Aargau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Koordinat: 47°5′N 8°0′E / 47.083°N 8.000°E / 47.083; 8.000 Koordinat: Format hujah tidak diketahui
{{#coordinates:}}: garis lintang tidak sah

Aargau
Bendera Kanton Aargau
Bendera Kanton Aargau
Jata Kanton Aargau
Jata Kanton Aargau
Peta Switzerland yang menonjolkan Kanton Aargau
Peta Switzerland yang menonjolkan Kanton Aargau
Ibu kota Aarau
Keluasan 1404 km² (Ditempatkan ke-10)
Titik tertinggi Geissfluegrat 908 meter
Jumlah penduduk (2005) 573,654 orang (Ditempatkan ke-4)
392 /km²
Menyertai 1803
Singkatan AG
Bahasa Jerman
Majlis Perundangan Regierungsrat (5)
Majlis Perundangan Grosser Rat (140)
Kawasan perbandaran 232 kawasan perbandaran
Daerah 11 Bezirke
Laman web www.AG.ch
Map of the Canton of Aargau
Map of the Canton of Aargau

Mengenai audio iniAargau  ialah salah satu kanton yang terletak lebih utara di Switzerland. Kanton ini terdiri daripada kawasan hilir Sungai Aare dan adalah disebabkan lokasi ini bahawa ia dipanggil "Aargau" yang membawa pengertian "Daerah Aare".


Geografi ݢيوݢرافي[sunting | sunting sumber]

Dengan 1,404 kilometer persegi luasnya serta 573,654 orang jumlah penduduknya (2005), Aargau menyempadani:

Kanton Aargau ialah kanton Switzerland yang paling kurang bergunung-ganang dan merupakan sebahagian dataran tinggi agung yang memiliki bukit-bukau yang rendah. Di utaranya ialah Pergunungan Alp dan di sebelah timur pula ialah Pergunungan Jura. Permukaan kawasan negara ini mempunyai kepelbagaian yang cantik, dengan kawasan-kawasan beralun dan bukit-bukit berhutan [1] berselang-seli dengan lembah-lembah subur yang diairi khususnya oleh Sungai Aar berserta cawang-cawang sungainya.

Aargau mengandungi mata-mata air panas Baden dan Schinznach yang termasyhur manakala di Rheinfelden, terdapat banyaknya mata air panas yang masin. Betul-betul di bawah Brugg, Sungai Reuss dan Sungai Limmat bertemu dengan Sungai Aar. Di sekitar Brugg ialah saki-baki kastil Habsburg, biara Koenigsfelden yang lama dengan kaca terlukis zaman pertengahan yang indah) serta saki baki petempatan Rom di Vindonissa (Windisch).

Sejarah سجاره[sunting | sunting sumber]

Argovia ialah kawasan sempadan antara Alamannia dan Burgundy, serta wilayah yang dipertikaikan antara kedua-dua duchy itu. Sejak keakhiran dinasti Hohenstaufen sehingga tahun 1415, ia diperintah oleh keluarga Habsburg. Banyak kastil sejarah boleh didapati di sini, umpamanya Habsburg, Lenzburg dan Wildegg. Terdapat juga sebilangan bekas biara seperti di Wettingen dan Muri yang kesemuanya diasaskan oleh keluarga Habsburg. Biara-biara ini ditutup oleh kerajaan pada tahun 1841 dan merupakan salah satu punca perang saudara pada tahun 1847 yang dipanggil "Perang Sonderbund" di Switzerland. Aargau juga dipercayai merupakan tempat rumah pusaka penulis reformis, George Mangold (1822-1894).

Pada tahun 1415, kawasan Aargau diambil oleh Gabungan Switzerland daripada keluarga Habsburg. Bern mengekalkan kawasan barat daya (Zofingen, Aarburg, Aarau, Lenzburg, dan Brugg). Sebilangan daerah yang dipanggil Freie Ämter atau bailiwick bebas (Mellingen, Muri, Villmergen, dan Bremgarten), bersama-sama dengan kawasan count Badan diperintah sebagai tanah-tanah taklukan oleh kesemua atau sebilangan negeri gabungan yang tertentu.

Aargau diduduki oleh Perancis antara 10 Mac hingga 18 April 1798 dan selepas itu, bahagian Bern menjadi kanton Aargau Republik Helvetik, dengan bahagian yang lain menjadi Kanton Baden. Pada tahun 1803, kedua-dua bahagian disatukan di bawah nama kanton Aargau, [2] dan kemudian diterima masuk ke dalam Gabungan yang disusun semula sebagai salah satu ahli penuh.

Kawasan Fricktal, yang diserahkan kepada Republik Helvetik oleh Austria pada tahun 1802 melalui Perancis Napoleon, merupakan sebuah kanton Switzerland yang berasingan buat tempoh yang singkat di bawah seorang Statthalter ('Leftenan'), tetapi pada 9 Mac 1803 digabungkan ke dalam kanton Aargau. Nama jawatan ketua majistret Aargau telah berulang kali bertukar:

Pada tahun 2003, kanton Aargau meraikan hari jadinya yang ke-200.

Selama berabad-abad, dua buah kampung di Aargau, iaitu Endingen dan Lengnau, merupakan tempat-tempat yang tunggal di Switzerland yang orang-orang Yahudi dibenarkan mendiami. Mereka tidak dibenarkan memiliki rumah sendiri atau tinggal di dalam rumah yang sama dengan orang Kristian. Untuk membaca dengan lebih lanjut tentang proses pembebasan Yahudi di Aargau dan Switzerland yang lambat, sila lihat pautan di bawah.

Ekonomi ايکونومي[sunting | sunting sumber]

Tanah ladang kanton Aargau merupakan salah sebahagian daripada tanah yang paling subur di Switzerland. Tenusu, bijian dan buah-buahan merupakan antara kegiatan-kegiatan ekonomi yang utama di kanton ini, dengan kanton ini juga agak maju dari segi perindustrian, khususnya dalam bidang-bidang kejuruteraan elektrik, alat persis, besi, keluli, dan simen.

Salah tiga daripada lima buah loji nuklear terletak di kanton Aargau (Beznau I + II, dan Leibstadt). Selain itu, sungai-sungainya dapat membekalkan air yang mencukupi untuk banyak loji kuasa hidroelektrik di seluruh kanton. Atas sebab-sebab ini, kanton Aargau seringnya dirujuk sebagai "kanton tenaga".

Sebilangan besar penduduk Aargau berulang-alik ke pusat kewangan bandar raya Zürich yang terletak tidak jauh di seberang sempadan kanton.

Pelancongan adalah kegiatan ekonomi yang penting, dengan banyak tarikan pelancong seperti mata-mata air panas di Baden dan Schinznach Bad, kastil-kastil kuno, dan banyak muzium lama di kanton ini, serta juga pandangan daratnya. [1]. Berjalan-jalan di bukit merupakan lagi satu tarikan pelancongan, tetapi kepentingannya agak terhad.

Kawasan perbandaran کاوسن ڤرباندر[sunting | sunting sumber]

Adanya 231 buah kawasan perbandaran di kanton Aargau pada keseluruhannya.

Daerah داءيره[sunting | sunting sumber]

Daerah-daerah di Aargau

Aargau dibahagikan kepada 11 buah daerah:

  1. Aarau, dengan ibu kotanya di Aarau
  2. Baden, dengan ibu kotanya di Baden
  3. Bremgarten, dengan ibu kotanya di Bremgarten
  4. Brugg, dengan ibu kotanya di Brugg
  5. Kulm, dengan ibu kotanya di Unterkulm
  6. Laufenburg, dengan ibu kotanya di Laufenburg
  7. Lenzburg, dengan ibu kotanya di Lenzburg
  8. Muri, dengan ibu kotanya di Muri
  9. Rheinfelden, dengan ibu kotanya di Rheinfelden
  10. Zofingen, dengan ibu kotanya di Zofingen
  11. Zurzach, dengan ibu kotanya di Zurzach

Lihat juga ليهت جوݢ[sunting | sunting sumber]

Rujukan روجوعن[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Aargau." Ensiklopedia Britannica. 11 Januari 2007
  2. ^ Bridgwater, W. & Beatrice Aldrich. (1966) The Columbia-Viking Desk Encyclopedia. Universiti Columbia, m.s. 11.

Sumber dan pautan luar سومبر دان ڤاءوتن لوار[sunting | sunting sumber]


Wilayah di Switzerland Flag of Switzerland
Aargau | Appenzell Ausserrhoden | Appenzell Innerrhoden | Basel-Bandar raya | Basel-Luar bandar | Berne | Fribourg | Geneva | Glarus | Graubünden | Jura | Lucerne | Neuchâtel | Nidwalden | Obwalden | Schaffhausen | Schwyz | Solothurn | St. Gallen | Thurgau | Ticino | Uri | Valais | Vaud | Zug | Zürich