Abdul Samad Mian

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Samad Lefthanded
Album Gitar Jamming Samad merupakan buah tangan terakhir dari Samad Lefthanded untuk pemintanya.
Latar belakang
Nama lahirAbdul Samad bin Mian
Juga dikenali sebagai
Samad Lefthanded
Kelahiran(1963-09-26)26 September 1963
Skudai, Johor Johor, Malaysia Malaysia
Meninggal dunia23 Oktober 2008(2008-10-23) (umur 45)
Ampang, Selangor Selangor
GenreRock
PekerjaanPemuzik, Penggubah lagu, Penerbit rakaman
InstrumenGitar
Tahun aktif1979–2008
Pengkarya berkait
Lefthanded, Gersang
Alat muzik terkenal
Gitar elektrik

Abdul Samad Mian (26 September 1963 - 23 Oktober 2008) juga dikenali sebagai Samad Lefthanded merupakan di antara seorang pemain gitar yang terbaik di Malaysia. Hasil karya beliau yang terakhir sebelum beliau meninggal dunia ialah album berbentuk video pembelajaran gitar di rumah iaitu album "Gitar Jamming" (Part-1 dan part-2). Kehilangan beliau di dalam industri muzik di Malaysia ini mengejutkan ramai pihak kerana beliau dilaporkan tidak menghidap sebarang penyakit yang merbahaya.[1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Beliau berasal dari Skudai dan dilahirkan pada 26 September 1963. Beliau mula bergiat aktif di dalam bidang muzik ini ketika beliau berusia 20 tahun lagi. Mendirikan rumah tangga bersama Norliza Sumairi serta dikurniakan dengan 4 cahaya mata, Alif Ashraf Syafiq, Ahmad Ayunda Syaqim, Alis Suhayana dan Ahmad Syafiq.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1981, Samad menubuhkan Kumpulan Gersang Di Johor Bahru. Samad juga adalah pengganti tempat Man Kidal di dalam Kumpulan Lefthanded apabila Man Kidal menyertai Kumpulan Search dan berhijrah bersama Kumpulan Search ke Kuala Lumpur di sekitar tahun 1983/1984.Samad pula kemudian meninggalkan kumpulan Gersang dan tempatnya di gantikan oleh Kid apabila beliau berhijrah ke Kuala Lumpur bersama Man Dayak apabila Kumpulan Lefthanded bergabung kembali bersama Man Kidal dan Yan. Selain menjadi pemuzik untuk Kumpulan Lefthanded beliau juga pernah menjadi pensyarah di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) pada tahun 2004 lalu. Beliau juga merupakan penggiat seni membuat dan bermain wau tradisi Malaysia. Pada tahun 90-an juga, Samad pernah dibawa oleh pengarah majalah ROTTW Malaysia, Mohd Rom Mohd Nor ke satu festival muzik di Jerman dan diberi peluang membuat persembahan solo di hadapan ratusan ahli perniagaan dalam bidang rakaman dan sistem bunyi di sana.

Album[sunting | sunting sumber]

  1. Keadilan (1986)
  2. Seruan (1987)
  3. Qabul (1988)
  4. Evolusi (1989)
  5. Fanatisme & Ramli Sarip (1990)
  6. Nafas (1996)
  7. Syurga dan Neraka (1999)
  • Album Solo
  1. Gitar Jamming-1 (2007)
  2. Gitar Jamming-2 (2008)
  3. Samad (1994)
  • Artist lain/Sessionist/Penerbit
  • Crossfire - Fatamorgana (1989 - Penerbit/Session Guitar )
  • Zabarjad - Tarian Jemari (1991 - Penerbit/Session Guitar)
  • May - Ziet Geist (1992 - Penerbit/Session Guitar)
  • Dilla Hussein - Viva (1993 - Sessionist Guitar)
  • Nafas Cinta (1993 / Amy & Inka Christie - Nafas Cinta)
  • May - Wira Cyborg (1994 - Penerbit/Session Guitar)
  • May - Layar (1995 - Penerbit/Session Guitar)
  • May - Ideologi (1995 - Penerbit/Session Guitar)
  • Azmani - (1995 / Unplugged & Acoustic Guitar)
  • Ziana Zain - Setia Ku Di Sini (1995 - Gitar untuk lagu "Tiada Kepastian")
  • Ramli Sarip - A Live (1998 - Guitarist )
  • Ramli Sarip - Syair Timur (1997 - Gitar Elektrik )

Filem[sunting | sunting sumber]

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Lain-lain[sunting | sunting sumber]

Di sebalik kegemilangannya sebagai pemuzik rock, Abdul Samad bin Mian juga adalah penggiat seni membuat dan bermain wau tradisi Malaysia. Beliau merupakan Ahli Seumor Hidup Persatuan Layang-Layang Negeri Johor (Pelayang Johor) dan sangat disegani di kalangan pelayang-pelayang di Malaysia. Kejayaan beliau memuncak apabila beliau dinobatkan sebagai Johan Wau Bulan Naik Peringkat Kebangsaan dan Tempat Ketiga Grand Prix Ke-3 di Festival Layang-Layang Antarabangsa Bintulu dari 18-26 Ogos 2008.

Meninggal Dunia[sunting | sunting sumber]

Pada 23 Oktober 2008 Samad meninggal dunia kira-kira jam 12:45 tengah hari semalam. Difahamkan Allahyarham terjatuh di pejabat abangnya dan selepas itu beliau dikejarkan ke Hospital Ampang. Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Hulu Kelang, Selangor patang ini.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]