Melissa Saila
Melissa Saila | |
---|---|
Kelahiran | Melisa binti Mohd. Alias 3 April 1972 |
Pekerjaan | Penyanyi, pelakon, penerbit filem |
Tahun aktif | 1983–kini |
Pasangan | Megat Fauzi Shukarnain |
Anak | 3 |
Melissa Saila (lahir Melisa binti Mohd. Alias; 3 April 1972) merupakan seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia. Beliau merupakan anak kepada pelakon veteran Mariani dan anak saudara kepada Saloma. Beliau telah bergiat aktif dalam dunia lakonan sejak kecil sama ada dalam rancangan televisyen, filem atau pementasan teater.[1]
Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]
Beliau mendirikan rumahtangga bersama Megat Fauzi Shukarnain dan dikurniakan tiga orang cahaya mata. Lantaran minat yang mendalam, beliau telah membuka syarikat penerbitan sendiri yang diberi nama Marimaliss Productions. Melissa juga mempunyai satu lagi syarikat produksi, Kus Semangat Aktor yang ditubuhkan pada 2007.[2]
Kerjaya[sunting | sunting sumber]
Melissa Saila mewarisi bakat seninya dari bapa saudaranya, seniman agung Allahyarham P. Ramlee.
Beliau pernah muncul dalam telefilem Neon arahan Mohd Feroz Abd Kader bersama ramai pelakon termasuk Rita Rudaini, Azhar Sulaiman, Faizal Yusof, Soffi Jikan, Lisdawati, Vanida Imran, Bront Palarae dan Rashidi Ishak.[3]
Diskografi[sunting | sunting sumber]
- Melissa Saila (1986)
- Nilai Cinta (1987)
- Dunia Remaja (1987)
- Generasi (1994)
Filemografi[sunting | sunting sumber]
Filem[sunting | sunting sumber]
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1982 | Penentuan | Ani | |
Anak Sulung Tujuh Keturunan | Ratna (kecil) | ||
1983 | Ranjau Sepanjang Jalan | ||
1987 | Kepala Angin | ||
Bayangan Cinta | Filem Indonesia | ||
1988 | Perempuan | Anita | |
1989 | Tak Kisahlah Beb | Rozi | |
1990 | Balada Tiga Jagoan | ||
Main-main Hantu | |||
1991 | Kanta Serigala | Shakira | |
1992 | Penghujung Malam | ||
1994 | Fantasi | Azreen | |
1997 | Layar Lara | ||
1998 | Jibon | ||
2000 | Mimpi Moon | Pengurus Artis | |
2004 | Makar | ||
Puteri Gunung Ledang | Raja Ahmad Gabenor | ||
2015 | Split Gravy On Rice |
Drama[sunting | sunting sumber]
- Cili Padi (1993-1998)
- Kecil-Kecil Cili Padi
- Orang Gaji Sementara
- P.J
- Mat Despatch
- Tahajjud Cinta
- The Bridge (Musim 2)
Teater[sunting | sunting sumber]
- P. Ramlee The Musical
- Tengku Anum
- Visits
- Saksi
- Si Pemakan Hati
- Dejavu
- Anugerah
- Mencari Juita
- Akulah Perempuan Itu
- Madu II
Penerbitan[sunting | sunting sumber]
- Teater Saksi
- Konsert Mini Dikir Barat Halim Yazid (2000)
- Dokumentari muzik Mengejar Pelangi bersama U-Wei Hj Saari
- Penerbit Eksekutif Drama TV - Adi, Jadi Tak Jadi, Kaca Jendela dan Canai.
- Penerbit Eksekutif Album Generasi (artis dari Malaysia, Indonesia, Singapura (1994-1996)
Telefilem[sunting | sunting sumber]
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2003 | Neon | Pelanggan Gerai Kopi Satu III | VCD | |
2014 | Saloma | — | Astro First Eksklusif | Juga sebagai pengarah |
2018 | Kampung Kuala Lambat | Astro Citra | ||
Setan Dalam Poket | Rose | |||
2019 | Aku Posmen | |||
2020 | Koboi & Vampire | Boo |
Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]
Tahun | Anugerah | Kategori | Penerima | Keputusan |
---|---|---|---|---|
1984 | Malam Sri Angkasa | Pelakon Paling Berbakat | Melissa Saila | Menang |
1994 | Festival Filem Malaysia ke-7 | Pelakon Wanita Terbaik | Penghujung Malam | Menang |
2001 | Anugerah Skrin 2001 | Pelakon TV Terbaik | Orang Gaji Sementara | Menang |
2003 | Anugerah Seni BOH Cameronian | Persembahan Terbaik | N/A | Menang |
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ Melissa tunai hasrat terakhir ibu Sinar Harian. Dicapai pada 7 Jun 2016.
- ^ Siti Nursyahidah Abu Bakar (10 Disember 2012). "Jiwa seni Melissa". Sinar Harian. Dicapai pada 11 Julai 2013.
- ^ "Neon - tampilkan 66 pelakon popular". Utusan Malaysia. 22 Disember 2003. Dicapai pada 31 Julai 2017.