Senarai bandar raya di Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Bandar raya di Malaysia)
Lompat ke: pandu arah, cari

Ini adalah sebuah rencana bandar raya di Malaysia, dalam urutan mengikut tarikh mereka diluluskan status bandar raya.

Isi kandungan

[sunting] Senarai bandar raya

  1. George Town (1 Januari 1957; status kini dipertikai)
  2. Kuala Lumpur (1 Februari 1972)
  3. Ipoh (27 Mei 1988)[1]
  4. Kuching Utara dan Selatan (1 Ogos 1988)[2]
  5. Johor Bahru (1 Januari 1994)
  6. Kota Kinabalu (2 Februari 2000)
  7. Shah Alam (10 Oktober 2000)
  8. Bandaraya Melaka (15 April 2003)
  9. Alor Setar (21 Disember 2003)
  10. Miri (20 Mei 2005)
  11. Petaling Jaya (20 Jun 2006)
  12. Kuala Terengganu (1 Januari 2008)[3]

[sunting] Taraf bandar raya

Seperti kebanyakan negara-negara di dunia, bandar raya di Malaysia ditadbir oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang bertindak sebagai peringkat ketiga dalam sistem pentadbiran di negara ini.[4] Selalunya PBT ini dinamakan sebagai Dewan Bandaraya sebagaimana PBT di Kuala Lumpur, atau Majlis Bandaraya seperti PBT di Ipoh, Johor Bharu dan Petaling Jaya. Kadangkala PBT ini mentadbir kawasan yang luas sehingga melangkaui sempadan bersejarah bandar tersebut.[5] Oleh yang demikian, status bandar raya di Malaysia bergantung secara langsung dengan taraf PBT yang mentadbir di kawasan tersebut.

Menurut perlembagaan, hak dan kuasa ke atas PBT diletakkan di dalam senarai negeri. Namun begitu, ketika negara ini menghadapi ancaman komunis sekitar 1970-an, kerajaan persekutuan telah memperkenalkan Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) yang telah merombak semula sistem PBT di negara ini dan meletakkan sebahagian kuasa yang sebelum ini berada di peringkat negeri di bawah penyeliaan kerajaan persekutuan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Sejak dari itu, penarafan sesebuah bandar raya hanya sah dibuat melalui penganugerahan watikah yang ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Agong dan dilengkapi dengan cop mohor kerajaan persekutuan.

Di antara kriteria-kriteria yang diambil kira bagi memberi taraf bandar raya kepada sesebuah bandar ialah:

  1. Sebagai sebuah pusat pentadbiran negeri;*
  2. Penduduk tidak kurang daripada 300,000 orang;
  3. Berautonomi dari segi kewangan dengan hasil pendapatan tidak kurang daripada RM 80 juta;
  4. Mengalami perkembangan dan pembangunan ekonomi yang pesat;
  5. Pusat perniagaan dan perindustrian serta mempunyai institusi kewangan yang kukuh;
  6. Merupakan pusat pengajian tinggi lengkap dengan maktab (atau Institut Pendidikan Guru), universiti dan perpustakaan;
  7. Mempunyai ciri-ciri istimewa dari segi sejarah yang panjang dan pusat aktiviti kebudayaan serta sukan yang penting;[6]
*Miri dan Petaling Jaya diberikan taraf bandar raya tanpa mengambil kira kriteria pertama.

Kriteria baru telah dicadangkan berikutan bantahan sesetengah pihak terhadap penarafan beberapa bandar kecil yang kurang membangun sebagai bandar raya pada tahun 3 Jun 2008. Kriteria tersebut menurut Timbalan Perdana Menteri ialah jumlah penduduk dinaikkan kepada 500,000 orang manakala pendapatan setahun dinaikkan kepada RM 100 juta.[7]

Dengan pengumuman kriteria baru ini, hasrat beberapa kerajaan negeri untuk menaik taraf ibu negeri mereka sebagai bandar raya terpaksa ditangguhkan.[8] Ibu negeri yang dikira layak dinaik taraf sebagai bandar raya mengikut kriteria lama ialah Seremban.

[sunting] George Town

George Town telah diberikan status bandar raya pada tarikh 1 Januari 1957 melalui suatu piagam kerajaan yang diberikan oleh Ratu Elizabeth II, menjadikannya bandar raya pertama di Persekutuan Tanah Melayu (Singapura menjadi sebuah bandar raya pada 1951). Bagaimanapun, pemilihan kerajaan tempatan dihapuskan oleh kerajaan persekutuan tahun 1965, dan fungsi Majlis Bandaraya dialihkan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang pada tahun 1966. Sebuah kerajaan tempatan untuk seluruh pulau ditubuhkan pada tahun 1974-6, apabila Majlis Bandaraya George Town digabungkan dengan Majlis Daerah Luar Bandar Pulau Pinang menjadi Majlis Perbandaran Pulau Pinang.

Walaupun status bandar raya George Town tidak pernah dicabut secara rasmi (melalui pindaan undang-undang), kini dipertikaikan apakah George Town wujud sebagai entiti korporat, apalagi sebagai sebuah bandar raya. Hal ini mirip dengan kedudukan bekas bandar raya Rochester di England, tapak katedral England kedua tertua, yang telah menjadi bandar raya dari 1211 sampai 1998, apabila ia bergabung dengan kawasan tetangga. Apabila dewan baru tidak diberikan status bandar raya, dan bandar itu melalui kealpaan gagal melantik pemegang amanah piagam untuk mewarisi piagam bandar, menyebabkan bandar raya itu tidak lagi wujud.

Pandangan ini disokong oleh kerajaan negeri dan persekutuan, tetapi tidak dipersetujui oleh penduduk tempatan, yang menganggap bahawa status bandar raya George Town belum pernah dicabut sampai hari ini. oleh sebab status bandar raya adalah masalah undang-undang, kedudukan undang-undang yang sebenarnya akan bergantung pada analisa Arahan Majlis Bandaraya George Town (Pemindahan Fungsi) 1966 dan Akta Kerajaan Tempatan 1976.

[sunting] Bandar berikutnya

Piagam diraja Kuala Lumpur, Kuching, Kota Kinabalu, Shah Alam, Bandaraya Melaka, Alor Setar dan Miri berasal dari Yang di-Pertuan Agong, sementara Ipoh dan Johor Bahru diberikan oleh sultan negeri masing-masing. Melaka diistihar sebagai "Bandaraya Bersejarah" sebelum diberikan status bandar raya tahun 2003.

Kuala Lumpur, bandar raya terbesar, adalah ibu negara dan wilayah persekutuan, tetapi sejak tahun 2003, kebanyakan badan eksekutif kerajaan telah berpindah ke ibu kota pentadbiran dan wilayah persekutuan baru Putrajaya.

[sunting] Jumlah penduduk

Kuala Lumpur setakat ini merupakan bandar terbesar serta daerah metropolitan terbesar di Malaysia, sementara Johor Bahru merupakan bandar kedua terbesar di Malaysia selepas Kuala Lumpur. Bandar-bandar besar yang lain dengan jumlah penduduk lebih daripada 500,000 termasuk Georgetown,Ipoh, Kuching, dan Kota Kinabalu.

[sunting] Lihat juga

[sunting] Nota

[sunting] Pautan luar