Adas
Adas pedas | |
---|---|
![]() | |
Pokok adas berbunga. | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
Order: | |
Keluarga: | |
Genus: | |
Spesies: | F. vulgare
|
Nama binomial | |
Foeniculum vulgare | |
Sinonim | |
Senarai
|
Adas (setepatnya adas pedas atau adas landi[1], kekadang disebut jintan hitam[2]; bahasa Inggeris: fennel) ialah satu spesies ulam dalam genus Foeniculum (diolahkan sebagai spesies yang tunggal oleh banyak ahli botani) yang berasal daripada Eropah selatan (khususnya Laut Mediterranean) dan Asia barat daya. Pokok ini adalah ahli famili Apiaceae (dahulu Umbelliferae). Nama botaninya ialah Foeniculum vulgare.[3]
Pokok adas ialah herba saka yang berbau amat harum, berwarna hijau kuning, tegak, dan bertumbuh sehingga dua meter tinggi. Daun-daunnya bertumbuh sehingga 40 sentimeter panjang, berkelaran halus, dengan segmen terakhir dalam bentuk filiform, kira-kira 0.5 milimeter lebar. Bunga yang dihasilkan di hujung tangkai adalah dalam bentuk umbel majmuk yang lebarnya antara 5 hingga 15 sentimeter. Setiap bahagian umbel mempunyai 20-50 kuntum bunga kuning yang amat kecil pada pedikel-pedikel yang pendek. Buahnya adalah biji kering dari 4 hingga 9 milimeter panjang, dengan lebar separuh panjangnya, dan mempunyai alur.
Daun pokok adas digunakan sebagai makanan oleh larva sebilangan spesies Lepidoptera, termasuk rama-rama mouse moth (Amphipyra tragopoginis) dan anise swallowtail (Papilio zelicaon).
Penanaman dan kegunaan[sunting | sunting sumber]
Nilai pemakanan per 100 g (3.5 oz) | |
---|---|
Tenaga | 130 kJ (31 kcal) |
Karbohidrat | 7.29 g |
- Serabut diet | 3.1 g |
Lemak | 0.20 g |
Protein | 1.24 g |
Tiamina (vit. B1) | 0.01 mg (1%) |
Riboflavin (vit. B2) | 0.032 mg (3%) |
Niasin (vit. B3) | 0.64 mg (4%) |
Asid pantotenik (B5) | 0.232 mg (5%) |
Vitamin B6 | 0.047 mg (4%) |
Folat (vit. B9) | 27 μg (7%) |
Vitamin C | 12 mg (14%) |
Kalsium | 49 mg (5%) |
Besi | 0.73 mg (6%) |
Magnesium | 17 mg (5%) |
Fosforus | 50 mg (7%) |
Kalium | 414 mg (9%) |
Zink | 0.20 mg (2%) |
Manganese 0.191 mg | |
Peratusan dianggarkan menggunakan syor A.S. untuk orang dewasa. Sumber: USDA Nutrient Database |
Adas ditanam secara meluas, terutama di taburan tempatan dan kawasan-kawasan lain, bagi daun dan biji benihnya yang berbau kuat, yang kadang-kadang turut dikenali sebagai "jintan hitam". Perisanya menyerupai jintan dan bunga lawang, sungguhpun tidak sekuatnya.[4]
Adas (Foeniculum vulgare kumpulan Azoricum; atau juga F. vulgare var. azoricum) adalah kumpulan yang ditanam dengan pangkal membentuk struktur bebawang. Ia biasanya ditanam, dan mempunyai perisa jintan serdahana, tetapi lebih harum dan manis. Perisanya terhasil dari anethole, bahan wangi yang juga terdapat pada jintan dan bunga lawang. Pokok adas adalah lebih kecil berbanding jenis liar dan mempunyai bebawang yang di makan sebagai sayuran, sama ada dimasak atau begitu sahaja. Terdapat beberapa jenis kultivar adas yang juga dikenali dengan beberapa nama.[5]
Pokok adas telah menjadi tumbuhan semula jadi sepanjang jalan, dipadang ragut, dan kawasan terbuka lain di kebanyakan kawasan, termasuk Eropah utara, Amerika Syarikat, selatan Kanada dan dikebanyakan Asia dan Australia. Ia membiak dengan mudah melalui biji benih, dan dianggap spesies ceroboh dan rumpai di Australia dan Amerika Syarikat.[6] (lihat Pulau Santa Cruz)
Adas merupakan salah satu dari tiga bahan herba utama yang digunakan dalam penyediaan absinthe, minuman campuran beralkohol yang pada asalnya sebagai elixir perubatan di Switzerland dan menjelang akhir kurun ke-19 menjadi minuman beralkohol popular di Perancis dan negara lain. Pokok adas juga diketahui sebagai perangsang[7], sungguhpun kebanyakan persediaan moden memasarkannya di bawah nama "absinthe" tidak menyebutnya sebagai itu.
Kegunaan perubatan[sunting | sunting sumber]
Lihat juga[sunting | sunting sumber]
- Adas manis
- Jintan atau jemuju
- Jintan hitam; turut disebut habbatus sauda
- Jintan manis.
- Jintan putih.
Senarai pokok | |
---|---|
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z |
Rujukan[sunting | sunting sumber]
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Adas. |
- ^ "adas". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
- ^ "fennel". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
- ^ Traditional Malay Medicinal Plants, By Muhamad Zakaria & Mustafa Ali Mohd
- ^ Katzer's Spice Pages: Fennel (Foeniculum vulgare Mill.)
- ^ Germplasm Resources Information Network: Foeniculum vulgare Diarkibkan 2009-01-20 di Wayback Machine
- ^ Common Fennel
- ^ "Database Entry: Fennel - Foeniculum vulgare, Fennel - Foeniculum vulgare, Fennel - Foeniculum vulgare". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-09-14. Dicapai pada 2008-09-07.