Pasukan bola sepak kebangsaan Jepun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Jepun
Shirt badge/Association crest
Gelaran Wakil Jepun (日本代表 Nippon Daihyō?)
Zacch Jepun (ザックジャパン Zakku Jepun?)[1]
Samurai Biru
Persatuan Persatuan Bola Sepak Jepun
Konfederasi AFC (Asia)
Ketua jurulatih Bendera Itali Alberto Zaccheroni
Kapten Makoto Hasebe
Kaps terbanyak Masami Ihara (123)
Penjaring terbanyak Kunishige Kamamoto (75)
Kod FIFA JPN
Kedudukan FIFA 17
Kedudukan tertinggi FIFA 9 (Februari 1998)
Kedudukan terendah FIFA 62 (Februari 2000)
Kedudukan Elo 12
Kedudukan tertinggi Elo 8 (Ogos 2001, Mac 2002)
Kedudukan terendah Elo 112 (September 1962)
Warna pasukan Warna pasukan Warna pasukan
Warna pasukan
Warna pasukan
Warna tuan rumah
Warna pasukan Warna pasukan Warna pasukan
Warna pasukan
Warna pasukan
warna pelawat
Antarabangsa pertama
Bendera Jepun Jepun 0 - 5 Republik China Bendera Republik China
(Tokyo, Jepun; 9 Mei, 1917)
Kemenangan terbesar
Bendera Jepun Jepun 15 - 0 Filipina Bendera Filipina
(Tokyo, Jepun; 27 September, 1967)
Kekalahan terbesar
Bendera Jepun Japan 2 - 15 Filipina Bendera Filipina
(Tokyo, Jepun; 10 Mei, 1917)
Piala Dunia
Kemunculan 4 (First in 1998)
Keputusan terbaik Pusingan 2, 2002, 2010
Piala Asia
Kemunculan 7 (First in 1988)
Keputusan terbaik Juara, 1992, 2000, 2004, 2011
Confederations Cup
Kemunculan 4 (First in 1995)
Keputusan terbaik Ke-2, 2001
Rekod pingat Olimpik
Pingat Sukan Olimpik
Gangsa Mexico 1968

Pasukan bola sepak kebangsaan Jepun merupakan pasukan bola yang mewakili negara Jepun dan dikawal sepenuhnya oleh Persatuan Bola Sepak Jepun.

Pasukan ini dibimbing oleh Takeshi Okada yang menggantikan Ivica Osim dari Bosnia Herzegovina selepas jurulatih dari Bosnia itu mengalami masalah kesihatan pada penghujung 2007.

Pasukan Jepun dikenali sebagai Nippon Daihyō (日本代表? bermaksud Wakil Jepun), Daihyō (代表? bermaksud wakil). Meskipun pasukan Jepun tidak mempunyai gelaran, pasukan ini sering digelar mengikut nama jurulatih seperti Osim Jepun dan Okada Jepun. Sejak kebelakangan ini, pasukan ini dikenali sebagai Samurai Biru.

Jepun merupakan salah sebuah pasukan yang berjaya di Asia. Mereka berjaya memenangi Piala Asia sebanyak tiga kali. Jepun juga berjaya layak ke Piala Dunia FIFA empat kali berturut-turut (1998, 2002, 2006, 2010).

Isi kandungan

[sunting] Sejarah

Jepun berjaya menjuarai pingat gangsa Sukan Olimpik 1968 di Mexico. Meskipun kejayaan itu berjaya menarik minat orang tempatan, liga professional tidak pernah diwujudkan untuk membantu pembangunan permainan bola sepak di Jepun untuk layak bermain di Piala Dunia sehinggalah 30 tahun kemudian.[2]

Pada 1991, Persatuan Bola Sepak Jepun bersetuju untuk menghapuskan liga semi-pro dan memperkenalkan liga profesional pada 1993. Idea ini mula mendapat perhatian luas dari peminat.

Pada 1993, Jepun hampir melayakkan diri ke Piala Dunia FIFA 1994 tetapi terpaksa akur apabila dipaksa seri dengan Iraq. Peminat mengingati detik ini sebagai Keazaban di Doha.

Penampilan pertama Jepun di Piala Dunia ialah pada tahun 1998. Jepun memberi persembahan yang meyakinkan tetapi tewas ketiga-tiga perlawanan 1-0 kepada Argentina, Croatia dan 2-1 kepada Jamaica.

Pada Piala Dunia FIFA 2002, Jepun diundi untuk menjadi tuan rumah bersama Korea Selatan. Jepun bermula baik pada perlawanan pertama apabila mengikat Rusia 2-2. Jepun mara ke pusingan ke-2 apabila menewaskan Belgium 1-0 dan menang perlawanan terakhir 2-0 ke atas Tunisia. Jepun akhirnya terpaksa akur apabila tumpas kepada Turki pada peringkat kalah mati.

Pada 8 Jun, 2005, Jepun berjaya melayakkan diri ke Piala Dunia FIFA 2006 setelah menewaskan Korea Utara 2-0. Pada Piala Dunia FIFA 2006, Jepun bermula dengan langkah kiri apabila tewas 1-3 kepada Australia. Jepun kemudian mengikat Croatia 0-0 sebelum tumbang 1-4 kepada Brazil.

Jepun antara pasukan yang berjaya merangkul Piala Asia sebanyak tiga kali. Lawan utama Jepun pada peringkat ini termasuklah Korea Selatan, Iran dan Arab Saudi

[sunting] Jersi

Jepun kini mendapat tajaan dari Adidas. Jersi tersebut berwarna biru dan seluar berwarna putih manakala stoking berwarna biru dengan jalur berwarna putih. Jersi kedua pula berwarna putih dan seluar berwarna putih manakala stoking berwarna putih. Pada 1988 hingga 1991, Jepun menggunakan warna putih pada baju dan merah pada seluar.

[sunting] Penaja

Pasukan bola sepak Jepun mendapat penajaan tertinggi iaitu sebanyak 16.5 juta pound[3].

[sunting] Rekod

[sunting] Piala Dunia

Rekod Piala Dunia
Tahun Pusingan Posisi P M S* K J B
Bendera Uruguay 1930 - Bendera Itali 1934 Tidak menyertai - - - - - - -
Bendera Perancis 1938 Menarik diri - - - - - - -
Bendera Brazil 1950 Digantung - - - - - - -
Bendera Switzerland 1954 Tidak layak - - - - - - -
Bendera Sweden 1958 Tidak menyertai - - - - - - -
Bendera Chile 1962 Tidak layak - - - - - - -
Bendera England 1966 Tidak menyertai - - - - - - -
Bendera Mexico 1970 - Bendera Amerika Syarikat 1994 Tidak layak - - - - - - -
Bendera Perancis 1998 Pusingan 1 31/32 3 0 0 3 1 4
Bendera Korea SelatanBendera Jepun 2002 Pusingan 2 9/32 4 2 1 1 5 3
Bendera Jerman 2006 Pusingan 1 28/32 3 0 1 2 2 7
Bendera Afrika Selatan 2010 Pusingan 2 9/32 4 2 1 1 4 2
Keseluruhan 3/18 - 14 4 3 7 12 16

[sunting] Piala Konfederasi

Rekod Piala Konfederasi
Tahun Pusingan Posisi P M S* K J B
Bendera Arab Saudi 1992 Tidak layak - - - - - - -
Bendera Arab Saudi 1995 Pusingan 1 6/6 2 0 0 2 1 8
Bendera Arab Saudi 1997 - Bendera Mexico 1999 Tidak layak - - - - - - -
Bendera Korea SelatanBendera Jepun 2001 Naib Juara 2/8 5 3 1 1 6 1
Bendera Perancis 2003 Pusingan 1 6/8 3 1 0 2 4 3
Bendera Jerman 2005 Pusigan 1 5/8 3 1 1 1 4 4
Bendera Afrika Selatan 2009 Tidak layak - - - - - - -
Keseluruhan 4/8 Terbaik: Naib Juara 13 5 2 6 15 16

[sunting] Piala Asia

Rekod Piala Asia
Tahun Pusingan Posisi P M S* K J B
Bendera Hong Kong 1956 - Bendera Israel 1964 Tidak menyertai - - - - - - -
Bendera Iran 1968 Tidak layak - - - - - - -
Bendera Thailand 1972 Tidak menyertai - - - - - - -
Bendera Iran 1976 Tidak layak - - - - - - -
Bendera Kuwait 1980 - Bendera Singapura 1984 Tidak menyertai - - - - - - -
Bendera Qatar 1988 Pusingan 1 10/10 4 0 1 3 0 6
Bendera Jepun 1992 Juara 1/8 5 3 2 0 6 3
Bendera Emiriah Arab Bersatu 1996 Suku Akhir 7/12 4 3 0 1 7 3
Bendera Lubnan 2000 Juara 1/12 6 5 1 0 21 6
Flag of the People's Republic of China 2004 Juara 1/16 6 4 2 0 13 6
Bendera IndonesiaBendera MalaysiaBendera ThailandBendera Vietnam 2007 Ke-4 4/16 6 2 3 1 11 7
Bendera Qatar 2011 Juara 1/16 6 4 2 0 14 6
Keseluruhan 7/15 Terbaik: Juara 37 21 11 5 72 37

[sunting] Sukan Olimpik

Rekod Sukan Olimpik
Tahun Pusingan Posisi P M S* K J B
Bendera Perancis 1900 - Bendera Belanda 1928 Tidak layak - - - - - - -
Bendera Jerman 1936 Suku Akhir 8/16 2 1 0 1 3 10
Flag of the United Kingdom 1948 Digantung - - - - - - -
Bendera Finland 1952 Tidak menyertai - - - - - - -
Bendera Australia 1956 Pusingan 1 10/11 1 0 0 1 0 2
Bendera Itali 1960 Tidak layak - - - - - - -
Bendera Jepun 1964 Suku Akhir 8/14 3 1 0 2 5 9
Bendera Mexico 1968 Ke-3 3/16 6 3 2 1 9 8
Bendera Jerman 1972 - Bendera Sepanyol 1992 Tidak layak - - - - - - -
Bendera Amerika Syarikat 1996 Pusingan 1 9/16 3 2 0 1 4 4
Bendera Australia 2000 Suku Akhir 5/16 4 2 1 1 6 5
Bendera Greece 2004 Pusingan 1 13/16 3 1 0 2 6 7
Flag of the People's Republic of China 2008 Pusingan 1 15/16 3 0 0 3 1 4
Keseluruhan 8/24 Terbaik: Ke-3 25 10 3 12 34 49

[sunting] Piala EAFF

Tahun Posisi P M S K J B
Bendera Jepun 2003 Naib Juara 3 2 1 0 4 1
Bendera Korea Selatan 2005 Naib Juara 3 1 1 1 3 3
Flag of the People's Republic of China 2008 Naib Juara 3 1 2 0 3 2
Bendera Jepun 2010 Naib Juara 3 1 1 1 4 3
*Dianggap seri termasuk perlawanan yang ditentukan menerusi sepakan penalti.

[sunting] Jurulatih

Nama Tahun
Bendera Itali Alberto Zaccheroni 2010 -
Bendera Jepun Takeshi Okada 2007 - 2010
Bendera Bosnia dan Herzegovina Ivica Osim 2006 - 2007
Bendera Brazil Zico 2002 - 2006
Bendera Perancis Philippe Troussier 1998 - 2002
Bendera Jepun Takeshi Okada 1997 - 1998
Bendera Jepun Shu Kamo 1994 - 1997
Bendera Brazil Falcão 1994
Bendera Belanda Hans Ooft 1992 - 1993
Bendera Jepun Kenzo Yokoyama 1988 - 1991
Bendera Jepun Yoshinobu Ishii 1986 - 1987
Bendera Jepun Takaji Mori 1981 - 1985
Bendera Jepun Saburō Kawabuchi 1980 - 1981
Nama Tahun
Bendera Jepun Masashi Watanabe 1980
Bendera Jepun Yukio Shimomura 1979 - 1980
Bendera Jepun Hiroshi Ninomiya 1976 - 1978
Bendera Jepun Ken Naganuma 1972 - 1976
Bendera Jepun Shunichiro Okano 1970 - 1971
Bendera Jepun Ken Naganuma 1962 - 1969
Bendera Jepun Hidetoki Takahashi 1960 - 1962
Bendera Jepun Shigemaru Takenokoshi 1958 - 1959
Bendera Jepun Taizo Kawamoto 1958
Bendera Jepun Hidetoki Takahashi 1957
Bendera Jepun Shigemaru Takenokoshi 1951 - 1956
Bendera Jepun Hirokazu Ninomiya 1951

[sunting] Lihat juga

[sunting] Rujukan

  1. Gelaran yang diguna bersempena dengan nama pengendali pasukan "Jepun". Terdapat gelaran seperti, Okada Jepun (岡田ジャパン Okada Jepun?), "Osim Jepun" (オシムジャパン Oshimu Jepun?), "Zico Jepun" (ジーコジャパン Jīko Jepun?), "Troussier Jepun" (トルシエジャパン Torushie Jepun?).
  2. (Inggeris) Matsushima, Ken. "History of the J. League". Rising Sun News. http://www.wldcup.com/Asia/jleague/history.html. Capaian 2006-07-07. 
  3. (Inggeris) Brand Republic News. "World's richest teams: Cup overfloweth". Rising Sun News. http://www.brandrepublic.com/bulletins/sports/article/558306/worlds-richest-teams-cup-overfloweth/. Capaian 2009-02-07. 

[sunting] Pautan luar

Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain