Selim I

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
   Selim I
Sultan bagi Empayar Uthmaniyyah
TempohPerkembangan Empayar Uthmaniyyah
Kemahkotaan1512
Nama penuhYavuz Sultan Selim
Didahului olehBayezid II
Diikuti olehSuleiman I
Kerabat DirajaKerabat Osman
DinastiDinasti Uthmaniyyah
BapaBayezid II
Kepercayaan agamaIslam

Selim I (Turki Uthmaniyyah: سليم اوّل, Turki moden: I. Selim), nama gelaran Yavuz "si Tegas", tetapi sering kali dirujuk dalam Inggeris sebagai "si Serius", (10 Oktober, 1465/1466/1470 – 22 September, 1520) adalah Sultan dari Empayar Uthmaniyyah bermula pada tahun 1512 sehingga 1520. Beliau juga merupakan Sultan Uthmaniyah pertama yang memegang gelaran Khalifah Islam.

Selim membawa kepimpinan cabang Sunnah Islam dengan penaklukan beliau ke atas Timur Tengah. Beliau membawa perubahan mendadak dalam polisi perluasan empayar, yang mana banyak digunakan bagi menentang Barat dan Beyliks sebelum pemerintahan beliau. Pada malam kematian beliau pada tahun 1520, Empayar Uthmaniyyah merentang hampir 1 bilion ekar (tiga kali ganda semasa pemerintahan Selim).

Kehidupan[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan di Amasya, Selim I telah ditabalkan sebagai sultan oleh ayahandanya Bayezid II (1481–1512) pada tahun 1512. Bayezid II mangkat selepas pertabalan itu. Seperti datuknya Mehmed II (1451–1481), Selim I telah membunuh adiknya dan anak saudaranya semasa pertabalannya untuk menghapuskan saingannya di atas takhta. Polisi ini telah dipengaruhi oleh perang saudara yang timbul akibat pertelingkahan di antara ayahandanya Bayezid II dan bapa saudaranya Cem, serta pertelingkahan di antara beliau sendiri dan abangnya Ahmed.

Beliau berkahwin dengan Hafsa Hatun Sultan (1520) yang meninggal dunia pada tahun 1534 dan juga bonda kepada Suleiman I. Bonda Selim I adalah Ayşe Hatun, iaitu puteri kepada Alaüddevle Bozkurt, pemimpin kesembilan negeri Dulkadir. Selim digambarkan sebagai seorang yang tinggi, mempunyai bahu yang tegap dan misai yang panjang. Beliau terlatih di dalam politik dan mahir berlawan.

Penaklukan di Timur Tengah[sunting | sunting sumber]

Selim I

Cabaran pertama bagi Selim I sebagai sultan adalah konflik di antara empayarnya dengan empayar Safavid di Parsi. Shah Ismail yang mempunyai orang Kurdish dan Azeri adalah penaung mazhab Syiah Islam di dalam wilayah itu yang bertentangan dengan mazhab Sunnah di dalam kerajaan Uthmaniyah. Selim telah menghapuskan risiko serangan dari Iran ke Anatolia apabila beliau menyerang kerajaan Mameluk di Mesir. Kemudian Selim telah memimpin tenteranya ke Iran pada tahun 1514 dan membuat kejutan kepada kerajaan Safavid dan Shah Ismail di dalam Pertempuran Chaldiran. Tentera Uthmaniyah telah berada di dalam bandar empayar Safavid iaitu Tabriz.

Selim I telah menyerang dan memusnahkan Kesultanan Mamluk di dalam Pertempuran Marj Dabiq dan kemudian di dalam Pertempuran Ridanieh, yang membawa kepada penaklukan Syria, Palestin dan Mesir. Beliau juga mengembangkan kuasa kerajaan Uthmaniyah ke kota suci Makkah dan Madinah. Selain itu beliau telah memakai gelaran Hakim ul Haremeyn atau Pemimpin Dua Tanah Suci Islam, dan beliau juga menerima gelaran Khadim ul Haremeyn atau Penaung Dua Tanah Suci Islam.

Selepas penaklukan Mesir dan Tanah Suci Islam pada tahun 1517, Selim telah memaksa Al-Mutawakkil III (1509–17), khalifah terakhir kerajaan Abbasiyah yang bertapak di Kaherah sejak tahun 1261 sebagai pemerintah nominal kepada Kesultanan Mamluk untuk menyerahkan secara rasmi gelaran khalifah, sebilah pedang dan sehelai jubah yang mengandungi nama Muhammad. Kesemuanya ini telah dipamerkan di dalam Muzium Diraja Topkapi di Istanbul, Turki.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Selim I
Tarikh keputeraan: 10 Oktober, 1465 Tarikh kemangkatan: 22 September, 1520
Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Bayezid II
Sultan Empayar Uthmaniyyah
25 April, 1512 – 22 September, 1520
Diikuti oleh:
Suleiman I
Gelar sebagai penuntut
Didahului oleh
Bayezid II
— TIDAK MEMERINTAH —
Khalifah Islam
25 April, 1512–1517
Menjadi Khalifah pada 1517
Gelaran Sunnah Islam
Didahului oleh
Al-Mutawakkil III
Khalifah Islam
1517 – 22 Sep, 1520
Diikuti oleh:
Suleiman I