Paleolitik Jepun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Satsuma-samurai-during-boshin-war-period.jpg

Sejarah Jepun

Glosari

Zaman Paleolitik Jepun (日本の旧石器時代 nihon no kyū sekki jidai?) merupakan zaman yang dimulai ketika manusia mulai bertempat tinggal di kepulauan Jepun mungkin sekitar 30,000 tahun lalu atau 100,000 tahun lalu berdasarkan bukti barang peninggalan berupa alat dari batu, dan diakhiri dengan dimulainya zaman Jomon di akhir zaman Pleistosen.

Keadaan alam[sunting | sunting sumber]

Pada tempoh terdingin zaman air batu ketika permukaan laut menjadi 100-120 meter lebih rendah, kepulauan Jepun mungkin beberapa kali pernah menjadi satu dengan daratan Asia. Kedalaman laut Selat Korea yang memisahkan Jepun dan Korea dan Selat Tsugaru yang memisahkan pulau Honshu dan Hokkaido adalah sekitar 140 meter, sehingga pendapat kepulauan Jepun pernah menjadi satu dengan daratan Asia masih mengundang kontroversi.