Yusof Latiff

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Yusof Latiff
YusofLatiff.jpg
Yusof Latiff pada 1960an
KelahiranMuhammad Yusof bin Abdul Latiff
(1922-06-22)22 Jun 1922
Negeri-negeri Selat (kini Singapura)
Meninggal dunia12 Jun 1998(1998-06-12) (umur 75)
Singapura
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Bidadari (kini Pusara Abadi)
WarganegaraSingapura
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1952–1989
MajikanMalay Film Productions
Cathay-Keris Film Productions
Merdeka Film Productions
Terkenal keranaTengku Aziz dalam Antara Dua Darjat
PasanganRahimah Ali
Salamah Shukri
Anak17

Muhammad Yusof Bin Abdul Latiff atau lebih dikenali sebagai Yusof Latiff (22 Jun 1922 - 12 Jun 1998) ialah seorang pelakon filem Singapura.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan pada 22 Jun 1922 di Negeri-negeri Selat (zaman moden Singapura) dan mendapat pendidikan awal di Madrasah Al-Sagaf, kemudian belajar hingga Darjah Lima di Singapore English School. Yusof memulakan kerjaya awalnya sebagai kerani di sebuah syarikat British. Pada masa yang sama, beliau berkenalan dengan rakan seangkatannya Salleh Kamil, seorang pelakon filem yang mula menempa nama di layar perak.

Penglibatan[sunting | sunting sumber]

Pembabitan Yusof Latiff dalam bidang seni bermula apabila beliau mendapat perhatian seorang pengurus filem bernama Shaw Vee Ngok. Katika itu, Yusof yang tidak mengenali mar Shaw hanya tersenyum apabila Shaw Vee Ngok bertanya sekiranya beliau berminat untuk menjadi pelakon filem. Namun, setelah beberapa kali dipujuk oleh Salleh Kamil, akhirnya, Yusof bersetuju untuk bertemu dengan Shaw Vee Ngok di Studio Malay Film Productions [MFP]. Dalam pertemuan itulah Yusof mendapat tawaran menjadi pelakon filem dengan gaji sebanyak RM150 sebulan.

Maka, bermulalah babak baharu dalam hidup Yusof Latiff. Beliau sudah melangkah ke dunia perfileman dengan menjadi pelakon sepenuh masa. Tugas pertama beliau ialah berlakon dalam filem Gadis Peladang pada tahun 1952 yang diarahkan oleh B. S. Rajhans. Yusof terus memegang peranan hero di samping Datuk Maria Menando yang memegang watak heroin.[1]

Disusuli pula dengan lakonan beliau dalam filem Yatim Piatu yang turut dilakonkan oleh Rokiah Jaafar dan Saadiah. Filem ketiga Yusof dilanda kontroversi. Lakonan beliau dalam filem Cemburu dikritik hebat oleh orang ramai kerana adegan romantik yang keterlaluan. Terdapat babak Yusof bergesel pipi dengan Rosnani dan hampir bersentuhan bibir dengan Mariani. Imej Yusof tidak terjejas dengan babak-babak panas yang membangkitkan semakin di kenal dan semakin mendapat perhatian besar daripada orang ramai.

Kontrak Yusof dengan MFP berakhir setelah berlakon dalam sebelas buah filem. Yusof ditawarkan kontrak baharu selama tiga tahun tetapi menolaknya kerana permintaan Yusof untuk kenaikan gaji dan bonus ditolak oleh majikan beliau. Yusof lebih rela menjadi pelakon bebas tanpa gaji tetap daripada menyambung kontrak dengan gaji dan bonus yang tiada kenaikan. Oleh hal demikian, Yusof berlakon pula dalam filem-filem keluaran Cathay Keris Film. Itu pun setelah lebih lima tahun menyepikan diri daripada sebarang aktiviti lakonan.

Pada 1960, P. Ramlee membawa semula Yusof Latiff ke Studio MFP untuk berlakon dalam filem, Antara Dua Darjat. Yusof mendukung salah satu watak penting dalam filem bercorak drama berat arahan P. Ramlee itu. Beliau memegang watak sebagai Tengku Aziz yang menegakkan keadilan. MFP cuba memujuk Yusof Latiff supaya berlakon lagi dalam filem-filem keluarannya selepas filem Antara Dua Darjat. Namun, Yusof sudah serik dengan pengalaman pahit beliau pada masa lalu bekerja dengan MFP yang terlalu ketat dengan peraturan. Saya balik ke MFP kerana P.Ramlee yang mengundang saya berlakon dan bukannya kerana MFP, demikian ujar Yusof kepada media.

Selepas berlakon dalam filem, Udang di Sebalik Batu yang diarahkan oleh Husain Hanif terbitan Cathay Keris Film pada tahun 1966. Pada tahun 1969, Yusof Latiff sekali lagi menerima tawaran berlakon daripada P. Ramlee dalam filem Enam Jahanam di Merdeka Film Studio, Hulu Kelang, Selangor. Saya tidak boleh menolak kalau P.Ramlee ajak saya berlakon, kata Yusof Latiff menggambarkan betapa erat dan kukuhnya hubungan mereka berdua. Enam Janaham dibintangi oleh P.Ramlee, Noor Azizah, Idris Hashim, selain Yusof Latiff

Meninggal Dunia[sunting | sunting sumber]

Yusof Latiff terus bersara daripada filem selepas berlakon dalam filem Kolej 56. Masa beliau banyak dihabiskan bersama-sama keluarga di samping kuat mengerjakan ibadat. Yusof Latiff mempunyai dua orang isteri, pertama Rahimah Ali dan kedua, Salamah Shukri. Dengan dua isteri itu Yusof mempunyai 17 orang anak. Yusof Latiff meninggal dunia pada usia 75 tahun di Singapura pada 12 Jun 1998.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Catatan
1952 Gadis Peladang Filem pertama
Yatim Piatu Anuar
1953 Chemburu
1954 Panggilan Pulau Husin
1955 Kipas Hikmat Tengku Ahmad
Menyerah Mustapha
Bernoda
1956 Pencuri Umar
Hang Tuah Tun Mat
1960 Antara Dua Darjat Tengku Aziz
1961 Jalak Lenteng Tengku Wira Karma / Jalak Lenteng
1962 Lancang Kuning Baginda Sultan Siak
Korban Kasih Ariffin @ Tengku Iskandar
Tun Fatimah Sultan Mahmud
Mata Syaitan Tengku Aman Shah / Sulaiman
Dang Anom
1963 Gila Talak Yusof
1964 Dua Pendekar Adam
1965 Jiran Sekampung
1966 Udang Di Sebalik Batu
1967 Lampong Karam Pengiran Mufti
1969 Enam Jahanam Laksamana Damburi
1979 Dendang Perantau Pak Hasbullah Pelakon tambahan
Kisah Seorang Biduan
Prebet Lapok Bapa Tina
Detik 12 Malam
1981 Serampang Tiga Pak Linggawan
1983 Pertentangan
1989 Kolej 56 Pengetua Putra Kolej Filem terakhir: pelakon undangan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]