Pergi ke kandungan

Al-Imam (siri TV)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Al-Imam
GenreBiografi, drama, agama, sejarah, bersiri
Berdasarkan daripada
Peristiwa yang berlaku dalam hidup Ahmad bin Hanbal
Ditulis olehMohammed Al-Yousari
PengarahAbdul Bari Abu Al-Khair
Dibintangi oleh
Mehyar Khaddour
Salloum Haddad
Lagu pembukaanDaripada sajak Imam Al-Syafii
PenggubahTariq Al-Nasser, Dave Scott
Negara asalDunia Arab/Qatar
BahasaBahasa Arab
Bilangan musim1
Bilangan episod31
Penerbitan
Penerbit eksekutifQatar Media Foundation
PenerbitAl-Buraq Media Production Company, D&B Media
LokasiLubnan, Turki
Tempoh siaran50 minit
Penyiaran
Saluran asalQatar TV
Format gambarHDTV
Siaran asal20 Mei 2017 (2017-05-20) – 25 Jun 2017 (2017-06-25)
Kronologi
MengikutiOmar (siri TV)
Pautan luar
Laman sesawang
Tapak sesawang penerbitan

Siri Al-Imam, juga dikenali sebagai siri Ibnu Hanbal atau siri Ahmad bin Hanbal (Bahasa Arab: الإمام أحمد بن حنبل),[1][2][3] ialah sebuah siri drama sejarah televisyen[4] yang diterbitkan oleh Yayasan Media Qatar, dengan kerjasama Syarikat Penerbitan Media Al-Buraq Qatar. Ia disiarkan pada bulan Ramadan 2017 (1438H)[5], dan diusahakan dengan bantuan sejumlah artis dari tujuh buah negara dengan lebih daripada 70 artis dan wakil. Siri tersebut mengambil dua tahun dalam pembikinan, menerusi proses rakaman, penyuntingan, penerbitan dan sebagainya dari tahun 2015 ke 2016.[5]

Al-Imam mengisahkan kisah hidup keempat-empat imam besar Islam, berkisarkan pada hayat Ahmad bin Hanbal dan peristiwa yang berlaku dalam hidupnya, pekerjaannya dan pengajiannya dalam ilmu hadis dan Al-Quran sehingga beliau meninggal dunia. Siri ini juga melihatkan kejadian yang berlaku semasa zaman negeri Abbasiyah: peristiwanya, penaklukan, kemunculan pihak Muktazilah dan dakwaan kemakhlukan Al-Quran.[6][7][8][9]

Siri tersebut dihasilkan di Lubnan dan Turki, dengan set dan perhiasan bandar-bandar dibina di sana untuk mengambarkan kota-kota Mekah, Ammuriyah/Amorium, Baghdad dan medan perang yang tentera Abbasiyah bertempur. Penerbit Al-Imam melancarkan laman sesawang rasmi bagi siri tersebut dalam empat bahasa, seperti bahasa Arab dan Inggeris. Pada bulan Ramadan, Qatar Television menyiarkan ia ke kaca televisyen.[10][11]

Ia ditetapkan untuk ditayangkan pada bulan Ramadan 2016 (1436H), akan tetapi artis-artis dari negara Syria mengalami masalah visa ke tempat pembikinan cerita di Maghribi, Algeria, India, Uzbekistan, Sepanyol, dan akhirnya mereka pun merakam kisah tersebut di Turki dan Lubnan, di mana ia akhirnya dapat dirakam setelah lama menunggu.[12][13]

Siri tersebut diarahkan oleh Abdel Bari Abul-Khair dan dibintangi oleh pelakon-pelakon dari serata Asia Barat, seperti Mehyar Khaddour[14][15][16] sebagai Imam Ahmad, Salloum Haddad sebagai Harun Al-Rasyid, Jiana Eid sebagai ibu Imam Ahmad, Qamar Khalaf sebagai Fauz, Qasim Melho sebagai Ahmad bin Abi Duad, Muhannad Qutisy sebagai Jafar Al-Barmaki, Mohammed Khair Jarrah sebagai Fadli bin Al-Rabi', Marah Jabr sebagai isteri Imam Ahmad bernama Abasah, Ruaa Yassin sebagai Hasan dan banyak lagi.[17][18][19]

Imam Ahmad bin Hanbal (164-241TH/780-855TM) ialah seorang sarjana dan ulama Islam dari Zaman Kekhalifahan Abbasiyah, dan merupakan salah seorang daripada empat imam besar dalam Islam Ahli Sunah Waljamaah, dan juga merupakan tokoh asas bagi mazhab Hanbali dalam ilmu fiqah. Beliau dikenali sebagai seorang yang kuat ilmunya dan teguh dalam kebenaran, malah juga atas akhlak beliau dengan kesabaran, rendah diri dan tolak ansur. Beliau dipuji oleh ramai sarjana-sarjana lain, contohnya Imam Syafii, dan bukunya "Musnad" adalah antara buku-buku yang paling ternama.

Ahmad bin Hanbal dilahirkan pada tahun 164 Hijrah di Baghdad sebagai seorang anak yatim. Baghdad merupakan ibu kota bagi Dunia Islam, dipenuhi dengan pelbagai jenis ilmu dan seni maka keluarga Ahmad pun pergi ke sana untuk menimba ilmu, dan pada tahun 179H beliau mula mengaji hadis-hadis Nabi Muhammad. Beliau belajar di Baghdad bersama-sama Syeikh Hasyim bin Basyir Al-Wasiti sehinggalah beliau meninggal dunia pada tahun 183H lalu beliau masih meneruskan pengajiannya dengan majlis ilmu hadis di Baghdad sehingga tahun 186H, di mana beliau pergi ke Iraq, Hijaz, Tihamah dan Yaman, untuk belajar bersama-sama ahli pakar dan pengaji hadis. Apabila mencecah usia empat puluh pada tahun 204H, beliau bekerja dalam usaha pengeluaran dan penyemakan fatwa serta mengajar hampir lima ribu orang dalam bidang hadis di Baghdad.

Ibnu Hanbal cekal dalam peristiwa getir yang melanda di zamannya, yang dikenali sebagai "Fitnah Kemakhlukan Al-Quran", sebuah fitnah yang muncul di zaman Abbasiyah semasa pemerintahan Al-Makmun, Al-Muktasim dan Al-Wathiq selepas Harun Al-Rasyid. Baginda bertiga percaya bahawa Al-Quran itu suatu makhluk, selaras dengan ajaran Muktazilah, namun Ibnu Hanbal dan para ulama lain membantah kata mereka dengan mengatakan bahawa Al-Quran itu kalam Allah dan bukannya suatu makhluk, oleh sebab itu Ibnu Hanbal diseksa dan dipenjarakan. Akhirnya Ibnu Hanbal dibebaskan dan kembali menuntut ilmu dan mengajar tetapi dihalang Al-Wathiq daripada berjumpa orang lain. Apabila Al-Mutawakil menaiki takhta, baginda mengakhirkan fahaman ini seluruhnya. Dan pada musim bunga tahun 241H, Ahmad bin Hanbal jatuh sakit dan meninggal dunia pada usia tujuh puluh tahun.

Kisah dan peristiwa

[sunting | sunting sumber]

Siri Al-Imam ialah sebuah drama sejarah yang menumpukan riwayat hidup Imam Ahmad bin Hanbal dan menayangkan pelbagai peristiwa yang berlaku semasa hayatnya dan terhadap negeri Abbasiyah pada zaman Khalifah Harun Al-Rasyid di kota Baghdad,[20] seperti keadaan penduduknya dari golongan susah hingga sederhana, seperti Ahmad bin Hanbal, penaklukan yang berlaku di zaman baginda Harun Al-Rasyid, kemunculan aliran Muktazilah dan kemelutan kuasa di antara Al-Amin dan Al-Makmun. Siri Al-Imam memperagakan tiga tema dalam penceritaannya: i) riwayat hidup Ahmad bin Hanbal dan keadaan masyrakat Baghdad, ii) sistem politik yang digunakan sewaktu zamannya, dan iii) beberapa kisah, cerita dan fakta sejarah yang pernah berlaku semasa zaman Ibnu Hanbal.[21][22][23]

Tema riwayat hidup dan keadaan masyarakat

[sunting | sunting sumber]

Kisah siri ini bermula dengan Ahmad pada zaman belia yang sibuk menimba ilmu dan menunjukkan keadaan suasana yang beliau tinggal pada tahun 179H di Baghdad, termasuklah kesusahan yang beliau hadapi, serta minat beliau dalam bidang puisi, keilmuan, bahasa dan hadis. Ibunya pula kerap mendorong beliau untuk teruskan pengajian beliau, terutama sekali dalam ilmu hadis dan menitikberatkan supaya jangan meninggalkan pengajian dan ilmu hanya kerana kerja. Ibnu Hanbal pergi menjelajah ke Kufah, Basrah dan Hijaz untuk belajar dan berjumpa dengan ilmuwan dan sarjana lain, dan akhirnya siri tersebut mengisahkan keulungan beliau selepas pemergian Imam Syafii.[24][25][26]

Siri ini juga menunjukkan perwatakan, hidup, tingkah laku, perkahwinan, kesusahan, dan kejadian yang beliau tempuhi, juga orang-orang yang beliau pengaruhi atau dipengaruhinya mengikut pemikirannya, ilmunya, sahabatnya, juga mengisahkan pemenjaraannya, sengketa dan perbincangan yang beliau hadapi. Ia juga menunjukkan bahawa Imam Ahmad mengikut apa yang absah dan tepat, dan menolak penggunaan qiyas melainkan tiada dalil yang dapat digunakan daripada Al-Quran dan hadis, dan mengelakkan pendapat dan penggunaan akal bersahaja seperti pengikut Muktazilah yang hanya menggunakan akal sebagai sumber teragung tanpa menggunakan Al-Quran. Angkara mereka, Ahmad kian kembali kepada pangkal hadis dan Quran untuk menyanggah sebarang bidaah.[27][28][29]

Imam Ahmad juga dibawa bicara menghadap Al-Makmun dan pengikut Muktazilah dalam isu Kemakhlukan Quran. Beliau juga diceritakan menjelajah dan meneroka untuk mencari ilmu bersama-sama ilmuwan dan sarjana lain di Iraq, Hijaz, Tihama dan Yaman, malah juga berjumpa dengan ilmuwan dan pengaji hadis-hadis, dan beliau juga diceritakan semasa beliau berumur empat puluh tahun pada 204H di mana beliau mengetuai majlis perbicaraan hadis dan hukum-hakam di Baghdad, dan masih lagi menyebarkan ilmu sehingga pemergian beliau pada 241H.[30][31][32]

Tema politik dan kerajaan baharu

[sunting | sunting sumber]

Dalam tema kedua, siri ini menunjukkan situasi politik di Baghdad semasa pemerintahan Harun Al-Rasyid serta pergelutan beliau dengan orang-orang Barmaki, keadaan kerajaan Abbasiyah apabila Maharaja Rom, Naqfur I, enggan membayar jizyah yang disusuli warkah utusan Harun Al-Rasyid kepadanya, perang-perang seperti Penaklukan Ammuriyah di mana pihak Muslim berjaya, dan juga sengketa di antara Al-Amin dan Al-Makmun untuk mendapat kuasa setelah kemangkatan Harun Al-Rasyid, yang setelah kemangkatan Al-Makmun, Al-Mu'tasim pula menaiki takhta.[33][34]

Tema drama dan fakta sejarah

[sunting | sunting sumber]

Tema ketiga ialah beberapa kisah, cerita dan fakta sejarah diceritakan semula yang berasal dari zaman Imam Ahmad, antaranya ialah kisah kehilangan dua orang perempuan bernama Fauz dan syahinaz selepas mencari ayah mereka, seorang pedagang, semasa bermusafir dagang di Baghdad serta kisah perkahwinan dan pertemuan semula mereka. Ada juga kisah tentang Faraj dan ibunya yang hidup miskin. Faraj ialah seorang pencuri hanya untuk terus hidup sehinggalah beliau bekerja dalam pertukangan pelana kemudian menjadi perisik untuk menteri Harun Al-Rasyid, Al-Fadli bin Al-Rabi', dan menyampaikan berita tentang para Muktazilah. Akhir sekali, kisah tentang Amir, ibunya dan isterinya yang sering bergaduh atas perbezaan pendapat dan keinginan.[35]

Penerbitan

[sunting | sunting sumber]

Siri Al-Imam memulakan proses penghasilan pada tahun 2015, menurut laporan daripada Yayasan Media Qatar, dan dibuat untuk tayangan bulan Ramadan 2016 tetapi ditangguhkan di bawah arahan Qatar TV, penerbit rasmi siri ini,[36] atas sebab masalah dalam pembikinan dan halangan yang dihadapi semasa rakaman. Ia ditetapkan untuk dirakam di tujuh buah negara dengan set-set besar menggambarkan tempat asal peristiwa dalam drama tersebut berlaku, seperti Mekah, Ammuriyah, Baghdad, medan perang di mana negeri Abbasiyah berlawan, juga tempat yang penting dalam penceritaan kisah Ahmad bin Hanbal.[37][38][39]

Siri tersebut ditulis oleh Muhammad Al-Yousari, yang telah menulis semula skrip dan dialog empat kali[40] dalam masa dua tahun sebelum mula dihasilkan,[41][42] kemudian peristiwa dan fakta sejarah ditelitikan oleh tiga orang syeikh dan pakar pengkaji hadis.[43] Siri ini diarahkan oleh Abdel Bari Abu Al-Khair manakala babak perang diarahkan oleh Hossam Mohammed Al-Hamad, dilaksanakan oleh Mohammed Makiyah.[5] Siri ini ditaja oleh Yayasan Media Qatar dan diterbit oleh Syarikat Penerbitan Media Al-Buraq. Peralatan media dan fotografi disediakan oleh syarikat D&B MEDIA di Turki.[5] Arahan kesenian dilaksanakan oleh Al-Maha, dan diselia oleh syarikat Prime Focus World India. Siri tersebut dilancarkan pada 27 Mei 2017 dalam bahasa Arab. Ia kemudiannya dialihbahasakan ke dalam lima bahasa, termasuklah bahasa Turki dan lain-lain. Ia diterbitkan di tiga buah negara, Qatar, Kuwait dan Syria.[44][45][46]

Halangan dalam penerbitan

[sunting | sunting sumber]

Yayasan Media Qatar telah mengumumkan pada 2 Jun 2016, siri tersebut harus ditangguhkan ke Ramadan tahun depan (1438H/2017M),[47] supaya dapat disempurnakan. Pengarah Eksekutif Al-Buraq dan juga penerbit Al-Imam, Mohammad Al-Enezi, berkata bahawa arahan penangguhan tersebut datang daripada pihak pengurusan Qatar TV akibat kekurangan peralatan yang diperlukan untuk menghasilkannya dengan tahap yang bagus seperti dirancangkan, dan akan dilancarkan pada bulan Ramadan 2017.[48][49]

Tambahan itu, siri Al-Imam mengalami pelbagai masalah seperti mencari calon pelakon dari Syria, yang terjerat dengan kerja-kerja lain, termasuklah Qusay Khouli[50] Ghassan Massoud[51][52] Rashid Assaf [53][54][55][56] dan Samer Al-Masri[57][58][59][60] yang asalnya akan memainkan watak Harun Al-Rasyid.[61][62][63] Ada juga masalah mencari tapak rakaman di negara-negara asing. Permohonan rakaman mereka ditolak dan mereka terpaksa cari tempat di tujuh buah negara lain namun setiap satu menolak permohonan mereka. Menurut laporan dari Khalij Jadid,[64] syarikat penerbitan mereka berharap untuk rakam siri mereka di Maghribi, tetapi mereka tidak dibenarkan masuk bandar Marrakech, kemudian mereka memilih Uzbekistan dan Algeria sebagai tapak alternatif, kemudian Sepanyol dan India sebagai pilihan terakhir.[65] Akan tetapi, mereka tetap tidak berjaya, dan kerja dapat dilakukan di Turki dan Lubnan setelah setahun tertangguh. Sebab mereka tidak dibenarkan masuk ialah kerana artis-artis mereka dari Syria mengalami masalah perolehan visa, dan akhirnya siri tersebut siap pada tahun 2017.[66][67][68]

Rakaman dan fotografi

[sunting | sunting sumber]

Penerbit pilih untuk mulakan rakaman di negara Lubnan dan Turki[69] di bandar Istanbul, di Selat Bosphorus, tapak sebenar peperangan pertama antara Harun Al-Rasyid dan Naqfur I, Pertempuran Ammuriyah dan juga peristiwa rintihan seorang Muslimah bertajuk Wa Muktasimah terjadi, sebuah rintihan kepada Khalifah Muktasim apabila Muslimah tersebut dianiaya pengawal Romawi[70] dan di bandar Mardin, yang berada di kaki bukit tenggara Turki[71] yang mirip sebuah kota lama dari Zaman Pertengahan. Ia mempunyai suasana gurun, laut, pergunungan dan sungai, dan sama seperti Baghdad tempat Imam Ahmad tinggal dahulu yang hadir dengan perumahan, dataran, pokok palma dan gaya seni bina yang serupa dengan zaman Abbasiyah dan Umayyah.[72][73][74]

Pelakon dan watak-watak

[sunting | sunting sumber]
  • Mehyar Khaddour - Ahmad bin Hanbal
  • Salloum Haddad - Harun Al-Rasyid
  • Kassem Melho - Ahmad bin Abi Duad
  • Akef Najm - Imam Al-Syafii
  • Gianna Eid - Ibu Ahmad bin Hanbal
  • Syadi Muqrasy -Badar Al-Kalai
  • Mahmoud Khalili - Ahmad bin Nasir Al-Khuzaii
  • Yousef Al-Maqbal - Thamamah bin Al-Asyras
  • Hazem Zeidan - Suhaib
  • Suhail Jabai - Yahya bin Muin
  • Hamad Najm - Ishak bin Hanbal
  • Tariq Abdo - Saleh bin Ahmad bin Hanbal
  • Mohammed Mustafa - Ali bin Jaham Abu Al-Hasan
  • Muhannad Qutaisy - Jafar Al-Barmaki
  • Mostafa Saad El Din - Amru bin Amir
  • Bassel Haidar - Ahmad bin Hani Al-Nisyapuri
  • Malik Mohammed - Abu Bakar Al-Marwadhi
  • Rana Gamool - Zumrudah
  • Usamah Yousef
  • Mirjana Maalouli - Syahinaz
  • Robin Isa - Zubaidah binti Jafar
  • Loris Kazaq - Salma
  • Faten Syaheen - Ibu Imam Al-Syafii
  • Ahida Dib - Buthaina
  • Amira Khattab - Ummu Khalid
  • Kafah Al-Khus - Faraj
  • Raja Yusuf - Ibu Faraj
  • Hanan Al-Jabir
  • Ghassan Azab - Masrur
  • Adham Mursyad - Marwan
  • Jamal Choucair - Fadli bin Sahl Al-Sarakhsi
  • Mohammed Hamadah - Tharwan
  • Ziad Touati - Mohammed bin Sarraj
  • Ayham Majid Agha - Hanzalah
  • Hamid Al-Dhab'an - Sufian bin Ayaneh
  • Waseem Qazaq - Bahlul
  • Fadi Al-Hamawi - Yahya bin Aktham
  • Fahad Al-Sukkari
  • Hamzah Abu Al-Khair
  • Fadi Sabeeh - Abdullah Al-Makmun
  • Khaled Al-Qisy - Abu Abdullah Muhammad Al-Amin
  • Ali Karim - Ibnu Mus'ab
  • Jamal Al-Ali - Amir
  • Fethi Al-Haddaoui - Abu Abdullah Al-Armeni
  • Nasser Wardani - Isa bin Jafar
  • Muktasim Al-Nahar - Abu Fadli Jafar Al-Mutawakil
  • Ahmed Mansour - Ma'ruf Karkhi
  • Tayseer Idris - Bisyr Al-Murisi
  • Mohamed Khair Al-Jarrah - Fadli bin Rabi'
  • Pierre Dagher - Al-Muktasim Billah
  • Marah Jabr - Abasa
  • Ruaa Yassin - Hasan
  • Nadirah Imran - Ummu Amir
  • Mazen Al-Jabbah

Senarai episod

[sunting | sunting sumber]

Berikut ialah senarai episod serta sinopsis dan tarikh siaran perdana.

  1. Ahmad bin Hanbal mencari penyewa untuk kedai beliau, dan kehilangan dua adik-beradik perempuan, Syahinaz dan Fauz daripada pangkuan ayah mereka. 27 Mei 2017.
  2. Ayah Fauz dan Syahinaz mula mencari mereka, Amir si tukang kasut mula menyewa kedai Ahmad bin Hanbal. 28 Mei 2017.
  3. Khalifah Al-Rasyid mula mencari maklumat berkenaan penderhaka, Imam Ahmad mula belajar dengan Abu Yusuf Al-Ansari. 29 Mei 2017.
  4. Kematian Imam Malik dan dukacita Ahmad ke atas beliau, Marwan ingin meminang Syahinaz. 30 Mei 2017.
  5. Syahinaz berkahwin dan Hanzalah mula mencari pembeli Fauz, Amir berkahwin, dan Ahmad mencari kerja. 31 Mei 2017.
  6. Al-Syafii menghadap Khalifah Harun Al-Rasyid untuk perbicaraan di bawah perintah baginda. 1 Jun 2017
  7. Musuh Ahmad cuba membeli kedainya, keluarga Imam Al-Syafii merindui beliau yang berada di Baghdad. 2 Jun 2017.
  8. Keadaan menjadi tegang apabila Zubaidah, permaisuri Khalifah, menyentuh isu keluarga Barmaki, Harun Al-Rasyid mencemar duli ke kota untuk siasat hal ehwal rakyat. 3 Jun 2017.
  9. Kemunculan fahaman Muktazilah, bidaah dan malapetaka Fitnah Makhlukan Al-Quran dan ulasan Imam Al-Syafii terhadapnya. 4 Jun 2017.
  10. Ahmad pergi jelajah untuk menimba ilmu bersama Yazid bin Harun, dan Syahinaz masih mencari kakaknya Fauz. 5 Jun 2017.
  11. Fauz akhirnya keluar dari rumah Zumruda dan dijualkan kepada ketua pengawal untuk dijadikan amah. 6 Jun 2017.
  12. Ahmad pergi menunaikan haji di Mekah, dan warkah utusan Naqfur I kepada Harun Al-Rasyid. 7 Jun 2017.
  13. Sambungan peperangan Harun Al-Rasyid menentang Rom dan pembunuhan Naqfur I menandakan kemenangan pihak Muslim. 8 Jun 2017.
  14. Al-Amin menaiki takhta selepas kemangkatan Harun Al-Rasyid. 9 Jun 2017.
  15. Perang mula tercetus antara Al-Amin dan Al-Makmun, bala tentera berlawan untuk merampas kuasa. 10 Jun 2017.
  16. Sambungan perang di antara Al-Amin dan Al-Makmun, Al-Makmun dibunuh. 11 Jun 2017.
  17. Bidaah dan dusta semakin menjelma dan pengikut Muktazilah mula mewara-warakan kepercayaan mereka di kota Baghdad. 12 Jun 2017.
  18. Para Muktazilah dibunuh Usama Al-Bakri Abu Al-Abbas, dan kematian Imam Al-Syafii. 13 Jun 2017.
  19. Khalifah Al-Makmun mula menyoal ulama Ahli Al-Sunnah di Baghdad tentang kemakhlukan Al-Quran. 14 Jun 2017.
  20. Abu Musab menyeru ulama-ulama Baghdad, termasuklah Imam Ahmad tentang kemakhlukan Al-Quran, Imam Ahmad dihumban kepenjara. 15 Jun 2017.
  21. Imam Ahmad dan Ibnu Nuh dihantarkan ke penjara, dan mendapat khabar kemangkatan Al-Makmun dalam perjalanan. 16 Jun 2017.
  22. Abu Abdul Rahman Al-Marisi, dalang fahaman Muktazilah meninggal dunia. 17 Jun 2017.
  23. Imam Ahmad berbahas dengan pengikut Muktazilah dihadapan Khalifah Muktasim Billah, Imam Ahmad menang. 18 Jun 2017
  24. Khalifah Muktasim Billah kagum dengan kemahiran Imam Ahmad melawan hujah para Muktazilah, baginda kemudian memenjarakan Ahmad dan diseksa. 19 Jun 2017.
  25. Isteri Imam Ahmad menghidap penyakit maut, Ahmad dan anak beliau dukacita, dan pembunuhan panglima Babak Khorramdin. 20 Jun 2017.
  26. Perkembangan peristiwa yang berlaku di Baghdad pada tahun 227H, dan kemangkatan Khalifah Muktasim Billah dan kenaikan Al-Wathiq. 21 Jun 2017.
  27. Para ulama Ahli Al-Sunnah bertekad untuk tamatkan riwayat Muktazilah dan hentikan kesesatan juga bidaah, mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. 22 Jun 2017.
  28. Imam Al-Khuza'i berbahas dengan Muktazilah di hadapan Al-Wathiq, Imam Khuza'i dipenggal. 23 Jun 2017.
  29. Rumah Imam Ahmad diserbu dan geledah di bawah arahan Abu Musab untuk mencari anak murid Amir Al-Mukminin. 24 Jun 2017.
  30. Perbelanjaan Imam Al-Attiyah, yang diberikan Al-Mutawakkil kepada fakir miskin daripada golongan Ansar dan Muhajir. 25 Jun 2017.
  31. Imam Ahmad jatuh sakit dan kesihatan beliau terjejas, beliau meninggal dunia sambil mengucap dua kalimah syahadah. 26 Jun 2017.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "الإمام أحمد بن حنبل". ramadanahla. 27 Mei 2017. Dicapai pada 3 November 2019.
  2. ^ "الإمام (2017) Imam". موقع السينما دوت كوم. 27 Mei 2017. Dicapai pada 3 November 2019.
  3. ^ "رمضان يعيد للمسلسلات dateية مكانتها بعد سنوات من الغياب". kolalwatn. 2 Mei 2016. Dicapai pada 3 November 2019.
  4. ^ Diarkibkan 2018-10-15 di Wayback MachineDiarkib dari asal pada 15 Oktober 2018.
  5. ^ a b c d "أبرز المسلسلات التي ستُعرض في رمضان 2017". ontha. 25 Julai 2017. Dicapai pada 3 November 2019.
  6. ^ "قصة مسلسل الإمام أحمد بن حنبل". akoam.com. 20 April 2017. Dicapai pada 4 November 2019.
  7. ^ "مسلسل الامام احمد بن حنبل 2017". sharingkanal. 9 Mac 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-10-14. Dicapai pada 4 November 2019.
  8. ^ "قصة مسلسل الامام احمد بن حنبل". drama2. 9 Mac 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-02. Dicapai pada 4 November 2019.
  9. ^ "مسلسل أحمد بن حنبل يثير جدلا على الفيسبوك". elbalad. 10 Mei 2017. Dicapai pada 4 November 2019.
  10. ^ "مسلسل الإمام أحمد عرض حصري لتليفزيون قطر في رمضان". alkhaleejonline. 30 April 2017. Dicapai pada 3 November 2019.
  11. ^ "بين ماردين واسطنبول بتركيا حياة الإمام أحمد بن حنبل في مسلسل تلفزيوني". aa.com.tr. 1 Januari 2016. Dicapai pada 3 November 2019.
  12. ^ "مسلسل الإمام أحمد بن حنبل لن يعرض في رمضان المقبل". alquds. 4 Jun 2016. Dicapai pada 3 November 2019.
  13. ^ "أين اختفى مسلسل الإمام أحمد بن حنبل". sawaleif. 7 Jun 2016. Dicapai pada 3 November 2019.
  14. ^ https://web.archive.org/web/20170812021844/http://www.anazahra.com/entertainment/tv-series/article-119640/%D8%A7%D9%84%D8%A5%D9%85%D8%A7%D9%85-%D9%85%D9%87%D9%8A%D8%A7%D8%B1-%D8%AE%D8%B6%D9%88%D8%B1-%D9%81%D9%8A-%D8%A7%D9%84%D9%85%D8%BA%D8%B1%D8%A8/
  15. ^ "الإمام أحمد بن حنبل يأخذ مهيار خضور لثلاثة أشهر". sayidaty. 6 Jun 2015. Dicapai pada 3 November 2019.
  16. ^ "مهيار خضور أحمد بن حنيل سبب غيابي عن موسم 2016". syria.news. 19 Oktober 2016. Dicapai pada 3 November 2019.
  17. ^ "أبرزها مسلسل أحمد بن حنبل الدراما dateية تنافس بقوة فى رمضان". innfrad. 2 June 2016. Dicapai pada 14 July 2017.
  18. ^ Diarkibkan 2017-07-01 di Wayback MachineDiarkib dari asal pada 1 Julai 2017.
  19. ^ "مسلسل إشكالي جديد مهيار خضّور حنبلي". al-akhbar. 17 May 2015. Dicapai pada 23 July 2017.
  20. ^ Diarkibkan 2017-11-09 di Wayback MachineDiarkibkan dari asal pada 9 November 2017.
  21. ^ "10 معلومات عن المسلسل dateي أحمد بن حنبل". e3lam. 14 May 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-05-17. Dicapai pada 4 November 2017.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)
  22. ^ "يعرض في رمضان القادم أحمد بن حنبل سيرة رابع أئمة السنة والجماعة (صور حصرية)". eremnews. 30 Ogos 2016. Dicapai pada 4 November 2019.
  23. ^ "7 مسلسلات تاريخية تعيد الموسم الرمضاني إلى عصر الملاحم". ajel. 21 Mei 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-12-14. Dicapai pada 4 November 2019.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)
  24. ^ "قصة مسلسل الإمام أحمد بن حنبل 2017 القنوات الناقلة للمسلسل وموعده بالإضافة إلى طاقم العمل وكل ما يتعلق به". s7efty. 9 Mei 2017. Dicapai pada 4 November 2019.
  25. ^ "سيرة الإمام أحمد بن حنبل حصرياً على تلفزيون قطر خلال شهر رمضان المبارك". qatarfeeds. 2 Mei 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-12-14. Dicapai pada 4 November 2019.
  26. ^ "على شاشة تلفزيون قطر في شهر رمضان مسلسل الإمام أحمد بن حنبل". businessclass. 27 Mei 2017. Dicapai pada 4 November 2019.
  27. ^ "على شاشة تلفزيون قطر في شهر رمضان.. مسلسل الإمام أحمد بن حنبل". businessclass. 27 Mei 2017. Dicapai pada 3 November 2019.
  28. ^ ""الإمام" أحمد بن حنبل على شاشة تلفزيون قطر خلال رمضان". ampproject. 9 Mei 2017. Dicapai pada 3 November 2019.
  29. ^ Diarkibkan 2017-07-24 di Wayback MachineDiarkibkan dari asal pada 24 Julai 2017.
  30. ^ "حياة الإمام أحمد بن حنبل بمسلسل تلفزيوني". aljazeera. 20 Januari 2016. Dicapai pada 3 November 2019.
  31. ^ "الإمام أحمد بن حنبل على شاشة تلفزيون قطر". alarab. 30 April 2017. Dicapai pada 3 November 2019.
  32. ^ "أحمد بن حنبل على شاشة قطر في رمضان". watan. 20 Mac 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-10-14. Dicapai pada 3 November 2019.
  33. ^ "التلفزيون ينتج مسلسل الإمام أحمد بن حنبل". جريدة الراية. 21 January 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-10-14. Dicapai pada 14 July 2017.
  34. ^ "حياة الإمام أحمد بن حنبل في مسلسل تلفزيوني". alrai. 21 January 2016. Dicapai pada 14 July 2017.
  35. ^ "أحمد بن حنبل أضخم عمل تاريخي في رمضان". alwasatnews. 12 Mei 2017. Dicapai pada 4 November 2019.
  36. ^ "الإمام أحمد بن حنبل مسلسل تلفزيوني من إنتاج قطر". yafa-news. 27 Mei 2016. Diarkibkan dari asal pada 6 Ogos 2017. Dicapai 4 Novemeber 2019.
  37. ^ "بدأت قطر بمسلسل الإمام وتركيا محطة لتصويره بعدما رفضته جميع الدول". youm7. 14 Mei 2017. Dicapai pada 4 November 2019.
  38. ^ "الإمام يستعرض سيرة أحمد بن حنبل". raya. 30 April 2017. Dicapai pada 4 November 2019.
  39. ^ "مهيار خضّور يكشف لروتانا تفاصيل أحمد بن حنبل". jbcnews. 30 Ogos 2015. Dicapai pada 4 November 2019.
  40. ^ "7 مسلسلات تاريخية تعيد الموسم الرمضاني إلى عصر الملاحم". mz-mz. 21 Mei 2016. Diarkibkan dari asal pada 14 Oktober 2018. Dicapai 4 November 2019.
  41. ^ "Ahmed bin Hanbal the largest historical work in Ramadan." alghad. 13 May 2016.Archived from the original on 14 October 2018.Retrieved 15 July 2017.
  42. ^ "Ahmed bin Hanbal dramatic work worth the wait." al-watan. 4 June 2017.Archived from the original on 14 October 2018.Retrieved 14 July 2017.
  43. ^ Diarkibkan 2019-11-04 di Wayback MachineDiarkibkan dari asal pada 4 November 2019.
  44. ^ "مسلسل رمضاني يوثق حياة الإمام أحمد بن حنبل". alhayat. 14 Mei 2017. Dicapai pada 4 November 2019.[pautan mati kekal]
  45. ^ "مسلسل الإمام حصريا على تلفزيون قطر في رمضان". al. 30 April 2017. Dicapai pada 4 November 2019.
  46. ^ "توثيق درامي لسيرة الإمام أحمد بن حنبل على قناة «قطر»". annaharkw. 4 Jun 2017. Dicapai pada 4 November 2019.
  47. ^ "سر غياب مسلسل الإمام أحمد بن حنبل عن الموسم الرمضاني". elfagr. 7 Jun 2016. Dicapai 4 November 2019. Diarkibkan dari asal pada 21 Oktober 2016.
  48. ^ "الإمام أحمد بن حنبل" لرمضان 2016". aljamila. 1 Jun 2016. Dicapai pada 4 November 2019.
  49. ^ "بالفيديو مسلسل الإمام أحمد بن حنبل يسقط من كتالوج رمضان 2016". rotana.net. 1 Jun 2016. Dicapai pada 4 November 2019.
  50. ^ "قصي خولي يعتذر مرّتين هذا العام". nawa3em. 16 Jun 2015. Dicapai pada 4 November 2019.
  51. ^ "غسان مسعود عن الوسط الفني مر ويعتذر عن 3 أعمال". breakingnews. 9 Mac 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-03-16. Dicapai pada 4 November 2019.
  52. ^ "غسان مسعود مستاء ويعتذر عن ثلاثة أعمال". syria-news. 9 Mac 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-07-02. Dicapai pada 4 November 2019.
  53. ^ "خاص الفن رشيد عساف يعتذر عن سيرة الامام احمد بن حنبل في المغرب". elfann. 16 Mac 2015. Dicapai pada 4 November 2019.
  54. ^ "يتم تصويره بالمغرب رشيد عساف يعتذر عن سيرة الإمام احمد بن حنبل". maghress. 19 Mac 2015. Dicapai pada 4 November 2019.
  55. ^ "عساف يعتذر عن مسلسل أحمد بن حنبل". alwatan. 19 Mac 2015. Dicapai pada 4 November 2019.[pautan mati kekal]
  56. ^ "نجوم سوريا في المغرب". anazahra. 11 April 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-05-12. Dicapai pada 4 November 2019.
  57. ^ "خاص الفن رشيد عساف يعتذر عن سيرة الامام احمد بن حنبل في المغرب". elfann. 16 Mac 2015. Dicapai pada 4 November 2019.
  58. ^ "يتم تصويره بالمغرب رشيد عساف يعتذر عن سيرة الإمام احمد بن حنبل". maghress. 19 Mac 2015. Dicapai pada 4 November 2019.
  59. ^ "عساف يعتذر عن مسلسل أحمد بن حنبل". alwatan. 19 Mac 2015. Dicapai pada 4 November 2019.[pautan mati kekal]
  60. ^ "نجوم سوريا في المغرب". anazahra. 11 April 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-05-12. Dicapai pada 4 November 2019.
  61. ^ "السلطان سليم يحرم سامر المصري السفر إلى تركيا". ahwalelbelad. 2 Mei 2016. Dicapai pada 4 November 2019.
  62. ^ "أحمد بن حنبل يعيد سامر المصري إلى الدراما ومهيار خضور بدور الإمام". bostah. 2 April 2015. Dicapai pada 4 November 2019.
  63. ^ "من أطاح سامر المصري في الإمام أحمد بن حنبل". nawa3em. 21 Januari 2016. Dicapai pada 4 November 2019.
  64. ^ "مسلسل بن حنبل على تلفزيون قطر في رمضان". thenewkhalij. 29 April 2017. Dicapai pada 4 November 2019.
  65. ^ "مسلسل بن حنبل على تلفزيون قطر في رمضان". thenewkhalij. 29 April 2017. Dicapai pada 4 November 2019.
  66. ^ "لغز اختفاء مسلسل الإمام أحمد بن حنبل". almesryoon. 8 Jun 2016. Dicapai pada 4 November 2019.
  67. ^ "أين اختفى مسلسل الإمام أحمد بن حنبل". mubasher24. 15 Mei 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-10-14. Dicapai pada 4 November 2019.
  68. ^ "الإمام أحمد بن حنبل جديد الدراما dateية". alarab. 29 September 2015. Dicapai pada 4 November 2019.
  69. ^ "بين ماردين واسطنبول بتركيا حياة الإمام أحمد بن حنبل في مسلسل تلفزيوني". zamanalwsl. 19 January 2016. Dicapai pada 14 July 2017.
  70. ^ "أحمد بن حنبل أضخم عمل تاريخي في رمضان". mugtama. 15 Mei 2016. Dicapai pada 4 November 2019.
  71. ^ "بين ماردين وإسطنبول في تركيا حياة الإمام أحمد بن حنبل في مسلسل تلفزيوني". turkeynews2023. 2 April 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-07-23. Dicapai pada 4 November 2019.
  72. ^ "بين ماردين واسطنبول بتركيا حياة الإمام أحمد بن حنبل في مسلسل تلفزيوني". aa.com.trar. 1 Januari 2016. Dicapai pada 4 November 2019.
  73. ^ "تصوير مسلسل عن حياة الإمام أحمد بن حنبل بمدينتي ماردين واسطنبول في تركيا". وكالة الأناضول. 1 Januari 2016. Dicapai pada 4 November 2019.
  74. ^ "مهيار خضور محتجز بين بيروت وتركيا". lebanondebate. 30 Mac 2015. Dicapai pada 4 November 2019.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]