The Sims (siri)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

The Sims ialah siri permainan video yang dimajukan oleh Maxis Software dan kemudiannya The Sims Studio, dan diterbitkan oleh Electronic Arts. Ia adalah salah satu siri permainan video yang terlaris sepanjang masa. Pada Mei 2011, francais ini telah terjual sebanyak 150 juta salinan sedunia, dan juga sebuah francais permainan PC terlaris dalam sejarah PC.

Permainan dalam siri The Sims tidak mempunyai objektif (kecuali beberapa sambungan yang memperkenalkan cara permainan ini). Pemain mereka manusia alam maya yang bergelar "Sim" (jamak: Sims) dan meletakkan mereka ke dalam rumah dan menolong mengurus keperluan dan kehendak mereka. Pemain boleh meletakkan Sims mereka ke dalam rumah sedia ada atau membuat rumah baharu. Setiap sambungan dan sekuel permainan menambahkan kebolehan pemain untuk membuat sesuatu.

Siri utama[sunting | sunting sumber]

The Sims[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: The Sims

The Sims ialah permainan yang pertama dalam siri. Dimajukan oleh Maxis Software dan diterbitkan oleh Electronic Arts, ia dilancarkan untuk Microsoft Windows pada Februari 2000. Permainan menggunakan sistem pandangan isometrik dan bergenre simulasi terbuka yang mengisahkan tentang kehidupan harian manusia alam maya dalam sebuah kejiranan berdekatan dengan SimCity. Tujuh sambungan dan dua edisi deluxe bersama-sama dengan kandungan eksklusif telah dilancarkan.

The Sims 2[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: The Sims 2

The Sims 3[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: The Sims 3