Wikipedia:Jangan rencatkan Wikipedia untuk menggambarkan pendapat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Jalan pintas:

Nyatakan pandangan/pendapat anda; jangan buktikannya melalui kajian[sunting | sunting sumber]

Perbincangan merupakan kaedah yang digalakkan untuk mempamerkan masalah yang berkaitan dengan polisi atau cara mereka dirangka.

Sebelum ini, terdapat beberapa penyumbang yang mendapati tahap wikistress mereka meningkat, terutamanya apabila suatu isu yang penting kepada mereka telah dikendalikan secara tidak adil melalui pandangan mereka. Para penyumbang mungkin menekankan perkara-perkara yang tidak konsisten, mungkin sekali merujuk kepada kes-kes yang telah dikendalikan secara adil. Juga, para penyumbang boleh juga menuntut: "Bagaimana jika semua orang berbuat demikian?"

Hal ini menghiraukan dua perkara penting tentang Wikipedia: ia tidak tekal, dan ia melayan perkara-perkara yang tidak boleh dimaafkan. (Sesetengahnya berselisih pendapat kerana percanggahan perkara-perkara ini.)

Dalam situasi ini, ia adalah sangat menarik untuk menggambarkan suatu pendapat yang menggunakan, sama ada parodi atau sejenis kajian pelanggaran. Sebagai contoh, para penyumbang mungkin mengatakan yang sama terhadap isu-isu lain dalam suatu cara di mana ia mencerminkan polisi yang mereka tentang.

Secara umumnya, suntingan-suntingan ini adalah ditentang kuat oleh mereka yang mempercayai bahawa suntingan tersebut merupakan alatan-alatan yang tidak berkesan kepada tindakan "galakan". Sesetengah pembaca menganggap teknik-teknik begitu sebagai ancaman yang lahir dari sifat benci dan kurang ensiklopedik, kerana pengunjung-pengunjung baru terperangkap dalam perbalahan suntingan-suntingan yang tidak lahir dari niat yang baik, yang direka untuk membangkitkan kemarahan dan tentangan. Sebagai peraturan yang umum, sudut-sudut pandangan lebih baik jika dipersembah atau dinyatakan secara terus melalui perbincangan, tanpa ironi mahupun tipu helah. Kenyataan secara langsung merupakan kaedah terbaik untuk menghimpun rasa hormat dan persetujuan pengguna lain.

Contoh[sunting | sunting sumber]

  • Jika seseorang mencadangkan bahawa Wikipedia patut menjadi sebuah komuniti demokratik berasaskan majoriti...
    • sila berikan pendapat dengan mengatakan bahawa Wikipedians mampu mencipta boneka socks dan mengundi lebih daripada sekali.
    • jangan cipta tujuh buah boneka socks dan membenarkan kesemuanya bersetuju dengan anda.
  • Jika seseorang mencipta sebuah rencana yang anda anggap sebagai "mengarut", dan komuniti Wikipedia tidak bersetuju dengan tanggapan anda di Wikipedia:Rencana untuk dihapuskan (RuD)...
    • sila lengkapkan kes anda secara terang-terang pada RuD, menunjukkan contoh-contoh rencana yang yang boleh dibenarkan di bawah peraturan yang digunakan oleh pihak komuniti.
    • jangan cipta sebuah rencana baru yang juga diklasifikasi sebagai "mengarut" sekadar memaksanya disenaraikan dalam RuD.
  • Jika seseorang menyenaraikan salah satu daripada rencana kegemaran anda di senarai RuD dan memanggilnya sebagai "rencana mengarut", dan anda percaya bahawa terdapat berpuluh-puluh rencana lain yang lebih mengarut daripada rencana anda...
    • sila nyatakan kes anda di RuD di atas sokongan anda terhadap rencana tersebut.
    • jangan senaraikan beratus-ratus rencana lain di RuD dalam satu hari dan cuba untuk menyimpannya.
  • Jika sesebuah rencana yang anda calonkan untuk penghapusan di RuD tidak dihapuskan...
    • sila pertimbangkan semula sama ada pencalonan anda adalah adil atau tidak.
    • jangan sambil lewa sahaja mencalonkan rencana yang sama untuk status rencana pilihan.
  • Jika seseorang menghapuskan maklumat tentang individu yang anda anggap sebagai seseorang yang penting dalam sesebuah rencana dan mengenalpasti maklumat tersebut sebagai tidak penting...
    • sila bincang pada laman perbincangan rencana tersebut, membuktikan bahawa maklumat lain tentang orang terkandun dalam rencana tersebut.
    • jangan buang semua maklumat tentang setiap orang daripada rencana tersebut, sekaligus mengenalpastinya sebagai tidak penting.
  • Jika anda ingin mengubah sebuah prosedur atau garis panduan sedia ada...
    • sila sediakan sebuah laman perbincangan dan cuba mencapai kata sepakat.
    • jangan memaksa peraturan yang sedia ada ke tahap maksimum dalam percubaan untuk membuktikannya sebagai salah, atau mencalonkan garis panduan yang wujud untuk penghapusan.
  • Jika anda berasa kecewa kerana seseorang tidak mematuhi proses membuat perubahan...
    • sila kenalpasti mengapa individu tersebut berbuat demikian dan cuba untuk menyakinkan mereka mengubahnya.
    • jangan membalikkan perubahan yang dikatakan baik tanpa sebarang sebab yang munasabah selain daripada "proses tidak tepat: (lihat WP:IAR)
  • Jika anda fikir bahawa sesebuah anugerah adalah mengarut atau tidak bermanfaat...
    • sila bincangkan hal tersebut di laman perbincangan templatnya atau lebih meluas lagi di Kedai Kopi.
    • jangan cipta sebuah anugerah "peribadi" yang tidak sah untuk diri anda supaya dapat menonjolkan betapa "mengarutnya" anugerah tersebut
  • Jika anda fikir seseorang telah, dengan ketidakadilan, membuang penambahan maklumat yang anda lakukan ke atas sesebuah rencana yang disertakan dengan ringkasan suntingan yang "tidak bersumber"...
    • sila cari sumber untuk maklumat yang anda tambah.
    • jangan buang semua kandungan yang tidak bersumber pada halaman tersebut atau menambah semula maklumat anda dengan mengatakan bahawa seluruh rencana itu tidak menyatakan sumber.
  • Jika anda fikir bahawa senarai contoh-contoh ini telah menjadi panjang lebar dan membosankan...
    • sila cadangkan bahawa setengah daripada kandungan senarai ini mungkin sekali dibuang tanpa kerugian sekiranya garis panduan ini diterapkan dan difahamkan.
    • jangan tambah 42 buah kes lain, meskipun mereka sah dari segi kandungannya.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]