Amirul Hadi Zainal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Amirul Hadi Zainal
Amirul Hadi Zainal.jpg
Maklumat peribadi
Nama penuh Mohd Amirul Hadi Zainal
Tarikh lahir (1986-05-27) 27 Mei 1986 (umur 34)
Tempat lahir Alor Gajah, Melaka, Malaysia
Ketinggian 1.82 m (5 ka ​11 1116 in)
Posisi permainan Pemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Johor Darul Takzim FC
Nombor 5
Kerjaya remaja
2002–2003 Akademi Bola Sepak Selangor FA
2004–2006 Pasukan Piala Presiden Selangor FA
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2006–2012 Selangor FA 136 (53)
2013 Pahang FA 26 (3)
2014- Johor Darul Ta'zim 13 (1)
Jumlah 173 (57)
Pasukan kebangsaan
2007–2009 Malaysia B-23 27 (8)
2007– Malaysia 32 (5)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 16 Ogos 2014
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 16 Ogos 2014

Mohd Amirul Hadi Zainal (lahir 27 Mei 1986) merupakan seorang pemain bola sepak Malaysia yang beraksi bersama Johor Darul Takzim F.C di Liga Super Malaysia. Dia merupakan anggota Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia. Dia juga adalah anak kepada bekas pemain lagenda Selangor pada era 90-an iaitu Zainal Nordin.

Amirul membuat penampilan sulung bersama pasukan utama Malaysia ketika kelayakan Piala Dunia 2010 menetang Bahrain. Sebelum itu dia juga mewakili pasukan bawah 23 tahun pada kelayakan Sukan Olimpik 2008 dan pasukan bawah 20 tahun Malaysia.

Amirul merupakan salah seorang tonggak Malaysia ketika bertemu gergasi Liga Perdana Inggeris, Chelsea F.C.. Pada perlawanan ini, Amirul begitu menyerlah sehingga hampir menggegarkan gawang yang dikawal Petr Cech. Pada perlawanan ini Malaysia XI tewas tipis 0-2.

Amirul menjaringkan gol pertamanya untuk Malaysia ketika menentang Myanmar pada 23 Oktober, 2008.

Pada Tahun 2013 dia sering menjadi tonggak utama Pahang FA dan tumpuan Dollah Salleh.Pahang FA berjaya memenangi Piala Malaysia 2013.

Pada Tahun 2014 dia kini menjadi pemain Johor Darul Takzim F.C Di Liga Super Malaysia.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Pahang FA[sunting | sunting sumber]

Amirulhadi menyertai Pahang dari Selangor menjelang musim 2013.[1] Bagi Pahang, beliau bermain sebagai pemain tengah. Beliau ialah pemain yang berpeluang memandangkan Pahang mencatat satu gol dalam perlawanan suku akhir Piala Malaysia 2013 menentang PKNS,[2] dan pada 3 November 2013, beliau membantu Pahang untuk mengalahkan Kelantan 1-0 dalam perlawanan Akhir Piala yang menamatkan musim kemarau 21 tahun dalam Piala.[3] Pada musim 2013 Liga Super Malaysia, dia menjaringkan satu gol dalam 19 penampilan.[4] Selepas menghidupkan kembali kerjayanya dengan Pahang FA dan membantu mereka mengangkat trofi yang lama, dia memutuskan untuk tidak melanjutkan kontrak dengan mereka untuk musim yang akan datang apabila dia menyertai Johor Darul Takzim FC untuk cabaran baru di selatan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Asrol Awang (4 January 2013). "Lapan pemain Pahang rebut empat kekosongan" [Pahang have eight players chasing four places]. MyMetro (dalam bahasa Malay). Dicapai pada 16 January 2014.Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)
  2. ^ Ooi Kin Fai (28 September 2013). "Man of the Match: Pahang 3–2 PKNS FC". Goal.com. Dicapai pada 16 January 2014.
  3. ^ Mark Dawson (3 November 2013). "Kelantan 0–1 Pahang: Azhan the hero as Elephants lift Malaysia Cup". Goal.com. Dicapai pada 16 January 2014.
  4. ^ "Statistik Pemain: Amirulhadi". Stadium Astro. Dicapai pada 15 January 2014.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]