Husam Musa
| Yang Berhormat Husam bin Musa |
|
|
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri(Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan Dan Kebajikan)
|
|
| Penjawat kini | |
| Mula berkhidmat 8 Mac 2008 |
|
| Kawasan | Kelantan |
|---|---|
|
Ahli DUN
untuk N17 Salor |
|
| Penjawat kini | |
| Mula berkhidmat 8 Mac 2008 |
|
|
|
|
| Tarikh lahir | 14 Oktober 1959 |
| Tempat lahir | |
| Parti politik | |
| Pekerjaan | Ahli Dewan Undangan Negeri |
| Agama | Islam |
Datuk Paduka Husam Musa merupakan ahli politik Malaysia berketurunan Melayu memegang Exco Kerajaan Negeri Kelantan memegang jawatan pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan Dan Kebajikan.
Isi kandungan |
[sunting] Latarbelakang
Datuk Paduka Husam lahir pada 14 Oktober 1959 di Kampung Kota, Kota Bharu, Kelantan.
[sunting] Pendidikan
Beliau belajar di Sekolah Rendah Kota, Kota Bharu (1965-1971). Kemudian di Sekolah Menengah Sultan Ismail, Kota Bharu (1972-1975). Seterusnya di Maktab Sultan Ismail (1976-1979).Bachelor of Economics (BEc), University of Malaya, Kuala Lumpur.(1980-1983) dan mengikuti kursus Bahasa Arab di Jordan (1987).
[sunting] Politik
Husam Musa menjadi Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan (1990-1993). Kemudian Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan (1993-1999).Beliau menjadi Ketua Pemuda PAS Kawasan Kota Bharu (1985-1987). Kemudian Ketua Pemuda PAS Negeri Kelantan (1996-1999) dan Naib YDP PAS Kawasan Kota Bharu (1999). Antara jawatan parti PAS yang disandang ialah Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.YDP PAS Kawasan Kubang Kerian.Sekarang menjawat Naib Presiden PAS (2005-09) dan (2011 - sekarang)
Beliau menjadi ahli Parlimen Kubang Kerian (1999 - 04) setelah menang dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1999. Beliau berpotensi menggantikan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Lalu Husam Musa bertanding di peringkat negeri Kelantan. Beliau menjadi Adun Kijang, Kelantan Darul Naim (2004 - 08) selepas menang Pilihan Raya Umum Malaysia 2004. Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau menjadi menjadi Adun Salor.
Dalam kerajaan PAS di Kelantan , Husam Musa ditugaskan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat Negeri Kelantan Darul Naim (2004 - 08).
Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Kelantan Darul Naim.(2008 - sekarang ) dan Panel Penasihat PENGASIH.
[sunting] Pencapaian
Membantu Perkembangan dan Perancangan strategik Ekonomi, Sosial dan Politik di Negeri Kelantan[perlu rujukan] berasaskan Al-Quran dan Sunnah.
Kecemerlangan syarikat PMBK Sawit dan Kelantan Golden Trade[1] adalah hasil nasihat dan pengurusan YB Dato Haji Husam Musa
YB Dato Haji Husam Musa adalah orang kuat di belakang pengenalan dan perkembangan[perlu rujukan] Dinar Emas dan Dirham Perak Kelantan yang kini diterajui oleh Kelantan Golden Trade.
Program Anak Muda Tamu Ramadhan yang bermula pada 1 Ramadahan 2011 dan berakhir dengan program Tadarrus Al Quran Perdana Kelantan adalah hasil gerak kerja YB Dato Haji Husam Musa.
Beliau mewujudkan Program Salor Juara dan Salor Bistari untuk rakyat di dalam Dun Salor[perlu rujukan]
Beliau juga mewujudkan Siaran Tayangan Skrin Besar acara bolasepak[perlu rujukan] dan kuliah tok guru
YB Dato Haji Husam Musa juga dilantik sebagai Pengerusi Jawatan Kuasa Tuntutan Royalti Petroleum Kelantan, yang ditubuhkan khas untuk menerajui isu Tuntutan Royalti Petroleum dan Gas Negeri Kelantan antara Kerajaan Negeri Kelantan dan PETRONAS, kes ini masih berjalan di mahkamah Malaysia.
Kerajaan negeri Kelantan menuntut antara RM850 juta dan RM1 bilion daripada kerajaan pusat mengikut Akta Petroleum 1974, yang membolehkan negeri Kelantan menerima royalti minyak sebanyak 5 % daripada hasil perolehan petroleum.[2]
[sunting] Anugerah
- Newsmaker of the Year 2003 (malaysiakini.com)
[sunting] Kontroversi
[sunting] Tuduhan rasuah
Pada November 2007, Husam Musa dikaitkan dengan rasuah dan penyelewengan oleh YB Dato’ Norzula Mat Diah dan ADUN Bukit Bunga Muhd Adhan Kechik . Pada 1 Jun 2009, dua Adun ini menyiarkan permohonan maaf di dalam Berita Harian. [3] Tuduhan rasuah ini tidak benar sama sekali.
[sunting] Husam saman blogger
Pada 12 Disember 2011, perbicaraan kes saman Husam Musa terhadap Mohd Faisal Mohd Rohban Ahmad, pemilik blog 'ruang Bicara Faisal'. Peguam Adly Abdul Manas cuba menafikan bahawa Mohd Faisal Mohd Rohban Ahmad bukan Faisal Rohban. Blog ruangbicarafaisal.blogspot.com pada 3 Oktober 2009 menulis rencana berunsur fitnah terhadap Husam yang bertajuk, “Husam dan Tamrin Balun Balak Kelantan RM15 juta.” Husam dan saksi kedua Mohd Syahfarin Ali Rajkumar Abdullah, 40 cam muka Faisal Rohban . Husam menuntut defendan memohon maaf secara bertulis tanpa syarat kepadanya, menyiar permohonan maaf dalam blognya, mengiklan permohonan maaf dalam akhbar harian utama, membayar ganti rugi RM500,000. Selepas saman difailkan, foto Faisal di blog itu dan group UMNO dihilangkan.[4]
[sunting] Rujukan
- ↑ Kelantan Golden Trade
- ↑ Mahasiswa sokong tuntutan royalti Kelantan
- ↑ Permohonan Maaf YB Nozula Pada Husam
- ↑ [Doktor saksi ketiga kes Husam saman blogger]
[sunting] Lihat juga
[sunting] Pautan luar
Web rasmi Dato Husam Musa Husammusa.com