Aurelian

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Aurelian
Maharaja Empayar Rom
Busto di Claudio II il Gotico, Brescia, Santa Giulia.jpg
Pemerintahan 9 September 270–September 275
Nama penuh Lucius Domitius Aurelianus
Pendahulu Quintillus
Pengganti Marcus Claudius Tacitus
Wife Ulpia Severina

Lucius Domitius Aurelianus, dikenali juga sebagai Aurelian, adalah seorang Maharaja Rom dan merupakan maharaja kedua yang berlatar belakangkan tentera yang begitu berjaya, seorang yang membantu Empayar Rom mendapatkan kembali kuasanya semasa bahagian terkemudian dalam kurun ke-3 dan permulaan kurun ke-4.

Semasa era pemerintahannya, empayar itu disatukan kembali setelah menyoroti pemberontakan selama 15 tahun, kehilangan 2/3 wilayahnya ke tangan empayar-empayar yang mahu berpisah (Empayar Palmyra di timur dan Empayar Gaul di barat) dan serangan orang-orang gasar. Kejayaannya mengakhiri Krisis Kurun Ke-3 empayar tersebut.