Tenet

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tenet
PengarahChristopher Nolan
PenulisChristopher Nolan
Dihasilkan oleh
Dibintangi
SinematografiHoyte van Hoytema
Disunting olehJennifer Lame
Muzik olehLudwig Göransson
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehWarner Bros. Pictures
Tarikh tayangan
  • 26 Ogos 2020 (2020-08-26) (United Kingdom)
  • 3 September 2020 (2020-09-03) (Amerika Syarikat)
Masa tayangan
150 minit[2]
Negara
  • United Kingdom
  • Amerika Syarikat
BahasaInggeris
BajetUSD200–225 juta[3]
Pecah panggung$146.2 juta[4][5]

Tenet ialah sebuah filem aksi tulisan dan arahan Christopher Nolan dengan lakonan John David Washington, Robert Pattinson, Elizabeth Debicki, Dimple Kapadia, Michael Caine serta Kenneth Branagh. Kisahnya tentang seorang ejen rahsia yang memanipulasi masa untuk mencegah Perang Dunia Ketiga daripada tercetus.

Nolan mengambil masa lebih lima tahun untuk menulis skripnya setelah lebih sedekad memikirkan idea-idea utama bagi Tenet. Pemilihan pelakon diadakan pada Mac 2019, dan penggambaran am bermula pada Mei 2019, dilakukan di negara-negara Denmark, Estonia, India, Itali, Norway, United Kingdom, dan Amerika Syarikat, dirakam dalam format 70 mm dan IMAX oleh jurusinematograf Hoyte van Hoytema.

Setelah ditangguh tiga kali akibat pandemik COVID-19, Tenet mula-mula dikeluarkan di United Kingdom dan negara-negara lain yang terpilih pada 26 Ogos 2020, diikuti Amerika Syarikat pada 3 September 2020, dalam format IMAX, 35 mm, dan 70 mm. Filem ini disambut baik oleh para pengkritik yang mengatakan ia lebih baik daripada filem Inception juga arahan Nolan, serta memuji persembahan barisan pelakon, tetapi dibidas kerana jalan cerita yang mengelirukan dan pembawaan yang kurang emosi.

Jalan cerita[sunting | sunting sumber]

Seorang ejen CIA yang tidak disebut namanya (dikenali sebagai Protagonis) menyertai operasi sulit SWAT di sebuah balai opera di Ukraine untuk menyelamatkan seorang pengintip yang terbongkar serta mencuri sebuah artifak yang aneh. Protagonis diselamatkan daripada tembakan oleh seorang askar bertopeng yang menggelas beg dengan lencana merah. Protagonis ditawan lalu disiksa lalu menelan sebiji pil sianida. Kemudian dia kembali sedar, menyedari pil itu palsu dan semua rakan setugasnya mati, artifak itu dirampas, dan misi itu hanya satu ujian.

Protagonis ditugaskan ke organisasi rahsia "Tenet", di mana dia mengenal Laura, saintis yang mengkaji peluru-peluru yang disongsangkan entropi untuk bergerak terbalik masa. Protagonis menjejak peluru-peluru tersebut kepada seorang saudagar senjata di Mumbai bernama Priya yang juga ahli Tenet. Dengan bantuan 'orang setempat' Neil, Protagonis menceroboh rumah Priya lalu mengetahui bahawa peluru-peluru itu dibekalkan oleh seorang oligarka Rusia bernama Andrei Sator yang berkomunikasi dengan masa hadapan. Protagonis berjumpa dengan Kat, isteri Sator yang sudah berpisah, lalu mengetahui bahawa Kat diugut oleh Sator dengan lukisan palsu yang dijual kepada Sator untuk menjauhkan dirinya daripada anak mereka. Tambah Kat, kali terakhir dia bahagia bersama Sator adalah ketika berlayar di Vietnam, di mana dia terlihat seorang wanita terjun dari kapal.

Protagonis dan Neil berganding bahu dengan Mahir si 'tukang atur' untuk mencuri lukisan tersebut dari ruangan sekuriti di Lapangan Terbang Oslo dengan menghempaskan pesawat kargo ke dalam bangsal untuk mengalih perhatian orang luar. Di dalam ruangan sekuriti, mereka menemui sebuah mesin besar dari mana keluarnya dua orang bertopeng, salah seorang daripada mereka 'diterbalikkan'. Neil melawan dan melucutkan topeng si normal, kemudian menghalang Protagonis daripada membunuh si terbalik. Kemudian, Priya menerangkan bahawa mesin itu merupakan "lawang putar", sebuah peranti penterbalikan masa yang dicipta pada masa hadapan, malah dua lelaki bertopeng itu mungkin orang yang sama. Protagonis menipu Kat bahawa lukisan sudah musnah, maka Kat pergi berjumpa dengan Sator, dan Sator pun mendedahkan bahawa lukisan sudah dialihkan sebelum hempasan pesawat. Sewaktu beriadah menaiki katamaran, Kat cuba melemaskan Sator tetapi Sator diselamatkan oleh Protagonis. Protagonis menawarkan untuk mencuri plutonium yang diidamkan oleh Sator demi membebaskan Kat. Maka Protagonis dan Neil pergi mencuri "plutonium" dari konvoi yang dikawal ketat, tetapi mendapati bahawa yang dicuri itu artifak lain.

Petak Sator yang menjadi penyumbang kepada tajuk filem, lokasi babak pembukaan (Kyiv Opera), dan nama-nama watak dan firma (A. Sator; Arepo si pemalsu Goya; dan Rotas Security di Oslo Freeport).[6]

Sator yang 'terbalik' menangkap Protagonis sekali dengan Kat, lalu mencederakan Kat dengan peluru 'terbalik' sambil mengugut Protagonis untuk mendedahkan tempat sebenar artifak berkenaan. Setelah Sator pergi, seangkatan operatif Tenet pimpinan Ives datang untuk membebaskan Protagonis. Neil mengaku dirinya anggota Tenet. Untuk menyelamatkan nyawa Kat, Protagonis dan Neil membawanya melalui lawang putar Sator. Mereka kembali ke kejadian hempasan Lapangan Terbang Oslo minggu lepas lalu menyah-terbalikkan diri mereka di dalam lawang putar di sana. Sambil menceroboh lapangan terbang, Protagonis yang terbalik bertembung dengan dirinya yang belum terbalik sebelum sampai di lawang putar untuk menyah-terbalikkan dirinya.

Priya menerangkan bahawa artifak-artifak berkenaan merupakan komponen-komponen bagi sebuah "Algoritma" ciptaan masa hadapan yang berkemampuan menyebabkan malapetaka dengan menterbalikkan seluruh dunia; lebih-lebih lagi, manusia masa depan ingin mengaktifkannya untuk mencegah kesan pemanasan global. Kat mendedahkan bahawa Sator sedang meniti ajal kerana kanser pankreas yang tidak dapat dibedah, serta membuat kesimpulan bahawa Sator akan mengaktifkan Algoritma pada saat kematiannya dengan hasrat untuk 'mematikan' dunia sekali bersama dirinya. Kat mengesyaki bahawa Sator akan memilih untuk mati pada saat paling bahagia, iaitu sewaktu di Vietnam. Kat berbalik masa untuk menangguhkan kematian Sator sementara angkatan Tenet menjejak pemasangan Algoritma ke sebuah tinggalan kota tertutup Soviet lalu memulakan "gerakan kacip masaan", di mana separuh angkatan dikerah mengikut masa ke arah zon letupan, sementara separuh lagi menongkah masa. Protagonis dan Ives dihalang dari mencapai Algoritma oleh pintu terkunci sehingga mayat bertopeng dengan beg galas berlencana merah kembali hidup untuk menyelamatkan Protagonis daripada tembakan lalu membuka kunci pintu. Kat membunuh Sator sedikit awal sebaik sahaja Protagonis dan Ives memperoleh dan mematikan Algoritma. Kat terjun dari kapal layar sambil diperhatikan oleh dirinya dari masa lampau.

Protagonis, Neil dan Ives memecahkan komponen Algoritma. Protagonis terlihat lencana merah pada beg galas Neil; Neil mendedahkan bahawa dia direkrut ke dalam angkatan Tenet beberapa tahun lalu oleh Protagonis dari masa hadapan, dan misi ini adalah penamat bagi persahabatan lama yang belum dialami oleh Protagonis. Di London, Priya cuba membunuh Kat tetapi dibunuh oleh Protagonis yang telah menyedari bahawa dirinya merupakan pengasas Tenet di masa akan datang. Protagonis menyaksikan Kat bertemu semula dengan anaknya.

Barisan pelakon[sunting | sunting sumber]


Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Pra penerbitan[sunting | sunting sumber]

Christopher Nolan selaku penulis dan pengarah telah memikirkan idea-idea di sebalik Tenet selama 20 tahun,[19] tetapi menyatakan bahawa dirinya telah menelan masa enam hingga tujuh tahun untuk memuktamadkan skrip.[17] Tajuk filem Tenet merupakan palindrom, iaitu perkataan yang tetapi berbunyi sama apabila dibaca secara terbalik.[20] Nolan berusaha untuk mengelak sebarang pengaruh karya genre perisikan lain selain daripada ingatannya sendiri.[21] Lakon layar mendapat ilham daripada Once Upon a Time in the West (1968).[19] Penyelia serana khas, Scott R. Fisher telah menonton filem-filem dan dokumentari Perang Dunia Kedua untuk mencari titik rujukan untuk mendapatkan realisme.[22] Ahli fizik teori Kip Thorne yang pernah bekerja bersama Nolan untuk Interstellar (2014) menjadi perunding untuk membincangkan fizik masa dan kuantum.[23]

Barisan pelakon[sunting | sunting sumber]

John David Washington, Robert Pattinson, dan Elizabeth Debicki dipilih untuk berlakon pada tahun 2019.[24][25] Nolan memilih Washington atas persembahannya dalam BlacKkKlansman (2018).[26] Washington, Pattinson, dan Debicki hanya dibenarkan membaca skrip masing-masing ketika dikunci dalam bilik.[17][19][27] Washington menulis diari di mana beliau mengembangkan kisah latar belakang Protagonis.[28] Pattinson membentuk pembawaan wataknya berdasarkan tokoh pengarang Christopher Hitchens.[29] Barisan pelakon Dimple Kapadia, Aaron Taylor-Johnson, Clémence Poésy, Michael Caine, dan Kenneth Branagh diumumkan sebaik sahaja penggambaran dimulakan.[30] Uji lakon Kapadia diaturkan oleh pengarah Homi Adajania sewaktu mengusahakan filem Angrezi Medium (2020).[31] Caine hanya diberi halaman skrip yang cukup untuk sehari kerja.[32] Himesh Patel menyertai pada bulan Ogos.[33] Martin Donovan pula didedahkan ketika keluarnya treler pertama.[34] Fiona Dourif dan Yuri Kolokolnikov disertakan kemudian.[35]

Penggambaran[sunting | sunting sumber]

Penggambaran utama melibatkan kru 250 orang,[29] bermula pada Mei 2019 dan dilangsungkan di tujuh buah negara,[36] iaitu Denmark, Estonia,[nb 1] India,[nb 2] Itali, Norway, United Kingdom, dan Amerika Syarikat.[39][nb 3] Penggambaran di Estonia berlangsung pada bulan Jun dan Julai, dibantu oleh penutupan Linnahall, Lebuhraya Pärnu, dan jalan-jalan raya di sekitar.[40][41] Muzium Kesenian Kumu digunakan sebagai "pelabuhan bebas Oslo" yang direka khas untuk cerita.[42] Datuk bandar Tallinn, Mihhail Kõlvart meluahkan kebimbangan mengenai kemungkinan berlakunya gangguan kerana jadual penggambaran asal memerlukan jalan utama Jalan Laagna ditutup selama satu bulan.[43] Akhirnya, pihak penerbitan berkompromi dengan melibatkan penutupan jalan sementara dan lencongan.[44][45]

Penggambaran beralih ke Ravello, Itali dan Cannon Hall, Hampstead, England pada penghujung bulan Ogos,[46][47] disusuli bumbung Balai Opera Oslo dan hotel The Thief di Tjuvholmen, Norway, dan Nysted Wind Farm, Rødbyhavn, Denmark pada awal bulan September.[42][48][49] Penggambaran lima hari dijalankan di Mumbai,[39] yang telah dikunjungi oleh Nolan pada bulan Februari dan April untuk meninjau lokasi.[50] Beliau memilih lokasi-lokasi berikut: Breach Candy Hospital, Cafe Mondegar, Tambak Colaba, Pasar Colaba, Gateway of India, Grant Road, Royal Bombay Yacht Club, dan Taj Mahal Palace Hotel.[51][52][53][54] Set restoran "Chaand" dibina bersebelahan dengan hotel,[52] tetapi tidak pernah digunakan dan hanya digunakan sebagai alternatif.[39] 40 perahu diaturkan di Gateway of India, di mana kru turut menyelamatkan seorang lelaki yang cuba membunuh diri.[55] Lagak ngeri bagi babak terjun bangunan dilakukan di Grant Road,[53] sementara sebuah helikopter ditempah untuk mengambil gambar hospital dari utara.[39] Tidak lama kemudian, usaha penggambaran beralih ke Victorville, California yang disamarkan sebagai Oslo, di mana lebih 90 pelakon tambahan diupah.[19] Daripada menggunakan miniatur dan serana visual (VFX) untuk babak pesawat terhempas, Nolan memilih untuk membeli sebuah pesawat Boeing 747 atas sebab keberkesanan kos.[56] Pada bulan Oktober, penggambaran beralih ke Palm Springs, di mana sebuah bandar usang dibina dan ratusan pelakon dikenakan pakaian penyamaran tentera.[17]

Pengarah fotografi Hoyte van Hoytema menggunakan kombinasi filem 70 mm dan IMAX.[57] Beliau mengutamakan lensa Panavision yang sesuai untuk cahaya malap.[22] Babak-babak "masa terbalik" dirakam dengan pergerakan dan pertuturan yang terbalik dan ke depan sekali gus.[58][59] Kapal ladang angin Iceni Revenge digunakan di Denmark, Estonia, dan Italy selama tiga bulan.[60]

Pasca penerbitan[sunting | sunting sumber]

Ludwig Göransson dilantik untuk menggubah skor kerana rakan usaha sama biasa Nolan, Hans Zimmer sibuk mengerjakan filem Dune (2020).[61][62] Sewaktu pandemik COVID-19, Göransson merakam hasil kerja ahli muzik di rumah.[17] Runut bunyi Tenet mengandungi lagu "The Plan" nyanyian Travis Scott.[63] Jennifer Lame menggantikan editor lama Nolan, Lee Smith, yang sibuk dengan filem 1917 (2019).[64] DNEG mencipta kira-kira 280 gambaran VFX.[19]

Pemasaran dan pengeluaran[sunting | sunting sumber]

Pada Ogos 2019, Warner Bros. mengeluarkan treler acah 42 saat sebelum pratayang Hobbs & Shaw.[65] Treler berkenaan juga dilampirkan pada tayangan Joker di India pada bulan Oktober.[66] Treler pertama disiarkan dalam talian pada bulan Disember, apabila prolog eksklusif pawagam ditayangkan di pawagam-pawagam IMAX tertentu sebelum Star Wars: The Rise of Skywalker.[67] Treler itu juga diperkenalkan dalam tayangan IMAX Birds of Prey di India pada Februari 2020.[68] Pada Mei 2020 keluarnya iklan TV[69] yang dipromosikan dalam permainan Fortnite mod Party Royale.[70] Logo yang digayakan oleh Nolan seperti TENƎꓕ telah dipinda untuk treler ini kerana serupa dengan jenama pengeluar komponen basikal.[71] Treler akhir keluar pada bulan Ogos, menampilkan single Travis Scott.[72] Video sebalik tabir eksklusif dimuat naik pada 26 Ogos.[35]

Pengedar Warner Bros. Pictures pada mulanya menjadualkan Tenet untuk keluar pada 17 Julai 2020, dalam format IMAX, 35mm, dan 70mm.[73] Disebabkan pandemik COVID-19, ia mula-mula ditunda ke 31 Julai,[74][75] dan kemudian 12 Ogos.[76] Dihitungkan bahawa setiap penangguhan menelan belanja pemasaran antara $200,000 dan $400,000 bagi pihak pengedar.[77] Setelah ditangguhkan sekali lagi tanpa tarikh baru yang tetap,[78] Warner Bros. mengaturkan filem ini untuk dikeluarkan di pasaran antarabangsa pada 26 Ogos di 70 negara terpilih, termasuklah United Kingdom.[79] Acara pratayang diadakan di Australia dan Korea Selatan pada 22 dan 23 Ogos.[80][81] Filem akan dikeluarkan di bandar-bandar terpilih di Amerika Syarikat pada 3 September, sebelum diperluas ke serata negara secara beransur dalam minggu-minggu seterusnya.[79] Tarikh keluaran di China pula pada 4 September.[82]

Sambutan[sunting | sunting sumber]

Kutipan pawagam[sunting | sunting sumber]

Setakat 6 September 2020, Tenet telah memperoleh $20.2 juta dari Amerika Syarikat dan Kanada, dan $126 juta dari wilayah lain, menjadikan jumlah $146.2 juta.[4][5] Dengan bajet penerbitan sebanyak $200 juta,[83] Tenet merupakan projek asli Nolan yang paling mahal.[84] IndieWire menjangka bahawa jika ditambah kos pemasaran, perbelanjaan keseluruhan mungkin mencecah $300–350 juta,[85] tetapi penganalisis menjangka kos iklan lebih rendah daripada biasa kerana ruang iklan kurang mahal untuk siaran langsung sukan.[86] Akhbar Observer menganggarkan perlunya $450–500 juta untuk pulang modal.[87] Nolan dilaporkan menerima 20 peratus hasil kutipan sepanjang waktu tayangan.[88]

Ulasan pengkritik[sunting | sunting sumber]

Menurut laman penjumlah ulasan Rotten Tomatoes, Tenet mendapat kadar kepujian 74% daripada 216 ulasan dengan purata penilaian 6.98/10."[89] Dalam Metacritic, filem ini mendapat purata skor berwajaran sebanyak 69 per 100 daripada 44 pengkritik, menandakan sambutan yang cukup baik dari kalangan pengulas.[90] Tinjauan audiens CinemaScore memperoleh gred "B" dalam skala A+ hingga F.[91]


Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Penggambaran di Estonia selama tujuh minggu menelan kos €16.5 juta;[17][37] Warner Bros. Pictures membayar rebat yang ditebus balik 30 peratus.[37]
  2. ^ Seminggu diambil untuk memperoleh izin untuk bergambar di Mumbai.[38] Jadual yang dirancang siap dalam separuh daripada masa yang diperuntukkan.[39]
  3. ^ Tenet diusahakan di bawah tajuk kerja Merry Go Round.[19][38]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d "Credits". DNEG. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-05-11. Dicapai pada 2020-06-03.
  2. ^ "Tenet (2020)". British Board of Film Classification. August 16, 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada August 23, 2020. Dicapai pada August 23, 2020.
  3. ^ Katz, Brandon (May 19, 2020). "Christopher Nolan Stands to Make a Mountain of Money If 'Tenet' Hits Theaters". Observer. Diarkibkan daripada yang asal pada June 2, 2020. Dicapai pada July 15, 2020.
  4. ^ a b "Tenet (2020)". Box Office Mojo. Dicapai pada September 6, 2020.
  5. ^ a b "Tenet (2020) - Financial Information". The Numbers. Dicapai pada September 6, 2020.
  6. ^ Moliis-Mellberg, Martina (August 26, 2020). "Luftslott och temporala labyrinter". Hufvudstadsbladet (dalam bahasa Swedish). m/s. 20.CS1 maint: unrecognized language (link)
  7. ^ Schaeffer, Sandy (May 22, 2020). "Tenet's Main Character Is Literally Named Protagonist". Screen Rant. Diarkibkan daripada yang asal pada May 22, 2020. Dicapai pada July 15, 2020.
  8. ^ a b c d e Lodge, Guy (August 21, 2020). "'Tenet' Review: Christopher Nolan's Grandly Entertaining, Time-Slipping Spectacle Is a Futuristic Throwback". Variety. Diarkibkan daripada yang asal pada August 21, 2020. Dicapai pada August 21, 2020.
  9. ^ a b Fletcher, Rosie (August 27, 2020). "Tenet Meaning Explained: Putting the Title in the Context of the Movie". Den of Geek. Diarkibkan daripada yang asal pada August 28, 2020. Dicapai pada August 28, 2020.
  10. ^ a b Bradley, DM (August 26, 2020). "Film Review: Tenet". Adelaide Review. Diarkibkan daripada yang asal pada August 26, 2020. Dicapai pada August 26, 2020.
  11. ^ a b c Gallagher, Simon (August 28, 2020). "Tenet Cast Guide: Where You Recognize The Actors From". Screen Rant. Diarkibkan daripada yang asal pada August 29, 2020. Dicapai pada August 29, 2020.
  12. ^ a b Connellan, Shannon (August 22, 2020). "'Tenet' is a time-bending spy thriller that makes the audience work hard". Mashable. Diarkibkan daripada yang asal pada August 26, 2020. Dicapai pada August 26, 2020.
  13. ^ Sandwell, Ian (August 26, 2020). "Tenet ending explained: Unravelling the mysteries of Christopher Nolan's spy thriller". Digital Spy. Diarkibkan daripada yang asal pada August 26, 2020. Dicapai pada August 26, 2020.
  14. ^ Ovenden, Olivia (August 27, 2020). "The Ending – Or Is It, The Beginning? – Of 'Tenet', Explained". Esquire. Diarkibkan daripada yang asal pada August 28, 2020. Dicapai pada August 28, 2020.
  15. ^ Smith, Anna (August 21, 2020). "'Tenet' Review: James Bond Types Are Thrown Into Confounding Sci-Fi Plot In A Christopher Nolan Film You Can Miss". Deadline Hollywood. Diarkibkan daripada yang asal pada August 26, 2020. Dicapai pada August 26, 2020.
  16. ^ Collin, Robbie (August 21, 2020). "Tenet review: don't try to understand it – just rewind and enjoy the ride". The Daily Telegraph. Diarkibkan daripada yang asal pada August 21, 2020. Dicapai pada August 21, 2020.
  17. ^ a b c d e f Collis, Clark. "Time for Tenet: Behind the scenes of Christopher Nolan's top-secret movie". Entertainment Weekly. Diarkibkan daripada yang asal pada June 18, 2020. Dicapai pada July 15, 2020.
  18. ^ "Tenet: Trailer for Christopher Nolan film arrives minus release date". BBC News. May 22, 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada May 22, 2020. Dicapai pada July 15, 2020.
  19. ^ a b c d e f Maytum, Matt (June 2020). "Time to Spy". Total Film. No. 299. m/s. 30–35. Diarkibkan daripada yang asal pada August 24, 2020. Dicapai pada August 24, 2020.
  20. ^ Shone, Tom (May 28, 2020). "Can Christopher Nolan Save the Summer?". The New Yorker. Diarkibkan daripada yang asal pada May 29, 2020. Dicapai pada July 15, 2020.
  21. ^ Maytum, Matt; Shepherd, Jack (May 27, 2020). "Christopher Nolan on making Tenet: "This is definitely the longest I've ever gone without watching a James Bond film"". GamesRadar+. Diarkibkan daripada yang asal pada May 27, 2020. Dicapai pada July 15, 2020.
  22. ^ a b Martin, Kevin H. (August 2020). "Time, Again". ICG Magazine. Jil. 91 no. 6. m/s. 43–46. Diarkibkan daripada yang asal pada August 24, 2020. Dicapai pada August 24, 2020.
  23. ^ Maddox, Garry (August 22, 2020). "'The biggest film I've done': Christopher Nolan on the secret world of Tenet". The Sydney Morning Herald. Diarkibkan daripada yang asal pada August 23, 2020. Dicapai pada August 23, 2020.
  24. ^ Kroll, Justin (March 19, 2019). "John David Washington to Star in Christopher Nolan's Next Film (Exclusive)". Variety. Diarkibkan daripada yang asal pada March 19, 2019. Dicapai pada July 15, 2020.
  25. ^ Kroll, Justin (March 20, 2019). "Elizabeth Debicki and Robert Pattinson Join Christopher Nolan's Next Film (Exclusive)". Variety. Diarkibkan daripada yang asal pada June 7, 2019. Dicapai pada July 15, 2020.
  26. ^ Storey, Kate (May 28, 2020). "The Untold Story of John David Washington". Esquire. Diarkibkan daripada yang asal pada May 28, 2020. Dicapai pada July 15, 2020.
  27. ^ Sharf, Zack (April 4, 2019). "Robert Pattinson Got 'Locked in a Room' to Read Christopher Nolan's New Movie, Says It's 'Unreal'". IndieWire. Diarkibkan daripada yang asal pada April 5, 2019. Dicapai pada July 15, 2020.
  28. ^ Mullally, William (August 26, 2020). "Christopher Nolan and 'Tenet' cast talk new blockbuster film". Arab News. Diarkibkan daripada yang asal pada August 27, 2020. Dicapai pada August 27, 2020.
  29. ^ a b Baron, Zach (May 12, 2020). "Robert Pattinson: A Dispatch From Isolation". GQ. Diarkibkan daripada yang asal pada May 12, 2020. Dicapai pada July 15, 2020.
  30. ^ Hipes, Patrick (May 22, 2019). "Christopher Nolan's New Movie Gets A Title, Final Cast As Shooting Begins". Deadline Hollywood. Diarkibkan daripada yang asal pada June 7, 2019. Dicapai pada July 15, 2020.
  31. ^ Masand, Rajeev (February 21, 2020). "Dimple's Tenet". Open. Diarkibkan daripada yang asal pada February 22, 2020. Dicapai pada July 15, 2020.
  32. ^ Sharf, Zack (March 13, 2020). "Michael Caine Stars in 'Tenet' but Says He's Clueless About Christopher Nolan's New Film". IndieWire. Diarkibkan daripada yang asal pada March 17, 2020. Dicapai pada July 15, 2020.
  33. ^ Kroll, Justin (August 27, 2019). "Christopher Nolan's 'Tenet' Adds 'Yesterday' Star Himesh Patel (EXCLUSIVE)". Variety. Diarkibkan daripada yang asal pada August 27, 2019. Dicapai pada July 15, 2020.
  34. ^ Desta, Yohana (December 19, 2019). "Tenet Trailer: Christopher Nolan's Latest Is All about World War III". Vanity Fair. Diarkibkan daripada yang asal pada December 20, 2019. Dicapai pada July 15, 2020.
  35. ^ a b Warner Bros. Pictures (August 26, 2020). "TENET- Behind the Scenes Exclusive". YouTube. Diarkibkan daripada yang asal pada August 30, 2020. Dicapai pada August 30, 2020.
  36. ^ Bankhurst, Adam (May 22, 2019). "Christopher Nolan Begins Filming New Espionage Action Movie, Tenet". IGN. Diarkibkan daripada yang asal pada June 7, 2019. Dicapai pada July 15, 2020.
  37. ^ a b Whyte, Andrew (June 18, 2019). "Government meeting Thursday to mull €5 million loan in Nolan movie support". ERR. Diarkibkan daripada yang asal pada June 18, 2019. Dicapai pada July 15, 2020.
  38. ^ a b Seta, Fenil (October 7, 2019). "Exclusive: In a first ever instance, Christopher Nolan was granted permission to shoot Tenet in Mumbai within a week!". Bollywood Hungama. Diarkibkan daripada yang asal pada October 8, 2019. Dicapai pada July 15, 2020.
  39. ^ a b c d e Vyavahare, Renuka (September 22, 2019). "Christopher Nolan wraps up his ten-day Mumbai schedule in just five days; leaves for LA". The Times of India. Diarkibkan daripada yang asal pada September 22, 2019. Dicapai pada July 15, 2020.
  40. ^ Whyte, Andrew (June 19, 2019). "City government announces "Tenet" traffic restrictions". ERR. Diarkibkan daripada yang asal pada June 19, 2019. Dicapai pada July 15, 2020.
  41. ^ Vahtla, Aili (June 11, 2019). "Gallery: Christopher Nolan, John David Washington arrive in Tallinn". ERR. Diarkibkan daripada yang asal pada June 14, 2019. Dicapai pada July 15, 2020.
  42. ^ a b Steingrimsen, Morten Andreas (August 22, 2020). "Derfor valgte stjerneregissøren Oslo" [That is why the star director chose Oslo]. Verdens Gang (dalam bahasa Norwegian). Diarkibkan daripada yang asal pada August 22, 2020. Dicapai pada August 22, 2020.CS1 maint: unrecognized language (link)
  43. ^ Whyte, Andrew (June 7, 2019). "Tartu keen on Nolan movie filming should Tallinn fall through". ERR. Diarkibkan daripada yang asal pada June 8, 2019. Dicapai pada July 15, 2020.
  44. ^ Cavegn, Dario (June 28, 2019). "Tallinn, film studio reach agreement about Laagna Road closure". ERR. Diarkibkan daripada yang asal pada June 29, 2019. Dicapai pada July 15, 2020.
  45. ^ Vahtla, Aili (July 22, 2019). "Tallinn grants 'Tenet' producers two extra days for filming on Laagna Road". ERR. Diarkibkan daripada yang asal pada July 22, 2019. Dicapai pada July 15, 2020.
  46. ^ Vivarelli, Nick (August 23, 2019). "How Italy Entices Big-Budget Film and TV Projects to Shoot on the Peninsula". Variety. Diarkibkan daripada yang asal pada December 26, 2019. Dicapai pada July 15, 2020.
  47. ^ "Tenet film crews shoot movie scenes in Hampstead". Camden New Journal. August 28, 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada August 28, 2019. Dicapai pada July 15, 2020.
  48. ^ Tronsli Drabløs, Øystein; Alnes, Espen; Tunheim, Helga (September 5, 2019). "Hollywood-stjerner i Oslo" [Hollywood stars in Oslo] (dalam bahasa Norwegian). NRK. Diarkibkan daripada yang asal pada September 17, 2019. Dicapai pada July 15, 2020.CS1 maint: unrecognized language (link)
  49. ^ Møller Nielsen, Jonathan (September 10, 2019). "Stjerneinstruktør optager i hemmelighed ny film i Danmark – stort område afspærret" [Star director secretly shoots new film in Denmark – large area cordoned off] (dalam bahasa Danish). TV 2. Diarkibkan daripada yang asal pada September 21, 2019. Dicapai pada July 15, 2020.CS1 maint: unrecognized language (link)
  50. ^ Lohana, Avinash (May 30, 2019). "Exclusive! Christopher Nolan to shoot Tenet in Mumbai in September". Mumbai Mirror. Diarkibkan daripada yang asal pada June 8, 2019. Dicapai pada July 15, 2020.
  51. ^ "Christopher Nolan to film Tenet action scene at Mumbai's Colaba Causeway, Taj Mahal Hotel; here's when". Hindustan Times. August 28, 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada September 3, 2019. Dicapai pada July 15, 2020.
  52. ^ a b Bandekar, Prathamesh; Tahseen, Ismat (September 16, 2019). "Exclusive – Christopher Nolan and Robert Pattinson captured shooting at Gateway of India, Mumbai". The Times of India. Diarkibkan daripada yang asal pada September 16, 2019. Dicapai pada July 15, 2020.
  53. ^ a b "Tenet in Mumbai: Christopher Nolan films dangerous stunt, Karan Kapadia shares pic with director". Hindustan Times. September 18, 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada September 18, 2019. Dicapai pada July 15, 2020.
  54. ^ "Christopher Nolan takes to Mumbai streets for action epic 'Tenet'". The Week. September 18, 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada September 18, 2019. Dicapai pada July 15, 2020.
  55. ^ "Chistopher Nolan's Tenet Crew Rescues Man Attempting Suicide". CNN-News18. September 17, 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada September 22, 2019. Dicapai pada July 15, 2020.
  56. ^ Maytum, Matt; Shepherd, Jack (May 26, 2020). "Tenet: Christopher Nolan explains why they crashed a real 747 instead of using CG". GamesRadar+. Diarkibkan daripada yang asal pada May 26, 2020. Dicapai pada July 15, 2020.
  57. ^ "Filming is Underway on "Tenet," a New Film from Christopher Nolan". Business Wire. May 22, 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada May 26, 2019. Dicapai pada July 15, 2020.
  58. ^ Gillespie, Daniel (August 12, 2020). "Christopher Nolan Shot Tenet Scenes Twice – Once Forward & Once Backward". Screen Rant. Diarkibkan daripada yang asal pada August 14, 2020. Dicapai pada August 14, 2020.
  59. ^ Hutchinson, Sam (August 30, 2020). "Tenet: 10 Behind-The-Scenes Facts About Christopher Nolan's New Film". Screen Rant. Diarkibkan daripada yang asal pada August 31, 2020. Dicapai pada August 31, 2020.
  60. ^ Coates, Liz (August 26, 2020). "How Norfolk grabbed a slice of the seafaring action in new Tenet blockbuster". Eastern Daily Press. Diarkibkan daripada yang asal pada August 27, 2020. Dicapai pada August 27, 2020.
  61. ^ Stolworthy, Jacob (May 23, 2019). "Tenet: Title, cast and more details of new Christopher Nolan film revealed". The Independent. Diarkibkan daripada yang asal pada June 8, 2019. Dicapai pada July 15, 2020.
  62. ^ Barfield, Charles (July 16, 2019). "Hans Zimmer Explains Why He Chose 'Dune' Over Christopher Nolan's Latest & Says He Never Saw The David Lynch 1984 Film". The Playlist. Diarkibkan daripada yang asal pada July 17, 2019. Dicapai pada July 15, 2020.
  63. ^ Langford, Jackson (August 19, 2020). "Travis Scott officially announces new single 'The Plan' for Christopher Nolan's 'Tenet'". NME. Diarkibkan daripada yang asal pada August 19, 2020. Dicapai pada August 19, 2020.
  64. ^ Kit, Borys (April 5, 2019). "Christopher Nolan Taps 'Hereditary' Editor Jennifer Lame for His New Movie (Exclusive)". The Hollywood Reporter. Diarkibkan daripada yang asal pada June 7, 2019. Dicapai pada July 15, 2020.
  65. ^ Stedman, Alex (August 1, 2019). "Christopher Nolan's Next Movie 'Tenet' Secretly Debuts Trailer Ahead of 'Hobbs & Shaw'". Variety. Diarkibkan daripada yang asal pada August 1, 2019. Dicapai pada July 15, 2020.
  66. ^ "Fans to get a glimpse of Christopher Nolan's 'Tenet' with Joaquin Phoenix's 'Joker'?". The Times of India. October 1, 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada October 1, 2019. Dicapai pada July 15, 2020.
  67. ^ Alexander, Julia (December 19, 2019). "Stunning first trailer for Christopher Nolan's Tenet introduces the director's most ambitious film yet". The Verge. Diarkibkan daripada yang asal pada December 20, 2019. Dicapai pada July 15, 2020.
  68. ^ Devanagari, Prasanna (February 6, 2020). "Tenet Prologue to play in front of Birds of Prey IMAX Screenings in India". ClickItorNot. Diarkibkan daripada yang asal pada February 11, 2020. Dicapai pada July 15, 2020.
  69. ^ Langmann, Brady (May 21, 2020). "A New Look at Tenet Gives More Details About Christopher Nolan's Secretive Sci-Fi Thriller". Esquire. Diarkibkan daripada yang asal pada May 21, 2020. Dicapai pada July 15, 2020.
  70. ^ Fortnite [@FortniteGame] (May 21, 2020). "Grab a front row seat in Party Royale for a world premiere!" (Twit). Diarkibkan daripada yang asal pada May 21, 2020. Dicapai pada July 15, 2020 – melalui Twitter.
  71. ^ Anderton, Ethan (May 24, 2020). "Warner Bros. Changed 'Tenet' Logo to Avoid Confusion with a Bicycle Components Company". /Film. Diarkibkan daripada yang asal pada May 25, 2020. Dicapai pada July 15, 2020.
  72. ^ Jones, Marcus (August 22, 2020). "Hear Travis Scott's new song 'The Plan' in Christopher Nolan's final Tenet trailer". Entertainment Weekly. Diarkibkan daripada yang asal pada August 22, 2020. Dicapai pada August 22, 2020.
  73. ^ Sharf, Zack (December 19, 2019). "'Tenet' First Trailer: Christopher Nolan Returns With a Time-Bending Espionage Epic". IndieWire. Diarkibkan daripada yang asal pada December 20, 2019. Dicapai pada July 15, 2020.
  74. ^ D'Alessandro, Anthony (June 12, 2020). "'Tenet' Moves To July 31; 10th Anniversary Re-release Of Christopher Nolan's 'Inception' To Go On July 17". Deadline Hollywood. Diarkibkan daripada yang asal pada June 12, 2020. Dicapai pada July 15, 2020.
  75. ^ McClintock, Pamela (June 12, 2020). "Christopher Nolan's 'Tenet' Delays Release Two Weeks to End of July". The Hollywood Reporter. Diarkibkan daripada yang asal pada June 12, 2020. Dicapai pada July 15, 2020.
  76. ^ Rubin, Rebecca (June 25, 2020). "Christopher Nolan's 'Tenet' Delays Release Date Again". Variety. Diarkibkan daripada yang asal pada June 26, 2020. Dicapai pada July 15, 2020.
  77. ^ Rubin, Rebecca (July 2, 2020). "Studios Keep Delaying Movies. What's the Cost?". Variety. Diarkibkan daripada yang asal pada July 3, 2020. Dicapai pada July 15, 2020.
  78. ^ D'Alessandro, Anthony (July 20, 2020). "'Tenet' Undated For Now: Warner Bros. To Announce New Date "Imminently", Pic's Theatrical Global Rollout Won't Be "Traditional"". Deadline Hollywood. Diarkibkan daripada yang asal pada July 20, 2020. Dicapai pada July 20, 2020.
  79. ^ a b Rubin, Rebecca (July 27, 2020). "'Tenet' Will Release Internationally Ahead of U.S. Debut". Variety. Diarkibkan daripada yang asal pada July 27, 2020. Dicapai pada July 27, 2020.
  80. ^ "There'll be preview screenings of Tenet the weekend before its release". Flicks.com.au. August 12, 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada August 20, 2020. Dicapai pada August 20, 2020.
  81. ^ Tartaglione, Nancy (August 24, 2020). "'Tenet' Takes $717K In Two Days Of Korea Previews As Coronavirus Surge Threatens Movie Theaters". Deadline Hollywood. Diarkibkan daripada yang asal pada August 24, 2020. Dicapai pada August 24, 2020.
  82. ^ Tartaglione, Nancy (August 6, 2020). "'Tenet' China Release Set For September 4; 'Inception' Reissue To Hit A Week Prior". Deadline Hollywood. Diarkibkan daripada yang asal pada August 6, 2020. Dicapai pada August 6, 2020.
  83. ^ Rubin, Rebecca; Vary, Adam B. (January 9, 2020). "Box Office Predictions for 2020: From Surefire Hits to Potential Busts". Variety. Diarkibkan daripada yang asal pada January 10, 2020. Dicapai pada July 15, 2020.
  84. ^ Sharf, Zack (January 10, 2020). "With a Budget Over $200 Million, Nolan Is Planning Something Massive With 'Tenet'". IndieWire. Diarkibkan daripada yang asal pada May 11, 2020. Dicapai pada July 15, 2020.
  85. ^ Brueggemann, Tom (May 27, 2020). "'Tenet' on July 17? 6 Reasons Why That's Far from Certain". IndieWire. Diarkibkan daripada yang asal pada May 29, 2020. Dicapai pada July 15, 2020.
  86. ^ Keegan, Rebecca; McClintock, Pamela (July 8, 2020). "Can the Summer Box Office Be Saved? Hollywood Hinges Its Hopes on 'Tenet' and 'Mulan'". The Hollywood Reporter. Diarkibkan daripada yang asal pada July 8, 2020. Dicapai pada July 15, 2020.
  87. ^ Katz, Brandon (April 24, 2020). "Box Office Experts Split on 'Tenet,' Christopher Nolan's Upcoming Film". Observer. Diarkibkan daripada yang asal pada April 24, 2020. Dicapai pada July 15, 2020.
  88. ^ D'Alessandro, Anthony (May 16, 2020). "Is 'Tenet' Still Sticking On Its July 17 Release Date?". Deadline Hollywood. Diarkibkan daripada yang asal pada May 17, 2020. Dicapai pada July 15, 2020.
  89. ^ "Tenet (2020)". Rotten Tomatoes. Dicapai pada September 7, 2020.
  90. ^ "Tenet Reviews". Metacritic. Dicapai pada September 3, 2020.
  91. ^ Lattanzio, Ryan (September 5, 2020). "'Tenet' Gets a B CinemaScore, Christopher Nolan's Lowest Since 'The Prestige'". IndieWire. Diarkibkan daripada yang asal pada September 5, 2020. Dicapai pada September 5, 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]