Somchai Wongsawat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Somchai Wongsawat
สมชาย วงศ์สวัสดิ์

Penyandang
Tempoh jawatan 
18 September 2008
(Mulai 9 September 2008)
Raja/Ratu Rama IX
Didahului oleh Samak Sundaravej

Lahir 31 Ogos 1947 (67 tahun)
Nakhon Si Thammarat, Thailand
Parti politik PPP
Pasangan Yaowapha Wongsawat
Religion Buddha
Tandatangan

Somchai Wongsawat (Bahasa Thai: สมชาย วงศ์สวัสดิ์, lahir pada 31 Ogos 1947) merupakan Perdana Menteri Thailand dan ahli Parti Kuasa Rakyat. Beliau dianggap boneka bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra yang disingkirkan dalam rampasan kuasa tentera pada 2006.[1]

Kehidupan keluarga[sunting | sunting sumber]

Somchai lahir di Amphoe Chawang, Nakhon Si Thammarat, anak kepada Choem (Bahasa Thai: เจิม) dan Dap (Bahasa Thai: ดับ) Wongsawat. Beliau adik ipar Thaksin Shinawatra yang berkahwin dengan Yaowapha Wongsawat (Bahasa Thai: เยาวภา วงศ์สวัสดิ์) .[2] The couple have three children, Mr Yotthanan Wongsawat (Bahasa Thai: ยศธนัน วงศ์สวัสดิ์), Ms Chinnicha Wongsawat (Bahasa Thai: ชินณิชา วงศ์สวัสดิ์) and Ms Chayapha Wongsawat (Bahasa Thai: ชยาภา วงศ์สวัสดิ์).

Isteri Somchai ialah Yaowapha yang juga wakil parlimen parti Thai Rak Thai yang dipimpin oleh Thaksin Shinawatra. Somchai berkahwin dengan adik perempuan bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Somchai belajar di bandar Nakhon Si Thammarat dan di Sekolah Amnuay Silpa di Bangkok. Dia menerima ijazah undang-undang dari Fakulti Undang-Undang ,Universiti Thammasat pada 1970. Kemudian dilantik menjadi peguam oleh Majlis Peguam Thailand 3 tahun kemudian.Seterusnya menamatkan sarjana sains politik di National Institute of Development Administration.

Menjadi Perdana Menteri[sunting | sunting sumber]

Beliau dilantik menjadi Perdana Menteri Thailand ke-26 menggantikan Samak Sundaravej yang terpaksa meletak jawatan pada 17 September 2008 selepas didapati bersalah menerima bayaran untuk kemunculan pada program masakan. Mahkamah Perlembagaan mendapati Samak melanggar Perlembgaan dengan menjadi hos program masakan “Tasting and Grumbling” dan “All Set at 6a.m” semasa menjadi perdana menteri. [3] Samak dikecam kerana menjalankan dasar bagi menjaga kepentingan Thaksin Shinawatra.[4]

Cubaan Samak untuk kembali berkuasa gagal kerana pemberontakan dalam parti. Samak menjadi perdana menteri selama 7 bulan sahaja. Calon lain ialah Timbalan Pengerusi PPP, Sompong Amornviwat dan Setiausaha Agung parti, Surapong Suebwonglee. Somchai berdepan dengan krisis politik yang menyaksikan ribuan penunjuk perasaan terus berkampung di pusat pentadbiran kerajaan.[5] Somchai menjadi sasaran muda PAD.[6]

Kudeb Saikrajang menyatakan ahli parlimen daripada Parti Kuasa Rakyat (PPP) diminta menyokong Somchai . Sokongan daripada lima parti rakan PPP dalam kerajaan campuran diperlukan sebelum pencalonan beliau boleh disahkan pada pengundian di Parlimen . Jawatankuasa eksekutif secara sebulat suara bersetuju untuk memilih Somchai sebagai calon Perdana Menteri. Pelantikan adik perempuan Thaksin itu mencetuskan kemarahan penunjuk perasaan antikerajaan pimpinan Perikatan Demokrasi Rakyat (PAD).[7]

Pada 17 September 2008, Somchai yang menjadi Pemangku Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan memperoleh 298 undi untuk mengenepikan pemimpin Parti Demokrat Abhisit Vejjajiva yang mendapat 163 undi semasa pengundian di Parlimen manakala lima yang lain menarik diri. Dewan Perwakilan mempunyai 480 kerusi. Speaker Dewan Chai Chidchob mengumumkan Somchai menjadi Perdana Menteri Thailand yang baru untuk tempoh 3 tahun. Sejak PAD menduduki Rumah Kerajaan, Kabinet Thai memilih untuk menjalankan tugas di lapangan terbang lama Don Muang di Bangkok.

Memiliki saham[sunting | sunting sumber]

Pada 29 September 2008,Senator Ruangkrai Leekijwatana memfailkan aduan rasmi terhadap Perdana Menteri, Somchai Wongsawat dengan mendakwa beliau melanggar perlembagaan kerana memiliki saham di sebuah syarikat yang memegang konsesi firma kerajaan.Saham milik Somchai dalam syarikat Internet, CS Loxinfo CSL.BK yang mendapat kontrak jangka panjang dengan firma telefon kerajaan, CAT Telecom untuk membekalkan perkhidmatan Internet menerusi satelit. Sebelum ini Leekijwatana menjatuhkan Perdana Menteri Samak Sundaravej dengan tindakan undang-undang yang serupa, memfailkan aduan itu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (EC).

Perlembagaan Thailand 2007 yang dirangka oleh tentera selepas rampasan kuasa yang menggulingkan jutawan telekomunikasi, Thaksin Shinawatra pada 2006, mengharamkan ahli politik Thailand daripada memegang saham dalam syarikat yang mendapat kontrak daripada firma kerajaan.[8]

Protes anti kerajaan[sunting | sunting sumber]

Sejak Ogos 2008, protes dari Perikatan Rakyat bagi Demokrasi Thailand (PAD) mengadakan tunjuk perasaan antikerajaan mula berarak ke Parlimen di Bangkok dalam usaha "terakhir" mereka untuk menjatuhkan kerajaan. Seterusnya menawan Rumah Kerajaan iaitu pejabat Perdana Menteri Thailand. Ketua penunjuk perasaan antikerajaan ialah Chamlong Srimuang.

Tentera telah menyiapkan 21 kompeni seramai 2000 orang membantu polis mengawal situasi. Pada 13 Oktober 2008, protes antikerajaan bertukar ganas apabila polis melepaskan tembakan gas pemedih mata ke arah penunjuk perasaan yang cuba menghalang Somchai daripada menyampaikan ucapan dasarnya yang pertama di Parlimen [9]. Pada 22 November 2008, sebutir bom roket meletup di halaman Rumah Kerajaan , seorang terbunuh dan 29 orang cedera.[10]

Kemudian mereka menguasai dua lapangan terbang utama iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi dan Lapangan Terbang Don Mueang. Penunjuk perasaan berkampung di lapangan terbang menanti Somchai yang akan pulang dari sidang kemuncak APEC di Lima, Peru. Somchai mendapat di Chiang Mai, utara Thailand.

Pada 21 November 2008, Kesatuan sekerja sektor awam Thailand diketuai Sawit Kaewvan melancarkan protes besar-besaran jika kerajaan enggan meletak jawatan selewat-lewatnya 25 November 2008. Kesatuan ini mewakili 200,000 pekerja dari 43 agensi kerajaan.[11]

Pada 27 November 2008, selepas mesyuarat khas Kabinet Thailand di Chiang Mai, Somchai Wongsawat mengisytiharkan perintah darurat di sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi dan Lapangan Terbang Don Mueang yang dikuasai penyokong antikerajaan. Perintah darurat itu membenarkan tentera bertindak mengawal keadaan, melarang perhimpunan melebihi lima orang dan melarang media daripada melaporkan berita yang mampu mencetuskan keadaan panik. Tentera dilarang meninggalkan berek mereka, ketika timbul khabar angin mengenai rampasan kuasa tentera. Perdana Menteri tidak merancang untuk memecat Ketua Tentera, Jeneral Anupong Paochinda selepas jeneral itu menggesa Parlimen dibubarkan dan pilihan raya baru diadakan bagi meredakan krisis politik . Pegawai tertinggi tentera darat, laut dan udara membincangkan kewajaran rampasan kuasa ke-19 dalam tempoh 76 tahun.[12]

Penipuan pilihan raya 2007[sunting | sunting sumber]

Pada 2 Disember 2008, Mahkamah Perlembagaan Thailand memutuskan Parti Kuasa Rakyat (PPP) bersalah atas tuduhan penipuan sewaktu pilihan raya dan sekali gus mengharamkan Perdana Menteri Thsailand, Somchai Wongsawat daripada aktif dalam politik untuk tempoh lima tahun.Chat Chonlaworn menjadi Ketua panel sembilan hakim.PPP perlu dibubarkan kerana para eksekutifnya didapati terlibat dengan penipuan undi sewaktu pilihan raya Disember 2007.

Kuil purba Kuil Preah Vihear[sunting | sunting sumber]

Kuil Hindu di sempadan Thailand - Kemboja menjadi pertikaian antara kedua-dua negara . Tiga askar Kemboja terbunuh dalam pertempuran selama 40 minit Rabu . Dua askar Kemboja dan tujuh askar Thailand pula cedera dan dirawat di Hospital Kantaralak, sempadan Thailand . Tentera Thailand maut apabila terjatuh ketika meronda dan tertembak diri sendiri secara tidak sengaja. Somchai berunding dengan Perdana Menteri Kemboja, Hun Sensemasa sidang ASEAN di Beijing.[13]

Rujukan[sunting | sunting sumber]