Alyah (penyanyi)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Jangan dikelirukan dengan Aaliyah, penyanyi Amerika Syarikat.
Rencana ini adalah mengenai Alyah. Untuk album 2008 beliau, sila lihat Alyah (album).
Datin
Alyah
Album Alyah (2008).jpg
Kulit album Alyah (2008)
Latar belakang
Nama lahir Noor Hasliah binti Abu Hasan
Juga dikenali sebagai Alyah
Kelahiran (1981-01-03) 3 Januari 1981 (umur 36)
Gelang Patah, JohorJohor
Berasal dari MalaysiaMalaysia
Genre Pop
Pekerjaan Penyanyi
Tahun aktif 2000 - sekarang
Label Like Music Ent.

Datin Noor Hasliah Abu Hasan atau lebih dikenali sebagai Alyah merupakan seorang penyanyi pop wanita Malaysia yang bergiat aktif dalam dunia seni sejak tahun 2000 ketika beliau berusia 19 tahun, namun namanya mula meniti di bibir peminat pada tahun 2008 menerusi lagu hits Tak Mungkin Kerana Sayang ciptaan Ajai dan Habsah Hassan. Bakat Alyah dikesan menerusi pertandingan Bintang HMI 2000 anjuran Radio Televisyen Malaysia yang menobatkan beliau sebagai juara.

Perjalanan kerjaya[sunting | sunting sumber]

Ketika zaman remajanya di Johor, Alyah banyak menyertai pertandingan nyanyian baik dengan lagu-lagu pop mahupun lagu tradisional. Alyah mula mendapat perhatian ramai apabila menjadi Naib Juara Pertandingan Asia Bagus yang berlangsung di Jakarta pada tahun 1998 ketika beliau masih berusia 17 tahun. Seterusnya Alyah mencipta nama sekali lagi menerusi pertandingan Bintang HMI pada tahun 2000 dengan mempertaruhkan lagu nyanyi Francesca Peter berjudul Andainya dan Khatijah Ibrahim (Ku Ingin Lari). Kariernya bermula apabila mengikat kontrak bersama sebuah syarikat rakaman kecil tempatan. Ketika itu bernaung di bawah syarikat Muzik Segar Embun (MSE) kerana syarikat itu serius dalam membuat tawaran. Alyah berguru bersama bapa saudaranya yang juga seorang penyanyi Azizul Khamis sebagai persiapan untuk album sulungnya. Album itu memuatkan juga tiga buah lagu yang berjudul Senandung Duka dan Bukan Begitu Caranya yang dipetik dari album kompilasi Kita Adalah Kita (Tribute to Mahathir Mohammad) pada tahun 2001. Album pertamanya berjudul Destinasi telah diterbitkan pada tahun 2002, malangnya ekoran masalah syarikat rakaman yang gulung tikar, kerjaya nyanyian Alyah yang baru bermula juga turut sama tenggelam.

Setelah itu beliau berjaya mendapat peluang oleh syarikat rakaman antarabangsa EMI untuk merakamkan album kedua. Peluang itu digunakan sebaik mungkin kerana beliau berpeluang bekerjasama dengan komposer hebat seperti LY, Bong, Miji, Aji, Kelly, Pacai, Ross Arifin, Zuraini dan Taj Mahal dan diterbitkan oleh Ahmad Izham Omar. Album tersebut diberi judul Permata akhirnya menemui pendengar pada tahun 2004. Biarpun beberapa buah lagu mendapat tempat di hati pendengar, album tersebut tidak begitu menyerlahkan nama Alyah malahan kerjayanya juga suram ekoran persaingan dengan bintang realiti TV yang lebih mendapat tempat ketika itu.

Pada tahun 2006 beliau meninggalkan EMI dan mengambil keputusan untuk menyertai program nyanyian realiti di 8TV iaitu One In A Million. Beliau berjaya ke TOP 12 dan menamatkan saingan di tempat ke 6. Pertandingan yang sama turut disertai oleh penyanyi seperti Faizal Tahir, Dayang Nurfaizah, Suki Low dan Alif Satar. Seterusnya Alyah menyertai kumpulan hip-hop The Fabulous Cats pada tahun 2006 dan album sulung kumpulan itu yang berjudul Fantastik menampilan Alyah sebagai vokalis wanita sekaligus menguji Alyah dalam menyampaikan lagu-lagu dari nuansa muzik seperti Hip Hop, R&B, reggae, reggaeton, dan ‘80s pop serta swing. Single pertama kumpulan tersebut Papa Jahat melonjak ke tangga pertama carta muzik tempatan sementara lagu-lagu lain seperti Fantastik, Bila Bila Katakan dan Rimas juga mendapat tempat. Malangnya jodoh Alyah tidak bertahan lama dengan kumpulan tersebut kerana perselisihan faham. Alyah meninggalkan TFC dan melancarkan karier muzik secara solo kembali.

Pada tahun 2008, beliau kembali dengan album solo berjudul Alyah yang mendapat sentuhan komposer Ajai menerusi label Wake The Baby dan kerjasama Complete Version. Album ini diedarkan oleh Maestro Records. Album ini berkonsepkan indo pop dan mempertaruhkan lagu Tak Mungkin Kerana Sayang dan Ku Pinjamkan Satu Bintang yang menjadi hits terhebat pada tahun tersebut. Album ini berjaya meletakkan nama Alyah ke tempat tertinggi di kalangan artis tempatan sekaligus menjulang nama Alyah sebagai salah seorang penyanyi wanita popular masa kini.

Perkahwinan[sunting | sunting sumber]

Pada 18 Mac 2013 beliau berkahwin dengan maestro muzik Dato' Ramli MS di Indonesia tetapi merahsiakan perkahwinan selama setahun lima bulan sebelum dihidu media.[1]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album Studio (Solo)[sunting | sunting sumber]

Album Studio (bersama The Fabulous Cats)[sunting | sunting sumber]

  • Fantastik (2006)

Single[sunting | sunting sumber]

Tahun Judul Lagu Kedudukan Tertinggi Carta Album
Era FM Baik Banget Muzik-muzik
2001 "Senandung Duka" Kita Adalah Kita
2002 "Setelah Kau Pergi" Destinasi
"Sesungguhnya"
2004 "Mengapa" Permata
"Permata"
2006 "Papa Jahat" Fantastik
sebagai ahli The Fabulous Cats
2007 "Fantastik"
"Macam Itu Macam Ini"
"Rimas"
"Bila-bila Katakan"
2008 "Tak Mungkin Kerana Sayang" Alyah
"Ku Pinjamkan Satu Bintang"
duet bersama Riz Ideris
2009 "Realiti Dewi"
2010 "Kau Bisu" Kisah Hati
2011 "Kisah Hati"
2012 "Lena Sahara"
"Pesananmu"
"Kau Yang Terindah"
2014 "Sesal Separuh Nyawa" 1st -- --
2015 "Dendam Cinta" -- -- -- OST Jwanita
"Syurga" -- -- --

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

  1. Juara Wirawan EON (1994)
  2. Juara Suara Johor (1997)
  3. Juara Bintang Asli (1998)
  4. Juara Bintang Sensasi Johor (1998)
  5. Naib Johan Asia Bagus (1998)
  6. Juara Bintang MPPJ (1999)
  7. Juara Bintang HMI (2000)
  8. Top 12 8TV’s OIAM (2006)
  9. Top 5 Anugerah Industri Muzik Ke-16 (2009) - Album Pop Terbaik
  10. Finalis Anugerah Juara Lagu 24 (2010) - lagu Tak Mungkin Kerna Sayang
  11. Persembahan Terbaik GAH1 Akhir RTM (2010)
  12. Lagu Terbaik GAH1 Akhir RTM (2010)
  13. Persembahan Terbaik Anugerah Juara Lagu 25 (2011) - lagu Kisah Hati
  14. Lagu Pop Terbaik Anugerah Industri Muzik Ke-21 (2014) - lagu Sesal Separuh Nyawa

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Mohd Al Qayum Azizi (5 September 2014). "Lewat Daftar Nikah: Ramli MS & Alyah Boleh Dipenjara". mStar. Dicapai pada 25 September 2014.