Anak bulan
Dalam bidang astronomi, anak bulan (Jawi: انق بولن) merupakan fasa bulan yang berlaku apabila Bulan, dalam gerakan orbit bulanannya mengelilingi Bumi, berada di antara Bumi dan Matahari, maka berada sebaris atau bersilangan dengan Matahari jika dilihat dari Bumi. Pada ketika ini, bahagian yang gelap (yang tiada cahaya matahari) bagi permukaan Bulan akan menghadap ke arah Bumi, maka, Bulan tidak kelihatan melalui mata kasar.
Anak bulan dalam makna aslinya adalah bulan sabit pertama yang kelihatan, iaitu setelah kesebarisannya dengan matahari. Ini lazimnya mengambil tempat di ufuk barat dalam waktu yang sekejap antara waktu terbenamnya matahari dan terbenamnya bulan, lalu masa dan tarikh kemunculan anak bulan ini akan dipengaruhi oleh kedudukan geografi pencerap. Bulan sabit pertama ini menandakan bermulanya bulan dalam beberapa takwim qamari seperti takwim Hijrah. Penggunaan ini juga ditemukan dalam beberapa takwim qamari-suria seperti takwim Ibrani. Namun dalam kalendar Cina, permulaan bulan dimulai dengan bulan gelap.
Anak bulan dalam bidang astronomi, atau juga disebut bulan gelap untuk mengelakkan kekeliruan, berlaku ketika kesebarisan dalam longitud gerhana dengan Matahari, iaitu apabila Bulan tidak kelihatan dari Bumi. Waktu itu adalah unik dan tidak bergantung kepada kedudukan, dan dalam keadaan tertentu, akan kebetulan dengan gerhana matahari.
Satu bulan sinod, iaitu tempoh masa yang diperlukan oleh Bulan untuk melengkapkan semua fasanya, ialah rata-rata 29.5306 hari (atau 29 hari, 12 jam, 44 minit, dan 3 saat). Namun, satu bulan sinod boleh berubah-ubah di antara 29.26 hingga 29.80 hari oleh kerana kesipian orbit Bulan yang disebabkan oleh graviti Matahari.
Penentuan anak bulan
[sunting | sunting sumber]Sela masa antara anak bulan—qamarian—berubah-ubah. Masa purata antara anak bulan, bulan sinod, adalah lebih kurang 29.530588861 hari. Rumus anggaran untuk mengira purata masa bagi anak bulan (persilangan antara Matahari dan Bulan) bagi bulan berturut-turut ialah:
Anak bulan Ramadan 2010
[sunting | sunting sumber]Pada 10 Ogos 2010, negara Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura sepakat hari pertama puasa ialah pada hari Rabu, 11 Ogos 2010. Hilal (anak bulan) terlihat di Probolinggo dan Gresik, Jawa Timur serta Cilincing, Jakarta.
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Engku Ibrahim Engku Ngah mengumumkan puasa pada hari Rabu, 11 Ogos 2010. Majlis Raja-Raja setuju cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab (Matematik). Oleh itu , sembahyang terawih dikerjakan sepanjang bulan Ramadan.[1]
Menteri Agama Indonesia, Suryadharma Ali turut mengumumkan hari pertama ibadat puasa di Indonesia. Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Rukyah dan Takwim Islam Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura pada 1-5 Julai 1992, sepakat menetapkan 1 Ramadan . Dua organisasi Islam terbesar Indonesia iaitu Nahdlatul Ulama (NU) dan Muhammadiyah, menggunakan kaedah berbeza dalam pengiraan 1 Ramadan dan Aidilfitri. Muhammadiyah memakai kaedah hisab (matematik) manakala NU memakai kaedah rukyah iaitu melihat anak bulan, turut mengumumkan 1 Ramadan pada Rabu.
Jamaah Pondok Pesantren Al-Karawi, Kecamatan Ganding, Sumenep, Jawa Timur memulakan ibadat puasa pada hari Selasa, 10 Ogos 2010. Jamaah An Nadzir di Gowa, Sulawesi Selatan dan Jamaah Tarekat Islam Naqsabandiyah di Sumatera Barat mula berpuasa pada hari Isnin, 9 Ogos 2010. Mereka melihat tanda-tanda alam daripada air pasang di laut.[2]
Negara Timur Tengah turut mula puasa pada 11 Ogos 2010. Antaranya ialah Arab Saudi, Jordan, Qatar, Emiriah Arab Bersatu, Kuwait, Lebanon, Yemen, Libya. Palestin dan Turki.[3]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Umat Islam di Malaysia mula berpuasa esok". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-09-21. Dicapai pada 2010-08-10.
- ^ "Indonesia sambut 1 Ramadan esok". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-09-20. Dicapai pada 2010-08-10.
- ^ 10 negara Arab mula berpuasa hari ini
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Moonsighting locations in Malaysia
- Sacred Astronomy from Zaytuna institute Diarkibkan 2009-03-24 di Wayback Machine
- CrescentWatch.org from Zaytuna Institute
- Moon sighting Committee World-wide of Khalid Shaukat
- Moon Sighting from Committee For Crescent Observation, Intl.
- Islamic Crescent Observation Project
- The Length of the Lunar Cycle Diarkibkan 2009-06-30 di Wayback Machine (numerical integration analysis)
- Predicting the First Visibility of the Lunar Crescent