Mawar Rashid

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Mawar Rashid
Kelahiran Wan Mawar Shaputri Binti Wan Abdul Rashid
(1995-04-03) 3 April 1995 (umur 23)
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Kediaman Kuala Lumpur
Pekerjaan Pelakon, model
Tahun aktif 2014–kini
Ejen Paranormal Talents
Ketinggian 1.60 m (5 ka 3 in)
Berat 45 kg (99 lb; 7.1 st)
Pasangan Raden Ahmad Faizal Yaakob (berkahwin 2017)

Wan Mawar Shaputri Binti Wan Abdul Rashid atau lebih dikenali sebagai Mawar Rashid (Jawi: ماور رشيد; lahir 3 April 1995) merupakan pelakon dan model wanita Malaysia. Mawar pernah menyertai program Dewi Remaja dan berjaya trending dan popular sekelip mata hanya dengan satu video temuramah mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)[1] melalui satu rancangan hiburan Astro Ria iaitu hLive.[2][3]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Mawar Rashid bermula sebagai peserta pertandingan Dewi Remaja 2014/15 bersama-sama dengan Raysha Rizrose, Puteri Aishah, Mimi Lana, Deeba Halil, Balqish Maarif dan Syamim Farid dan diundi sebagai peserta kegemaran.[4]

Selepas tugasnya di Dewi Remaja tamat, Mawar diberikan peranan pembantu dalam siri televisyen Astro Ceria, Super Gameboy. Beliau kemudiannya meraih pencapaian luar biasa dalam bidang lakonan apabila dipilih menjayakan peranan antagonis sebagai Elfira dalam drama adaptasi novel Tundukkan Playboy Itu lakonan Uqasha Senrose dan Hafidz Roshdi.

Beliau kemudiannya muncul dalam telefilem Rajuk di TV9 menerusi slot Skrin Di 9. Paling terkini, Mawar muncul sebagai Qisya Iris dalam Suamiku Paling Sweet di Slot Akasia TV3.

Mawar menjadi bintang utama di samping Elvina Mohamad, Amar Baharin dan Syazwan Zulkifly dalam drama berat Kalis Kasih arahan Nazir Jamaluddin yang bersiaran di Slot Samarinda TV3. Beliau menjayakan watak sebagai Senah dalam telefilem Pok Ya Cong Codei, Siti di Hati arahan dan lakonan Sabri Yunus yang akan bersiaran pada 30 Jun 2018 di Astro Citra.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Mawar dilahirkan dan dibesarkan di Kota Bharu, Kelantan. Beliau berkahwin dengan Raden Ahmad Faizal Yaakob yang merupakan adik kepada penyanyi dan cef selebriti terkenal, Fazley Yaakob pada 9 November 2017. Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 7 Julai 2017.[5]

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Nama Mawar menjadi trending dalam sekelip mata di media sosial berikutan beliau tidak dapat menjawab soalan mengenai perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di negara ini berkuatkuasa 1 April 2015.[6] Mawar dikatakan merepek ketika memberikan jawapan kepada setiap pertanyaan mengenai GST. Daripada temuramah tersebut, beliau dapat menyimpulkan bahawa kecantikan itu tidak semestinya berilmu.[7] Beliau kemudiannya mengeluarkan kenyataan mohon maaf atas keterlanjuran beliau yang kurang berpengetahuan mengenai ekonomi negara.[8][9]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Kunci
Filemografi yang belum dikeluarkan Menunjukkan filemografi yang belum dikeluarkan

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2015 Super Gameboy[10] Astro Ceria
2016 Tundukkan Playboy Itu Elfira TV3 Slot Akasia
2000km Ke al-Haram TV1 Slot Widuri
2017
Suamiku Paling Sweet Qisya Iris TV3 Slot Akasia
2018 Kalis Kasih Amanda TV3 Slot Samarinda

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2017 Rajuk TV9 Skrin Di 9
M4TI Astro Citra & Astro Mustika HD Citra Exclusive
Imam Samar-Samar TV9
Cinta Bersegi-Segi Wilmar TV9 Skrin Di 9
2018 Pok Ya Cong Codei, Siti di Hati Siti Astro Citra

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Pengarah Catatan
TBA Usop Wilcha Filemografi yang belum dikeluarkan

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2014-15 Dewi Remaja Dirinya sendiri/Peserta Astro Ria
2016 Ketuk-Ketuk Ramadan Dirinya sendiri/Tetamu jemputan TV3

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2017 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2016 Artis Baru Wanita Popular Dicalonkan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Mawar Rashid bukan lagi Mawar GST HM Online (20 April 2016). Dicapai pada 19 Jun 2016.
  2. ^ Rafiq Mazlan (1 Mac 2017). Mawar Rashid mahu serius kumpul aset Sinar Harian Online. Dicapai pada 14 April 2017.
  3. ^ Jemang Rahman (21 April 2016). Mawar Rashid Enggan Peminat Meluat Berperangai Gedik mStar Online. Dicapai pada 14 April 2017.
  4. ^ Rudy Imran Shamsuddin (24 Mei 2015). Detik penentuan Harian Metro. Dicapai pada 19 Jun 2015.
  5. ^ Meen Tahrim (9 November 2017). Raf, Mawar langsung pernikahan petang ini Sinar Harian. Dicapai pada 19 Jun 2018.
  6. ^ Zaidi Mohamad (28 Mei 2015). Mawar Rashid lemah semamgat gara-gara GST Berita Harian. Dicapai pada 19 Jun 2015.
  7. ^ Dihentam sebab GST, Mawar ambil sikap tidak peduli (3 Mei 2015). Diperoleh pada 19 Jun 2015.
  8. ^ Mawar Rashid mohon maaf kerana tak tahu makna GST Astro Awani (27 April 2015). Dicapai pada 19 Jun 2015.
  9. ^ Mawar mohon maaf kurang peka isu semasa Sinar Harian (27 April 2015). Diperoleh pada 19 Jun 2015.
  10. ^ Super Game Boy: Pengembaraan empat sekawan Harian Metro (6 Mac 2015). Dicapai 14 Mac 2017.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]