Şehzade Mehmed

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Ini adalah sebuah nama gelaran Turki Uthmaniyyah. Mehmed adalah nama yang diberi, nama gelaran adalah Şehzade, dan tiada nama keluarga.
Şehzade Mehmed
Keputeraan s. 1521
Empayar Uthmaniyyah
Kemangkatan 6 November 1543(1543-11-06) (umur 21–22)
Istanbul, Empayar Uthmaniyyah
Pemakaman Masjid Şehzade, Istanbul
Anakanda Hümaşah Sultan
Dinasti Uthmaniyyah
Ayahanda Suleiman al-Qanuni
Bonda Hürrem Sultan
Agama Islam

Şehzade Mehmed (1521–1543) adalah seorang putera Uthmaniyyah (şehzade), anak lelaki kepada Sultan Suleiman al-Qanuni dan Hürrem Sultan.[1] Beliau telah ditugaskan untuk memerintah Manisa selepas abang beliau Şehzade Mustafa dihantar ke Amasya.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Kelahiran Mehmed mengubah status harem, menandakan permulaan kebangkitan Hürrem di istana. Para sejarawan berkata Mehmed hampir seiras dengan abang tiri beliau, Mustafa dan beliau menjadikan abang tiri beliau sebagai contoh, dan memiliki hubungan yang baik dengan beliau sejak kecil. Evliya Çelebi memperincikan Mehmed sebagai seorang "putera yang memiliki kehalusan kualiti lebih baik daripada. Beliau memiliki kecerdikan tajam dan pertimabangan yang adil"[2] dan Suleiman berniat beliau akan menjadi pengganti beliau sekiranya Mehmed tidak meninggal dunia. Mehmed terlibat dalam Pengepungan Esztergom yang berjaya bersama-sama ayahanda beliau. Apabila Suleiman menugaskanMustafa untuk memerintah Amasya, tempat beliau sebagai pemerintah Manisa telah diambil alih oleh Mehmed.

Satu-satunya anak Mehmed adalah Hümaşah Sultan.

Kematian[sunting | sunting sumber]

Terdapat beberapa pandangan berbeza berkaitan dengan kematian Mehmed. Berdasarkan beberapa para sejarawan, beliau meninggal dunia di sebabkan penyakit cacar. Berdasarkan pendapat lain, beliau mati biasa. Penting untuk dicatatkan bahawa Mehmed meninggal dunia pada tahun yang sama beliau pergi berperang bersama-sama dengan ayahanda beliau dalam Pengepungan Esztergom.

Selepas kematian Mehmed, Suleiman telah memerintah arkitek imperial yang terkenal, Mimar Sinan untuk membina Masjid Şehzade di Istanbul bagi memperingati Mehmed. Suleiman juga mencipta sebuah elegi untuk anak lelaki kesayangan beliau, Mehmed yang meninggal dunia pada 1543 dan mengakhiri sajak dengan sebaris ayat "Paling Terhormat dalam Para Putera, Sultan Mehmed ku" yang mana jumlah perkataannya bersamaan dengan tahun kematian anak lelaki beliau.[3][4] Fakta kematian Mehmed yang memberi peluang penting kepada Suleiman untuk menjadi penaung senibina untuk rakyat Uthmaniyyah mempercayai bahawa Mehmed merupakan anak kesayangan. Fakta akan Suleiman bukan sahaja membina sebuah masjid untuk Mehmed, tetapi membinanya di Istanbul seperti beliau adalah seorang sultan (kebiasaannya şehzade akan dikebumikan di Bursa mengikut adat) mencerminkan betapa sayangnya sultan kepada anak lelaki beliau ini.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Peirce, Leslie P. (1993). The Imperial Harem: Women and Sovereignty in the Ottoman Empire. New York: Oxford University Press. ISBN 0-19-508677-5. 
  2. ^ "Fisher. Suleyman and His Sons". Coursesa.matrix.msu.edu. Dicapai 2017-02-26. 
  3. ^ "SULEYMAN THE MAGNIFICENT - POET". Web.archive.org. Diarkibkan daripada asal pada 2006-03-09. Dicapai 2017-02-26. 
  4. ^ [1][pautan putus]