Shinji Kagawa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Shinji Kagawa
香川 真司
Kagawa bersama Jepun semasa kejohanan Piala Dunia FIFA 2018
Maklumat peribadi
Nama penuh Shinji Kagawa[1]
Tarikh lahir (1989-03-17) 17 Mac 1989 (umur 35)[2]
Tempat lahir Kobe, Japan
Ketinggian 1.75 m (5 ka 9 in)[2]
Posisi permainan Pemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Real Zaragoza
Nombor 23
Kerjaya remaja
1994–1999 Marino FC
1999–2001 Kobe NK Football Club
2001–2005 FC Miyagi Barcelona
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2006–2010 Cerezo Osaka 125 (55)
2010–2012 Borussia Dortmund 49 (21)
2012–2014 Manchester United 38 (6)
2014–2019 Borussia Dortmund 99 (20)
2018 Borussia Dortmund II 1 (0)
2019 → Beşiktaş (Pinjaman) 14 (4)
2019– Real Zaragoza 23 (2)
Pasukan kebangsaan
2006–2008 Japan B20 4 (0)
2007 Jepun B20 2 (0)
2008 Jepun B23 3 (0)
2008– Jepun 97 (31)
Pengalaman
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 8 Mac 2020
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 12:37, 9 Ogos 2019 (UTC)

Shinji Kagawa (Bahasa Jepun: 香 川 真 司; lahir 17 Mac 1989) merupakan seorang pemain bola sepak profesional Jepun yang bermain sebagai pemain tengah untuk kelab Sepanyol, Real Zaragoza dan pasukan kebangsaan Jepun. Kagawa memulakan karier profesionalnya di tanah air bersama Cerezo Osaka sebelum menyertai Borussia Dortmund pada tahun 2010. Setelah dua tahun bersama Borussia Dortmund, Kagawa menandatangani kontrak bersama Manchester United dengan kontrak selama empat tahun. Dua tahun kemudian, beliau kembali ke Borussia Dortmund. Beliau dikenali dengan memiliki ciri-ciri "visi, teknik, pergerakan, hantaran bola dan kecerdasan".[3] Kagawa juga menyimpan rekod untuk penampilan dan gol terbanyak sebagai pemain Jepun dalam pertandingan kelab UEFA.

Pada 29 November 2012, Kagawa dinamakan Pemain Antarabangsa Terbaik Tahunan Konfederasi Bola Sepak Asia.[4]

Karier kelab[sunting | sunting sumber]

Real Zaragoza[sunting | sunting sumber]

Pada 9 Ogos 2019, Kagawa melengkapkan perpindahan ke Real Zaragoza dari Segunda Division Sepanyol dengan menandatangani kontrak selama dua tahun.[5] Pada 17 Ogos 2019, beliau memulakan penampilan pertamanya buat Real Zaragoza dengan kemenenangan 2-0 menentang Tenerife di La Romareda dalam pertandingan pembukaan Segunda División 2019-20.[6] Lapan hari kemudian, beliau menjaringkan gol pertamanya ketika seri 1-1 menentang Ponferradina.[7]

Karier antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Kagawa merupakan ahli skuad Pasukan bola sepak kebangsaan bawah-20 Jepun ketika Piala Dunia B-20 FIFA 2007 yang diadakan di Kanada.[8]

Pada tahun 2008, beliau juga dipilih sebagai ahli skuad Jepun untuk Olimpik Musim Panas 2008.[9] Pada 24 Mei 2008, beliau membuat kemunculan antarabangsa senior sulungnya ketika perlawanan persahabatan Piala Kirin. Jepun menang perlawanan itu menentang Ivory Coast dengan keputusan 1–0. Beliau tidak dipilih oleh Takeshi Okada dalam skuad 23 akhir untuk Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan. Pada bulan September 2010, beliau menjaringkan satu-satunya gol perlawanan ketika Jepun menang ke atas Paraguay di Yokohama.[10] Kagawa mengambil masa lima bulan untuk pulih daripada kecederaan daripada Piala Asia. Beliau kembali ke perlawanan terakhir Dortmund sebagai gantian pada minit ke 87. Beliau dinamakan dalam skuad 23 pemain untuk Piala Konfederasi 2013 dan menjaringkan gol kedua untuk negaranya ketika perlawanan peringkat kumpulan menentang Itali yang berakhir dengan kekalahan 4–3.

Piala Asia 2011[sunting | sunting sumber]

Beliau dimasukkan dalam skuad Piala Asia 2011 oleh jurulatih, Alberto Zaccheroni.[11] Ketika perlawanan suku akhir menentang Qatar, beliau menjaringkan dua gol. Perlawanan berakhir dengan Jepun menang 3–2.[12] Ketika perlawanan separuh akhir menentang Korea Selatan , Kagawa patah tulang metatarsal[13] dan terlepas perlawanan akhir dimana Jepun menewaskan Australia selepas masa tambahan.

Statistik karier[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Sehingga 13 September 2014.[14][15][16]
Kelab Musim Liga Piala Piala Liga Benua Lain-lain[nb 1] Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Cerezo Osaka 2006 0 0 0 0 0 0 0 0
2007 35 5 1 2 36 7
2008 35 16 0 0 35 16
2009 44 27 0 0 44 27
2010 11 7 1 0 12 7
Jumlah 125 55 1 2 1 0 127 57
Borussia Dortmund 2010–11 18 8 2 0 8 4 28 12
2011–12 31 13 5 3 6 1 1 0 43 17
Jumlah 49 21 7 3 14 5 1 0 71 29
Manchester United 2012–13 20 6 3 0 0 0 3 0 26 6
2013–14 18 0 1 0 2 0 8 0 1 0 30 0
2014–15 0 0 0 0 1 0 1 0
Jumlah 38 6 4 0 3 0 11 0 1 0 57 6
Borussia Dortmund 2014–15 1 1 0 0 0 0 1 1
Jumlah 1 1 0 0 0 0 1 1
Jumlah karier 213 83 12 5 4 0 25 5 2 0 256 93

Pasukan kebangsaan[sunting | sunting sumber]

Pasukan kebangsaan Jepun
Tahun Kmncln Gol
2008 6 1
2009 4 1
2010 7 1
2011 11 6
2012 9 3
2013 16 4
2014 5 3
Jumlah 58 19

Gol antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Kejayaan[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Borussia Dortmund
Manchester United

Jepun[sunting | sunting sumber]

Individu[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Shinji Kagawa". Turkish Football Federation. Dicapai pada 23 January 2020.
  2. ^ a b "2018 FIFA World Cup Russia – List of Players" (PDF). FIFA.com. Fédération Internationale de Football Association. 4 June 2018. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2018-06-19. Dicapai pada 4 June 2018.
  3. ^ Duerden, John. "Kagawa may open new horizons for Man United on and off the field". Sports Illustrated.
  4. ^ "Shinji Kagawa was named AFC International Player of the Year Award". indiatimes.com. 29 November 2012. Dicapai pada 30 November 2012.
  5. ^ "Acuerdo con el Borussia Dortmund para el traspaso de Shinji Kagawa". Real Zaragoza. 9 Ogos 2019. Dicapai pada 2020-06-16.
  6. ^ "Kagawa brilla en su debut" [Kagawa shines in his debut]. ElDesmarque. 17 Ogos 2019. Dicapai pada 2020-06-16.
  7. ^ "Un punto agridulce: así fue el empate del Real Zaragoza" [One bittersweet point: This is how Real Zaragoza's draw went]. ElDesmarque. 25 Ogos 2019. Dicapai pada 2020-06-16.
  8. ^ "Shinji Kagawa U-20 2007 World Cup Canada 2007_Shinji Kagawa". ShinjiKagawa.info. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-04-25. Dicapai pada 5 November 2011.
  9. ^ "Beijing Olympic Players in Home Nation Domestic Leagues". The Best Eleven. 11 August 2008. Dicapai pada 5 November 2011.
  10. ^ "Japan 1–0 Paraguay: Shinji Kagawa Strike Gives Blue Samurai Measure Of Revenge". Goal.com. 4 September 2010. Dicapai pada 20 February 2012.
  11. ^ "Shinji Kagawa (Japan) 2011 AFC Asian Cup: Players to Watch". FOX Sports. Dicapai pada 4 October 2013.
  12. ^ "Japan 3–2 Qatar: Kagawa Double Helps Knock Out Spirited Hosts". Goal.com. 21 January 2011. Dicapai pada 6 November 2011.
  13. ^ "Injured Shinji Kagawa could be out for the season". ESPN Soccernet. 26 January 2011. Dicapai pada 20 February 2012.
  14. ^ "Shinji Kagawa". Soccerway. Dicapai pada 20 February 2012.
  15. ^ "Shinji Kagawa > Club matches". worldfootball.net. Dicapai pada 20 February 2012.
  16. ^ "Player Profile – Shinji Kagawa". premierleague.com. Dicapai pada 18 May 2013.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]