Tunku Jawahir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Tunku Dato' Seri Jawahir binti Almarhum Tuanku Ja'afar (diputerakan pada 27 Januari 1952) merupakan puteri kedua dan anakanda keempat kepada pasangan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10 Tuanku Ja'afar dan Tunku Ampuan Najihah.

Tunku Jawahir
Yang Amat Mulia Tunku Puteri Negeri Sembilan
Yang Amat Mulia Tengku Puan Panglima Besar
Keputeraan (1952-01-27) 27 Januari 1952 (umur 72)
Nottingham, England
PasanganTengku Azlan ibni Sultan Abu Bakar (k. 1974)
Anakanda
  • Tengku Asra Jehan Juzailah
  • Tengku Aslahuddin Ja'afar
  • Tengku A'zran Abdul Jawaad
Nama penuh
Tunku Jawahir binti Tunku Ja'afar
Nama diraja
Tengku Puan Panglima Besar Tunku Jawahir binti Almarhum Tuanku Ja'afar
DinastiPagar Ruyung
AyahandaTuanku Ja'afar
BondaTunku Ampuan Najihah
AgamaSunni Islam

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Tunku Jawahir diputerakan pada 27 Januari 1952 di Nottingham, England.

Kekanda dan adindanya yang lain ialah :

  • Tunku Dara Negeri Sembilan, Tunku Naquiah (diputerakan pada 26 Disember 1944)
  • Tunku Laksamana Negeri Sembilan, Tunku Naquiyuddin (diputerakan pada 8 Mac 1947)
  • Tunku Muda Serting Negeri Sembilan, Tunku Imran (diputerakan pada 21 Mac 1949)
  • Tunku Puan Panglima Raja Selangor, Tunku Irinah (diputerakan pada 27 Januari 1957)
  • Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan, Tunku Nadzaruddin (diputerakan pada 26 Oktober 1959)

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Tunku Puteri menerima banyak persekolahan di luar negara. Beliau mendapat pendidikan awal di Convent of Our Lady of Sion, London, United Kingdom kemudian di Port Said School di Cairo, Egypt dan meneruskan pembelajarannya di Battle Abbey School, Sussex, England.

Selepas menamatkan pengajiannya dalam O-Level di UK, beliau pulang ke Malaysia untuk meneruskan pengajiannya di Kolej Tunku Kurshiah. Kemudian, beliau menamatkan pengajiannya dengan Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.[1]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Tunku Puteri memulakan kerjayanya dengan menyertai Sistem Malaysia Airlines (MAS) sebagai pelatih pengurusan di Ketua Pejabat MAS sehingga 1976. Selepas tamat tempoh jawatannya di MAS, beliau menceburi bidang perdagangan dan mewujudkan perniagaannya sendiri.

Perkahwinan dan anakanda[sunting | sunting sumber]

Pada 27 Ogos 1974, Tunku Puteri melangsungkan perkahwinan dengan Tengku Azlan iaitu kerabat diraja Negeri Pahang dan juga ahli politik serta ahli parlimen. Hasil perkahwinan dengan Tengku Azlan, pasangan ini dikurniakan seorang puteri, 2 orang putera dan seorang puteri angkat.

  • Tengku Asra Jehan
  • Tengku Aslahuddin Ja'afar
  • Tengku A'zran Abdul Jawaad
  • Marina Azlan (puteri angkat)

Terasul dan gelaran[sunting | sunting sumber]

Gelaran hormat bagi
Tunku Jawahir
Gaya panggilan Yang Amat Mulia
Gaya pertuturan Yang Amat Mulia
Gaya pilihan Tunku

Gelaran penuh beliau ialah :

Yang Amat Mulia Tunku Dato' Seri Jawahir binti Almarhum Tuanku Ja'afar, D.K.Y.R, S.P.T.J.

Darjah kebesaran[sunting | sunting sumber]

Beliau telah dianugerahkan [2]:

Negeri Sembilan[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Board of Directors". Syarikat Pesaka Antah. 23 April 2024. Dicapai pada 23 April 2024.
  2. ^ "Semakan Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat".