Aurora Aisyah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Aurora Aisyah
GenreDrama
Kekeluargaan
Ditulis olehSharisa Haris
PengarahRaja Ahmad Alauddin
Dibintangi oleh
Negara asalMalaysia
BahasaBahasa Melayu
Bilangan episod26
Penerbitan
Tempoh siaran41–43 minit
Syarikat penerbitan
Country Universal Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalTV1 (Slot Bidadari)
Siaran asal1 Februari 2019
Kronologi
MengikutiTaman Diva

Aurora Aisyah adalah drama bersiri kekeluargaan Malaysia 2019 yang disiarkan di TV1 melalui Slot Bidadari. Drama terbitan Country Universal Sdn Bhd ini merupakan arahan Raja Ahmad Alauddin dan mula disiarkan pada 1 Februari 2019 di TV1.[1][2]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan perhubungan antara sebuah keluarga berbangsa Melayu dan keluarga Tionghua yang menetap di sebuah kampung. Mereka menjalani kehidupan harmoni malah Zafran mula bekerja di kebun Ah Chong. Siew Lee berminat pada Zafran dan mahu mendalami Islam.

Dia cuba mempelajari agama Islam daripada ibu saudaranya, Soo Ling (Ain) yang telah memeluk agama Islam. Siew Lee mula membaca buku panduan bersolat yang diberikan oleh Ain. Ah Chong sedar mengenai perkara ini dan tiada halangan kepada perhubungan di antara anak perempuannya dengan Zafran. Sebaliknya ibu Siew Lee, Bak Ee menentang keras dan mahu memisahkan kedua-dua remaja ini.

Siew Lee sentiasa dimarah oleh ibunya, Bak Ee kerana persahabatannya dengan Zafran. Bermacam cara dilakukannya untuk memisahkan hubungan mereka. Siew Lee sedih dan ayahnya turut berasa susah hati melihat anaknya dalam keadaan begitu. Ain berjumpa dengan Siew Lee untuk membincang mengenai masalah yang dihadapinya.

Siew Lee pula mencadangkan kepada Zafran supaya mereka berkahwin. Zafran membincangkan perkara ini dengan ibunya, Biah, dan mendapat restunya. Dengan bantuan Ain dan suaminya, Siew Lee memeluk agama Islam secara rasminya menukar nama kepada Aisyah. Zafran dan Aisyah melangsungkan perkahwinan secara rahsia.

Selepas lima bulan Aisyah disahkan mengandung dan perkara itu dihidu Bae Ee yang kemudiannya mengamuk besar setelah menemui dokumen berkaitan dengan pertukaran agama dan perkahwinan Aisyah. Bak Ee membuat helah untuk membawa Aisyah ke kedai sinseh untuk mendapat ubat bagi Aisyah.

Niat Bak Ee sebenarnya ialah untuk membelikannya ubat bagi mengugurkan kandungannya. Aisyah terdengar perbualan Bak Ee dengan sinseh pada saat terakhir tetapi masih sempat melarikan diri dari kedai itu ke rumah Biah, ibu mentuanya.

Bak Ee kemudiannya membuat helah dan berjaya memujuk Aisyah untuk melahirkan anak di rumah mereka. Dia akhirnya berjaya mengurung Aisyah. Tanpa bantuan sesiapa Aisyah melahirkan anak kembar diberi nama Eryna dan Eryman.

Aisyah tidak berjaya diselamatkan dan meninggal dunia. Bae Ee benar-benar kecewa dan menyerahkan cucu-cucunya kepada Biah. Selepas itu, dia dan suaminya memindah barang-barang rumah dan meninggalkan kampung itu.

Masa berlalu dua beradik itu sudah dewasa. Eryna menyara keluarga sebagai tukang jahit dan bekerja dari rumahnya. Eryman pula menuntut di Universiti. Sementara itu, Zafran diserang angin ahmar dan lumpuh separuh badan. Beliau tidak dapat bercakap dan sentiasa duduk di kerusi rodanya.

Pelakon dan watak[sunting | sunting sumber]

  • Daniella Sya sebagai Siew Lee @ Aisyah (zaman sekolah)
  • Hanis Kamal Bakar sebagai Zafran (zaman sekolah)
  • Mandy Chong sebagai Cheoh Bak Ee
  • Leeza Zain sebagai Mak Biah
  • Esma Daniel sebagai Zafran (zaman dewasa)
  • Soosan Hoh sebagai Siew Lee @ Aisyah (zaman dewasa)
  • Mawar Rashid sebagai Eryna
  • Syafie Naswip sebagai Eryman
  • Syafnida Shuhaimi sebagai Sherry
  • Erwin Dawson sebagai Hariz
  • Chew Kin Wah sebagai Ah Chong
  • Sharisa Haris sebagai Sara

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Drama Aurora Aisyah (TV1)". MyInfotaip. 1 Februari 2019.
  2. ^ "Mawar Rashid dan Syafie Naswip dalam drama bersiri Aurora Aisyah". URTV. 31 Januari 2019.