Zaini Mohd Said
| Zaini Mohamad Said | |
|---|---|
| Tempat lahir | Ulu Lenggeng, Negeri Sembilan |
| Kesetiaan | Malaysia |
| Perkhidmatan | Tentera Darat Malaysia |
| Jumlah tahun berkhidmat | 1965 - 2001 |
| Pangkat | Leftenan Jeneral |
| Anugerah | Seri Pahlawan Gagah Perkasa, Darjah Seri Panglima Taming Sari |
| Tugas lain | Pengarah korporat |
Dato Seri Zaini Mohd Said adalah Leftenan Jeneral bersara Tentera Darat Malaysia. Beliau terkenal kerana penglibatannya dalam Ops Subuh menyerbu Al-Ma'unah pada 2000.
Kerjaya tentera[sunting]
Beliau menyertai tentera pada 1965, ketika darurat telah tamat dan PKM berundur ke sempadan Malaysia-Thailand. 1968-1970-an, PKM dikatakan masuk masuk semula ke Malaysia. Angkatan tentera meronda semula di hutan Perak, Kedah, Pahang dan Kelantan. Pada 1979 beliau merupakan Pegawai Staf Utama yang merancang dan melaksanakan operasi atas arahan Panglima. Operasi dijalankan di sekitar Ipoh selepas Tugu Negara diletupkan dan ketua polis Perak dibunuh.
Selepas kumpulan Al-Ma'unah melarikan sejumlah besar senjata api daripada stor persenjataan sebuah kem Rejimen Askar Wataniah pada 2 Julai 2000, Lt. Jen. Zaini mengetuai Ops Subuh menyerbu pangkalan mereka di Sauk, Perak. Beliau berhasil membuatkan mereka menyerah diri dan dianugerahkan pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (S.P.) atas keberanian dan sumbangannya dalam peristiwa tersebut.