Bernama TV

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Bernama TV
Bernama TV.JPG
Tarikh pelancaran 28 Februari 2008
Pemilik Bernama
Negara Malaysia Malaysia
Cakupan siaran Malaysia Malaysia
Ibu pejabat Kuala Lumpur, Malaysia
Laman web www.bernama.com.my
Ketersediaan
Satelit
Astro Malaysia Saluran 502
IPTV ke atas ADSL
Fine TV Malaysia Saluran 12

Bernama TV merupakan satu saluran berita Malaysia milik Bernama yang beroperasi selama 24 jam bagi perkhidmatan satelit rangkaian Astro. Saluran ini disiarkan pada saluran 502 (Family Package) Astro. Bernama TV menawarkan berita yang berunsurkan berita terkini, bisnes, gaya hidup, sukan, dan hiburan(termasuk muzik, filem, fesyen, makanan, rumahtangga, dan kesihatan). Bernama TV menggunapakai slogan "Right & Now" (Baru & Benar).Bernama TV telahpun dilancarkan pada 28 Februari 2008.

Buletin berita BERNAMA yang terdapat pada saluran Astro Ria, Astro Prima, Astro AEC, dan Astro Vaanavil telah dialihkan ke dalam saluran BERNAMA TV.

Kandungan berita Bernama TV sebahagian besarnya berteraskan Bahasa Malaysia . Sungguhpun demikian, terdapat juga berita yang berbahasa Inggeris, Mandarin, dan Tamil selaras dengan penjenamaan Berita@Bernama, News@Bernama, Xin Wen@Bernama, dan Seithigal@Bernama. Lain-lain rancangan yang terdapat di Bernama TV adalah Biz@Bernama, Sukan@Bernama dan juga Helo Malaysia, sebuah rancangan bual bicara oleh pengacara Sherkawi Jirim.

Isi kandungan

[sunting] Komen pujian

Menteri Penerangan Malaysia, Ahmad Shabery Cheek memuji Bernama TV kerana corak pemberitaan yang dikatakan mampu diterima oleh semua pihak termasuk pembangkang. Beliau berkata ini merupakan satu cabaran yang harus disaingi oleh RTM.[1]

[sunting] Rujukan

[sunting] Lihat juga

[sunting] Pautan luar

Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain