Syed Zainal Abidin Syed Mohd Tahir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Syed Zainal Abidin Tahir)
Lompat ke: pandu arah, cari
Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir

Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir ialah Pengarah Urusan (CEO) syarikat kereta nasional Malaysia, Proton Holdings Bhd (2006-2012). [1] Sebelum ini beliau adalah pengarah eksekutif Perodua.

Pendidikan dan kerjaya[sunting | sunting sumber]

Syed Zainal Abidin menamatkan pengajian dengan Ijazah Sarjana Muda Sains dalam jurusan Kejuruteraan dari University of Maryland, Amerika Syarikat.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Jurutera Projek dengan Petronas Gas Sdn Bhd (1987) ; Petroliam Nasional Berhad sebagai Eksekutif Kanan Jabatan Perancangan Korporat & Pembangunan Perniagaan Antarabangsa (1992)

Kemudian menyertai HICOM Holdings Berhad (1995) ; Pengurus Besar Kanan PERODUA (1999) ; Pengarah Eksekutif PERODUA Auto Corporation Sdn Bhd (2002) ; Timbalan Pengarah Urusan (Oktober 2005).

CEO Perodua[sunting | sunting sumber]

Syed Zainal Abidin menjadi Pengurus Besar Kanan PERODUA (1999) ; Pengarah Eksekutif PERODUA Auto Corporation Sdn Bhd (2002). Apabila Perodua Myvi dilancarkan pada 2005, beliau menjadi pemain utama Perodua.

CEO Proton[sunting | sunting sumber]

Syed Zainal Abidin menjadi Pengarah Urusan Kumpulan Proton dari 1 Januari 2006 - 2012 selama 6 tahun. Turut dilantik pada 2005 ialah Datuk Kisai Rahmat. Sebelum ini CEO Proton ialah Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff yang ditamatkan pada 25 Julai 2005. Proton ketika itu telah membeli MV Agusta (Disember 2004).

Beliau meletak jawatan sebagai Pengarah Urusan Kumpulan Proton mulai 4 Julai 2012. Ironinya beliau tidak dipecat [2] .Turut berbuat demikian ialah Ketua Pegawai Kewangan Azhar Othman, berkuat kuasa pada 6 Julai 2012. Pengganti beliau ialah Pengerusi Eksekutif Proton, Datuk Seri Mohd Khamil Jamil.

Syarikat kereta Proton ditubuhkan pada 1983 dan merupakan anak syarikat DRB-HICOM Bhd dan pengeluar automobil terbesar Malaysia, dan satu-satunya pengeluar kelengkapan asli atau pengeluar kereta menyeluruh di Asia Tenggara. Proton beroperasi di pasaran-pasaran utama dari United Kingdom, Timur Tengah, Asia Tenggara, Australasia, China dan Iran.[3]Baru-baru ini, pada 16 April 2012 Proton melancarkan model kereta baru, Preve (baca prey-vey) yang dirasmikan oleh [[Perdana Menteri Malaysia], Datuk Seri Najib Tun Razak di Seri Kembangan, Kuala Lumpur. Kereta itu diuji pandu dari Putrajaya ke Mantin menggunakan Lebuh raya Kajang-Seremban (Lekas). Kereta ini boleh menyaingi model kereta dalam Segmen C iaitu Toyota Vios, Ford Focus, Honda City dan Kia Forte .[4]

Penasihat Proton, Tun Mahathir Mohamed pernah membayangkan bahawa Syed Zainal Abidin mungkin tidak mahu terus menerajui pengeluar kereta nasional itu di bawah pemilikan DRB-Hicom Bhd.[5]

Pada Mac 2012, DRB-Hicom membeli 42.74% saham Proton daripada Khazanah Nasional Bhd. Terkini DRB-Hicom memiliki 50.01 peratus kepentingan dalam Proton. Penjualan Proton Holdings Bhd. (Proton) kepada DRB-Hicom Bhd. telah menyebabkan syarikat automotif negara kehilangan hak eksklusif dalam semakan berhubung Dasar Automotif Negara (DAN). DRB-Hicom berhak menukar Pengarah Urusan kerana mereka kini memiliki Proton. Pengerusi Eksekutif Proton, Datuk Seri Mohd. Khamil Jamil enggan memberi ulasan.[6] Proton bukan lagi syarikat milik kerajaan, malah kini perlu semeja dengan UMW Holdings Bhd., Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) dan beberapa syarikat automotif lain bagi membincangkan semakan terhadap DAN.[7]

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Pada November 2008, Syed Zainal Abidin telah dinamakan "Manusia Automotif of the Year" oleh majalah kereta New Straits Times / Maybank 2008. Pada April 2010, Dato 'Sri Haji Syed Zainal Abidin telah dinamakan sebagai "Business Leader dalam Sektor Automotif Antarabangsa" pada Anugerah Perniagaan Timur Tengah di Dubai.

Syed Zainal Abidin menerima "Anugerah Ketua Eksekutif Bumiputra Masterclass " (Mei 2010) .Pada bulan Julai 2011, Syed Zainal Abidin meraih "Anugerah Kepimpinan Global di Sektor Automotif" di Anugerah Kepimpinan Global 2011.

Beliau tidak mempunyai konflik kepentingan dengan Syarikat dan tidak mempunyai sebarang hubungan kekeluargaan dengan mana-mana Pengarah lain atau pemegang saham utama Syarikat. Dato 'Sri Haji Syed Zainal Abidin tidak pernah disabitkan dengan sebarang kesalahan dalam tempoh sepuluh tahun lalu.[8]


Pada 7 Mac 2012, Syed Zainal Abidin menerima Anugerah Kecemerlangan AUAM daripada American Universities Alumni of Malaysia daripada Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin. Tokoh korporat lain yang mnerima anugerah ialah bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Kamaruzzaman Shariff; Pengerusi Top Glove Berhad, Tan Sri Lim Wee Chai; Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Building Society Berhad (MBSB), Datuk Ahmad Zaini Othman dan Pengarah Eksekutif Kumpulan Tomei Consolidated Berhad, Ng Yih Chen. Turut hadir Presiden AUAM, Tan Sri Dr Abdul Aziz Abdul Rahman.[9]

Rujukan[sunting | sunting sumber]