Televisyen terestrial digital

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Televisyen Terestrial Digital (Digital Terrestrial Television, DTTV atau DTT) ialah pelaksanaan teknologi digital untuk menawarkan lebih banyak saluran yang dan/atau mutu gambar atau bunyi yang lebih bagus dengan menggunakan siaran antena ke antena biasa dan bukannya piring satelit atau sambungan kabel. Teknologi yang digunakan ialah ATSC di Amerika Utata, ISDB-T di Jepun, DVB-T di Eropah dan Australia, dan DMB-T/H di China (termasuk Hong Kong); tempat-tempat lain di dunia pula masih belum menetapkan piawaiannya. ISDB-T amat serupa dengan DVB-T dan boleh berkongsi komponen penerima bahagian depan dan penyahmodulat.

Pemancaran[sunting | sunting sumber]

DTTV dipancarkan pada frekuensi radio melalui gelombang udara yang serupa dengan televisyen analog biasa, dan perbezaan utamanya ialah penggunaan pemancar multipleks untuk membolehkan penerimaan pelbagai saluran pada satu julat frekuensi tunggal (seperti satu saluran UHF atau VHF).

Aamun data yang boleh dipancarkan (dan maka itu bilangan salurannya) secara langsung dipengaruhi kaedah modulasi saluran berkenaan. Kaedah pemodulatan dalam DVB-T ialah COFDM dengan sama ada 64 atau 16 Pemodulatan Amplitud Kuadratur (QAM). Secara amnya, satu saluran 64QAM mampu memancarkan kadar bit yang lebih besar, tetapi lebih terdedah kepada gangguan. Kumpulan-kumpulan 16 dan 64QAM boleh digabungkan menjadi satu multipleks tunggal, maka menawarlan degradasi yang lebih terkawal untuk strim-strim program yang lebih penting. Ini dipanggil modulasi berhierarki.

Perkembangan baru dalam pemampatan telah menghasilkan piawaian MPEG-4/AVC yang akan membolehkan dua perkhidmatan definisi tinggi dikodkan ke dalam satu saluran pemancaran terestrial Eropah 24 Mbit/s.

Piawaian DVB-T tidak digunakan untuk televisyen terestial digital di Amerika Utara. Sebaliknya, piawaian ATSC memerlukan modulasi 8VSB yang serupa ciri-cirinya dengan modulasi jalur sisi vestig yang digunakan untuk televisyen analog. Ini memberikan lebih lagi perlindungan daripada gangguan, tetapi tidak terlindung daripada herotan pelbagai laluan seperti DVB-T, dan juga tidak membolehkan pengendalian rangkaian frekuensi tunggal (namun masalah ini tidak relevan di Amerika Syarikat).

Kedua-dua sistem menggunakan strim pengangkutan dan codec video MPEG-2; perbezaan ketara antaranya ialah bagaimana perkhidmatan berkenaan (seperti audio pelbagai saluran, sari kata, dan panduan program) dikodkan.

Penerimaan[sunting | sunting sumber]

DTTV diterima melalui sebuah set-top box digital, atau peranti penerimaan bersepadu, yang menyahkodkan isyarat yang diterima melalui sebuah antena biasa. Bagaimanapun, oleh sebab isu-isu perancangan frekuensi, sebuah antena yang berlainan jenis (biasanya jalur lebar) mungkin diperlukan jika multipleks-multipleks DTTV terletak di luar lebar jalur antena yang sedia ada. Perkara ini kerap berlaku di UK.

Peralihan analog ke digital[sunting | sunting sumber]

Penyiaran pemancaran terestrial digital mendorong kebanyakan negara merancang untuk menghentikan siaran analog sedia ada secara berperingkat. Jadual ini menunjukkan pelancaran DTT dan penutupan televisyen analog di sesetengah negara.

  • Pelancaran rasmi: Tarikh pelancaran rasmi televisyen terestrial digital di negara, bukan permulaan siaran percubaan.
  • Penutupan mula: Tarikh penutupan pemancara analog utama yang pertama.
  • Penutupan tamat: Tarikh penutupan sepenuhnya televisyen analog.
  • Sistem: Sistem pemancaran, cth. DVB-T, ATSC atau ISDB-T.
  • Interaktif: Sistem yang digunakan untuk perkhidmatan interaktif, seperti MHP dan MHEG-5.
  • Mampatan: Piawaian mampatan video yang digunakan. Kebanyakan sistem menggunakan MPEG-2, tetapi H.264/MPEG-4 AVC yang lebih efisyen semakin popular. Sesetengah negara menggunakan kedua-dua MPEG-2 dan H.264, contohnya UK yang menggunakan MPEG-2 untuk kandungan biasa dan MPEG-4 untuk penyiaran HD.
Negara Pelancaran rasmi Penutupan mula Penutupan tamat Sistem Interaktif Mampatan Rujukan
Albania 2005-08 DVB-T [perlu rujukan]
Andorra 2007-09-25 DVB-T MHP [1]
Australia 2001-01-01 Kerajaan baru telah juga melanjutkan tarikh permulaan siaran digital sahaja di pasaran metropolitan untuk setahun mulai Disember 2008[2] 2013-12-31 DVB-T MPEG-2 [perlu rujukan]
Austria 2006-10-26 2007-03-05[3] DVB-T MHP [perlu rujukan]
Belgium 2002/2003 2008-12-31 2011 DVB-T MPEG-2 [perlu rujukan]
Brazil 2007-12-03 2016-06-29 SBTVD H.264/MPEG-4 AVC [perlu rujukan]
Kanada 2011-08-31 ATSC MPEG-2 [4]
China 2007-2008 DMB-T/H [perlu rujukan]
Croatia 2007 2010 DVB-T [perlu rujukan]
Republik Czech 2004 2007-08 2010-10 DVB-T MHP MPEG-2 [perlu rujukan]
Denmark 2006-03-31 2009-11-01 DVB-T MHP MPEG-2, H.264 [1]
Estonia 2006-12-15 2012-02 (dirancang) DVB-T MPEG-4 H.264 [5]
Kepulauan Faroe 2002-12 2002-12 DVB-T [perlu rujukan]
Finland 2001-08-27 2007-09-01[6] 2007-09-01 DVB-T MHP (tidak digunakan lagi) MPEG-2 [7]
Perancis 2005-03-31 2008-03 2011-11-30 DVB-T MPEG-2, H.264 [perlu rujukan]
Jerman 2002-11 2003-08 2008 (diranang) DVB-T MPEG-2 [perlu rujukan]
Hong Kong 2007 2012 DMB-T/H MHEG-5 (TVB) MPEG-2, H.264 [8][9]
Ireland 2008 (dirancang) 2012 2012 DVB-T RCT (tidak digunakan lagi) MPEG-4 likelyH.264
Itali 2004-01-01 2010-01-01 DVB-T MHP MPEG-2 [perlu rujukan]
Jepun 2003-12-01 2011-07-24 (dirancang) ISDB-T [10][11]
Luxembourg 2006-04 2006-09-01 2008/2009 DVB-T [perlu rujukan]
Malaysia 2006-09 (ujian) 2015 DVB-T MHEG-5 H.264 [perlu rujukan]
Mexico 2004-07-05[12] 2022-01-01 ATSC [13]
Maghribi 2007-06-01 DVB-T [perlu rujukan]
Belanda 2003 2006-12-11 DVB-T [perlu rujukan]
New Zealand 2008-07 75% atau 2012 Setahun selepas mula DVB-T MHEG-5 H.264/MPEG-4 AVC [14][15]
Norway 2007-09 [16] 2008-03 2009-12 DVB-T H.264/MPEG-4 AVC [perlu rujukan]
Filipina 2006-10 (ujian)/ 2007 2010 (dirancang) 2015 (dirancang) DVB-T (ujian) [perlu rujukan]
Romania 2005-12-01 DVB-T [perlu rujukan]
Rusia 2012 2017 DVB-T
Slovenia 2007-09 2010 2010 DVB-T H.264/MPEG-4 AVC [perlu rujukan]
Afrika Selatan 2006-03 2008-11-01 2011-11-01 DVB-T H.264/MPEG-4 AVC [perlu rujukan]
Korea Selatan 2001 2012-12-31 2012-12-31 ATSC [perlu rujukan]
Sepanyol 2000-05 2008[17] 2010-04-03 DVB-T MHP MPEG-2 [perlu rujukan]
Sweden 1999-04-01[18] 2005-09-19 2007-10-15 DVB-T MHP MPEG-2/H.264[19] [perlu rujukan]
Switzerland 2001 2002-03 2009-10 DVB-T [perlu rujukan]
Taiwan 2006-07 2008 2010 DVB-T [perlu rujukan]
Turki 2006-02 (ujian) DVB-T [perlu rujukan]
United Kingdom 1998-11-15 2007 (Whitehaven) 2012 DVB-T MHEG-5 MPEG-2, H.264 [20]
Amerika Syarikat 2009-06-12 ATSC MPEG-2 [21]
Greece 2006 DVB-T
Lithuania 2006 DVB-T MPEG-4
Portugal 2008 DVB-T MPEG-4

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. http://www.tdt.ad/  Missing or empty |title= (bantuan)
  2. Complete digital TV switch over by 2013, Sydney Morning Herald, 2007-12-18, diperolehi pada 2007-12-21 
  3. DVB-T: Zeitplan, DVB-T.at, diperolehi pada 2007-07-03 
  4. Broadcasting Public Notice CRTC 2007-53 - Determinations regarding certain aspects of the regulatory framework for over-the-air television, Canadian Radio and Television Commission, 17 Mei 2007 
  5. Launch of DTT services in Estonia, DigiTAG Web Letter, 15 Disember 2006 
  6. "Digi-tv esillä ympäri maata". Kementerian Komunikasi Finland. Diperolehi pada 2007-08-15. 
  7. Finland will switch over to all-digital television, Kementerian Pengangkutan dan Komunikasi Finland, 2007-08-31 
  8. OFTA(2007-06-04), Piawaian Teknikal Hong Kong untuk Penyiaran Televisyen Terestrial, Hong Kong
  9. (Cina) 望月 (6/9/2007). "獨家專訪TVB 折解數碼廣播七大疑團 (Temubual eksklusif dengan TVB mengenai penyiaran digital)". e-zone AVzone. pp. 4–5. 
  10. Digital Broadcasting Experts Group (DiBEG) promote ISDB-T
  11. ISDB-T, Application, Present and Future, fail PDF
  12. Documento sin título
  13. http://www.cft.gob.mx/cofetel/radio_tv/periodo_tran_tdt.shtml  Missing or empty |title= (bantuan)
  14. http://tvnz.co.nz/view/page/1382967  Missing or empty |title= (bantuan)
  15. http://www.beehive.govt.nz/ViewDocument.aspx?DocumentID=31480  Missing or empty |title= (bantuan)
  16. RiksTV - Når kommer det?, RiksTV.no, diperolehi pada 2007-07-04 
  17. Saluran setempat
  18. Nya tillstånd för digitala TV-sändningar, Swedish Radio and TV Authority, January 20, 2001 
  19. As of June 2007, H.264 is only used for HDTV in the Mälaren Valley region.
  20. "What is Digital Switchover?". DAS TV. 2007-07-01. Diperolehi pada 2007-08-13. 
  21. National Telecommunications & Information Administration