Tunku Besar Seri Menanti

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tunku Besar Seri Menanti
Negeri Sembilan
Penjawat kini
Yang Amat Mulia
Tunku Ali Redhauddin ibni Tuanku Muhriz

sejak 2009
Butiran
Raja pertamaTunku Besar Burhanuddin
Pembentukan1898

Tunku Besar Seri Menanti merupakan gelaran adat bagi pembesar negeri bagi Luak Tanah Mengandung di Seri Menanti, Negeri Sembilan. Gelaran dan jawatan ini mula diperkenalkan selepas penjenamaan semula nama Yang di-Pertuan (Yamtuan) Seri Menanti kepada Yang di-Pertuan (Yamtuan) Besar Negeri Sembilan pada 29 April 1898[1].

Kedudukan dan peranan[sunting | sunting sumber]

Kedudukan Tunku Besar Seri Menanti dijamin dalam Perlembagaan Negeri Sembilan dan merupakan salah seorang anggota Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan. Tunku Besar Seri Menanti adalah gelaran yang paling kanan di antara Putera Yang Empat. Tiga gelaran lain ialah Tunku Laksamana, Tunku Muda Serting dan Tunku Panglima Besar. Tugas-tugas Putera Yang Empat termasuk menyelia hal ehwal istana dan pegawai-pegawai istana dan sebagai penasihat kepada Yang di-Pertuan Besar[2].

Senarai penjawat[sunting | sunting sumber]

Senarai Tunku Besar Seri Menanti
No Nama Gelaran Tempoh Takhta
1 Tengku Ibrahim ibni Tuanku Hitam Tunku Besar
2 Tunku Nasiruddin ibni Raja Ali (Yamtuan Radin) Sehingga 1831
3 Tunku Ulin ibni Raja Ali (Yamtuan Imam) 1831 - 1861
4 Tunku Daud ibni Yamtuan Radin
5 Tunku Lintau ibni Yamtuan Radin
6 Tuanku Muhammad ibni Tuanku Antah Tunku Besar Seri Menanti 1882 - 1888
7 Tunku Besar Burhanuddin ibni Yamtuan Antah 1888 - 1961
8 Tuanku Muhriz ibni Tuanku Munawir 1961 - 2008
9 Tunku Ali Redhauddin ibni Tuanku Muhriz 2009 - kini

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Buyong Adil (2019). Sejarah Negeri Sembilan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. m/s. 70. ISBN 978-983-49-2189-7.
  2. ^ BERNAMA (22 Februari 2009). "Tunku Ali Redhauddin dilantik Tunku Besar Seri Menanti". mStar. Star Media Group Berhad. Dicapai pada 2 Ogos 2020. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)