Samak Sundaravej

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Samak Sundaravej
สมัคร สุนทรเวช
Samak Sundaravej.JPG

Tempoh jawatan
29 Januari 2008 – 9 September 2008
Raja/Ratu Rama IX
Didahului oleh Surayud Chulanont
Diganti oleh Somchai Wongsawat

Lahir 13 Jun 1935
Bangkok, Thailand
Meninggal dunia 24 November 2009 (umur 74)
Bangkok, Thailand
Parti politik PPP
Pasangan Surat Sundaravej
Religion Buddha
Tandatangan

Samak Sundaravej (Bahasa Thai: สมัคร สุนทรเวช; RTGS: Samak Sunthorawet; 13 Jun 1935–24 November 2009) ialah bekas Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan Thailand pada tahun 2008, dan juga ketua Parti Kuasa Rakyat sejak 24 Ogos 2007.

Kehidupan awal dan keluarga[sunting | sunting sumber]

Samak lahir di Bangkok, Thailand kepada Sewok Eak Phraya Bumrungrajabhariphan (Samien Sundaravej) dan Khunying Bumrungrajabhariphan (Umphan Sundaravej), dan berketurunan Chinese (nama keluarga leluhurnya ialah Lee (李)).[1] Beliau ada lima adik-beradik, belajar di Kolej Saint Gabriel, Assumption Commercial College dan Universiti Thammasat. Beliau juga meraih sijil dari Universiti Chulalongkorn dan Kolej Bryant & Stratton.[2]

Selain menjadi ahli politik, Samak juga merupakan seorang tukang masak televisyen yang terkenal. Selama tujuh tahun sehingga rampasan kuasa tentera pada September 2006, beliau mengacarakan rancangan memasak bertajuk Merasa, Merungut di rangkaian TV ITV Thailand. Beliau pernah berkata sebaik menjadi Perdana Menteri, beliau juga akan menyambung kerja beliau sebagai tukang masak TV. "Perlembagaan tidak melarang seorang perdana menteri dari berbincang pasal makanan," kata beliau. "Rasanya saya akan mengadakan rancangan sejam pada hari Ahad."[3] Samak berkahwin dengan Khunying Surat Sundaravej, seorang penasihat kewangan untuk Kumpulan Charoen Pokphand. Mereka ada dua orang anak.

Politik[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1968, Samak menyertai Parti Demokrat. Kerana hubungannya amat rapat dengan tentera, Samak menjadi ketua paksi its pengkhianat haluan kanan.[4] Pada pilihan raya umum tahun 1976, beliau mengalahkan Kukrit Pramoj dan dijadikan Timbalan Menteri Dalam Negeri dalam kabinet pimpinan Seni Pramoj. Nama beliau cepat meningkat apabila menahan beberapa orang aktivis haluan kiri.[5]

Pada Ogos 1976, Seni menghantar Samak ke Singapura dengan tujuan memujuk Fil Marsyal Thanom Kittikachorn agar tidak kembali ke Thailand.[6] Paul M. Handley mendakwa bahawa Samak ialah seorang kepercayaan Ratu Sirikit dan dihantar oleh Raja Bhumibol Adulyadej untuk menjamin sokongan diraja untuk Fil Marsyal dalam buangan ity.[7] Dakwaan ini agaknya disokong oleh pengakuan Samak ketika mesyuarat kabinet di mana Raja mendukung kepulangan Thanom.

Samak dilucutkan jawatan kementerian beliau, lalu membalas dengan mengadakan tunjuk perasaan anti-kerajaan yang menggesa pelucutan tiga orang menteri Demokrat liberal muda yang dipanggil beliau sebagai "komunis".[8] Pada petang pembunuhan beramai-ramai pada 6 Oktober Samak mengetuai rombongan menentang Perdana Menteri Seni di hadapan Rumah Kerajaan.[9]

Berikutan rampasan kuasa 6 Oktober 1976, Samak menjadi Menteri Dalam Negeri di bawah pentadbiran Tanin Kraivixien, seorang anti-Komunis yang disokong kerabat diraja dengan reputasi kejujuran. Samak terus melancarkan kempen yang menyaksikan penahanan ratusan orang yang disangka berhaluan kiri, kebanyakannya pengarang dan cendekiawan lain.[10]

Pada tahun 1979, Samak mengasaskan Parti Prachakorn Thai yang berhaluan kanan. Pada Pilihan Raya Umum 1979 parti tersebut mengejutkan Parti Demokrat yang memimpin kerajaan dengan memenangi 29 dari 39 kerusi di Bangkok. Pada tahun 1983, Parti Prachakorn Thai meraih 36 kerusi, dan tidak banyak terjejas daripada kebangkitan Demokrat pada tahun 1986.[11]

Pada tahun 1992, selaku Timbalan Perdana Menteri di bawah pentadbiran Suchinda, Samak mempertahankan penindasan tentera terhadap penunjuk perasaan pro-demokrasi dengan mengisytiharkan bahawa kerajaan berhak berbuat demikian selagi Amerika Syarikat boleh menghantar tentera untuk membunuh orang di negara lain, iaitu menyentuh Perang Teluk terhadap Iraq dan Saddam Hussein dari 2 Ogos 1990 hingga 28 Februari 1991. [12] Samak tetap berkeras dan terus mempertahankan pendirian beliau dengan menyatakan bahawa tentera hanya cuba memulihkan kedamaian selepas penunjuk perasaan pro-demokrasi itu, yang disifatkan beliau sebagai "pengacau", terpaksa "menggunakan kekerasan".[13]

Pada 29 Julai 2007, beberapa bekas ahli Parti Thai Rak Thai bersetuju untuk bertanding dalam pilihan raya 2007 sebagai calon Parti Kuasa Rakyat. Ini berikutan pembubaran Parti Thai Rak Thai Party oleh Mahkamah Agung Thailand pada 30 Mei 2007 dan menyusuli larangan pergiat dalam politik bagi kebanyakan bekas ahli TRT, seperti Newin Chidchob, Buriram dan bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra. Ramai lagi bekas ahli TRT lain juga mengasaskan parti sendiri, termasuklah Ruam Jai Thai dan Parti Puea Pandin.

Samak Sundaravej dan bekas Menteri Kabinet TRT Surapong Suebwonglee masing-masing dilantik sebagai pemimpin dan setiausaha agung Parti Kuasa Rakyat pada 24 Ogos 2007.

Samak pernah berkata bahawa beliau ialah seorang proksi Thaksin Shinawatra.[14]

Pada 23 Disember 2007, PPP memenangi 228 kerusi, cukup untuk memenangi pilihan raya mengatasi Parti Demokrat tetapi kekurangan 241 kerusi yang diperlukan untuk majoriti dalam dewan 480 kerusi ini.[15] He was able to form a six-party coalition, however, gaining a parliamentary majority of about two-thirds.[16]

Pada undian parlimen pada 28 Januari 2008, Samak dilantik sebagai Perdana Menteri setelah menerima 310 undian berbanding 163 untuk Abhisit Vejjejava dari Parti Demokrat. Beliau direstui oleh raja pada hari berikutnya.[16] Pada 6 Februari, Kabinet beliau, termasuk diri beliau selaku Menteri Pertahanan, mendapat restu raja lalu mengangkat sumpah.[17]Sundaravej menegaskan dengan marahnya bahawa beliaulah Perdana Menteri sebenar pada 29 Februari 2008 sungguhpun kepulangan dari buangan bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra, lelaki yang dianggap sebagai pendorong di sebalik kerajaan baru itu.[18]

Usul celaan[sunting | sunting sumber]

Pada 18 Jun 2008, Parti Demokrat pimpinan Sathit Wongnongtoei menyerahkan usul celaan tidak percaya terhadap Samak dan tujuh menteri kabinet kepada Timbalan Speaker Somsak Kiartsuranan di parlimen, untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Samak. Perbahasan diadakan pada 28 Jun.[19][20]

Meskipun kerajaan yang baru berkuasa empat bulan diselubungi tunjuk perasaan jalanan oleh Perikatan Demokrasi Rakyat (PAD), Samak dan ketujuh-tujuh menteri terbabit terlepas dari usul tersebut, perbahasan celaan tiga hari pun dihentikan melalui sesi undian pada 27 Jun. Seperti yang dijangka ketua pembangkang Abhisit Vejjajiva, dari 442 ahli parlimen yang hadir, Samak meraih 280 undi percaya berbanding 162 undi tak percaya.[21]

Krisis politik 2008[sunting | sunting sumber]

Sungguhpun begitu hebat sekali kempen-kempen menggesa perletakan jawatan Samak, beliau tetap berkata "Saya tidak akan meletak jawatan semata-mata ancaman sebegini. Saya tidak akan membubarkan Dewane. Saya akan menghadap Raja untuk melaporkan hal semasa." Maka beliau menghadap Raja Bhumibol Adulyadej di Istana Hua Hin.[22]

Beberapa hari kemudian, 30,000 orang penunjuk perasaan pimpinan Perikatan Demokrasi Rakyat menceroboh halaman Rumah Kerajaan Samak di pusat bandaraya Bangkok agar memaksa beliau dan para penasihatnya meletak jawatan perintah tentera. Polis rusuhan Thailand memasuki halaman terbabit lalu menyampaikan perintah mahkamah untuk mengusir para penunjuk perasaan.[23] Chamlong Srimuang mengarahkan 45 orang pengawal PAD agar memecah masuk bangunan kerajaan utama pada hari Sabtu.[24] Tiga lapangan terbang serantau ditutup sementara 35 perjalanan kereta api antara Bangkok dan wilayah-wilayah lain pun dibatalkan. Para penunjuk perasaan menyerbu tarmak Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket di Pulau Phuket, mengakibatkan 118 penerbangan dibatalkan atau ditunda, sekaligus mengandaskan 15,000 orang penumpang.[25]

Para penunjuk perasaan turut menghalang pintu masuk lapangan terbang Krabi dan Hat Yai. Kemudian, polis mengeluarkan waran tangkap terhadap Sondhi Limthongkul dan lapan ketua bantahan lain atas tuduhan memberontak, konspirasi, perhimpunan haram dan ingkar arahan bersurai.[26] Sementara itu, Jeneral Anupong Paochinda berkata: "Tentera tidak akan merampas kuasa lagi. Krisis politik wajar diselesaikan melalui cara-cara politik." Samak dan kerajaan campurannya menyeru agar segera diadakan perbahasan dan sesi parlimen pada 31 Ogos.[27][28]

Pada 2 September 2008, berikutan pergaduhan antara penunjuk perasaan pro- dan anti-kerajaan yang menyebabkan kematian sekurang-kurangnya seorang penyokong kerajaan, maka Samak mengisytiharkan darurat.[29] Darurat itu dijadualkan tamat pada 14 September 2008.

Pada 9 September, Mahkamah Perlembagaan Thailand menyampaikan keputusan membatalkan kelayakan Samak dari menjadi perdana menteri berikutan aduan oleh para Senator dan Suruhanjaya Pilihan Raya Thailand. Bagaimanapun, Parti Kuasa Rakyat berikrar agar mengundi Samak untuk kekal sebagai perdana menteri.[30][31]

Meskipun menghadapi bantahan dari rakan-rakan parti campurannya, PPP dalam satu mesyuarat penting sebulat suara mencalonkan semula Samak Sundaravej. Lima parti lain, iaitu Chart Thai, Matchima Thipataya, Pracharaj, Puea Pandin dan Ruam Jai Thai Chart Pattana, sebulat suara bersetuju menyokong PPP agar mendirikan kerajaan baru dan mengundi orang yang wajar dicalonkan sebagai perdana menteri. Sesetengah ahli parlimen pernah mencadangkan calon lain. Sementara itu, ketua tentera Thailand Jeneral Anupong Paochinda berkata beliau menyokong pewujudan kerajaan campuran yang melibatkan semua parti politik di negara Thailand, serta meminta darurat ditarik balik dengan segera.[32]

Samak akhirnya menamatkan cubaan meraih semula jawatan Perdana Menteri, dan juga melepaskan kepimpinan PPP.[33][34][35][36]

Somchai Wongsawat diratifikasi oleh Perhimpunan Kebangsaan Thailand selaku Perdana Menteri Thailand pada 17 September[37], dengan meraih 298 undian lawan 163 undian untuk Abhisit Vejjajiva[38].

Kematian[sunting | sunting sumber]

Pada 2 Oktober 2008, Samak mengakui dirinya menghidap barah hati lalu menjalani pembedahan laser untuk menanggalkan ketumbuhan tumour dan menerima rawatan di Hospital Antarabangsa Bumrungrad pada 2 Oktober 2008, hingga dibenarkan keluar pada 25 Oktober.[39][40]

Pada pagi 24 November 2009, dilaporkan bahawa Samak meninggal dunia di Hospital Bumrungrad aibat barah hati.[41]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. [泰国] 洪林, 黎道纲主编 (April 2006). 泰国华侨华人研究. 香港社会科学出版社有限公司. m/s. 187. ISBN 962-620-127-4. 
  2. Samuk Sundaravej biography Mathichon Online dicapai pada 29 Januari 2008.(Thai)
  3. Cooking with Samak, Thailand's chef-turned-PM, Guardian, 1 Februari 2008
  4. David van Praagh. Thailand's Struggle for Democracy. Holmes & Meier (1996). 
  5. Paul M. Handley. The King Never Smiles. Yale University Press (2006). 
  6. van Praagh
  7. Handley
  8. Handley
  9. van Praagh
  10. van Praagh
  11. David Murray. Angels and Devils. White Orchid Press (1996). 
  12. The Nation, May 21, 1992
  13. Murray
  14. Darren Schuettler, "Thaksin looms over Thailand's post-coup vote", Reuters (Swissinfo.ch), 23 Disember 2007.
  15. Thaksin ally wins Thai election, BBC, 23 Disember 2007
  16. 16.0 16.1 "Thailand's king officially endorses new prime minister", Associated Press (Taipei Times), 30 Januari 2008.
  17. "Thailand's post-coup cabinet sworn in", Xinhua (People's Daily Online), 7 Februari 2008.
  18. "Thai PM: 'I'm the real prime minister'", AP (CNN), 29 Februari 2008.
  19. xinhuanet.com, Thai Democrats launch no-confidence motion against PM and ministers in parliament
  20. nationmultimedia.com, Censure motion filed against PM, 7 ministers
  21. reuters.com, Thai PM survives no-confidence motion as expected
  22. news.bbc.co.uk, Thai PM Samak refuses to resign
  23. gulfnews.com/world, Thai minister to stay despite protests
  24. afp.google.com, Thai protesters break into government office as PM heads to consult king
  25. eleconomista.es, "I will never resign" says besieged Thai PM
  26. nytimes.com, Thai Protest of Premier Stops Trains and Planes
  27. news.bbc.co.uk, Pressure mounts on Thailand's PM
  28. bloomberg.com, Thai Party Calls Urgent Session as Protests Spread
  29. [1]
  30. BBC News. (2008, 9 September). Court says Thai PM 'must resign'. [Online]. Available: http://news.bbc.co.uk/2/hi/asia-pacific/7605838.stm. (Accessed: 10 September 2008).
  31. Anyone But Samak
  32. edition.cnn.com, Thai ruling party nominates Samak for PM
  33. www.presstv.ir, Samak pulls out of Thai PM vote
  34. washingtonpost.com, Ousted Premier Ends Attempt to Get Job Back
  35. bangkokpost.com, Somchai, Sompong are candidates for PM
  36. reuters.com, Thai ruling coalition begins search for new PM
  37. Parliament confirms Somchai
  38. Somchai elected new prime minister
  39. bangkokpost.com, SAMAK ADMITS HE HAS LIVER CANCER
  40. afp.google.com, Former Thai PM Samak has liver cancer: reports
  41. Ex-PM Samak dies of cancer

Lihat juga[sunting | sunting sumber]