Zulkifli Sulong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Zulkifli Sulong merupakan waratawan dan mantan ketua pengarang Harakah, akhbar milik Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Zulkifli Sulong pernah belajar sekerat jalan di Universiti Malaya pada 1974. Di UM beliau menjadi pemimpin Persatuan Bahasa Melayu UM dan Persatuan Mahasiswa Islam. Beliau dipecat dari UM kerana terlalu aktif dalam persatuan dan politik pelajar. Antara pemimpin pelajar ketika itu ialah Syed Putra Syed Ahmad (Ketua Pemberita Harakah), Husam Musa (Ahli Parlimen Kubang Kerian) dan Azmi Ali (Peguam) dan Zulkifli Yusof.

Didenda RM5000[sunting | sunting sumber]

Pada 1998, Zulkifli Sulong didenda RM5000.00 kerana menyiarkan artikel di Harakah.Artikel itu berdasarkan Dr Chandra Muzaffar selaku Timbalan Presiden PKR. Zulkifli membayar denda itu.

Disaman Khalid Jafri[sunting | sunting sumber]

Pada 13 Ogos 2001, PAS dan editor Harakah, Zulkifli Sulong; penerbit Syarikat Prema dan ketua Bahagian bahasa Inggeris Harakah, Muhammad Abdul Rahman Koya diperintahkan membayar M200,000 kepada Khalid Jafri kerana artikel memfitnah. [1] Pada 13Januari 2010, kes itu ditangguhkan .

Maaf kepada Dr Mahathir[sunting | sunting sumber]

Pada 17 Jun 2003, Zulkifli Sulong selaku ketua editor Harakah memohon maaf kepada Dr Mahathir Mohamad atas penyiaran lakaran kartun berhidung khinzir oleh kartunis Zunar.[2] Khinzir menjadi punca merebaknya penyakit SARS. Permohonan maaf itu diharap dapat meredakan keadaan.

Disaman Hamzah Zainuddin[sunting | sunting sumber]

Pada 19 Januari 2004, Pengerusi Felcra Berhad, Senator Datuk Hamzah Zainudin menyaman Ketua Pengarang Harakah, Zulkifli Sulong ,kerana artikel memfitnahnya. Artikel 'Siasat kes RM85,000 untuk Pengerusi Felcra' tersiar dalam Harakah pada 15 Januari 2004.[3]

Anwar Ibrahim, Doa dan Air Mata[sunting | sunting sumber]

Zulkifli Sulong mnghasilkan buku politik bertajuk 'Anwar Ibrahim, Doa dan Air Mata' pada 2001. Buku ini diterbitkan oleh Penerbitan Muttaqin. Buku ini didedikasikan kepada rakan dan idolanya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebagai pelajar baru, Zulkifli Sulong mengkagumi Presiden ABIM, Anwar Ibrahim. Beliau pernah mendengar ucapan Anwar di Masjid Ar Rahman, di depan pintu masuk UM.Kader ABIM dari UM berkumpul saban waktu apabila hari cuti serta selepas kuliah di Concita,sebuah rumah sewa persatuan.

Pada 29 Mac 1982 keputusan Anwar menyertai UMNO, tidak menyertai PAS mengejutkan semua kader ABIM dan PAS. Pengumuman itu dibuat selepas mesyuarat panjang di pejabat ABIM di Jalan Pantai Baru, Bangsar. Mereka yang menyertai UMNO sebagaimana Anwar dilabel sebagai 'Tidak Jelas'. Sementara mereka yang menyertai PAS dilabel sebagai 'Jelas'.[perlu rujukan] Ketua Pemuda PAS ketika itu ,Haji Mustafa Ali amat kecewa dengan keputusan Anwar Ibrahim. PAS baru sahaja disingkirkan dari Barisan Nasional pada 1977 dan dalam pilihan raya kecil Kelantan, PAS gagal mempertahankan kerajaan Kelantan. Malah kerusi PAS hanya tinggal dua kerusi sahaja.

Antara pemimpin ABIM yang menyertai PAS ialah Fadzil Noor dan Nakhaie Ahmad. Pemimpin -pemimpin ini diharap dapat menguasai orang Melayu dan akan bergabung suatu masa nanti.Malangnya Anwar Ibrahim dipecat ketika hampir ke puncak kuasa oleh Dr Mahathir Mohamad. [4]

Politik Abad ke-21: Perubahan ataupun Harapan Palsu[sunting | sunting sumber]

Buku 'Politik Abad ke-21: Perubahan ataupun Harapan Palsu' ini diterbitkan pada 2009. Fokusnya tentang rasional pertemuan UMNO-PAS.Zuklifli membandingkan perjuangan dan sengketa antara Hamas dan Fatah di Palestin.[5]

Hasil tulisan[sunting | sunting sumber]

  • Operasi tawan Terengganu (1994)
  • Fenomena Mawi: apakah PAS sudah berubah? (2005)
  • Politik abad ke-21: perubahan ataupun harapan palsu (2009)

Rujukan[sunting | sunting sumber]