Ainul Aishah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ainul Aishah
اينل ايشح
Kelahiran
Ainul Aishah binti Azizun

(1985-04-16) 16 April 1985 (umur 39)
PekerjaanPelakon, model, ahli perniagaan
Tahun aktif2006–kini
PasanganKhalid Redzuan (k. 2022)

Ainul Aishah Azizun (Jawi: اينل ايشح بنت ازذن; lahir 16 April 1985) merupakan seorang pelakon, model dan ahli perniagaan wanita Malaysia, berasal dari Bandar Baru Bangi, Selangor.[1] Beliau dilahirkan di Hospital Pantai,Bangsar Kuala Lumpur. Beliau terkenal dengan peranan lakonannya sebagai Marina dalam filem Histeria (2008) dan sebagai Baby dalam telenovela Lara Aishah (2016).

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Sebelum berkecimpung dalam bidang lakonan, Ainul Aishah terlebih dahulu memulakan kerjaya awalnya sebagai model. Peranan filemnya hadir pada 2006 selepas pengarah Abdul Razak Mohaideen menawarkannya membintangi filem Nana Tanjung, memegang watak sebagai Siti Hajar. Beliau kembali menjayakan peranannya dalam kesinambungannya yang ditayangkan pada 2007. Pada 2008, beliau diberikan watak utama sebagai seorang pelajar asrama bernama Marina dalam filem seram suspens arahan James Lee, Histeria terbitan Tayangan Unggul yang dibintangi oleh Liyana Jasmay, Scha Al-Yahya dan Yana Samsudin.[2]

Beliau meninggalkan kerjaya lakonan pada 2010 bagi menumpukan perhatian pada francais perniagaan Tutti Frutti yang diusahakan oleh keluarganya. Sejak 2013, beliau mengusahakan perniagaan biskut A Cookies.[3][4]

Ainul kembali aktif berlakon pada 2014, beliau muncul bersama Tiz Zaqyah dan Amar Baharin dalam siri Akadku Yang Terakhir yang disiarkan di TV3. Beliau memegang watak sebagai Baby dalam telenovela Lara Aishah yang diadaptasi dari telenovela La Loba. Drama ini dibintangi oleh Fasha Sandha dan Nazim Othman.[5] Ainul membuat penampilan pentas pertamanya menerusi pementasan teater Putera La Galigo yang dipentaskan pada 17 dan 18 Disember; beliau memegang watak Awan.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Ainul Aishah dilahirkan di Bangsar, Kuala Lumpur dan merupakan anak kedua daripada empat beradik. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Multimedia Kreatif di Universiti Multimedia.

Selain itu, Ainul juga bersahabat baik dengan pelakon.[6]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Catatan
2006 Nana Tanjung Siti Hajar Filem pertama
2007 Otai Calon Isteri 3 (Gila)
Nana Tanjung 2 Siti Hajar
2008 Histeria Marina
2009 Skrip 7707 Shasha
2012 Untuk Tiga Hari Ujie (muda)
2020 Suraya Suraya

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2008 Spa Qistina Vina TV3
Enigma Lili
KL Menjerit The Series Ekin Astro Ria
2009 Bong (Musim 6) TV9
Cinta Balqis Siti TV3
2011 Begitukah Cinta Riana
2014 Akadku Yang Terakhir Eriza Astro Prima
2016 Lara Aishah Aimi Farhana
2018 Semerah Cinta Humairah Sheila TV3
Seribu Rindu Aisyah
2019 Seputih Cinta Rangbulan Lydia TV Okey
2021 Terlerai Noktah Hani TV3

Video Klip[sunting | sunting sumber]

Teater[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk
2016 Putera La Galigo

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2017 Surat Buat Bakal Isteriku Izati Astro Ria

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Karya tercalon Keputusan
2007 Festival Filem Malaysia ke-20 Pelakon Harapan Wanita Nana Tanjung Tercalon

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Marina Shabudin (14 Mac 2016). Ainul Aishah tinggalkan karier lakonan Sinar Harian. Dicapai pada 16 Mei 2018.
  2. ^ Histeria kisah seram enam pelajar nakal Diarkibkan 2018-05-16 di Wayback Machine Utusan Malaysia (12 September 2007). Dicapai pada 16 Mei 2018.
  3. ^ Zaidi Mohamad (26 Disember 2016). "Ainul Aishah takkan berhenti jual biskut". Berita Harian. Dicapai pada 18 Mei 2018.
  4. ^ Jean Khoo (8 Julai 2015). "Not Just A Local Actress: Ainul Aishah's Accidental Cookie Empire Is A Force To Be Reckoned With". Vulcan Post. Dicapai pada 18 Mei 2018.
  5. ^ Zaidi Mohamad (13 Januari 2017). Tunggu lapan tahun, watak Baby lonjak populariti Ainul Aishah Berita Harian. Dicapai pada 16 Mei 2018.
  6. ^ Zaidi Mohamad (30 Januari 2018). "Ainul 'pelindung' Nadia". Berita Harian. Dicapai pada 18 Mei 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]