Abdul Hadi WM

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Prof. Dr. Abdul Hadi WM (lahir di Sumenep, Pulau Madura, Jawa Timur pada 24 Jun 1946) merupakan sasterawan Indonesia, budayawan dan dan pernah mengajar di Universiti Sains Malaysia pada 1995-1997. Genre sasteranya sangat sufistik, Islam dan pluralisme. Beliau meninggal dunia pada 19 Januari 2024.

Masa kecil[sunting | sunting sumber]

Abdul Hadi WM keturunan usahawa Cina- Indonesia .[1] Ayahnya guru bahasa Jerman bernama K. Abu Muthar yang berkahwin dengan putri keraton Solo bernama RA. Martiya.[2] Anak sulung dari empat adik-beradik yang kesemuaya lelaki.Dia banyak membaca karya Plato, Sokrates, Imam Ghazali, Rabindranath Tagore, dan Muhammad Iqbal.[3] Dia juga meminati karya agung Indonesia seperti dari Amir Hamzah dan Chairil Anwar.[4] Dia mendirikan mendirikan pesantren di Sumenep bersama rakannya Zawawi Imron dan Ahmad Fudholi Zaini pada 1990 "Pesantren An-Naba" ini terdapat masjid, asrama, dan sanggar seni sastera, seni rupa (memahat dan mematung), desain, kaligrafi, mengukir, seramik, muzik, seni suara, dan drama.[5]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Mulanya bersekolah di Sumenep dan berhijrah ke Surabaya seterusnya ke di Fakultas Sastra, Universitas Gadjah Mada, Yogyakarta tetapi peringkat PhD sekerat jalan.Hadi sambung belajar di Iowa, Amerika Serikat untuk mengikuti International Writing Program di University of Iowa.Kemudian di Hamburg, Jerman untuk mendalami sastera dan falsafah.[6] Tahun 1992, dia mendapat sarjana dan PhD dari Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang, Malaysia dan menjadi pensyarah Pusat Pengajian Jarak Jauh (PJJ) USM.[7] Teman lamanya Nurcholis Madjid menjemputnya mengajar di Universiti Paramadina, Jakarta 2008.[8]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

left|thumb|Abdul Hadi WM 1970-an Sejak menjadi mahasiswa, Hadi menjadi sidang redaksi Gema Mahasiswa (1967-1968) dan redaksi Mahasiswa Indonesia (1969-1974).[9] Kemudian dia menjadi editor majalah Budaya Jaya (1977-1978), editor majalah Kamar Dagang dan Industri Indonesia (KADIN) (1979-1981), editor Balai Pustaka (1981-1983) dan editor jurnal kebudayaan Ulumul Qur'an..[10] Sejak 1979 hingga 1990-an dia menjadi editor kebudayaan harian Berita Buana.[11]

Tahun 1982 dia dilantik menjadi Ketua Dewan Kesenian Jakarta dan ketika Reformasi ketika Pilihan raya pelbagai parti 1999, rakannya Dr. H. Hamzah Haz mendesak beliau menjadi wakil daerah wilayah pemilihan Jawa Timur dari Partai Persatuan Pembangunan (PPP).[12] Tahun 2000 dia dilantik menjadi anggota Lembaga Penapisan Filem Indonesia dan kini sebagai Ketua Dewan Kurator Bayt al-Qur'an dan Museum Istiqlal, Ketua Majlis Kebudayaan Muhammadiyah, anggota Dewan Pakar Ikatan Cendekiawan Muslim Indonesia (ICMI) dan anggota Dewan Penasihat PARMUSI (Persaudaraan Muslimin Indonesia).[13]

Dia juga masih mengajar dan menjadi Dekan Fakulti Falsafah Universiti Paramadina,[14] dan pensyarah tamu di Fakulti Ilmu Budaya Universitas Indonesia,[15] dan dosen pascasarjana Universitas Muhammadiyah Jakarta[16] dan The Islamic College for Advanced Studies (ICAS) London kampus Jakarta.[17]

Hadi bersama Taufik Ismail, Sutardji Calzoum Bachri, Hamid Jabar dan Leon Agusta menggerakkan program Sastraewan Masuk Sekolah (SMS), dinaungi Yayasan Indonesia, dengan tajaan dari The Ford Foundation. [18]

Karya[sunting | sunting sumber]

Sejak 1970-an beliau cenderung kepada aliran sastera sufi terutama tema kesepian, kematian, dan waktu serta tasauf Islam.[19] [20] Dia sebanding dengan rakannya Taufik Ismail, cenderung berpuisi agam. Namun Taufik menekankan aspek moral.”[21]

Masyarakat Indonesia diharapdapat menyeimbangkan pengaruh budaya Barat hedonisme dan sekular.[22]}

Karya[sunting | sunting sumber]

  1. Kembali ke Akar Kembali ke Sumber: Esai-esai Sastra Profetik dan Sufistik (Pustaka Firdaus, 1999)
  2. Islam: Cakrawala Estetik dan Budaya (Pustaka Firdaus, 1999)
  3. Tasawuf Yang Tertindas
  4. At Last We Meet Again
  5. Arjuna in Meditation (bersama Sutardji Calzoum Bachri dan Darmanto Yatman)
  6. Laut Belum Pasang
  7. Meditasi
  8. Cermin
  9. Tergantung pada Angin
  10. Potret Panjang Seorang Pengunjung Pantai Sanur
  11. Anak Laut Anak Angin
  12. Madura: Luang Prabhang dan Pembawa Matahari- karya terjemahan sastra sufi dan sastra dunia, terutama karya Iqbal, Rumi, Hafiz, Goethe, penyair sufi Parsi dan penyair modern Jepun.


Puisi-puisinya telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, Perancis, Belanda, Jepun, Jerman, Cina, Thailand, Bahasa Arab, Benggali, Urdu, Korea dan Sepanyol.

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Bulan Mac 2011, Hadi memperoleh Penghargaan Satyalancana Kebudayaan 2010 dari Presiden Susilo Bambang Yudhoyono. [23]. Menurut Menteri Kebudayaan dan Pariwisata Jero Wacik - kerana mampu melestarikan kebudayaan daerah atau nasional serta hasil karyanya berguna dan bermanfaat bagi masyarakat, bangsa, dan negara. [24]

  • Hadiah Puisi Terbaik II Majalah Sastra Horison (1969)[25]
  • Hadiah Buku Puisi Terbaik Dewan Kesenian Jakarta (1978)[26]
  • Anugerah Seni Pemerintah Republik Indonesia (1979)[27]
  • South-East Asia (SEA) Write Award, Bangkok, Thailand (1985)[28]
  • Anugerah Mastera (Majelis Sastra Asia Tenggara) (2003)[29]
  • Penghargaan Satyalancana Kebudayaan Pemerintah Republik Indonesia (2010) [30]

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Tahun 1978 dia berkahwin dengan wartawan dan pelukis Tedjawati Koentjoro dan mereka mendapat anak perempuan iaitu Gayatri Wedotami, Dian Kuswandini dan Ayusha Ayutthaya.[31]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ ":: Profil Abdul Hadi W.M. di Taman Ismail Marzuki ::". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-05-17. Dicapai pada 2011-04-03.
  2. ^ ":: Profil Abdul Hadi W.M. di Taman Ismail Marzuki ::". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-05-17. Dicapai pada 2011-04-03.
  3. ^ ":: Profil Abdul Hadi W.M. di Taman Ismail Marzuki ::". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-05-17. Dicapai pada 2011-04-03.
  4. ^ ":: Profil Abdul Hadi W.M. di Taman Ismail Marzuki ::". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-05-17. Dicapai pada 2011-04-03.
  5. ^ ":: Majalah Tempo: Kesenian di Pesantren ::". Dicapai pada 2011-04-03.
  6. ^ ":: Profil Abdul Hadi W.M. di Taman Ismail Marzuki ::". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-05-17. Dicapai pada 2011-04-03.
  7. ^ ":: Profil Abdul Hadi W.M. di Taman Ismail Marzuki ::". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-05-17. Dicapai pada 2011-04-03.
  8. ^ ":: Harian Suara Karya - Pengukuhan Prof. Dr. Abdul Hadi W.M. ::". Dicapai pada 2011-04-03.[pautan mati kekal]
  9. ^ ":: "Apa dan Siapa" - Pusat Data Tempo ::". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-27. Dicapai pada 2011-04-03.
  10. ^ ":: "Apa dan Siapa" - Pusat Data Tempo ::". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-27. Dicapai pada 2011-04-03.
  11. ^ ":: "Apa dan Siapa" - Pusat Data Tempo ::". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-27. Dicapai pada 2011-04-03.
  12. ^ ":: Sastra Pesantren: Biografi Abdul Hadi W.M. ::". Dicapai pada 2011-04-03.
  13. ^ ":: Profil Abdul Hadi W.M. di Taman Ismail Marzuki ::". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-05-17. Dicapai pada 2011-04-03.
  14. ^ ":: Profil Abdul Hadi W.M. di Taman Ismail Marzuki ::". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-05-17. Dicapai pada 2011-04-03.
  15. ^ ":: Profil Abdul Hadi W.M. di Taman Ismail Marzuki ::". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-05-17. Dicapai pada 2011-04-03.
  16. ^ ":: Profil Abdul Hadi W.M. di Taman Ismail Marzuki ::". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-05-17. Dicapai pada 2011-04-03.
  17. ^ ":: Profil Abdul Hadi W.M. di Taman Ismail Marzuki ::". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-05-17. Dicapai pada 2011-04-03.
  18. ^ ":: Sastra Pesantren: Biografi Abdul Hadi W.M. ::". Dicapai pada 2011-04-03.
  19. ^ ":: "Apa dan Siapa" - Pusat Data Tempo ::". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-27. Dicapai pada 2011-04-03.
  20. ^ ":: "Apa dan Siapa" - Pusat Data Tempo ::". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-27. Dicapai pada 2011-04-03.
  21. ^ ":: "Apa dan Siapa" - Pusat Data Tempo ::". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-27. Dicapai pada 2011-04-03.
  22. ^ ":: Sastra, Abdul Hadi W.M., dan Fenomena Puisi Sufistik ::". Dicapai pada 2011-04-03.
  23. ^ ":: Menbudpar Sematkan Satyalencana Kebudayaan 2010 ::". Dicapai pada 2011-04-03.
  24. ^ ":: Menbudpar Sematkan Satyalencana Kebudayaan 2010 ::". Dicapai pada 2011-04-03.
  25. ^ ":: Profil Abdul Hadi W.M. di Taman Ismail Marzuki ::". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-05-17. Dicapai pada 2011-04-03.
  26. ^ ":: Profil Abdul Hadi W.M. di Taman Ismail Marzuki ::". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-05-17. Dicapai pada 2011-04-03.
  27. ^ ":: Profil Abdul Hadi W.M. di Taman Ismail Marzuki ::". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-05-17. Dicapai pada 2011-04-03.
  28. ^ ":: Profil Abdul Hadi W.M. di Taman Ismail Marzuki ::". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-05-17. Dicapai pada 2011-04-03.
  29. ^ ":: Profil Abdul Hadi W.M. di Taman Ismail Marzuki ::". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-05-17. Dicapai pada 2011-04-03.
  30. ^ ":: Menbudpar Sematkan Satyalencana Kebudayaan 2010 ::". Dicapai pada 2011-04-03.
  31. ^ ":: Profil Abdul Hadi W.M. di Taman Ismail Marzuki ::". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-05-17. Dicapai pada 2011-04-03.