Fauziah Nawi
| Fauziah Nawi | |||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Lahir | 26 Jun 1953 (umur 58) |
||||||
|
|||||||
Fauziah Nawi (lahir pada 26 Jun 1953 di Ipoh, Perak) merupakan seorang juruhebah, pengarah, pelakon, penyanyi, dan penari. Beliau juga berkhidmat sebagai tenaga pengajar AF4 dan AF6.
Isi kandungan |
[sunting] Kerjaya
Sebagai juruhebah, Fauziah pernah mengendalikan program radio seperti Radio 4 - Selamat Pagi Malaysia, Morning Show, Your Host, "Non Stop Music and Before We Say Goodnite", Radio 3 Ibu Kota - Fascinating Malaysia, dan Radio 1 - Manis-Manis Garam.
Fauziah pernah mengarah teater Dari Bintang Ke Bintang 1 & 2, Opera Ayu Cendana & Muzikal Tok Rimau 1, Salina, Angin Kering, Malam Gelap Bukit Damansara, Korporat, Si Bereng Bereng, Jiwa, Pulang dan Tali. Di samping itu, Fauziah pernah menjadi pengarah drama bersiri Baju Kak Long, Sahabat, Azlina, Sebening Kasih & Pantai Berbisik.
[sunting] Album
- Hitam Manis Berseri (1974)
- Kasihku Kasihmu (1975)
[sunting] High School Musical 1 & 2
Fauziah Nawi turut menyumbang suara kepada sebuah filem muzikal remaja Disney Channel iaitu High School Musical dan High School Musical 2 sebagai Puan Darbus.
[sunting] Pencapaian
- Mendapat anugerah SMP, PPN, dan PPT.
- Pernah memenangi Anugerah Pelakon Pembantu Terbaik untuk filem Sayang Salmah dan drama Mendung Tidak Berarak Lagi
- Pernah digelar Most Versatile Broadcaster RTM