Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
T-72 adalah sebuah kereta kebal utama buatan Kesatuan Soviet yang dikeluarkan sejak tahun 1971. Kereta kebal ini merupakan hasil dari pembangunan lanjut yang dilakukan ke atas kereta kebal T-62[1]. Kereta kebal T-90 pula merupakan terbitan hasil pembangunan yang berterusan ke atas T-72. Baru-baru ini, reputasi T-72 tercalar ekoran keupayaannya yang mengecewakan semasa dalam pertempuran menentang kereta-kereta kebal moden buatan Barat seperti M1 Abrams dan Challenger 1 dalam Perang Teluk. Walaupun begitu, kekurangan latihan yang diberikan kepada krew kereta kebal T-72 juga harus diambil kira.
Spesifikasi (T-72A) [sunting]
Data daripada inetres.com [2]
Ciri-ciri umum [sunting]
- Berat= 41.5 tan
- Panjang= 9.53 m
- Lebar= 3.59 m
- Tinggi= 2.23 m
- Krew= 3
Persenjataan [sunting]
- Perisai= 500 mm (20 in) perisai komposit
- Persenjaataan utam= Meriam laras licin 125mm 2A46M
- Persenjataan sokonga= 7.62mm mesingan sepaksi PKT, 12.7mm mesingan anti pesawat NSVT
- Enjin= Diesel V-12
- Kuasa enjin= 780 hp (582 kW)
- Kadar kuasa= 18.8 hp/tan
- Suspensi= Palang kilasan
- Kelegaan dari permukaan bumi= 0.49 m
- Muatan bahan api= 1200 liter
- Jarak operasi= 460 km, 700 km dengan tangki bahan api tambahan
- Kelajuan= 60 km/j
Pengguna T-72 dan terbitannya [sunting]
T-72 digunakan lebih daripada 40 buah negara di seluruh dunia. Ia juga telah dibina dengan kebenaran berlesen dan dibangunkan lebih lanjut oleh beberapa buah negara seperti di bawah:
- Kereta kebal setanding
- Artikel berkaitan