Awi Rafael
Awi Rafael | |
---|---|
![]() Awi Rafael semasa mengadakan persembahan di WeChat Party di Neverland, Kuala Lumpur pada 2 April 2013.
|
|
Latar belakang | |
Nama lahir | Muhammad Namawi Ewan bin Gunawan Rafael |
Kelahiran | Singapura |
23 Julai 1986
Genre | Pop, Ballad |
Pekerjaan | Penyanyi, komposer |
Instrumen | Vokal |
Tahun aktif | 2011-sekarang |
Syarikat rakaman
|
Warner Music Malaysia |
Muhammad Namawi Ewan Bin Gunawan Rafael atau lebih dikenali sebagai Awi Rafael (lahir 23 Julai 1986) merupakan seorang penyanyi dan pemuzik yang berasal dari Singapura. Beliau mula mencipta nama di Malaysia dengan lagu hits seperti "Pulanglah" dan "Bila Aku Jatuh Cinta". Awi Rafael kini merupakan artis rakaman Warner Music Malaysia dan berkarya sepenuh masa di Malaysia.
Isi kandungan
Biografi[sunting | sunting sumber]
Latar belakang[sunting | sunting sumber]
Awi Rafael atau nama penuhnya Muhammad Namawi Ewan Bin Gunawan Rafael dilahirkan pada 23 Julai 1986 dan dibesarkan di Singapura. Merupakan anak bongsu daripada 3 adik-beradik, Awi mula menulis lagu seawal usia 13 tahun. Awi menerima pendidikan di Sekolah Rendah Dazhong,Sekolah Menengah Kranji dan kemudiannya melanjutkan pelajaran di Politeknik Temasek dalam jurusan Undang-undang & Pengurusan.[1]
Kerjaya[sunting | sunting sumber]
Awi Rafael merupakan bekas vokalis utama Bhumiband, sebuah kugiran yang berasal daripada Singapura yang pernah memenangi Album Terbaik (Suara Dunia) dan Lagu Terbaik Singapura (Oh Kasih) di Anugerah Planet Muzik (APM) 2005. Band ini juga pernah popular dengan lagu "Goda" (diambil dari filem Remp-It).[2]. Pada tahun 2014 beliau meraih kejayaan di Anugerah Juara Lagu ke-28 apabila meraih tempat ketiga menerusi lagu hits "Kalau Aku Kaya" ciptaan Altimet. Beliau juga mencipta dan menerbitkan lagu hits debut penyanyi Aman Aziz yang dilahirkan menerusi program realiti Akademi Fantasia Musim 11. Beliau juga turut terlibat dalam pembikinan album Datuk Siti Nurhaliza, Fragmen di mana beliau menyumbangkan lagu yang bertajuk "Mula dan Akhir".
Kejayaan[sunting | sunting sumber]
- Salah seorang peserta selebriti dalam rancangan realiti ASTRO, Mania! di bawah bimbingan Aubrey Suwito.
- Mendapat penghormatan menjadi aksi pembuka bagi konsert Dashboard Confessional di KL Centre, Kuala Lumpur pada 22 Februari 2012 [3]
- Mendapat penghormatan menjadi aksi pembuka bagi konsert Jason Mraz Love is a Four Letter Word di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 19 Jun 2012.[4]
- Naib Juara - Duo Star (bersama Kaka Azraff)
Anugerah[sunting | sunting sumber]
Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2011 | Anugerah Bintang Popular | Artis Baru Lelaki Popular | Dicalonkan |
2012 | Anugerah Planet Muzik | Lagu Terbaik Singapura - "Pulanglah" | Menang[5] |
2012 | Anugerah Planet Muzik | Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Artis Baru Lelaki)- "Bila Aku Jatuh Cinta" | Dicalonkan |
2012 | Anugerah Planet Muzik | Artis Singapura Paling Popular | Dicalonkan |
2012 | Anugerah Planet Muzik | Lagu Singapura Paling Popular - "Pulanglah" | Dicalonkan |
Diskografi[sunting | sunting sumber]
Album studio[sunting | sunting sumber]
- Awi Rafael (2011)
- Asalkan Aku Ok! (2012)
Single[sunting | sunting sumber]
- Apa Itu Cinta (Bhumiband) (2005)
- Pulanglah (2011)
- Bila Aku Jatuh Cinta (2011)
- Asalkan Aku Ok (2012)
- Hari-hariku (2013)
- Dewa (OST Bisikan Syaitan) (2013)
- Kalau Aku Kaya (duet bersama Altimet) (2013)
- Jangan Takut (PrayForMH370) (2014)
- Haus (OST Apokalips X) (2014)
- Takdir Cinta (OST Kusinero Cinta) (2014)
- Manusia Sempurna (duet bersama Ayai (Illusi)) (2015)
- Kau Di Hatiku (duet bersama Altimet) (2017)
Lagu duet[sunting | sunting sumber]
- Ada JalanNya (duet bersama Kaka Azraff) (2017)
Televisyen[sunting | sunting sumber]
Tahun | Tajuk | Sebagai | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2016 | Duo Star | Peserta | Astro Ria & Astro Ria HD | digandingkan dengan Kaka Azraff |
2017 |
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ "MY SCHOOLDAYS: 'I love you, Malaysia!'". New Straits Times. 25 November 2012.
- ^ "Selesa bergerak solo". Berita Harian. 2 Jun 2011.
- ^ "Dashboard Confessional Acoustic Showcase @KL Live Centre".
- ^ "Jason Mraz rocks Kuala Lumpur once again".
- ^ "Who won what at the Anugerah Planet Muzik awards". The Straits Times.