Sundang
Sundang ialah sejenis senjata tradisi yang digunakan oleh orang-orang Bugis dan Sulu. Terdapat dua jenis sundang yang dikenal pasti iaitu sundang lipas berbentuk pedang dua mata dan sundang berbentuk keris besar sama ada berluk atau pun tidak. Senjata ini lebih sesuai untuk melibas, tidak sesuai untuk menikam. Sundang merupakan senjata utama Silat Sundang Siliwangi dan Sundang Lipas juga merupakan senjata utama Silat Seni Gayong.
-
Sundang Melayu yang ditempa seimbag mampu berdiri pada matanya. Gambar dari http://www.keriswarisan.com/live/ericlaude
Sundang tidak digunakan untuk menikam seperti keris, ia lebih kepada menetak dan melibas. Saiz matanya agak besar dan lebih berat berbanding keris biasa. Hulu sundang juga lebih mirip kepada hulu pedang berbanding hulu keris. Ia popular di Filipina, Borneo, dan Sulawesi. Di Malaysia, ia dihasilkan di Terengganu, Kelantan, Patani dan Utara Semenanjung Malaysia.
Pautan luar [sunting]
| Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |