau kuasai adalah hasil daripada pembelajaran tidak langsung. Setelah mendapat pendidikan formal daripada MSU College. Beliau menjawat jawatan Ahli didalam AIGA, AGDA (Australian Graphic Design Association) dan MRM (Majlis Rekabentuk Malaysia) pada tahun 2012.

Antara hasil karya beliau adalah:

Cover Album Daqmie[sunting | sunting sumber]

Cover Album Maulaya yang direkabentuk oleh Ku Bad pada 4 November 2013




Logo Punca[sunting | sunting sumber]

PUNCA K2 Official Logo 2013





Bandahara x Wearegrafy[sunting | sunting sumber]

  • Kolaborasi Bandahara bersama Wearegrafy 2017
Neo Jawi Bandahara x Wearegrafy 2016





Bandahara x Apex Tajudin[sunting | sunting sumber]

Neo Jawi Bandahara x Apex Tajudin 2019





Uli Cafe[sunting | sunting sumber]

  • ULi Cafe 2021
ULi CAFE OFFICIAL LOGO 2021





Membawa Imej Budaya Melayu Terengganu ke persada Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Ku Bad bersama adindanya Ku Ayie diapit ayahnda Raja Bahrin sempena acara malam puisi rakyat di Kuala Terengganu,Sinar Harian, 7 Disember 2006

Beliau bergiat bersama kumpulan Dendang Anak seawal 2002 namun pada ketika itu masih lagi terikat di alam persekolahan, sekitar tahun 2006 beliau kembali bergiat bersama semula sebagai penyanyi latar untuk persembahan Pra-tatap dan Pelancaran Konsert Gergasi Satu Wajah Seribu Aqidah, Saloma Bistro, Kuala Lumpur dan juga pembantu dalam bidang penerbitan serta pengurusan.

Dendang Anak World Music Festival 2008 Press Conference

Setelah pulang daripada Mesir pada tahun 2008 beliau memberi tumpuan yang lebih kepada Kumpulan Dendang Anak terutamanya dalam bidang pengurusan dan terbitan. Diantara persembahan yang beliau terlibat sama adalah:

  • Persembahan sempena penutup Station Lama KTM Kuala Lumpur.
  • Malam Puisi Rakyat Terengganu, Kuala Terengganu, Terengganu.
  • Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang.
  • Pesta Gendang Nusantara (World Drum Festival) ke-11, Melaka - turut menghimpunkan peserta dari Uzbekistan, China, Indragiri, Siak, Jambi, Aceh, Dumai dan ramai lagi.

Pada ketika Pesta Gendang Nusantara inilah beliau bertemu dengan saudara beliau yang juga merupakan guru tari dan pensyarah di Institut Seni Indonesia Yogyakarta iaitu Drs Raja Alfirafindra yang kebetulan membawa rombongan kumpulan kebudayaan daripada Indonesia ke Melaka bersama-sama menjayakan Pesta Gendang Nusantara ke-11. Beberapa cadangan telah diketengahkan pada ketika itu untuk membawa rombongan ke Indonesia namun masih belum mendapat kata putus dari pihak penganjur disana. Ketika itu juga beliau sedang menyelaras bersama Pengurus Dendang Anak Kuala Terengganu, saudara Izamir untuk memenuhi undangan daripada pihak di Penang. Beberapa minggu setelah itu bersama Dendang Anak maka acara tahunan bertaraf antarabangsa Penang World Music Festival, Pulau Pinang di lansungkan pada 2 May 2008 - turut menghimpunkan peserta dari Ireland, Afrika, Amerika Syarikat, Kanada, Australia dan ramai lagi manakala Dendang Anak satu-satunya kumpulan muzik kebudayaan yang bermula dari Hulu Terengganu terpilih untuk menyampaikan beberapa buah lagu mewakili Malaysia.

Ku Bad dan Pengasas(kedua dari kiri) mewakili Dendang Anak bagi sesi Sidang Akhbar Penang World Music Festival 2008






Diikuti dengan undang-undangan persembahan yang lain setelah itu secara kronologi:

  • Walk With Environment, XL'S Project Green Earth, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, Selangor.
  • Citrawarna Terengganu, Syahbandar, Kuala Terengganu, Terengganu.
  • Terengganu Fest, Menara Kuala Lumpur, Kuala Lumpur.
  • Royal & Arts Gala Dinner, One World Hotel, Kuala Lumpur.
  • Festival Gamelan Sedunia Terengganu, Syahbandar, Kuala Terengganu, Terengganu - turut menampilkan kumpulan muzik dari Jepun, Amerika Syarikat, Kanada, China dan Bali, Indonesia.

Beberapa bulan sebelum Festival Siak Bermadah dan Festival Bumi Sri Gemilang, beliau menerima panggilan daripada Raja Alfirafindra diatas pengesahan undangan acara yang bakal diadakan pada 23-25 Oktober tahun 2008. Setelah bermesyuarat dan berbincang mengenainya bersama pengurusan maka beberapa usaha telahpun dijalankan untuk mengumpul dana untuk menampung kos perjalanan pergi-balik bagi 25 ahli yang terlibat. Dengan berkat doa dan nusrah bantuan dari pelbagai pihak yang terlibat walaupun dilihat seperti mustahil pada awalnya berjaya memecah sempadan supaya Dendang Anak dapat maju ke peringkat antarabangsa menjayakan:

  • Festival Siak Bermadah ke-6, Siak Seri Indrapura, Provinsi Riau, Indonesia.
  • Festival Bumi Sri Gemilang vii Tembilahan, Indragiri Hilir, Provinsi Riau, Indonesia.
Paduka Ku Bad bersama Dendang Anak di Festival Bumi Sri Gemilang 2008






Beliau sempat mengetengahkan cadangannya untuk mengadakan sesi lawatan Dendang Anak ke sekolah di sekitar Siak, Indonesia dengan tujuan untuk memberi pendedahan kepada masyarakat disana mengenai muzik Melayu Terengganu yang dibawa oleh Dendang Anak, bersama saudara Angah dengan perkenan Yang Dipertua Dendang Anak serta bantuan Raja Epi maka bermulalah tradisi Dendang Anak tiap kali membuat persembahan di luar Negara pasti akan membuat lawatan ke Sekolah-sekolah yang terpilih.

Tour Dendang Anak ke Sekolah Dasar 1 Siak Sri Inderapura, Riau, Indonesia 2008.






Pada tahun seterusnya iaitu 2009, Kumpulan Dendang Anak mendapat undangan ke program TV Nasi Lemak Kopi O, TV9 dan sekali lagi menerima undangan untuk menjayakan Hitam Putih Riau World Music Festival, Pekanbaru, Provinsi Riau, Indonesia yang juga merupakan salah satu acara tahunan di Indonesia berperingkat Antarabangsa.

Pada tahun seterusnya iaitu 2009, Kumpulan Dendang Anak mendapat undangan ke program TV Nasi Lemak Kopi O, TV9 dan sekali lagi menerima undangan untuk menjayakan Hitam Putih Riau World Music Festival, Pekanbaru, Provinsi Riau, Indonesia yang juga merupakan salah satu acara tahunan di Indonesia berperingkat Antarabangsa.

Pementasan Teater Mestika Hati di Stadium Malawati, Shah Alam[sunting | sunting sumber]

5 Mei 2010 ketika Dendang Anak menerima jemputan untuk membuat persembahan sempena pelancaran Perbadanan Adat Melayu & Warisan Negeri Selangor (PADAT) yang bakal disempurnakan majlis tersebut dengan perasmian dan keberangkatan tiba Tuanku Selangor, sebuah pementasan teater arahan Ladin Nuawi, skrip dikarang oleh Tokoh Penulis dan Budaya Siti Zainon Ismail akan menjadi salah satu segment penting dalam acara tersebut. Turut hadir menjayakan acara ini Dr. Ibrahim Ghaffar, Dr. Ghaffar Ibrahim AGI, Adinda Amiro, Dewangga Sakti Keroncong Arif Lukisan, Kompang, Cempuling, Orang Asli Batu 12 Gombak, Gondang 9,Kanak-kanak Bingkas Kebayan,Yayasan Selangor dan ramai lagi.

Ku Bad mewakili Dendang Anak sempena perasmian PADAT di Stadium Malawati,Shah Alam, 5 May 2010.









Walaupun didalam perancangan asal hanya sekadar mengisi ketiadaan penyanyi vokal utama, beliau dicadangkan untuk memegang watak utama iaitu Paduka, cabaran tersebut disahut didalam beberapa hari latihan sahaja.

Dengan pelbagai cabaran dan hampir menarik diri kerana berita kemangkatan ninda beliau pada 3 Mei 2010 beliau terpaksa pulang ke Kuala Terengganu seketika bagi menghadiri upacara pemakaman di Masjid Abidin, kemudiannya hadir bersama seluruh peserta yang telah bertungkus lumus menjayakan Teater Muzikal ini.

Keratan Akhbar Acara PADAT 2010








Bekerjasama dengan Muzium Sultan Abu Bakar, Pekan, Pahang[sunting | sunting sumber]

Atas perkenan dan titah Tengku Puan Pahang pada ketika itu, beliau bersama Datuk Ahmad Farid(Pengarah Muzium Negeri Pahang) berkerjasama untuk membuat persembahan kolaborasi dengan gamelan Pahang sempena Hari Muzium Negara pada 24 May 2011.

Sesi Latihan di Muzium Pekan Pahang, 2011.




Penampilan didalam 7 Petala Cinta[sunting | sunting sumber]

Selain daripada menyumbang lagu, beliau pernah membuat penampilan bersama kumpulan Dendang Anak pada babak permulaan cerita drama keagamaan Malaysia yang bertajuk 7 Petala Cinta yang diterbitkan pada 15 Mac 2012.

Poster 7 Petala Cinta







Malam Melayu Sejati Dendang Anak[sunting | sunting sumber]

Merupakan kegiatan malam minggu Dendang Anak bersama masyarakat bertempat di setiap cawangan Dendang Anak. Yang telah bermula dari tahun 2017.

Ku Bad bersama Dendang Anak di Jenagor sempena Malam Melayu Sejati 2019




Keratan Akhbar mengenai kegiatan Dendang Anak di Jenagor pada 2019








Budayawan[sunting | sunting sumber]

Ku Bad bersama Dendang Anak bersama Elmi Salleh di Singapore Expo, 10 April 2011

Sebagai seorang budayawan meskipun bondanya Elmi Salleh adalah seorang penyanyi dari Singapura, beliau tidak pernah menganggap dirinya adalah seorang penyanyi atau penghibur. Beliau merasakan bahawa peranan seorang pelantun suara yang mematuhi undang-undang yang terdapat pada muzik yang dimainkan serta menghayati bait-bait penulisan itu perlu menyampaikan makna kepada para pendengar, supaya ianya diresap kemudian difahami apa yang cuba diketengahkan dalam sesebuah lagu tersebut.

Sama seperti seorang Qari yang membacakan sesebuah surah, bukan sekadar dikagumi merdu bacaannya tetapi difahami maknanya sekaligus.

Penubuhan NGO Punca[sunting | sunting sumber]

2013 merupakan tahun dimana beliau bersama beberapa kumpulan penggiat seni Terengganu secara serious memulakan usaha untuk menghimpun serta mengetengahkan industri kesenian dan kebudayaan serta warisan Terengganu menerusi sebuah Kreatif Kolektif yang diberi nama Punca.

Diasaskan oleh beliau sendiri bersama Muhammad Amin Fitri, Mohd Naim, Nor Hilmi Zakaria, Norul Hidayah dan Faizal Sulong selaku penasihat.

Logo Punca Kreatif Kolektif 2013

Beliau memperkenalkan logo Punca dengan mengolah simbol √ yang seringkali digunakan didalam ilmu Matematika. "Kuasa" dua memberi makna dua K iaitu memberi makna:

Kreatif [kréa.tif] | کرياتيف

Definisi : (kréatif) mempunyai kebolehan men­cipta, menghasilkan, dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli: kita harus mengerah seluruh tenaga ~ utk menghasilkan karya seni yg benar-benar bermutu tinggi; daya ~ kemampuan (kebolehan) mencipta; kekreatifan kemampuan (kebolehan) men­cipta, kreativiti, daya kreatif: komputer boleh mengembangkan ~ pelukis hingga ke satu peringkat yg hampir tiada hadnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

dan

Kolektif [ko.lék.tif] | کوليکتيف


Definisi : (koléktif) bersama-sama atau be­ramai-ramai sbg suatu kumpulan (dlm melaku­kan sesuatu): sekalian rakyat mempunyai tanggungjawab yg sama, baik secara bersendirian ataupun secara ~; pertanian ~ pertanian yg diusahakan beramai-ramai dgn bekerjasama utk faedah bersama; mengkolektifkan menjadikan faktor pengeluaran (spt tanah, kilang, dll) milik ber­sama rakyat atau milik negara, menubuhkan sistem pengusahaan (pengeluaran) secara beramai-ramai (bersama-sama); pengkolektifan perihal atau perbuatan meng­kolektifkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Bulatan yang melingkar simbol Punca bermaksud lingkaran yang menyeluruh.

Sementara warna asas yang terpilih sebagai imej Punca ialah Kelabu yang melambangkan titik tengah warna antara warna tergelap iaitu Hitam dan warna tercerah iaitu Putih yang sinonim kepada panji negeri Terengganu Darul Iman.

Payang Walk Art Festival 2013[sunting | sunting sumber]

Acara Pertama yang diadakan di Bazaar Warisan berhadapan Pasar Besar Kedai Payang anjuran Punca Kreatif Kolektif dengan kerjasama Persatuan Pelancongan Negeri Terengganu. Matlamat utama acara ini adalah untuk mengalakkan aktiviti pelancongan dengan penglibatan penggiat seni dan belia kreatif di Terengganu, mempersembahkan karya dan produk tempatan buatan anak jati Terengganu.

Poster Payang Walk Art Festival anjuran Punca dengan kerjasama Persatuan Pelancongan Negeri Terengganu.




Ini merupakan julungkalinya acara sebegini diadakan secara besar-besaran dengan penglibatan pelbagai penggiat setelah berpuluhan tahun lamanya. Hasil dari acara ini mendapat sambutan yang luar biasa dikalangan komuniti didalam Kuala Terengganu khususnya.

Sebahagian peserta dan komuniti yang terlibat menjayakan Pesta Seni Payang Walk 2013





Tigenangkosong #01 2013[sunting | sunting sumber]

Beberapa minggu kemudian selesai Payang Walk Art Festival 2013 diatas permintaan ramai maka lahirlah 360 edisi pertama atau Tigenangkosong #01 2013 yang diadakan di Taman Awam Pantai Batu Buruk . Tema pameran seni awam kali ini mengetengahkan kesedaran tentang Buta warna dan menghargai para penggiat yang memiliki kekurangan ini untuk bersama menyumbang bakat mereka kearah memartabatkan seni di dalam dan luar negara ini.

Poster yang direkabentuk oleh beliau juga diinspirasi oleh carta warna Ujian Ishihara sebagai medium perbualan untuk mengetengahkan fungsi setiap warna didalam kehidupan seharian yang jarang dihargai.

Menerusi Punca Kreatif Kolektif, apa yang cuba dibawakan oleh beliau kepada masyarakat awam adalah memecahkan sempadan yang seringkali dipisahkan dengan menjadikan seni suatu yang sangat eksklusif dan hanya layak dinikmati oleh golongan tertentu sahaja didalam hotel-hotel ataupun dewan yang besar semata-mata.







Carboot Sale Punca 2013[sunting | sunting sumber]

Selain daripada memperkenalkan acara seni secara terbuka kepada awam, beliau bersama kumpulan Punca yang lain telahpun memperkenalkan jualan dari boot kereta atau Carboot Sale [4] secara besar-besaran di Dataran Batu Buruk sebagai salah satu alternatif untuk berniaga secara langsung melalui boot kereta mereka. Perlu diingatkan bahawa pada 2013, kegiatan ini sangat jarang ada didalam bandar Kuala Terengganu ketika itu. Bermatlamat agar dapat mentransformasi budaya melepak tanpa hasil itu memberi faedah untuk mempromosikan diri dengan bakat dan kebolehan yang ada kepada orang ramai tentang apa mereka ada untuk didagangkan sambil beramal.

Poster Carboot Sale Punca 2013







Setelah jualan amal boot kereta pertama diadakan pada 25 - 27 July 2013 di Dataran Batu Burok, ianya telah mendapat sambutan dari pelbagai pihak yang terdiri dari usahawan belia dan penggiat. Maka "Kabuk" (atau "Carboot" mengikut dialek Terengganu) dijadikan rebranding yang sesuai untuk diadaptasikan kedalam budaya dan semangat kenegerian. Kabuk Sale diamanahkan oleh Nor Hilmi untuk mengurus dan menyelaras kegiatan ini secara berkala dan diadakan secara setiap hujung bulan atau pada musim percutian.

Logo Kabuk 2014
Logo Kabuk yang direbrand semula oleh Ku Bad pada tahun 2016













Forum Seni Punca[sunting | sunting sumber]

Diadakan secara tidak langsung untuk mengisi masa lapang pada musim tengkujuh di Terengganu (yang kebiasaannya bermula dari hujung tahun) dengan bual bicara yang lebih bermanfaat pada masa sama membangun minda para penggiat di dalam Terengganu. Kegiatan ini diselaraskan oleh Ku Bad dengan kerjasama Amin Fitri dan Wan Luqman(Wacko Jacko) selaku moderator yang telah menjayakan siri pertama program ini.

Poster Forum Seni siri pertama 2013






Kemudiannya disertai oleh saudara Asrulrizal, seorang bekas pensyarah ASWARA yang menetap di Kuala Terengganu yang bersetuju untuk turut menyumbang idea dan masa untuk menjayakan program ini.

Poster Forum Seni Yang Berbunyi, siri ke-2, 2013






Buatan Tranung 2014[sunting | sunting sumber]

Hasil daripada penyelidikkan dan sesi brainstorming bersama kalangan ahli dan komuniti menghasilkan yang dinamakan "Buatan Tranung" iaitu satu penjenamaan atau supporting label yang menyokong penuh segala jenis produk tempatan yang dihasilkan di Terengganu dengan tujuan mempromosikan Terengganu. Diatas persetujuan umum dengan sokongan pelbagai pempengaruh pada ketika itu yang turut serta menyokong untuk memperkasakan promosi dengan slogan "buatan tranung hok kite".

Logo Buatan Tranung 2014 rekaan Ku Bad






Gerakan Seni Jalanan di Kuala Terengganu[sunting | sunting sumber]

Setelah selesai acara siri ke-2 Tigenangkosong: Art In The Park di Taman Lagun Kuala Ibai, Ku Bad bersama Kolektif Kreatif Punca menerima undangan untuk bekerjasama dengan TLP Action Team yang dianggotai oleh Arkitek Tempatan Datuk Low Wan Cheong dan Mishesh Ramesh untuk menyertai projek pengindahan lorong-lorong di Kampung Cina, Kuala Terengganu . Ini merupakan suatu impian yang menjadi kenyataan buat Ku Bad kerana pada awal tahun tersebut beliau bersama Punca pernah mencadangkan untuk membuat satu seni mural di bahagian dinding Bazaar Warisan sebagai tarikan pelancong sempena Payang Walk Art Festival namun pihak yang terlibat hanya menganggap ianya sebagai satu tindakan "vandalisme".

Ku Bad-Lorong Batik Kampung Cina 2014


Beliau diikuti dengan barisan penggiat seni yang terlibat untuk Fasa 1 adalah:

  • Wan Coreng-coreng
  • Izyan Munirah
  • Nim
  • Arissa Arifin
  • Cik Epal
  • Nasir Ali
  • Amer Narani
  • Team Wearegrafy (Amin Fitri, Tengku Abdul Muizz)
  • Sabra
Ku Bad dan TINTA Punca ketika membuat R&D di Laman Seni Shah Alam 2014






Barisan penggiat yang terlibat untuk Fasa ke 2 adalah:

  • Fyn Annuar atau Perempuanmelawanart
  • Nisa atau Senikataniesa
  • Igersganu
  • Dayangdeno
  • Wan Imadi Kamaludin
  • Amer Narani
  • Khairul Azmi

Kitar-Reka 2015[sunting | sunting sumber]

Logo Kitar-Reka oleh Ku Bad, 2015

Kitar & Reka atau KRAFT(Kita-Reka Art Factory Terengganu) diasaskan oleh Ku Bad, Mishesh Ramesh dan Low Wan Cheong pada 4 June 2015. Adalah hasil kerjasama antara Punca dan TLP Action Team. Tujuan utama wujudnya adalah menggunapakai kreativiti dengan hasil produk yang dikitar semula pada masa sama memberi galakkan kepada penglibatan dan kolaborasi pelbagai pihak.


Diusahakan oleh dua belia kreatif iaitu Madi Kamaludin dan Amer Narani sebagai in house designer atau "KRAFTER" kemudian diurus oleh Amin Fitri, Amirul dan Norul Hidayah dan dibantu oleh intern Nur Safwani. Ia merupakan satu pilot project yang dijalankan untuk membuka ruang kepada orang ramai melihat proses kreatif yang dijalankan. Workshop yang terletak di tengah Kampung Cina dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Terengganu sempena Peranakan Festival 2015.

Ku Bad bersama MB Terengganu sempena Peranakan Festival 2015





Duyong Art Festival 2015[sunting | sunting sumber]

Punca berkerjasama dengan komuniti Duyong Art Gallery untuk menjayakan Festival Kesenian tempatan yang bertujuan mengetengahkan hasil seni tempatan di sekitar Pulau Duyong yang cukup terkenal dengan karyawan-karyawan seni yang terdahulu dan kini.

Lakaran kasar Ku Bad untuk Duyong Art Festival 2015





Punca diberi tanggungjawab untuk menyelia para vendor kreatif yang terlibat untuk segmen jualan kreatif yang kemudiannya hasil dari mesyuarat memutuskan Amer Narani untuk mewakili Punca menguruskannya. Pada peringkat awal perbincangan Ku Bad telah mengetengahkan idea untuk menggunakan jeti sebagai konsep utama untuk tarikan pengunjung, namun tidak dipersetujui sepenuhnya kerana bimbang atas aspek keselamatan. Tapi dengan mengambil langkah yang berjaga-jaga perancangan tersebut tetap diteruskan dan itu menjadi antara tarikan utama atau trademark kepada acara Duyong Art Festival yang begitu sinonim hingga ke hari ini.

Keratan Akhbar DAF2015









Carfood Sale 2015[sunting | sunting sumber]

Carfood Sale diperkenalkan hasil dari perbincangan sesama komuniti. Idea asalnya adalah untuk memperkenalkan jualan makanan dan minuman berkonsep dengan persembahan yang sederhana berbeza dengan acara festival makanan yang terdapat dimana-mana.

Dengan kerjasama TLP Action Team, JKKK Kampung Cina bersama Groovy Soda dan Tranunglicious maka Carfood Sale pertama diadakan pada 1 dan 2 May 2015 bertempat di Pentas Kampung Cina, Kuala Terengganu menyajikan pelbagai hidangan dan aktiviti yang menarik.

Poster pertama Carfood Sale 2015

Setelah mendapat sambutan yang mengalakkan maka diatas idea melanjutkan kepada pengisian bulan Ramadan tahun tersebut maka wujudlah yang dikenali kini sebagai Carfood sahur yang merupakan salah satu perintis yang memperkenalkan acara yang diadakan setiap tahun di bulan Ramadan.



Isu dan Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Tuduhan[sunting | sunting sumber]

Sebagai seorang penggiat yang menjawat peranan Pengerusi Punca sebagai NGO sememangnya tidak mampu menyenangkan hati semua pihak meskipun cuba membuat pelbagai pendekatan untuk menyelesaikan. Apabila beliau bersetuju untuk bekerjasama dengan komuniti Kampung Cina, beliau dituduh seolah-olah "menjual" bakat orang Melayu sedangkan bertahun-tahun sebelumnya beliau bersama organisasi sering membentang pelbagai cadangan untuk berkerjasama namun sering dipandang negatif dan sia-sia oleh pihak tertinggi yang berkuasa untuk meluluskannya. Sementara disatu pihak yang lainnya pula yang memandang semuanya politik, beliau seringkali dikaitkan menjalankan aktiviti persatuan ini sebagai "proxy" kepada ayahndanya yang ketika itu adalah ketua pembangkang didalam Terengganu. Walhal semuanya tidak berasas, beliau hanya bergerak sendiri bersama kumpulannya, mencari dana sendiri untuk menampung perbelanjaan yang diperlukan oleh Punca untuk bergerak selama 3 tahun selama ini.

Semua tuduhan ini akhirnya terjawab apabila YAB Menteri Besar Terengganu pada ketika itu Ahmad Razif Abd Rahman membuat kenyataan yang jelas menyokong penuh segala acara dan kegiatan yang dijalankan oleh Punca tanpa prejudis pada sekitar tahun 2015.

Khianat[sunting | sunting sumber]

Walaupun telah mendapat sokongan dari pihak tertinggi untuk mengadakan sebarang aktiviti berpersatuan pada tahun 2015. Beliau menghadapi satu lagi ujian terbesar baginya ketika itu yang mana berlaku pengkhianatan dikalangan ahli-ahli yang tidak senang dengan kelantangan dan cara ia mengelola Punca. Sehinggakan timbul pelbagai sindiran dan fitnah didalam social media yang menyebabkan pelbagai salah faham. Sungguhpun beliau bertekad untuk mencari sebab utamanya namun tiada yang membantu memberikan penjelasan yang jelas mengenai isu yang sebenarnya.

Setelah beberapa bulan mengambil pendekatan untuk membuat keputusan, beliau membuat pendirian untuk menarik diri dari menjawat ataupun terlibat lagi dengan Punca sebagai satu NGO sungguhpun ianya suatu yang sukar untuk dibuat, kerana mengenangkan ketika awal beliau dilantik sebagai Pengerusi pada 2013 telah menolak sebanyak 3 kali tapi digesa juga untuk memikul tanggungjawab tersebut. Kesan daripada semua ini,beliau mengalami "burnout" yang amat teruk dan mengumumkan penarikan dirinya dari segala penglibatannya selama ini pada 29 December 2015 didalam instagram rasminya. Hasil dari itu, tiada siapapun yang sanggup meneruskan Punca secara tidak langsungnya maka bubarlah Punca sebagai NGO.

Kembali bergiat semula[sunting | sunting sumber]

Penubuhan Mandalika[sunting | sunting sumber]

Hampir setahun beliau "menghilangkan" diri dengan bekerja di Kuala Lumpur, beliau sering dihubungi oleh kawan dan rakan yang berada di Terengganu. Bertanya khabar dan memberi tahu bahawa ketiadaan Punca sangat dirasai kerana tiada aktiviti dan program diadakan seperti sebelumnya. Atas pedoman pengalaman sebelum ini, beliau kembali merangka perjalanan dengan kumpulan yang kecil mudah untuk bergerak tanpa sebarang kekangan maka ditubuhkan satu lagi Kolektif Kreatif Mandalika, sebuah gerakan seni yang dahulunya diletakkan pada para penasihat Punca berfungsi untuk membimbing serta membangunkan penggiat yang terdiri dari golongan belia.


Mandalika dianggotai oleh:

  • Ku Bad-Pengerusi
  • Aziruddin Majid-Timbalan Pengerusi
  • Muhammad Amin Fitri-Naib Pengerusi
  • Norul Hidayah-Setiausaha
  • Nur Safwani-Penolong Setiausaha
  • Balqis-Bendahari
  • Zaini Dahlan-AJK
  • Aidil Balqis-AJK

Bettercity KT[sunting | sunting sumber]

Logo BETTERCITY KT 2016 oleh Ku Bad

Projek pertama Mandalika dengan kerjasama IM4U yang dilancarkan secara rasmi pada 7 September 2016. Adalah projek community yang melibatkan golongan belia.

Idea asalnya adalah untuk memperkasakan projek pengindahan sekitar bandar dengan kreativiti seni lukis, namun diperkembangkan lagi dengan pelbagai lagi kempen projek-projek kreatif dan inovatif yang boleh membantu mengetengahkan lagi bakat tempatan dan mengindahkan lagi Kuala Terengganu sebagai sasaran utama.


Red Rebels Squad dan Mural[sunting | sunting sumber]

"Red Rebels" secara tidak sengaja direka bagi menjenamakan sebuah kumpulan pelukis mural yang terdiri daripada Ku Bad, Wan Coreng-coreng, Fahmi dan Jokerix. Ia diambil dari kumpulan penjahat Red Ribbon dari siri Dragon Ball tanpa sebab tertentu hanya secara spontan. Hasil dari projek pertama pada 2017 maka lahirlah Red Rebels.

Red Rebels dan Timbalan Pengerusi Mandalika, PB Station Kuala Terengganu, 2017.





PB Station Mural 2017[sunting | sunting sumber]

Harian Metro 12 July 2017






Bumbung Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah 2019[sunting | sunting sumber]

Harian Metro, 9 August 2019




Dewan Tunku Abdul Rahman 2020[sunting | sunting sumber]

Sinar Harian, 10 Februari 2020






Kegiatan Lain-lain[sunting | sunting sumber]

Kerjasama dengan Ganutalgia[sunting | sunting sumber]

Bersama pengasas Ganutalgia,Mohd Naim dengan kerjasama Wearegrafy, beliau telah banyak berkongsi cadangan dan pandangan dalam membangunkan usaha yang telah dijalankan sekian lamanya untuk mengetengahkan lagi sejarah dan warisan negeri Terengganu. Didalam jangkamasa 2 tahun sekitar 2013-2014 berpandukan rujukan dari Muzium Negeri Terengganu dan penulisan lama dari MISBAHA dan lain-lain projek pemuliharaan telah dijalankan di beberapa Makam Tokoh lama Terengganu, antaranya:

  • Makam Tok Bukit Paloh
  • Makam Tok Raja Ri
  • Makam Tun Indera
  • Makam di Bukit Keledang (Terengganu)
  • Surau dan Rumah Tok Limbong
  • Tapak Makam Datuk Paduka Raja Wan Abdul Rahman

selain dari itu, hasil dari idea-idea yang ada maka terbitlah Ganupedia sebagai pusat rujukan setempat dan Ganutionary sebagai kamus bebas untuk melestarikan ragam bahasa Melayu-Terengganu.

Ganupedia[sunting | sunting sumber]

Ganupedia [1]



Ganutionary[sunting | sunting sumber]

Ganutionary [2]






Ku Bad Enterprise[sunting | sunting sumber]

Seni Ilustrasi Bandahara[sunting | sunting sumber]

"Bandahara" merupakan projek peribadi beliau yang khusus kepada seni Melayu purba pada asasnya. Bandahara adalah nama sebuah gunung bertempat di Gunung Bandahara namun ianya diinspirasikan untuk memberi penghormatan kepada ninda beliau yang merupakan raja bendahara terakhir di Perak iaitu Raja Bendahara Abdul Rashid Shah ibni Sultan Idris Shah [5].

Logo Bandahara oleh Ku Bad 2016




Seni Busana Tradisional[sunting | sunting sumber]

Sebagai seorang pencinta seni dan warisan budaya Melayu, minat mendalam beliau dalam mengetengahkan seni busana bermula semenjak 2009 lagi pada ketika itu bersama rakannya Angah beliau bercadang untuk merubah pakaian rasmi Dendang Anak daripada potongan baju Melayu modern kepada busana Melayu purba untuk menyerlahkan lagi mood persembahan diatas pentas.

Lakaran Kasar Ku Bad,14 June 2009.


Pada sekitar tahun 2015 secara rasmi maka terbitlah edisi pertama Warisan Angsari yang diasaskan oleh Angah dengan membawa idea yang pernah dirancang sebelum ini untuk Dendang Anak. Dengan kerjasama Bandahara(milik Ku Bad Enterprise) dan Warisan Angsari maka lahirlah pelancaran pertama di Terengganu bertempat di gallery Kitareka Terengganu sempena Peranakan Festival 2015.

Bandahara x Warisan Angsari 2015
Ku Bad bersama Dendang Anak menggayakan busana keluaran Warisan Angsari di Kelantan 2019









Asthana Seni(kini Atmalaya)[sunting | sunting sumber]

Inisiasi mengalakkan dan mengetengahkan kraftangan Melayu tradisional yang diasaskan oleh beliau bersama Afif Tajudin, diusahakan oleh Asyraf Salahudin, Malik, Uda dan Mat Adi. Pada peringkat awalnya dikenali sebagai Asthana Seni namun diatas perbezaan kreatif ianya dijenama kembali kepada Atmalaya yang memberi maksud "Jiwa Bebas".

Logo Asthana Seni oleh Ku Bad, 2015





Rancangan TV Darul Iman https://www.youtube.com/watch?v=fdi5DNgoj8g , Asthana Seni 2020






Atmalaya[sunting | sunting sumber]

Penjenamaan dari Asthana Seni yang diasaskan oleh Ku Bad dan Asyraf Salahuddin. Mengetengahkan produk Melayu yang diusahakan oleh penggiat tempatan.

2019





Asyraf Salahudin sempena acara Doktong 2023.






Terengganu Bertanjak[sunting | sunting sumber]

2019[sunting | sunting sumber]

Kegiatan tahunan yang diadakan dengan kerjasama pelbagai NGO yang meraikan dan mengetengahkan seni Busana Melayu di Negeri Terengganu.

Terengganu Bertanjak 2019







2022[sunting | sunting sumber]

Ku Bad (berbusana Putih) bersama Tuan Khairul, Pengerusi NGO Persatuan Seni Silat Lian Halilintar, 2022





Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Baju Potong Ku Bad[sunting | sunting sumber]

Mendapat penghargaan hadiah busana istimewa direkabentuk oleh Tn Nur Afifi seorang Pensyarah dari UiTM dan Yang Dipertua Persatuan Busana Melayu untuk hari persandingan beliau pada 2012.

Tn Nur Afifi bersama model yang mengenakan Busana Baju Potong Ku Bad, 2011.







Tengkolok Inderabangsawan[sunting | sunting sumber]

Tengkolok Inderabangsawan oleh Alfairuzi, 2017.


Menerima penghargaan Tengkolok khas yang diberi nama "Inderabangsawan" dari Pengasas Kazanah Warisan Al Fairuzi, Mohd Zairul Fairuz Zakaria yang merupakan penyolek tanjak yang dipakai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V pada 2017.

Alfairuzi [3] yang mengenakan Tengkolok Inderabangsawan, 2017.











AEU Best Student School Award[sunting | sunting sumber]

Dianugerahkan "Best Student School Awards" oleh Asia E University [6]

Menerima anugerah Best Student School Awards di Asia E University, PWTC, 2023.





Sumber Petikan[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]

1. https://www.bharian.com.my/hujung-minggu/kembara/2020/02/656001/mural-tujuh-perdana-menteri Mural Tujuh Perdana Menteri

2. https://www.sinarharian.com.my/article/69473/berita/warna-warni-kehidupan/mural-tujuh-pm-diabadikan-di-dewan-tunku-abdul-rahman Sinar Harian

3.https://www.trdi.my/tujuh-perdana-menteri-hiasi-dinding-dewan-tunku-abdul-rahman-terengganu

4. https://sembangkuala.wordpress.com/2009/11/23/the-last-raja-bendahara-raja-abdul-rashid-ibni-sultan-idris-i/ Raja Bendahara Raja Abdul Rashid Shah

5. https://www.youtube.com/watch?v=fdi5DNgoj8g Viral Tranung, Asthana Seni.

6. https://www.sinarharian.com.my/article/41371/bisnes/fairuz-angkat-martabat-penyolek-tanjak#google_vignette Al Fairuzi.

7. https://ganupedia.com/ Laman Web Ganupedia.com

8.https://ganutionary.com/index.html Laman Web Ganutionary

9.https://ganutalgia.blogspot.com/ Laman Web Ganutalgia

  1. ^ 2012c.