Siti Zainon Ismail

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Siti Zainon Ismail (lahir 18 Disember 1949 di Gombak, Kuala Lumpur) merupakan seorang pengarang, pengkaji seni budaya warisan Melayu, seniman, penyair dan pelukis Malaysia. Beliau adalah kacukan keturunan Melayu - Minang - Batubara, Jawa - Banjar.


Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Siti Zainon Ismail mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Setapak, Kuala Lumpur dan Sekolah Rendah Langgar, Kota Bharu ( 1956- 1957-1961) dan seterusnya ke Sekolah Menengah Aminudin Baki (SAB), Kuala Lumpur (1962-1968).

Beliau mula belajar mencolek kain batik di Kota Bharu. Di SAB beliau dilatih oleh guru senilukis Idris Haji Salam sehingga ia bergabung pula dengan Angkatan Pelukis Semenanjung (APS, 1964-1968). Oleh minatnya kepada seni lukis beliau melanjut ke pendidikan seni di Institut Seni Indonesia (ASRI) jurusan Seni Lukis (1970-1973). Beliau merupakan pelajar seni lukis yang kerap memenangi Anugerah Sketsa Kartini (1970-1973). Selama di ASRI turut bergabung dengan Sanggar Dewata dan turut pameran keliling Jawa. Pada bulan Februari 1974 pulang ke tanahair bertugas sebagai Jurulatih seni lukis di Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan (1974-1976). Seterusnya sebagai tutor di Universiti Kebangsaan Malaysia ( 1976) dan lulus Sarjana Sastera (UKM. 1980). Ph.D (UM. 1992). Hingga kini masih mengajar di Pusat Bahasa. Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu dalam bidang kepakarannya Seni Budaya Warisan (kursus Kesenian Melayu Tradisional. Pemerian Budaya Benda, Tekstil dan Busana Melayu, Sejarah dan Teori Penghayatan Seni, Penulisan Kreatif). Beliau juga adalah Felow Penyelidik ATMA (1995-1996) dan Pengarah Kebudayaan UKM (1996-1999). Sekarang adalah Profesor di UKM.

Kegiatan sebagai Seniman Penyair-Pelukis[sunting | sunting sumber]

Beliau adalah penyair pelukis wanita yang terus aktif. Kerap mewakili negara dalam membaca puisi, pameran lukisan dan seminar seni budaya seluruh tanahair dan juga di peringkat antarabangsa seperti di Filipina (1976); Bhopal, India (1985); Berlin Barat ( 1985, 2000) ;Seoul ,Korea Selatan (1986); Indonesia (Aceh, Bali, Jakarta. Jambi, Lombok, Makassar, Padang, Riau, Palembang, Yogyakarta 1983-1998); Thailand ( 1986,1989, 1990). Perancis (1986), Berlin (1986). London (1986,1990,1992); Australia(1993), Singapura (1990,1995); Hamburg (2000) dan Russia (2003).

Puisi-puisi dan cerpen beliau telah diterjemah ke pelbagai bahasa seperti Bugaria, Hindi, Inggeris, Korea, Urdu, Jepun, Perancis, Thai dan Russia.

Karya[sunting | sunting sumber]

  1. 100 Malay proverbs : an open ground for knowledge = 100 pepatah petitih Melayu : alam terlembang jadi guru / Siti Zainon Ismail ; terjemahan oleh Shahnaz Mohd Said; Institut Terjemahan Negara Malaysia, 2010.
  2. 1000 Pepatah Petitih (ITNM, 2010)
  3. Aceh : suara dari hujung tambak ; DBP, 2009.
  4. Alam Puisi (DBP,1994),
  5. Attar dari Lembah Mawar ; Marwilis publisher & Distributors, 1988.
  6. Bait Senandung Malam-the Rhythm of Night Song (ITNM, 2009)
  7. Bunga putik putih.  ; DBP, 1991.
  8. Bunga-bunga bulan : sketsa dan puisi 1969-1989 ;Creative Enterprise, 1992.
  9. Busana Melayu Johor ; Yayasan Warisan Johor, 1997.
  10. Daun-daun Muda ( 1986),
  11. Delima ranting senja ; Utusan Publications & Distributors, 2009.
  12. Dongeng si Siti Kecil ;Teks Publishing, 1988.
  13. Getaran jalur dan warna ; Fajar Bakti, 1985.
  14. Ibunda -Mother (Unit Kebudayaan UKM, 1995).
  15. Jalur dan Warna (Fajar Bakti, 1985),
  16. Jurai palma  ; DBP, 2001.
  17. Kasih Bonda Kampung Paya Kami (DBP,2008)
  18. Kembara Seni Siti (Utusan Melayu dan Galeri Melora, 1992)
  19. Lambang Sari Gamelan Trengganu (bersama Harun Mat Piah, UKM, 1988),
  20. Langit di tangan / diselenggarakan oleh Rahman Shaari ; Siti Zainon Ismail  ; DBP, 1995.
  21. Malay woven textiles - the beauty of a classic art form  ; DBP, 1997.
  22. Memasuki taman puisi  ; DBP, 2009.
  23. Nyanyian malam : kumpulan puisi dan sketsa, 1972-1975  ; DBP, 1976.
  24. Pakaian cara Melayu ; Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia ; 2006.
  25. Percikan Seni (DBP,1988),
  26. Perkasihan Subuh (Bulan Bintang. 1987).
  27. Puisi putih sang kekasih : sketsa 1975-82 ;Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 1984.
  28. Puisi: Nyanyian Malam (DBP 1976, 2003 ),
  29. Pulau Renek Ungu (DBP, 1996)
  30. Rekabentuk Kraftangan Melayu Tradisi(DBP, 1986),
  31. Rembang flamboyan ; Fajar Bakti, 1995.
  32. Rindu pala muda  ; DBP, 2005.
  33. Sebuah unggun di tepi danau / Muhammad Haji Salleh ; illustrasi oleh Siti Zainon Ismail  ; DBP, 1996.
  34. Seri Padma  ; DBP, 1984.
  35. Taman-taman Kejadian (Galeri Melora, 1996)
  36. Tekstil tenunan Melayu: keindahan budaya tradisional Nusantara  ; DBP 1997
  37. The CRAFTS of Malaysia / Dato' Haji Sulaiman Othman ... [et al.] with supplementary texts by Siti Zainon Ismail and Vernon Art Kedit ; photographers, Abdul Halim Mohd Noor ... [et al] ; Didier Millet, 1994.
  38. The moon is a candle / Siti Zainon Ismail, edited and translated by Harry Aveling ; DBP, 1992.
  39. The Traditional Malay handicraft design  ; DBP, 1997.
  40. Witir Sela Merapi (Galeri Melora, 2003)
  41. Zikir Pelangi -The Rainbow ( Galeri Melora, 2000)
  42. Cerpen: Attar Lembah Mawar (Marwilis, 1988),
  43. Cerpen: Bunga Putik Putih (DBP, 1991 ),
  44. Cerpen: Jurai Padma (DBP, 2000)
  45. Cerpen: Kampung Paya Kami ( Galeri Melora, 1998),
  46. Cerpen: Nyanyian Orang Laut (bersama Rahamad, Galert Melora, 2000),
  47. Cerpen: Piazza Di Spagna (Galero Melora, 2005)
  48. Cerpen: Seri Padma (DBP, 1984),

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

  • Anugerah Hadiah Sastera Malaysia (puisi 1975,1976,1979,1983, 1985, 19891,
  • Hadiah Maybank- DBP (cerpen 1996/97/98),
  • S.E.A. Write Award ( 1989),
  • Gelar Cut Nyak Fakinah (Lembaga Adat Aceh -MUI 1990),
  • Anugerah Tan Seri Fatimah-Avon (1993),
  • Pingat Jasa Kebaktian (Negeri Selangor, 1993),
  • Prof Luar Biasa (Universitas Jabal Ghafur, 1996),
  • Pingat Setia Mahkota Selangor (2002).
  • Anugerah Budayanita, Kerajaan Negeri Selangor (2006)[1]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • www.liriklagu.com/imnogman/SitiZainon_Puisi.html
  • www.senirupasiti.blogspot.com
  • www.sitizainon.blog.com

Rujukan[sunting | sunting sumber]