Kelayakan Piala Dunia FIFA 2014

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kelayakan Piala Dunia FIFA 2014
Perincian kejohanan
Tarikh 15 Jun 2011 – 19 November 2013
Pasukan 203 (dari 6 konfederasis)
Statistik kejohanan
Jumlah perlawanan 559
Jaringan gol 1640 (2.93 per perlawanan)
2010
2018

Piala Dunia FIFA 2014 akan menampilkan 32 buah pasukan. Satu tempat telah diperuntukkan kepada tuan rumah, Brazil dan tiada kemasukan secara automatik buat juara bertahan, Sepanyol. Baki 31 tempat akan ditentukan melalui proses kelayakan di mana peserta dari kalangan 207 pasukan yang lain dari enam persekutuan FIFA akan bersaing. Kelayakan akan ditentukan di antara persekutuan, dengan jumlah perlawanan semula yang terhad pada akhir proses kelayakan.

Pasukan Brunei, Bhutan, Guam dan Mauritania tidak menyertai pusingan kelayakan ini.[1] Sudan Selatan telah menyertai FIFA selepas proses kelayakan bermula di mana mereka tidak boleh mengambil bahagian. Perlawanan pertama kelayakan telah bermula di antara pasukan Montserrat dan Belize yang dimainkan pada 15 Jun 2011 dan penyerang Belize iaitu Deon McCaulay telah menjaringkan gol yang pertama. Pada 24 Mac 2014, sebanyak 118 buah pasukan kekal dalam persaingan untuk merebut 31 tempat dalam pusingan kelayakan. Jadual asal yang dikeluarkan mengandungi 824 perlawanan kelayakan,[2] tetapi dengan keputusan seri di antara pasukan Bahamas dan Mauritius telah menjadikan hanya 816 perlawanan diperlukan.[3][4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.