Replika Anwar Ibrahim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Replika Anwar Ibrahim berbentuk gambar besar yang dipasang di satu simpang dekat Wisma Keringat, Batu Caves, Selangor mendapat bantahan banyak pihak. Imej setinggi 12.2 meter dipasang sempena perayaan Aidilfitri dan Deepavali dan sepatutnya berlanjutan sehingga perayaan Hari Natal dan Tahun baru 1 Januari 2009. Ia dibina dengan papan lapis dan menelan belanja sebanyak RM5000.00. [1]

Poster gergasi itu dirasmikan oleh wakil rakyat Batu Caves Amirudin Shari , naib presiden PKR Sivarasa Rasiah, timbalan ketua perhubungan PKR Selangor S Manikavasagam dan bendahari PKR William Leong - masing-masing ahli parlimen Subang Jaya, Kapar dan Selayang. Batu Caves merupakan kubu kuat MIC tetapi kalah kepada PKR pada 8 Mac 2008 setelah semangat Makhal Sakhti dan Hindraf dihidupkan. [2]

Pengelolanya R Viriya bersama 10 penduduk dari Kampung Indian Settlement tidak menyangka imej itu mendapat tentangan hebat dari pihak UMNO di seluruh negara termasuk Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Ali Rustam. Mufti Perlis ,Dr Mohd Asri Zainul Abidin turut membantah imej yang dianggap sebagai memuja dan mendewa-dewakan seseorang dan bertentangan dengan prinsip tauhid kepada Allah semata-mata. Lokasinya berdekatan dengan kuil Sri Mahamariaman di Batu Caves sudah cukup tidak menyenangkan.

Wakil rakyat Batu Caves, YB Amirudin Shari (PKR) tidak mahu tempoh pemasangan imej itu dilanjutkan. Pemasangannya mendapat kebenaran dari Majlis Perbandaran Selayang selama dua bulan bermula 28 September 2008 dan berakhir 4 November 2008.[3] Saiznya besar dan berdekatan dengan lampu trafik dan boleh menganggu kelancaran pemanduan.

Wakil rakyat PAS bagi Ulu Klang, Saari Sungib menyatakan imej tersebut menggambarkan betapa besarnya pengaruh Anwar Ibrahim. Ia berkesan, perlu dipertahankan dan kalau boleh diperbesarkan.

Kerja-kerja menurunkan imej tersebut dilakukan pada 3 November 2008 mulai jam 10.00.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

.