Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Laman ini mengumpulkan fakta-fakta dari Wikipedia:Tahukah anda yang pernah dipaparkan di Laman Utama dan fakta-fakta ini diletakkan di bawah kategori:
Tempat dan Benua
Merangkumi fakta berkenaan asal-usul, peranan dan keistimewaan tempat-tempat tertentu.
"... bahawa kedua-dua Washington, D.C. dan Washington dinamakan bersempena Presiden George Washington ?"
"... bahawa Jeddah dianggap sebagai bandar raya paling makmur dan mewah di Timur Tengah ?"
"... bahawa Den Haag tidak mempunyai universiti walaupun merupakan bandar ketiga terbesar di Belanda ?"
"... bahawa Kalimantan pada asalnya merujuk kepada keseluruhan kepulauan Borneo , dan bukan wilayah Indonesia kini sahaja?"
"... bahawa cara terbaik untuk mengunjungi Siberia ialah melalui Landasan Keretapi Rentas Siberia ?"
"... bahawa Tapak Warisan Dunia boleh jadi hutan , gunung , tasik , bangunan , mahupun keseluruhan bandar ?"
"... bahawa di hemisfera barat , secara mudahnya cuma terdapat benua Amerika ?"
"... bahawa Wilayah Persekutuan Putrajaya , seperti Kuala Lumpur , dikelilingi sepenuhnya oleh Selangor ?"
"... bahawa majoriti penduduk Doha merupakan ekspatriat , dan warganegara Qatar hanya merupakan minoriti?"
"... bahawa Petaling Jaya merupakan bandar raya Malaysia yang ke-11?"
"... bahawa Andalusia pernah menjadi pusat Kerajaan Bani Ummaiyyah ?"
"... bahawa Geneva merupakan ibu pejabat banyak pertubuhan antarabangsa, termasuk agensi-agensi PBB ?"
"... bahawa tahap pencemaran radioaktif di Chernobyl adalah 100 kali ganda melebihi Hiroshima dan Nagasaki ?"
"... bahawa satu per tiga daripada penduduk Peru bermastautin di ibu negaranya Lima ?"
"... bahawa Kosmodrom Baikonur menggunakan nama Baikonur agar pihak Barat tertipu dengan bandar Baikonur yang terletak berhampiran?"
"... bahawa rantau Tibet juga dikenali sebagai "Bumbung Dunia"?"
"... bahawa kepemilikan Pulau Batu Putih cuma mula dipertikai pada tahun 1979 ?"
"... bahawa sejumlah kapal terbang dan kapal telah hilang dalam keadaan yang melampaui sempadan kesilapan manusia atau akibat matapetaka semula jadi di Segi tiga Bermuda ?"
"... bahawa sesetengah kawasan bebas tentera menjadi kawasan simpanan hidupan liar tanpa disengajakan?"
"... bahawa bandar Venice terdiri dari 117 pulau kecil yang dipisahkan oleh 150 buah terusan ?"
"... bahawa Andes membentuk banjaran pergunungan terbuka yang terpanjang di dunia?"
"... bahawa Siddhartha Gautama dipercayai dilahirkan di Lumbini , Nepal ?"