Piala Konfederasi FIFA 2013

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Piala Konfederasi FIFA 2013
Copa das Confederações da FIFA
Brasil 2013[1]
Perincian kejohanan
Negara tuan rumah  Brazil
Tarikh 15 Jun – 30 Jun
Pasukan 8 (dari 6 konfederasis)
Tempat 6 (di 6 bandar)
Statistik kejohanan
Jumlah perlawanan 3
Jaringan gol (3 per perlawanan)
Kehadiran 182,251 (60,750 per perlawanan)
2009
2017

Piala Konfederasi FIFA 2013 sedang diadakan di Brazil pada tahun 2013 sebagai sebuah permulaan kepada kejohanan Piala Dunia FIFA 2014.[2] Kejohanan ini bermula dari 15 hingga 30 Jun 2013. Brazil adalah juara bertahan.

Sebagai sebuah pertandingan, sebahagian daripada jadualnya bertindih dengan pusingan keempat daripada kelayakan Piala Dunia FIFA 2014 dalam zon Asia. Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) telah meminta FIFA untuk mempertimbangkan cadangan menukar tarikh perlawanan.[3] Walaubagaimanapun, AFC telah memutuskan bahawa hari perlawanan akan diselaraskan hanya untuk pasukan Jepun, iaitu sebagai wakil AFC untuk Piala Konfederasi.[4]

Uruguay, Itali dan Sepanyol akan mempunyai peluang untuk menjadi pasukan ketiga (selepas Argentina dan Perancis) untuk memenangi semua kejohanan utama FIFA yang terdiri daripada tiga iaitu: Piala Dunia, kejohanan bola sepak Olimpik dan Piala Konfederasi.

Isi kandungan

Pasukan yang layak[sunting]

Pasukan yang menyertai Piala Konfederasi FIFA 2013
Pasukan Konfederasi Kaedah kelayakan Tarikh sah kelayakan No. penyertaan
 Brazil CONMEBOL Tuan rumah Piala Dunia FIFA 2014 30 Oktober 2007 Ke-7
 Sepanyol UEFA Juara Piala Dunia FIFA 2010 11 Julai 2010 Ke-2
 Jepun AFC Piala Asia AFC 2011 29 Januari 2011 Ke-5
 Mexico CONCACAF Juara Piala Emas CONCACAF 2011 25 Jun 2011 Ke-6
 Uruguay CONMEBOL Juara Copa América 2011 24 Julai 2011 Ke-2
 Polinesia Perancis OFC Juara Piala Negara-Negara OFC 2012 10 Jun 2012 Ke-1
 Itali UEFA Naib juara UEFA Euro 20121 28 Jun 2012 Ke-2
 Nigeria CAF Juara Piala Negara-Negara Afrika 2013 10 Februari 2013 Ke-2

1Pasukan Itali telah dianugerahkan tempat untuk kejohanan ini kerana pasukan Sepanyol telah memenangi kedua-dua kejohanan iaitu Piala Dunia FIFA 2010 dan UEFA Euro 2012. Oleh kerana kedua-dua kejohanan tersebut menawarkan pemenangnya tempat dalam Piala Konfederasi FIFA, naib juara UEFA Euro 2012 telah menerima jemputan untuk bersaing dalam kejohanan tersebut.

Tempat[sunting]

Untuk kejohanan pada kali ini, sebanyak enam bandar telah diterima sebagai bandar tuan rumah. Keputusan akhir tentang berapa banyak bandar yang menjadi tuan rumah (empat hingga enam) untuk digunakan akan ditentukan berdasarkan keadaan sebenar selewat-lewatnya dalam pertengahan November 2012.[5]

Belo Horizonte Recife
Estádio Governador Magalhães Pinto
(Mineirão)

Kapasiti yang dirancang: 62,547
(dinaik taraf)
Copa do Mundo 2014-obras-estadios-cronograma-Copa-Mundo-2014-estadios 2014-Brasil 2014-cronograma Copa 2014-Mineirao-Belo Horizonte-mg.jpg
Arena Pernambuco
Kapasiti yang dirancang: 44,248
(stadium baru)
Pernambuco Arena.jpg
Brasília Rio de Janeiro
Estádio Nacional de Brasília
(Estádio Nacional)

Kapasiti yang dirancang: 70,064
(dibina semula)
Projeto do Estádio Nacional Brasília.jpg
Estádio Mário Filho
(Maracanã)

Kapasiti yang dirancang: 76,804
(dinaik taraf) [6]
New Maracana Stadium.jpg
Fortaleza Salvador
Estádio Plácido Aderaldo Castelo
(Castelão)

Kapasiti yang dirancang: 64,846
(dinaik taraf)
Castelao Stadium.jpg
Arena Fonte Nova –
Octávio Mangabeira

Kapasiti yang dirancang: 48,747
(dibina semula)
Copa-do-mundo-2014-todas-as-obras-dos-estadios-estao-dentro-do-cronograma.jpg

Undian[sunting]

Unidan untuk pertandingan ini telah diadakan di Palácio das Convenções, Anhembi Convention Center, São Paulo, Brazil pada 1 Disember 2012.[7][8]

Pasukan yang terdiri daripada konfederasi yang sama tidak diundi dalam kumpulan yang sama sebaliknya satu pasukan daripada UEFA dan satu pasukan daripada CONMEBOL akan diundi dalam setiap kumpulan yang sama. Secara automatiknya, Brazil dan Sepanyol telah dipilih untuk mewakilii A1 dan B1, manakala Itali dan Uruguay akan dipilih untuk mewakili Kumpulan A dan Kumpulan B.[9]

Pegawai perlawanan[sunting]

Pandangan dalam stadium di Belo Horizonte.

Sepuluh trio pengadil telah diumumkan FIFA pada 13 Mei 2013.[10][11]

Konfederasi Pengadil Pembantu
AFC Yuichi Nishimura (Jepun) Toru Sagara (Jepun)
Toshiyuki Nagi (Jepun)
Ravshan Irmatov (Uzbekistan) Abdukhamidullo Rasulov (Uzbekistan)
Bahadyr Kochkarov (Kyrgyzstan)
CAF Djamel Haimoudi (Algeria) Abdelhalk Etchiali (Algeria)
Redouane Achik (Morocco)
CONCACAF Joel Aguilar (El Salvador) William Torres (El Salvador)
Juan Zumba (El Salvador)
CONMEBOL Diego Abal (Argentina) Hernán Maidana (Argentina)
Juan Pablo Belatti (Argentina)
Enrique Osses (Chile) Francisco Mondria (Chile)
Carlos Astroza (Chile)
UEFA Howard Webb (England) Mike Mullarkey (England)
Darren Cann (England)
Felix Brych (Jerman) Stefan Lupp (Jerman)
Mark Borsch (Jerman)
Björn Kuipers (Belanda) Sander van Roekel (Belanda)
Erwin Zeinstra (Belanda)
Pedro Proença (Portugal) Bertino Miranda (Portugal)
Tiago Trigo (Portugal)

Skuad[sunting]

Setiap pasukan mesti menghantar 23 nama pemain kepada FIFA sebelum tarikh akhir pada 7 Jun 2013.

Bola untuk perlawanan[sunting]

Bola untuk perlawanan yang rasmi telah diumumkan semasa undian bagi pertandingan. Bola tersebut dinamakan sebagai "Cafusa", suatu singkatan perkataan bagi "Carnaval" (Karnival), "Futebol" (Bola sepak) dan "Samba".[12] Untuk memperkenalkan bola tersebut secara rasmi, bekas kapten Brazil yang bernama Cafu telah dijemput.[12]

Peringkat kumpulan[sunting]

Tiket yang digunakan semasa Piala Konfederasi FIFA 2013 di Brasília.

Jadual rasmi telah diperkenalkan di Rio de Janeiro pada 30 Mei 2012.[13]

Pasukan yang menjadi juara dan naib juara bagi peringkat kumpulan layak untuk ke separuh akhir.[14] Kedudukan setiap pasukan di dalam setiap kumpulan akan ditentukan berdasarkan penilaian yang berikut:

  1. bilangan mata terbanyak yang diperolehi dalam semua perlawanan peringkat kumpulan;
  2. perbezaan gol dalam semua perlawanan peringkat kumpulan;
  3. bilangan gol terbanyak dalam semua perlawanan peringkat kumpulan;

Jika satu atau lebih pasukan adalah sama seperti tiga kriteria di atas, pasukan tersebut akan ditentukan kedudukan melalui cara berikut:

  1. bilangan mata terbanyak yang diperolehi dalam perlawanan peringkat kumpulan di antara dua pasukan;
  2. perbezaan gol hasil daripada perlawanan peringkat kumpulan di antara dua pasukan;
  3. bilangan gol terbanyak dalam semua perlawanan peringkat kumpulan di antara dua pasukan;
  4. keputusan oleh Jawatankuasa Penganjur FIFA.

Semua masa perlawanan yang disenaraikan adalah mengikut Waktu rasmi Brazil (UTC−03:00).[15]

Kumpulan A[sunting]

Pasukan Per
M
S
K
GJ
GB
BJ
Mt
 Brazil 1 1 0 0 3 0 +3 3
 Itali 1 1 0 0 2 1 +1 3
 Mexico 1 0 0 1 1 2 −1 0
 Jepun 1 0 0 1 0 3 −3 0
15 Jun 2013
16:00
Brazil Bendera Brazil 3–0  Jepun Estádio Nacional, Brasília
Penonton: 67,423
Pengadil: Pedro Proença (Portugal)
Neymar Goal 3'
Paulinho Goal 48'
Goal 90+3'
Laporan

16 Jun 2013
16:00
Mexico Bendera Mexico 1–2  Itali Estádio do Maracanã, Rio de Janeiro
Penonton: 73,123
Pengadil: Enrique Osses (Chile)
Hernández Goal 34' (pen.) Laporan Pirlo Goal 27'
Balotelli Goal 78'

19 Jun 2013
16:00
Brazil Bendera Brazil Perlawanan Ke-5  Mexico Estádio Castelão, Fortaleza
Laporan

19 Jun 2013
19:00
Itali Bendera Itali Perlawanan Ke-6  Jepun Arena Pernambuco, Recife
Laporan

22 Jun 2013
16:00
Itali Bendera Itali Perlawanan Ke-9  Brazil Arena Fonte Nova, Salvador
Laporan

22 Jun 2013
16:00
Jepun Bendera Jepun Perlawanan Ke-10  Mexico Estádio Mineirão, Belo Horizonte
Laporan

Kumpulan B[sunting]

Pasukan Per
M
S
K
GJ
GB
BJ
Mt
 Sepanyol 1 1 0 0 2 1 +1 3
 Polinesia Perancis 0 0 0 0 0 0 0 0
 Nigeria 0 0 0 0 0 0 0 0
 Uruguay 1 0 0 1 1 2 −1 0
16 Jun 2013
19:00
Sepanyol Bendera Sepanyol 2–1  Uruguay Arena Pernambuco, Recife
Penonton: 41,705
Pengadil: Yuichi Nishimura (Jepun)
Pedro Goal 20'
Soldado Goal 32'
Laporan Suárez Goal 88'

17 Jun 2013
16:00
Polinesia Perancis Bendera Polinesia Perancis Perlawanan Ke-4  Nigeria Estádio Mineirão, Belo Horizonte
Pengadil: Joel Aguilar (El Salvador)
Laporan

20 Jun 2013
16:00
Sepanyol Bendera Sepanyol Perlawanan Ke-7  Polinesia Perancis Estádio do Maracanã, Rio de Janeiro
Laporan

20 Jun 2013
19:00
Nigeria Bendera Nigeria Perlawanan Ke-8  Uruguay Arena Fonte Nova, Salvador
Laporan

23 Jun 2013
16:00
Nigeria Bendera Nigeria Perlawanan Ke-11  Sepanyol Estádio Castelão, Fortaleza
Laporan

23 Jun 2013
16:00
Uruguay Bendera Uruguay Perlawanan Ke-12  Polinesia Perancis Arena Pernambuco, Recife
Laporan

Peringkat kalah mati[sunting]

  Separuh Akhir Akhir
             
26 Jun – Belo Horizonte
 Pemenang Kumpulan A  
 Naib Juara Kumpulan B  
 
30 Jun – Rio de Janeiro
     Pemenang Perlawanan Ke-13
   Pemenang Perlawanan Ke-14
Tempat ketiga
27 Jun – Fortaleza 30 Jun – Salvador
 Pemenang Kumpulan B  Pasukan Kalah Perlawanan Ke-13  
 Naib Juara Kumpulan A    Pasukan Kalah Perlawanan Ke-14  

Separuh akhir[sunting]

26 Jun 2013
16:00
Pemenang Kumpulan A Perlawanan Ke-13 Naib Juara Kumpulan B Estádio Mineirão, Belo Horizonte

27 Jun 2013
16:00
Pemenang Kumpulan B Perlawanan Ke-14 Naib Juara Kumpulan A Estádio Castelão, Fortaleza

Perlawanan semula untuk tempat ketiga[sunting]

30 Jun 2013
13:00
Pasukan Kalah Perlawanan Ke-13 Perlawanan Ke-15 Pasukan Kalah Perlawanan Ke-14 Arena Fonte Nova, Salvador

Akhir[sunting]

30 Jun 2013
19:00
Pemenang Perlawanan Ke-13 Perlawanan Ke-16 Pemenang Perlawanan Ke-14 Estádio do Maracanã, Rio de Janeiro

Penjaring gol[sunting]

1 gol

Teknologi garisan gol[sunting]

Pada 2 April 2013, FIFA mengumumkan GoalControl GmbH sebagai pembekal rasmi teknologi garisan gol untuk kejohanan ini.[16]

Rujukan[sunting]

  1. Sebutan bagi bahasa Portugis adalah [ˈkɔpɐ dɐs kõfedɛɾɐˈsõjz dɐ ˈfifɐ bɾɐˈziw ˈdojz ˈmiw i ˈtɾezi] dalam sebutan standard Brazil.
  2. "Plenty to look forward to in 2011", fifa.com, 2008-05-27. Dicapai pada 2011-01-02. “Kedua-dua kejohanan akan menyediakan dua pasukan yang layak untuk Piala Konfederasi FIFA Brazil 2013. Sementara kejohanan ini dan Piala Dunia FIFA bermula, negara ini akan menganjurkannya 12 bulan kemudian dan akan memfokuskan kejohanan ini pada bulan Julai. Cabutan Permulaan untuk Brazil 2014 pula mengambil tempat di Rio de Janeiro.” 
  3. "AFC asks FIFA to change Confed Cup dates", the-afc.com, 2011-01-31. Dicapai pada 2011-02-02. 
  4. "43 in the fray for 2014 FWC qualifiers". Asian Football Confederation. 23 Mac 2011. http://www.the-afc.com/en/inside-afc/676-afc-news/33977-43-in-the-fray-for-2014-fwc-qualifiers. Capaian 5 April 2011. 
  5. "FIFA ExCo makes reform progress and Audit and Compliance Committee appointment". FIFA.com. 22 Mei 2012. http://www.fifa.com/aboutfifa/organisation/bodies/news/newsid=1635565/index.html. 
  6. "Cadeiras sao retiradas do Maracanã para conclusao da primeira etapa das obras pra a Copa do Mundo - Chairs are removed from Maracanã concluding the upgrading first step". Noticias.r7.com. 1990-01-06. http://noticias.r7.com/rio-de-janeiro/noticias/cadeiras-sao-retiradas-e-maracana-conclui-primeira-etapa-das-obras-para-a-copa-do-mundo-2014-20101006.html. Capaian 2011-11-30. 
  7. "Draw that will decide the calendar of the 2014 FIFA World Cup matches will take place in Bahia in 2013". Copa2014.gov.br/en. 29 June 2012. http://www.copa2014.gov.br/en/noticia/draw-will-decide-calendar-2014-fifa-world-cup-matches-will-take-place-bahia-2013. 
  8. "Brazil drawn with Italy, Spain to meet Uruguay". FIFA.com. 1 Disember 2012. http://www.fifa.com/confederationscup/news/newsid=1960374/index.html?intcmp=newsreader_news_caption. 
  9. "Draw Procedures: FIFA Confederations Cup Brazil 2013". FIFA.com. http://www.fifa.com/mm/document/tournament/competition/01/96/02/16//121129_drawproceduresfcc2013_final(2).pdf. 
  10. "Match officials appointed for FIFA Confederations Cup Brazil 2013". FIFA.com. 13 Mei 2013. http://www.fifa.com/confederationscup/organisation/media/newsid=2078321/index.html. 
  11. "Match officials for FIFA Confederations Cup 2013". FIFA.com. http://www.fifa.com/mm/document/tournament/competition/02/07/83/07/matchofficialsforfifaconfederationscup2013.pdf. 
  12. 12.0 12.1 "Adidas Cafusa launched at Brazil 2013 draw". Fifa.com. 1 Disember 2012. http://www.fifa.com/confederationscup/news/newsid=1960502/. Capaian 1 Disember 2012. 
  13. "FIFA Confederations Cup Brazil 2013 match schedule presented in Rio de Janeiro". FIFA.com. 30 Mei 2012. http://www.fifa.com/confederationscup/organisation/media/newsid=1641682/index.html. 
  14. "Regulations – FIFA Confederations Cup Brazil 2013". FIFA.com. http://www.fifa.com/mm/document/tournament/competition/01/99/46/55/regulationsconfederationscup2013_e.pdf. 
  15. "Match Schedule – FIFA Confederations Cup Brazil 2013". FIFA.com. http://www.fifa.com/mm/document/tournament/competition/01/64/15/83/fcc2013_matchschedule_6c_17052013.pdf. 
  16. "FIFA appoints goal-line technology provider for Brazil 2013". FIFA.com. Fédération Internationale de Football Association. 2 April 2013. http://www.fifa.com/aboutfifa/organisation/marketing/qualityprogramme/news/newsid=2051971/index.html. 

Pautan luar[sunting]