Pergi ke kandungan

Azhan Rani

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Azhan Rani
أزان راني
Kelahiran
Azhan bin Abdul Rani

(1976-01-24) 24 Januari 1976 (umur 50)
PendidikanIjazah Sarjana Muda Drama dan Teater
Pusat pendidikanUniversiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1994–kini
Karya
Filemografi
Ketinggian1.82 m (6 ka 0 in)
IbuSalmah Budin
BapaAbdul Rani Sabri

Azhan Abdul Rani (lahir 24 Januari 1976) ialah seorang pelakon lelaki Malaysia, berasal dari Tanjung Karang, Selangor. Memulakan kerjaya awalnya dalam bidang lakonan menerusi teater dan drama radio, beliau terkenal dengan peranan di televisyen dan filem.[1][2]

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan pada 24 Januari 1976 di Tanjung Karang, Selangor dan dibesarkan di Kuala Kubu Bharu. Beliau merupakan anak keempat daripada lima beradik kepada pasangan Abdul Rani Sabri dan Salmah Budin.[3][4] Azhan merupakan pelajar jurusan automotif di Sekolah Vokasional sebelum menyambung tingkatan 6 dalam jurusan sastera. [5]Beliau ialah pemegang Ijazah Sarjana Muda Drama dan Teater di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).[6]

Azhan memulakan kerjaya awal sebagai pelakon teater pada 1994.[7] Beliau seterusnya bergiat aktif dalam drama radio pada 2004, ketika berusia 28 tahun, di mana ketika itu hasrat beliau sekadar ingin mencuba dan mengetahui bagaimana drama radio dilakukan. Sepanjang tempoh itu, beliau telah menjayakan sebanyak 100 drama radio. Penerbit drama radio RTM, Zuraida yang ketika itu kebetulan datang menonton teater lakonan beliau, Lantai T Pinkie. Beliau pertama kali tampil bergandingan bersama pelakon berpengalaman Jalaluddin Hassan.[8]

Penampilan televisyen pertamanya ialah pada 2007 menerusi drama Sesuci Cinta Soffiya yang menggandingkan beliau bersama Rozita Che Wan. Pada tahun 2013, Azhan membintangi filem sulungnya, sebuah filem komedi pasca-apokaliptik arahan Woo Ming Jin lakonan Zizan Razak, KL Zombi. Beliau turut membintangi dua lagi filem yang ditayangkan pada tahun sama, Aku Pilih Kamu dan Kolumpo.

Azhan memegang watak sebagai A. R. Tompel dalam filem biopik Saloma arahan Melissa Saila yang dibintangi oleh Nabila Huda yang memegang watak Biduanita Negara Puan Sri Saloma.[9][10]

Beliau muncul bersama Ayda Jebat dan Syafiq Kyle dalam drama Dekatkan Jarak Kita yang bersiaran di TV3. Azhan memegang watak sebagai Ustaz Hamadi dalam drama Nur yang dibintangi oleh Amyra Rosli yang bersiaran di TV3 sepanjang Ramadan.[11] Azhan muncul dalam filem Kalla: Hidup Atau Mati arahan Wan Hasliza Wan Zainuddin yang ditayangkan pada Oktober 2018, serta filem Bikin Filem yang akan menunggu tarikh tayangan.[12]

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Bapa beliau, Abdul Rani Sabri meninggal dunia pada 21 Ogos 2016 pada usia 71 tahun akibat penyakit sesak nafas.[13] Selain itu, Azhan juga bersahabat baik dengan Beto Kusyairy, Zahiril Adzim dan Farid Kamil, malah beliau beranggapan Farid (yang ketika itu sedang berhadapan dengan tuduhan jenayah di mahkamah) tidak pernah menganiaya sesiapa.[14]

Azhan masih membujang dan belum berkahwin, menjadikan beliau satu-satunya yang masih bujang di kalangan 5 adik-beradiknya.[15] Beliau bagaimanapun tidak tertekan jika ditanya tentang soal berumahtangga.[16][17] Selepas bapanya meninggal, Azhan menumpukan sepenuh perhatian kepada ibunya.[18]

Beliau juga menjalankan tanggungjawabnya untuk menderma darah.[19][20][21]

Filemografi

[sunting | sunting sumber]

Anugerah dan pencalonan

[sunting | sunting sumber]
Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2015 Anugerah Tribute P. Ramlee Pelakon Pembantu Terbaik Menang
2019 Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2019 Antagonis Pilihan Menang
2023 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 Aktor Filem Popular Tercalon
Couple Filem Popular (bersama Nadia Mustafar) Tercalon
2025 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-37 Aktor TV Popular Tercalon
  1. ^ Wawann Mohd (4 September 2017). "Pernah diminta berhenti berlakon". Sinar Harian. Dicapai pada 6 Mei 2018.
  2. ^ "Azhan Rani tak rasa popular". Kosmo!. 10 Mei 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-10. Dicapai pada 10 Julai 2018.
  3. ^ Tengku Suzana Raja Hamat (20 Jun 2018). "Kisah Kalla, Aidilfitri Azhan Rani & Faizal Hussein". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-10. Dicapai pada 10 Julai 2018.
  4. ^ Amirah Amaly Syafaat (21 Jun 2015). "Pelakon teater underdog". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-06-23. Dicapai pada 22 Januari 2016.
  5. ^ maklumat Azhan Rani
  6. ^ Ramlah Zainal (18 September 2023). "Asyik watak jahat saja..." Harian Metro. Dicapai pada 21 September 2023.
  7. ^ "Azhan minat teater, muncul pelakon terbaik". Utusan Malaysia. 24 September 1994.
  8. ^ Wawann Mohd (5 Disember 2016). "Azhan Rani berlakon hampir 100 drama radio". Sinar Harian. Dicapai pada 6 Mei 2018.
  9. ^ Mohd Al-Qayum Azizi (24 Ogos 2014). Azhan Rani galas tanggungjawab berat sebagai AR Tompel mStar Online. Dicapai pada 31 Mei 2018.
  10. ^ Gambar Azhan Rani persis Allahyarham AR Tompel[pautan mati kekal] My News Hub (3 September 2014). Dicapai pada 31 Mei 2018.
  11. ^ Nadia Azam (25 Jun 2018). "Walau dapat bayaran rendah, Azhan enggan jadi 'pembangkang'". Malaysiakini. Dicapai pada 10 Julai 2018.
  12. ^ Norhayati Nordin (10 Julai 2018). "Belum rezeki raih anugerah". Harian Metro. Dicapai pada 10 Julai 2018.
  13. ^ Norhidayyu Zainal (20 Mac 2018). "Azhan Rani rindu arwah bapa". Sinar Harian. Dicapai pada 6 Mei 2018.
  14. ^ Wawann Mohd (16 Januari 2018). "Farid Kamil tak pernah berkasar dengan sesiapa: Azhan Rani". Sinar Harian. Dicapai pada 6 Mei 2018.
  15. ^ Affan Rostam (31 Ogos 2023). "Terus membujang, Azhan jaga emak dan karier". Berita Harian. Dicapai pada 21 September 2023.
  16. ^ Mohd Al-Qayum Aziz (19 September 2016). "Masih bujang, Azhan Rani tak tetekan soal kahwin". mStar Online. Dicapai pada 6 Mei 2017.
  17. ^ "Azhan Rani belum sedia kahwin walaupun usia cecah 50 tahun". Sinar Harian. 2 September 2023. Dicapai pada 21 September 2023.
  18. ^ "Azhan fokus jaga ibu, tak tertekan soal kahwin". My News Hub. 19 September 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-20. Dicapai pada 19 Mei 2018.
  19. ^ Norhayati Nordin (30 Jun 2020). "Azhan Rani seronok derma darah". Harian Metro. Dicapai pada 21 September 2020.
  20. ^ Haryati Karim (5 Mac 2021). "Derma darah gaya hidup sihat Azhan Rani". Kosmo!. Dicapai pada 21 September 2021.
  21. ^ Fatin Farhana Ariffin (27 Januari 2021). "35 kali derma darah". Berita Harian. Dicapai pada 21 September 2021.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]