Temenggung

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Temenggung ialah gelaran pembesar dalam sistem Empat Lipatan. Gelaran ini mula digunakan ketika zaman pemerintahan Parameswara, Raja Melaka pertama. Fungsi jawatan ini boleh disamakan dengan Menteri Dalam Negeri atau Ketua Polis kerana Temenggung bertanggungjawab menjaga keselamatan dan keamanan dalam negeri. Gelaran ini terus digunakan oleh Kesultanan Johor yang mewarisi Kesultanan Melaka.

Di Kesultanan Johor, terdapat dua jawatan yang menggunakan gelaran Temenggung iaitu Raja Temenggung Muar dan Temenggung Johor. Sultan-sultan Johor Moden juga berasal daripada keturunan Temenggung bermula dari Temenggung Seri Maharaja Abu Bakar yang mula memakai gelaran Sultan pada tahun 1885. Kesultanan-kesultanan yang pernah menerima pengaruh Melaka juga menggunakan gelaran Temenggung sebagai gelaran pembesar mereka dengan fungsi yang hampir sama seperti Kesultanan Perak, Kesultanan Pahang dan Kesultanan Terengganu.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]