Antipasto

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Antipasto
Antipasto all'italiana.jpg
Antipasto all'italiana—antipasto Itali dihidang di sebuah restoran
Tempat asalItali
Bahan utamaMana-mana daging awet, zaitun, peperoncini, cendawan, ikan bilis, hati articok, keju, daging jeruk dan sayuran (dalam minyak atau cuka)
VariasiSajian makanan laut; sotong, kupang, salmon salai, ikan tuna, zaitun
di Wikibuku Buku Masakan: Antipasto  Media berkenaan di Wikimedia Commons Media: Antipasto
Sepiring sajian antipasto dengan ikan salmon salai, ayam salai (di bawah), daging panggang, pâté, sosej kabana, keju brie, keju susu kambing cheddar, kulit ari bilas (kerak keju) merah Jensen, zaitun, tapenade, pesto roket (di belakang), dan cutni tomato.

Antipasto (jamak: antipasti) ialah hidangan pertama dalam sajian Itali tradisional.[1] Bahan-bahan antipasto yang biasa termasuk daging awet, zaitun, peperoncini, cendawan, ikan bilis, hati articok, pelbagai jenis keju (seperti provolon atau mozarela), daging jeruk, dan sayuran dalam minyak atau cuka.

Isi kandungan antipasto berbeza jauh mengikut tempat. Ada juga kemungkinan untuk terserempak dengan hidangan yang diperbuat daripada ikan laut dan daging awet tradisional (seperti sopresata atau 'nduja) di selatan Itali, manakala di Itali utara akan ada pelbagai aneka daging awet dan cendawan dan, lebih-lebih lagi berdekatan tasik, hidangan yang diperbuat daripada ikan air tawar. Keju juga berbeza mengikut kawasan dan daerah, dan termasuk keju jenis keras dan lembut.

Ada yang bandingkan antipasto dengan hors d'oeuvre, namun antipasto disajikan di atas meja makan dan menandakan bermulanya juadah dalam adat Itali. Ia boleh digelari sebagai pembuka selera.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Definition of ANTIPASTO". www.merriam-webster.com. 

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]