Wan Kharizal Wan Khazim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Wan Kharizal Wan Khazim
Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS)
Memegang jawatan
2023
Perdana MenteriAnwar Ibrahim
MenteriMohamad Sabu
Dalam jawatan
2019–2020
Perdana MenteriMahathir Mohamad
MenteriSalahuddin Ayub
Pengerusi AMANAH Perlis
Memegang jawatan
2015
Didahului olehPenyandang sulung
Butiran peribadi
Parti politik (2015-kini)
(-2015)


Wan Kharizal Wan Khazim ialah seorang ahli politik Malaysia dari Parti Amanah Negara. Di peringkat parti, beliau merupakan pengasas dan pengerusi AMANAH negeri Perlis. Sebelum terlibat dalam AMANAH, beliau aktif dalam Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan kemudiannya menggerakkan Gerakan Harapan Baru (GHB) di Perlis. Beliau pernah bertanding dalam beberapa pilihan raya umum namun tewas. Semasa Malaysia di bawah pemerintahan Pakatan Harapan, beliau telah dilantik sebagai Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS)[1].

Penglibatan dalam pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Keputusan pilihan raya ditandingi Wan Kharizal Wan Khazim[2]
Tahun Kawasan Nama Parti Undian Nama Parti Undian Majoriti
1999 N.3 - Chuping Wan Kharizal Wan Khazim PAS 2,496 Yazid Mat UMNO 3,756 1,260
2004 P.1 - Padang Besar Wan Kharizal Wan Khazim PAS 9,058 Azmi Khalid UMNO 18,323 9,265
2008 N.4 - Mata Ayer Wan Kharizal Wan Khazim PAS 1,437 Khairi Hasan UMNO 3,059 1,622
2013 N.2 - Beseri Wan Kharizal Wan Khazim PAS 3,096 Mat Rawi Kassim UMNO 3,636 540
2018 N.2 - Beseri Wan Kharizal Wan Khazim Amanah 2463 Ruzaini Rais UMNO 2879 416
Azamhari Mohamood PAS 1523

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Harits Asyraf Hasnan (23 Januari 2019). "Lantikan politik terajui NAFAS, ini jawab menteri". Astro Awani. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-01-26. Dicapai pada 6 Julai 2021.
  2. ^ "Keputusan pilihan raya umum Malaysia". Suruhanjaya Pilihan Raya. Dicapai pada 6 Julai 2021.